2 malam lepas aku pi shopping groceries kat Mydin.. malam tu malam jumaat... entah macamana malam itu sangat ramai orang kat situ. So hp aku letak dalam poket di tepi handbag aku sebab dah biasa buat camtu pun.. lagipun aku malas terkial-kial nak selongkar handbag aku yang banyak harta karun setiap kali hp tu berbunyi. Myhubby tak ada sebab ke Kuantan..
Malam lepas shopping aku balik rumah terus tak fikirkan hp tu.. biasanya aku mesti call laki aku nak check dia buat apa malam-malam.. tapi malam tu tak perasan lagi hinggalah esok paginya bila tetiba laki aku call adik ipar aku suruhsambung wayar talipon rumah sebab tak dapat call aku. aku jadik pelik lah pulak sebab hp aku bateri penuh dan bukan dalam mod silent. Bila aku cari hp aku barulah aku tau yang hp aku dah hilang bila dalam keta pun tak ada.
Bila hp aku hilang aku jadik blurr jap sebab tak caya hp aku hilang.. Mcamana boleh hilang.. dan mangkuk hayun mana yang tak ada hati perut nak pau barang orang ni.. Nak nangis pun ada sebab hp aku tu memang ada sentimental value pada aku.. Yang paling penting no-no hp orang dah hilang..Vavis betul orang tu! Nasib baek aku tak ada magik.. kalau tak aku sumpah orang tu jadik sesumpah..
Bila dah tak ada hp mulalah aku mati kutu sebab memang nak guna urgent. Tambah lagi nanti ada program nak kena handle ngan nak ke Shah Alam lagi.. Nak tak nak terpaksalah tengahari tu aku pi beli hp baru.. survey punya survey akhirnya aku beli hp cap Nokia 2700 yang murah.. Murah tak murah pun, lagi jugaklah bajet aku bulan ni.. Masa beli kat situ , budak cina yang jual tu tak senyum langsung.. masam je macam cencorot.. Ikut hati aku malas je nak beli kat situ, tapi dah tak ada choice sebab kedai laen tutup maka aku terpaksalah beli jugak kat situ. Bila aku suruh dia setting hp aku sket dia kata " lu bukaklah tengok, baru boleh tau" Aku cukup tak puas hati, aku paksa jugak dia setting.. Aku cakap kat cina tu " Biasa saya beli kat kedai laen boley suruh setting.. takkan you tak leh buat!!" Lantas budak tu dengan muka cencorotnya ambik hp dan settingkan.. Ala !! bukannnya susah sangat pun.. saja je dia malas. Hampehhh!! Sekarang ni pakai no laen buat sementara.. Tapi nanti akan bertukar lagi nombor tu.. no lama gone with the wind.. Nak buat macamana tak ada rezeki.. pasni aku tak nak dah letak hp kat poket handbag.. serik...