Pada satu hari dua tiga empat hari yang lepas....
Naim : Ibu .. esok Naim nak puasa... Naim nak puasa tiga hari .. sampai hari khamis.. kawan Naim pun puasa jugak..
Ibunya : ( dalam hati!! Sejuk hati aku!!) Okeh... nanti esok ibu kejut sahur ... puasa sekali dengan ibu ya...
Dan Naim mengangguk riang dan penuh semangat...
Esoknya... ibu terlambat bangun sebab pening berjaga dan tidur tak cukup menjaga Yati yang demam pada malam itu.. Waktu itu sudah pukul 6 pagi.. dah subuh dan mendapati Naim baru sudah makan..
Ibunya: Naim tak payah puasalah... dah subuh.. Patutnya sebelum subuh tadik sahur...
TEruknya si ibu ini mematahkan semangat anaknya pulak yang nak berpuasa.
Naim..: Tak apa.. Naim nak puasa jugak..
Si ibu, sangat bangga dan happy sebab anaknya yang baru lapan tahun ini semangat nak puasa sunat... Amin dan Yati bawak bekal ke sekolah kecuali Naim. Walaubagaimanapun, duit belanja diberikan juga kalau-kalau si anak nak beli barang lain.
Petang itu, bila si ibu balik bekerja... didapati anak lelakinya yang berpuasa itu tiada di rumah bermain basikal.. Maka berkatalah si ibu...
" Naim puasa tak hari ni... selalu kalau puasa masa ni dia dah terlepek kat rumah!"
Maka jawap si adik.... " Naim tak puasa pun ibu.. tadi dia gi beli ngan kawan dia kat kantin"
Terloponglah ibunya di situ jugak... Aku dah agak da!! Takkan dia tahannya godaan golongan orang tak berpuasa kat kantin tu dan selagi kantin tu dibukak... Agaknya kawan dia yang berpuasa tu pun sama jugak puasa setengah hari...
u're from which generation?
Minggu ni busy je memanjang.. tak sempat aku nak bernafas dan berpoya-poya walau seketika...tambah lagi hatiku merasa sakit mengenangkan subjek baru yang aku ajar.. Suggest buku wallace baru... tetiba aku tengok silibus punya content dari Si Ranjit yang buku lama.. aku ada buku ranjit baru.. tapi content buku baru dah laen.. maka mulalah aku yang khusyok lagi tawadhok nak mengajar ni mengagau.. nak buat transparensi pun aku tak reti nak cuit yang mana satu.. at last aku tawakal je lah mengajar budak-budak ni.. Each time aku nak masuk kelas aku mesti panik dulu sekejap.
Minggu baru ni jugak sibuk dengan agenda TIBEC.. Terengganu International Economic Conference yang akan mula tak lama lagi kat Primula Beach Resort Batu Buruk starting from this 5th August till 7th August.. Maknanya 4 Ogos dah kena check in kat sana.. Aku bukan participant lagipun tak de paper nak bentang.. aku jadik AJK perasmian dan penutup.. satu jawatan yang aku tak nak pegang lagi selepas ni.. memeningkan kepala aku je.. But at the first place, aku memang tak paham kenapa diaorang sibuk nak buat waktu kuliah.. masa cuti tak leh buat ke..Bayangkan betapa banyak kelas aku terpaksa cancel.. nak ganti satu hal pastu semester ni cuti umum berlambak pulak jatuh waktu kuliah.. Tapi nak buat macamana kan.. aku ni kuli je.. dengar dan patuhi arahan..
Sebagai salah sorang AJK perasmian, aku handle montaj untuk majlis perasmian.. Nak buat sendiri tiada ilmu di dada.. nak minta staf unit Ilqam diorang macam nak tak nak tolong je.. hari tu aku nak minta satu lagu je pun aku tertonggok tunggu kat situ sampai berjam-jam.. tapi nak mintak tolong orang kan.. maka sabar jelah bermanis muka... At last aku mintak student buat.. Luckily ada student rela hati nak tolong aku buat montaj... Asalnya montaj tu nak 5 minit.. so aku perbanyakkan material utk montaj tu termasuklah gambar-gambar masa konferensi yang lepas. Tapi masalah timbul bila gambar-gambar tu failnya besar. Dia dah cuba kecikkan tapi masih berat menyebabkan part tu berat dan sangkut sikit-sikit.. So, hari Khamis baru ni aku bentangkan montaj aku di hadapan ahli majlis mesyuarat setakat yang sempat siap... Sememangnya lumrah manusia.. tidak appreciate apa yang orang dah susah payah buat.. sebaliknya menghentam kesilapan yang nampak.. Aku admitlah kiranya ada sedikit grammatical error here and there tapi tak serious pun, Even dah dibaiki sebelum ni tapi mungkin aku overlook sebab adalah kejadian save banyak kali dan mungkin ada kesilapan kat situ lagipun aku dah tak larat nak tengok banyak kali sebab aku pun sibuk dengan keja laen selaen mengadap benda alah tu je.. Aku taklah terasa sangat pun tapi yang paling aku bengang dan sakit hati bila diorang komplen pasal lagu montajlah.. Bagi aku, beberapa orang kawan aku dan student yang buat montaj tu rasa lagu tu dah sesuai sangat. Tapi diorang yang tak nak lagu ni nak lagu macamana lagi? dondang sayang? Keroncong? Yang buat aku nak pengsan kat situ jugak bila adalah sorang ahli majlis mesyuarat suggest lagu 'Blues Terengganu kita yang kumpulan iklim nyanyi tu... Ya Allah.. cuba imagine depan international participant masa tengok montaj.. tetiba ada terdengar " oii!! Ke laut weiii" . Ini bukan montaj promote negeri terengganu. Diorang nikan tak tau betapa seksanya aku mencari lagu yang sesuai untuk montaj tu. Aku cakap dengan diorang.. kalau boleh aku nak naikkan mood audiens sebab tu aku cari lagu fast beat. Dan lagu sountrack spiderman itulah yang sesuai..Kalau slow, nanti orang bosan.. Dan selepas itu ada pulak orang laen lagu suruh masukkan lagu ulek mayang pulok awal-awal masa intro.. What??? Ulek mayang?? Aku dah terlopong kat depan audiens. Aku dah pening... aku dah tensyen.. Aku tak tau masuk ke idak lagu ulek mayang dengan lagu spiderman ni.. Daripada cerita diorang nampaknya diorang ni nak simple je... kalau tau macam tu tak adalah susah susah anak murid aku guna flash.. baik pakai movie maker je senang.. Diorang ni cakap komplen macam benda ni senang je.. Sakit betul hati aku.. At last, montaj lima minit aku kena pendekkan jadik 2 minit je. Tak taulah macammana nanti , esok aku akan duduk sekali ngan anak murid aku settlekan montaj ni.. Nanti aku masukkan lagu pontianak ke, lagu lirik porno ke, tak pun lagu selimut putih ...baru pengsan suma orang.. Hehehe!! Biar padan muka diorang .. banyak songeh sangat!! puas hati aku.. pastu letak jawatan.. hehe!confirm diorang tak bagi aku pegang lagi jawatan ajk perasmian... Ada aku kisah.. Aku lagi suka!! Yang pasti bukan senang nak puaskan hati semua orang.. Akhirnya baru aku realize, golongan yang reject lagu fast beat ni adalah golongan dari kelahiran baby boomers dan generation X. Patutlah diaorang nak lagu slow, lagu asli ke, keroncong ke, dondang sayang ke yang sesuai dengan zaman diorang.. Yang tukang buat ni pulak dari generation X yang perasan diri tu dari generation Y.. memang tak ngamlah citarasa. Tapi yang pasti.. aku akan kekalkan soundtrack spiderman dan aku akan cuba masukkan ulek mayang jugak kalau sesuai.. Kalau tak aku ignore je.. Nasiblah.. Good luck to me.. berdebar menanti hari itu tiba..
patut ke?
At last... after a long silence........
Sejak life kembali normal ni, sibuklah memanjang. Sibuk dengan kerja-kerja hakiki dan kerja-kerja yang tah hapa-hapa.so, this semester kena ajar code baru... which has made my life quite miserable... don't know why suddenly the number of students in my class become larger.. especially the new subject.. each time i go to class i could see more new faces coming in.. Bila tanya orang laen kelas sikit-sikit.. bukan aku dengki dengan orang lain tapi kalau kelas orang laen belas-belas je, kelas kita sampai 45 orang.. terasa jugaklah sikit sebab its not easy to control large class. Tambah lagi masa final... orang laen dah siap marking kita ni duk terkial-kial lagi tertonggeng-tonggeng marking..
New subject?Personal Development ni interesting tapi memeningkan.. Silibus laen, tapi buku laen.. mulalah aku pening semacam nak mengajar... Baru ni aku ke Shah Alam meeting benda alah ni lah.. It happened that this one hamba Allah merangkap resource person subject personal development introduced new syllabus with some new added content and using a new book.. so, nak memudahkan semua orang mengajar dan tujuan penyelarasan seluruh sistem so this fella panggillah semua umat seluruh sistem yang mengajar subjek datang ke Shah alam to go through the new syllabus before using it in the new semester.. suddenly the meeting turned into chaos when everybody resisted to use the new syllabus with million of reasons given.. Tak setaralah, tajuk buku tu Human Relations lah dan bukan personal Development.. silibus baru lebih pada organizational Behavior la dan ada topik besar pasal managament from islamic perspectivelah.. nanti pelajar non muslim akan kata macam-macamlah, then cikgu-cikgu non muslim yang selama ni mengajar subjek ni tak nak mengajar lagi... pendekata all of them complained kecuali aku... sebab aku baru nak mengajar subjek tu.. so no comment la. Tapi bila aku tengok silibus dan baca recommended text book tu aku tengok ok jer.. malah lebih teratur banding silibus lama yang berterabur.. There's nothing wrong with it.. except topik management from islamic perspective tu je aku risau nak mengajar sebab topik tu besar and i'm not the right person nak ceramah pasal pengurusan islam sebab aku bukan ustazah pun..
Dalam kekalutan mesyuarat tu akhirnya silibus tu diterima jugak tapi dilaksanakan semester depan.. This semester stick to old syllabus... Yang pasti masa mesyuarat aku mendapat gelaran 'sleeping beauty' dari si norita sebab aku dengan selamba badaknya tidur dengan jayanya masa mesyuarat. Dahlah duduk di tengah dunia yang semua orang boleh nampak.. penatla sebab tidur sedikit lewat...
So bila mengajar semester ni peninglah sikit sebab notes tu dah berterabur... Ya Allah!! mudahkanlah urusanku.. AMIN!!!! Good luck to me... Patutkah aku ugut cakap kat budak-budak ni aku strict giler supaya diaorang ketakutan dan berusaha tukar masuk kelas laen?
Yang terjadi kan tetap terjadi
Kita tak tahu apa yang bakal berlaku kat kita esok.. Kalau dapat bayangan esok nak rugi, bolehlah kita cuba elak dari berlaku.Apa yang dimaksudkan berlaku pada aku dan pada sesiapa sahaja.
Pada pagi Ahad yang lalu, seperti biasa rutin aku setiap pagi menghantar anak-anak ke sekolah. Waktu tu baru lepas hujan dan pastinya jalan agak licin. Waktu itu lebih kurang pukul 7.15 pagi bila aku mula sampai di lampu isyarat depan Politeknik.. Semasa lampu bertukar dari kuning nak ke merah aku telah membrek untuk berhenti. Kesilapan aku ialah tidak melihat cermin belakang. Dan akhirnya punggung sicukai aku dicium orang.
Bila dah kena langgar dan aku tengok jalan kat depan clear tak ada kereta lalu, aku terus ke depan dan berhenti di tepi jalan. Orang yang melanggar aku berhenti di depan. Perempuan rupanya... Bila dia keluar dari kereta..
" Kenapa awak berhenti? Saya ingat awak nak pergi terus.. " cakap kakak tu..
Salah akukah yang berhenti kerana lampu trafik bertukar kuning? Bukan ke kuning tu maksudnya bersedia untuk berhenti dan bukannya tambah pecut selagi boleh. Sementara menunggu suami masing-masing datang .. aku tegur kakak tu.. try to be nice to her mana tau boleh dapat kawan baru..
" Akak nurse ke..?" aku bertanya dengan baik..
Kakak tu : Ya!! Saya ketua jururawat..".. Jawapan dia buat aku sedikit sentap... Waahh! Buleh tahan jugak kakak ni.. dan aku terus diam je lah..
Tidak lama selepas dia mengomel sedikit dan aku cuba menenangkan dia yang panik.. Dia call husband dia dan aku call myhubby. Bila suami masing-masing sampai mereka berkiralah berdua sementara aku lebih senang mendiamkan diri dan bercakap jika perlu sahaja. Yang pasti suami pempuan itu adalah sound kat aku sedikit.. katanya.. "sebenarnya kalau kuning tu boleh pergi lagi.." aku memang maklum tu tapi kalau nasib baik.. kalau tak.. tak pasal-pasal kena sambar...Tapi aku hanya diam membisu. Masalah mula bermula bila dia tak nak report polis dan tak nak claim insurans sebab dia sayangkan NCBnya. Tambah lagi katanya dia nak cepat, jadik kalau insurans lambatlah dibaiki. Akhirnya persetujuan dibuat untuk hantar kereta ke bengkel.
Pagi itu lebih kurang pukul 10.00 aku hantar kereta aku kat worksyop tempat kakak yang melanggar kereta untuk estimate kerugian sicukai... Sebelum tu myhubby dah pesan... jangan buat sebarang keputusan.. biar dia je yang buat. Sampai di sana aku lihat kakak tu dan suami dia dah siap tunggu. Bila si Tong Seng mekanik tu tengok punggung sicukai dia kata kosnya 300 hingget sahaja. Itu kos cabut punggung yang tercalar, betulkan besi, baiki sedikit bahagian bawah yang tergelendit tu dan cat balik..
Tiba-tiba....
Suami kakak tu : Macam nilah.. separuh-separuh... awak bayar RM150.
Macamana plak ni.. dia yang langgar kereta aku.. dia nak suruh aku cover separuh plak... aku terkesima di situ seketika.
aku : Minta maaflah encik.. saya tak boleh buat keputusan.. husband saya yang buat decision.. en berurusan dengan dialah.
Selepas itu aku call myhubby aku untuk call husband dia.. Entah apa yang dicakap oleh myhubby pada suami kakak itu tiba-tiba si suami tu berkata pada aku dengan nada yang sedikit kasar buat aku sentap lagi dan sedikit terasa... Masa tu aku mula rasa tertekan..
Suami kakak tu : Tak apalah... saya bayar semua... bila awak free? kalau sekarang ni awak free.. awak baiki sekarang.. tak apa saya bayar... ( muka tak senyum langsung tau... )
Apahal pulak dia nak marah ni padahal bini dia yang langgar keta aku.. Dia duk belakang.. kau langgar.. kau salahlah.. jadik bayarlah.. kenapa perlu nak marah orang yang dilanggar plak... Kalau aku tidur sekalipun kat traffic light tu.. kau langgar.. kau bayarlah.. Thats the rule.. I wonder why mamat tu tetiba jadik sedikit kasar bila bercakap pada aku.. Rupanya.. ceritanya.. myhubby tak nak bayar separuh dan walau lima puluh hinggit pun dia tak nak...
Keadaan bertambah sedikit panas bila tiba-tiba kakak yang melanggar sicukai aku tu mengamuk sambil menangis.. Aku diam sahaja memandang gelagat kakak itu sambil berdiri dan sebelah tanganku memeluk tiang worksyop tu.. Si Tong Seng tu plak terpinga-pinga drama yang sedang berlalu depan mata dia.
Kakak itu ;" Sudahlah... Kita bayarla semua.. 150 pun tak nak keluar duit. bukannya banayak.. kita lagi teruk rugi... dia yang salah buat kita langgar dia.. tak da rasa bersalah bersalah Ke? Kita ni dah lah hypertension... Sesama islam pun nak berkira" lepas tu adalah dia mention yang lebih kurang selebihnya dia tak halal''
Aku tetap mendiamkan diri walaupun aku bengang dan stress. Kakak ni fikir dia je.. aku bengang sebab laki macam orang bodoh je biar bini dia mengamuk tak tentu pasal.. Kalau laki aku gamaknya dah lama aku kena panggg je kat situ. lagipun manalah aku nak tau dia ada hypertension.. lagipun tak de kena mengena dengan aku sakit dia tu.. Lainlah kalau dia ltak lampu brek ketiga di tu blinking nampak tulisan .." AWAS. SAYA HYPERTENSION' atau letak pelekat kereta yang tertulis " AWAS!!ORANG HYPERTENSION DI DALAM'.
Lepas aku berdiam diri seketika menonton drama depan mata dan akak tu dah diam, aku pun bukak mulut bersuara ..
Aku tanya ttokeh.. : tokeh.. berapa lama amik masa baiki kereta saya?
Tokeh tu : 2 hari.. Sekali dengan cat..
Masalahnya aku tak free waktu itu sebab dah mula kuliah..
Selepas berfikir seketika, aku pun bersuara pada si suami..
aku : Macam ni lah en.. saya ni serba salah.. saya tak boleh buat keputusan sendiri sebab saya ada suami , dan saya sedang tersepit.. Apapun saya akan bincang dengan suami saya dulu macamana.."
Kemudian aku beredar dan sebelum masuk kereta aku bersalam dengan kakak tu dan minta maaf kalau ada salahsilap aku.. tapi sayangnya dia macam nak tak nak je hulur tangan dan mata dia langsung memandang ke lain.. Since that moment, aku terus hilang respect kat dia.. dia cakap sesama islam pun nak berkira.. atas dasar sesama islam juga kenapa dia buat aku macam tu. Dahlah dia langsung tak mintak maap sebab langgar kereta aku pastu marah tak tentu pasal sebab langgar kereta aku. Peliklah kakak tu!!
Entah macamana drama berpanjangan bila myhubby call si suami banyak kali tetapi tidak berjawab.. Lama-lama myhubby sudah hangin satu badan, malam tu we all terus pergi balai polis nak buat police report. Sebabnya si suami tu seolah-olah nak elakkan diri dan end up kitaorang jugak putihmata. Tak sempat buat polis report polis dah tolong selesaikan bila polis tu call sang suami dan akhirnya dia bersetuju untuk bayar penuh. Selepas balik dari balai polis sang suami dan myhubby berurusan melalui sms je.. Akhirnya myhubby kata dia hantar ke bengkel, pihak bengkel akan buat taksiran dan keluarkan quotation. Pastu sang suami kena pergi bengkel, ambik quotation dan terus bayar... Bila hantar bengkel kitorang dan buat taksiran.. haa !! amik kau!! dari RM300 jadik RM750 sebab bengkel tukar punggung yang tercalar terus dengan punggung yang baru. Kesian jugak aku kat dia sebab keta dia je kos baiki dah RM800 tapi geram jugak sebab dia berkira sangat. Padahal dia banyak duit, kerja Petronas.. rumah dua tingkat.. tapi RM300 pun nak suruh kitorang bayar separuh. Padahal kalau hari tu dia bayar RM300 pun kitorang terima je dengan senang hati walaupun nanti kerugian sebenarnya ialah RM750. Tak pasal-pasal makin rugi pulak jadinya.
Sang suami terus bayar je kat bengkel. Aku rasa sekarung jugaklah dia ngan bininya kat rumah sumpah seranah aku dan myhubby. Lepas dia bayar sepatah haram pun dia tak beritau kitorang.. kitorang dapat tau dia bayar pun sebab bengkel call cakap dia dah bayar.
Seminggu dah berlalu, semuanya dah selesai.. hari ni aku pegi hantar si cukai masuk klinik. Walaupun dah selesai, sedikit sebanyak we all rasa terkilan jugak.. ingatkan dapat create new friends and new relationship.. tapi akhirnya dapat musuh plak.. Tambah lagi rumah sang suami isteri tu tak adalah jauh sangat. Sama kampung je. Malas la dah nak fikir.. Apapun, lesson learnt eventhough in a hard way... manusia memang pelbagai.. dan bila berlaku musibah sesama manusia, jarang manusia ni nak selesai dengan cara baik... Aku dah tak boleh berlembut lagi sekiranya berlaku kejadian macam ni lagi pada aku walaupun bukan aku yang salah.
Subscribe to:
Posts (Atom)