
Aku memang sangat suka makan karamel telur. Karamel telur ni lembut je dan dibuat dari telur dan gula. Sedapnya karamal telur tu bagai nak sewel bila memakannya. Walaupun pada dasarnya karamel telur tu dimasak dengan kaedah kukusan yang mana kalau kukus tu lebih menyihatkan tapi hakikatnya memakan karamel telur itu patut dikurangkan atas beberapa sebab:
1. Meningkatkan kadar kolestrol dalam darah terutamanya LDL yang menyumbangkan kepada darah tinggi dan sakit jantung sebab kuih ni guna banyak telur.
2. Memakan karamel telur dalam julat yang sangat kerap dan banyak sampai tak sedar diri
juga menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang menyumbang kepada kencing manis
sebab kuah siraman tu dibuat dari gula..
Yang aku nak cerita pasal karamel telur dalam entry aku ni selain dari kesedapan hingga tahap sewel bila memakannya dan keburukannya kali ini adalah waktu pertama kali aku membuat karamel telur. Bila dah suka makan, maka adalah lebih afdal kiranya dapat membuat sendiri sebab akan ada lebih kepuasan dan menjimatkan kos dari beli kat luar terutama di pasar malam atau pasar ramadhan yang belum tentu lagi sahih tentang kebersihan semasa membuatnya. Jadi, rujukan aku yang utama adalah resepi dari majalah-majalah resepi yang aku beli setiap bulan.
So, bahan-bahan yang dinyatakan dalam resepi adalah 9-10 biji telur ayam yang mana tak dinyatakan telur kena dibasuh dulu, satu tin susu sejat. Gula secawan untuk kuah. Dan aku pasti resepi tu menyatakan gula dimesti dimasak dengan secawan air. Maka hari itu, dengan perasaan berkobar-kobar aku mulakan operasi membuat kuahnya seperti yang dinyatakan oleh resepi itu. Entah kenapa, gula tu tidak bertukar jadi perang seperti yang sepatutnya, ia tetap jernih walaupun dah likat. Bila aku campur air masak, dia bertukar jadi kristal jernih. Akhirnya, aku terpaksa buang satu periuk gula dan buat yang baru. Aku dah mula rasa kurang sabar sebab nak tunggu air gula tu likat dan bertukar perang tapi tak bertukar jadi perang dah dekat sejam. Myhubby dah start perli. Aku masih menahan kesabaran dan aku buat kuah gula hangus yang baru dan hasilnya sama, tetap mendukacitakan. Di mana silapnya.? Aku dah mula bengang dan nak give up tambah lagi myhubby dah sengih-sengih bila masuk dapur dan memperli sambil bertanya.." bila nak siap karamel telur?.... tok guru dah depan mata".. Aku hampir berhenti terus dari membuat karamel telur ni disebabkan aku sendiri yang kurang sabar bila tiba-tiba aku teringatkan Kak Peah (pengasuh amin masa kecik) yang expert buah kuih kek gula hangus.. aku terus mengangkat telefon dan menelefon kak peah bertanyakan cara yang betul buat kuah gula hangus... aku tekedu sekejap bila dia kata.." Laa!! Nak buat gula hangus tu kita kena panaskan gula tu dulu dalam periuk sampai gula tu bertukar jadi cair warna perang.. api tak boleh kuat .. nanti gula tu hangus jadi pahit.. pastu bila dah tukar jadi warna perang, barulah perlahan-lahan campur air.. Kalau kau campur dengan air terus, sampai tahun depan kau masak pun tak jadi perang punya!!!" Haa ambik kau!! Aku kena tipu.. Resepi tu yang tak betul ke atau aku yang bangang sama macam orang yang buat resepi tu!!