Bila rindu...

Aku masih merinduinya... Ingatan pada arwah abah sejak dia pergi tidak pernah pudar.. Setiap kali aku pulang ke rumah, seakan terbayang arwah abah yang terbaring di katilnya. Rasa seperti abah masih ada, cuma mungkin dia tiada kerana dia ke bandar, ke hospital, ke kedai atau sedang menyapu di luar rumah seperti yang biasa dia lakukan waktu dia sihat dulu.. Tapi bila aku sedar abah sememangnya sudah tiada, hati aku menjadi sayu.. Rumah mak sudah semakin sunyi tanpa abah..
Sejak arwah abah tiada juga, aku tak mampu lagi menonton cerita-cerita mengenai bapa di televisyen.. aku pasti akan mengalirkan airmata dan pasti aku elakkkan diri dari menonton cerita-cerita sebegitu..
Hari ini hari bapa... Aku tak dapat meraikan hari bapa sebab abah dah tiada... Cuma doa dari anaknya yang paling nakal ini setiap hari agar abah sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan di tempatkan di Syurga yang terbaik..
Kalau Mazidah adikku mengatakan bahawa masih terngiang-ngiang di telinganya suara yang memberitahu abah sudah tiada, tapi aku hingga kini masih jelas terbayang waktu abah menghembuskan nafasnya yang terakhir di depanku meninggalkan aku pergi dengan renungan mata yang paling dalam. Bukan mudah melepaskan orang yang paling kita sayang dan sangat bermakna dalam hidup kita selamanya. Ianya amat menyakitkan dan memeritkan.
Sesungguhnya kasih bapa bawa bahagia.. kasih sayang dan pengorbanan bapa sebagai ketua keluarga tiada tolok bandingnya.. Walau dia tak pandai menzahirkannya, tapi kita tetap dapat merasainya...
" Selamat Hari Bapa buat semua bapa, yang sedang menanti saat menjadi seorang bapa dan yang bakal menjadi bapa di masa depan.." .. Semoga anda semua tabah membesarkan anak-anak dan cekal melayani kerenah mereka.. "
Berbaktilah kepada bapa selagi hayat dikandung badan, selagi mereka di depan mata.. Gembirakanlah mereka selalu kerana sebenarnya apa yang kita lakukan untuk mereka tidak cukup untuk membalas jasa dan pergorbanan mereka membesarkan kita... Bila mereka sudah tiada, semuanya tidak bermakna lagi..
Selamat hari bapa untuk suamiku....