Cerita ebook

Hari Jumaat baru-baru ini aku pergi ke majlis penyerahan e-book untuk pelajar-pelajar darjah 5 di Sekolah Menengah Paka yang mana majlis tu dirasmikan oleh Dato' MB. Ikutkan hati aku malas nak pergi sebab hari itu aku ada taklimat untuk Penasihat akademik dan cara menggunakan sistem sehari suntuk.. Lagipun, aku memang malas nak pegi.. lainlah kalau Datuk MB tu handsome.. memang aku duduk baris depanlah.. majlis akhir sampai malam pun aku sanggup tunggu!!! PAAANNG!! Apa yang ko merepek ni shaiton!!! (Meminjam kata Ahmad Nesfu tuan Direktor dan ayat Dina) .. Kalaulah laki aku baca entry aku ni, mampus aku kena gulai nih... hahaha!! Dan kalaulah Dato' MB terbacalah entry aku .. silap haribulan dia datang rumah aku mintak ebook ni balik.. !! Tapi sebenarnya kalau dia handsome pun aku malas nak pergi.. kalau tak kerana Amin dah sampai nak menangis suruh aku pergi jugak kerana katanya ibu atau bapa kena naik pentas sekali dengan anak untuk terima ebook tu, tak kuasalah aku nak pergi. Since myhubby cannot go sebab mesyuarat, jadi akulah yang kena pegi..


Pagi tu aku pergi tumpang kereta abang Mie je sebab abang Mie ada anak darjah 5 jugak. Kitorang sampai ke tempat majlis pukul 9.00 di mana dah ramai ibu bapa yang datang.. Lepas daftar aku terus masuk dewan dan booking tempat duduk untuk kak Aishah. Ikut aturcara majlis bermula pukul 9.45 pagi bila Dato' MB datang.. Aku memang terkejut gila bila tengok buku acara.. Mak Aii!! Bukan sedikit orang yang nak naik pentas untuk terima ebook ni, termasuk bantuan untuk pelajar SPM aje untuk DUN PAKA aje ada 1,444 orang yang akan naik ke pentas. Pukul berapa nak abis ni..!! Dewan dah mula panas dengan ibubapa yang ramai. Budak-budak kena duduk di khemah kat luar dewan.


Oleh kerana masih awal lagi, acara hari itu dimulakan dengan ceramah motivasi oleh si Mamat mana yang aku tak kenal dan aku tak ambik pot pun sebab dia tak mengurat aku! Hahaha!! Paaanggg!!! Sedarlah kamu !! back to reality! Bila dia start bagi ceramah aku dah mula buat kerja aku marking paper intersessi aku yang baru masuk. Yang cuma aku ingat di peringkat permulaan ceramahnya dia duk kata dia seorang yang gagal dari kecik sampai tingkatan 3 dan menceritakan betapa mak dia asyik mengatakan dia anak bertuah hingga akhirnya dia berjaya menjadi seorang yang berjaya, kemudian dia cakap kawan dia yang nak pinjam duit dari dia tapi dia tak cakap pulak dia bagi pinjam ke tidak. Ala!!! biasalah stereotaip pakar motivasi akan menceritakan perihal diri dia untuk tarik orang.. aku dah masak dah dengan perangai orang-orang sebegini.. Suddenly, videoklip yang dia tayangkan itu membisu. Aku rasakan dia yang bangang tak prepare tapi menyalahkan orang lain bila videoklip pasal samurai berperang yang dia tayangkan tak ada suara.. Lalu dia kata "Sayang!! Sayang!! Teknologi kita masih mundur". Aku tau dia nak cover malu. Mamat ni memang bengong betullah!! Sapa suruh tak prepare awal dan cakap dengan cikgu yang bertugas jaga sistem audio nak guna sound system.. Tak lama lepas dia mengomel menyalahkan teknologi, tiba-tiba si samurai tu bercakap dengan kuatnya.. Aku rasalah mesti cikgu yang jaga audio system tu bengang dengan si Mamat ni.. Sedang mendengar ceramahnya yang baru bermula sambil buat kerja aku, tetiba aku dapat sms abang Mie yang duduk kat luar dewan dan tak masuk-masuk dalam dewan sampai sudah... "Kau kena goreng sampai hangus la!! Penceramah ni dari tadi citer pasal dia!! Buang masa je!! Kita org kat luar duduk santai kat kerusi batu.Orang samurai berak tak cebuk!!". Bila abang mie kata dia bookingkan tempat untuk aku kat luar, aku pun angkat punggung meninggalkan penceramah motivasi bercerita dengan ibubapa lain yang sabar menunggu dalam dewan yang hangat itu.
Sememangnya, menunggu ahli politik sampai ini memerlukan kesabaran dan perngorbanan. Sepatutnya program bermula pukul 9.45am tapi pukul 11.30am baru datuk MB sampai.. Kalau kat negeri orang puteh ni... dah lama sekolah tu lengang. Nak makan sambil bersantai waktu menunggu tak dapat sebab aku, abang Mie dan kak aishah berpuasa. Jadi terkulat-kulatlah kitorang tengok orang makan kat kantin sementara tunggu datuk MB.. Aku memang dah bengang sebab nak naik pentas tak sampai seminit tapi kena tunggu berjam-jam. Dahlah panas terik.. Aku memang tak larat.. Dah berapa karung jugak dosa aku mengutuk si mamat tu. Ya ALLAH!! Ampunkanlah dosa hambamu ini.. " Punyalah lama tunggu si Mamat ni sampai aku dah siap marking separuh dari kertas jawapan anak murid aku. Ikut hati aku yang panas berasap ni, dah lama aku balik rumah, tapi kesianla pulak kat Amin dan sebab nak dia happy, aku tunggu jugak. Dan biasalah juga bagi orang yang datang lambat ni pasti akan memberikan alasan mengapa diorang lambat. Aku ingatkan bila dia bagi ucapan tu jadi pendeklah sebab dah lewat sangat, rupanya jangkaanku meleset sama sekali. Dia begitu bersemangat berucap.. Aku tak ingat dia cakap apa kecuali " Tak apa, biar tiga jam pun, saya sanggup tunggu dan berdiri untuk serahkan ebook ni pada anak-anak Terengganu".
Lepas dia berucap, bermulalah majlis penyerahan ebook. Start pukul 12.45pm dia serahkan ebook untuk 15 buah sekolah di seluruh DUN Paka, sampai turn aku untuk terima ebook ni dah pukul 2.30pm. Penatnya Tuhan saja yang tahu!! Sampai nak senyum kat si Mamat tu pun aku dah tak larat. Lepas terima aje ebook, aku dan abang Mie terus balik. Tak larat nak tunggu lagi... ibu bapa pun ramai balik terus. Kalau ikut perancangan dan rehearsal budak-budak sekolah kena tunggu kat khemah masing-masing dan laungkan "Terima kasih Datuk ". Tapi masa aku balik tu khemah dah lengang. Budak yang dilantik untuk ucap terimakasih pun dah tak nampak batang hidungnya. Memang datuk MB tak boleh nak marah kalau semua orang balik sebab semua orang banyak kerja.. Sapa suruh datang lambat.. Tapi aku memang respek dan salutelah kat Datuk MB ni sebab sanggup sabar berdiri dan senyum untuk tempoh 3 jam tanpa berehat semata-mata untuk serahkan ebook personally pada semua pelajar... Padahal boleh je bagi kat wakil sekolah.. Apapun, terima kasih banyak-banyaklah datuk. "Ya Allah!! Peliharalah Mat Saidku dari tohmah dan dugaan.. AMIN!!! hehe..
Ebook yang budak-budak ni dapat kecik je dan sangat kiut. Aku rasa ebook ni very helpful sebab semuanya dari sukatan pelajaran tahun 5, segala doa-doa harian termasuk doa nak puasa, cara-cara sembahyang termasuklah sembahyang jenazah, ayat quran 30 juzuk, window office, internet ready sampailah ada webcam. Cuma sekarang terpulanglah pada cara penggunaan dan penyelenggaraan. Aku rasa budak-budak sekolah di negeri lain mesti jealous punyalah. Tapi Amin mula dapat aje dah explore semuanya.. bukan setakat itu sahaja tak sampai 5 jam dia dapat ebook tu dah rakam aksi dia dia bergusti dengan sepupunya Mubin atas katil dan main games yang ada diinternet. Bila ada internet ni aku risau dia expore yang bukan-bukan. Dan hingga hari ini waktu aku tulis entry aku ini dalam ebook dah banyak gambar yang dia ambik sendiri, koleksi lagu-lagu yang tah dari sapa dia dapat dan dah letak password kat ebook dia yang mana bapak dia sendiripun tak dapat nak hack password sebab tak nak bagi orang main. Canggih dan beruntung budak-budak sekarang ni. Aku pun dah kerja teruk-teruk tak ada notebook sendiri.. Nantilah.. tak lama lagi aku pun nak beli juga laptop yang sekecil anakku punya. Senang nak buat kerja. Aku tau banyak buruk dan baiknya ebook .. Sekarang Amin dah bawak dua beg... satu beg sarat deengan buku teks dan buku tulis... satu lagi beg ebook dia. Kesian pulak aku tengok dua beg bergantungan kat bahu dia.. Namun, aku masih mengharapkan yang baik-baik sahaja.




Amin dan mubin yang excited masa menunggu




Ebook amin yang kiut

Beban dah tak ada!! Seronoknya!

At last!!! Batu yang sebeban menghempap kepala dan dadaku dua tiga hari ini dah tak ada.. Pada petang ini, tepat pukul 3.25 pm.. segala beban aku sudah berakhir except for OBE tu. Leganya!!! Ringannya kepala aku Tuhan sahaja yang tahu.. Intersessi dah selesai, marking pun dah selesai, markah pun dah hantar.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar kecuali untuk paper yang aku markingkan untuk orang tu bila tiba-tiba boss call aku tanya pasal raw score... Aku tak dapat nak buat apa sebab kerja kursus yang aku terima dari dia tanpa raw score..


Pasni nak settlekan OBE tu pulak dan prepare untuk semester depan. Kalau ikutkan silibus yang kena revise ikut format OBE tu aku kena hantar hari ini jugak sama dengan tarikh akhir final.. tapi aku tak mampu nak buat kedua-duanya sekali... Aku buat ikut priority. Jadi OBE aku lupakan seketika.. aku dah cakap dengan Has nak email sendiri pada Resource Person kat Perlis esok.. kalau sempatlah.. tapi has kata diorang nak mula meeting esok... Mungkin tak sempat kot.. lantaklah.. Aku pun tak ada mood nak buat benda yang aku tak reti...


Dalam pada sibuk marking, sempat lagi tengok cerita Hindustan sambil marking depan TV dan sempat lagi meleleh airmata.. Menghayatilah kononnya !!!... Tak sedar diri kena tipu dengan keling..! Keling tu dapat duit.. kau habuk pun tarak!! Buang masa dan airmata aje..!


Bila bukak cerita pasal result budak ni normallah ada yang score dan ada yang fail. Cuma adalah masa marking paper orang lain, aku bengang dengan jawapan budak-budak ni... macam orang tak baca buku.. tak tau nak bagi markah macamana... Bayar banyak sampai RM200 satu subjek tapi main-main.. baik tak payah ambik.. rugi masa aje!! Tapi yang aku heran bin ajaib ni markah kerja kursus diorang tinggi semuanya.. paling cikai pun 40/50 lah... selama hayat aku mengajar budak-budak degree ni anak murid aku yang paling cerdik pun tak dapat sampai 45/50 tapi jawapan final diorang tak menggambarkan result diorang masa test.. Mungkin diaorang meniru kot masa test tu.. sebab gila tinggi markah diorang masa test. Aaah!! Apa nak dikisahkan!!Buat apa nak pikir masalah diorang? Buat tingtong kepala je.. Bukan anak murid aku pun.. Sebab kalau anak murid akulah jawab dasyat macam tu, memang kena carut dengan aku waktu kelas.. Dan yang pasti kertas jawapan diorang memang teruk aku conteng.. Masa awal kelas lagi aku dah warning kat diorang, kalau meniru masa test dan kena tangkap, memang nahas diorang... Jangan tunggu kalau aku dah koyakkan kertas jawapan dan kata 'Get Out" dengan buat muka mohon simpati. Baik blah terus.. Kalau diaorang terlepas dari kena tangkap waktu meniru, aku dah cakap siang-siang lagi aku sumpah diorang blank dan tak dapat jawap terus masa final.. Memang budak cukup menyumpah dan menyampah dengan aku yang keji ni awal semester. Ada aku kisah!! Nasiblah!! Bersabar ajelah dengan aku selama kau menjadi anak murid aku. Tapi itu lebih baik dari kak Juyah aku yang sumpah anak muridnya jadi mandul kalau meniru... hehe!!


Anakku kena denda

A backdated story...

Result midterm exam budak-budak ni dah keluar. Kali ini abah diorang pergi jumpa cikgu kelas anak-anak aku untuk sign report card diorang dan pada masa yang sama mendengar cikgu bercerita pasal sahsiah budak-budak ni kat sekolah. Aku tak dapat pergi kali ini sebab aku kena pergi kursus OBE dan revise silibus yang bengong tu selama sehari dan tak dapat nak escape langsung.. Owh!! Dasat sungguh result anak-anak aku kali ni... menjunam-junam turun... tupun diorang boleh sengih-sengih lagi.. Memang tak ada masalah langsung diorang ni... Apalagi, bapak diorang sudah hangin satu badan... Dan mereka telah didenda oleh bapak mereka yang sudah hangin satu badan itu... Computer games dan internet hanya dibenarkan waktu cuti hujung minggu aje.. Boleh keluar main hanya bila pukul 5.30 ptg, boleh main dalam pagar rumah aje dan tak dibenarkan ke rumah kawan yang berdekatan seperti lazim diorang buat. Tapi si naim ni akal cukup panjang... bila dia dah tak dapat pergi rumah kawan dia... dia suruh kawan dia datang rumah aku pulak.. Pukul 5.30 ptg dia dah siap tunggu dengan penuh sabar. Kejap-kejap dia jenguk kat luar.. kejap-kejap dia tanya aku .." Ibu.. kawan Naim Aiman dah datang ke belum? Ibu nampak tak dia datang?". Bila kawan dia dah datang dengan basikal, adalah dia main sekejap je dengan kawan dia, pastu dia biarkan Amin pulak melayan kawan dia main sedangkan dia gasak melanyak basikal kawan dia.. Lepas buat-buat terlupa lebih batas.. Aku pun hangin jugak bila tengok result anak-anak aku nih.. ... Tapi sebab bapak dia dah denda diorang, aku pun diamlah.. Tapi kalau myhubby buat tak tau aje, memang budak-budak tu kena tidur kat luar rumah dengan kucing semalaman.. biar diaorang main sepuas-puasnya kat luar sampai pagi besok.. All this while, kerja diorang main aje.. Kalau main games, tak payah disuruh... awal pagi diorang dah bangun dan terus main dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi tanpa perlu suruh... tapi bila baca buku, 5 minit je baca dah terus tertidur... Walaubagaimanapun aku faham naluri budak-budak especially budak lelaki ni tau nak main dan enjoy je.. Namun, aku tak akan pernah berputus asa....

Aku dah tingtong

"Buai.. buailah laju... aku nak kawin dengan anak raja".
Kebetulan tengah duk tukar-tukar saluran tv aku tertengok cerita lagenda bawang putih bawang merah kat TV2. Tak lama kemudian, si bawang merah menyanyi lagu pohon beringin ala mintak simpati sambil berkemban.. sambil diperhatikan anak raja yang tercengang-cengang sambil tersengih-sengih.PAstu dia terus dilamar oleh putera raja supaya jadik bini dia.. Senang aje.. tak payah bercinta-cinta. Berkenan je terus jalannn!! Pastu mulalah aku duk berangan... seronok jugak kalau dapat kawin dengan anak raja ni... tak payah teruk-teruk kerja bagai nak mampus dan bayar hutang yang bertepek-tepek!... Jaga diri dan jaga laki aje... PANGG!!! Back to reality!! Tak sedar diri dah ada laki...!! Haahaha!Berangan jelah!! Bila tengok cerita tu, aku pikirkan senang je orang zaman dulu nak dapat laki orang kaya ya!! Berkemban, nyanyi sambil main buai terus dapat laki kaya... anak raja pulak tu.. Tapi agaknya kalau buat macam tu di zaman sekarang nih, 7 keturunan dikata oarang... kalau tak gila ke pempuan ni!... atau buang tabiat ke apa pempuan ni!! haha!!
Sebenarnya aku ni tengah tingtong... kerja banyak... bermula dengan kursus OBE.. (Outcome Based Education)... Start aje masuk dengar taklimat aku dah start tingtong... Tak paham! Tak paham tu satu hallah, tapi yang buat aku lagi tingtong bila diorang nak suruh revise silibus ikut OBE dalam keadaan aku yang blurr dan bentangkan hari tu jugak... Bila dah tingtong ni kena buat kerja... teruslah aku buat kerja ikut sedap hati dan kepala otak aku aje terutama bila bab nak bubuh jam diperlukan untuk student learning time.. Come on la!!! Takkan silibus boleh revise dalam tempoh 3 jam dalam keadaan tak tau hapa...Macamana nak capai kualiti macam ni.. Aku bengang tau!! Kenapa tak bagi taklimat sehari ke dua hari ke pasal OBE ni pada kuli-kuli yang lain sebelum kau nak revise silibus. Aku hairan kenapa Resource Person setiap subjek kat anchor campus tu tak boleh panggil resource person kampus lain, sit together 2,3 hari discuss dan capai persetujuan bersama untuk silibus yang akan dipakai untuk seluruh sistem. Kan itu lagi bagus dari suruh resource person yang tak tahu hapa ni buat. Ini dah bukan 'Outcome based Education", tapi dah jadi "Otakkku bengang ehhh!! . Dulu aku revised silibus pun ambil masa 2 hari.Tapi apa boleh buat, namapun kuli, belasah ajelah buat.. Lantaklah!! Tapi aku memang tak puas hati, tambah aku bengang dahlah masa suntuk aku kena ubahsuai silibus dan pada masa yang sama aku nak kena marking paper final intersessi. Ni lagi satu yang buat aku bengang.. aku terpaksa marking paper lain yang ditinggalkan oleh orang lain yang pergi kursus. Ada orang lain yang mengajar subjek ni tak nak pulak marking dengan pelbagai alasan .. Bila ditanya nak marking tu, jawab macam nak tapi sebenarnya tak nak.. At last muka aku jugak yang kena macamlah haku ni tak ada kerja langsung... Tak taulah macamana aku nak marking 2 kelas dalam tempoh masa hari ni... Ya Allah!! Berikanlah kekuatan kepadaku...!!AMINN!!! Tapi yang buat aku bengang, orang yang aku kira macam mangkuk tingkat yang tinggalkan baki kerja kat aku ni boleh tak tinggalkan kerja kursus budak-budak ni... dan waktu aku menulis entry aku ni, aku tak dapt lagi benda alah kerja kursus ni... Nak kena submit hari Ahad ni... Katanya fail dia kena virus.. Lantaklah kau!! Ada aku kisah!! Yang aku tau... aku dah markingkan untuk kau..
Akhirkata, lagu "AKU DAH BOSAN" dendangan Search ni ditujukan buat Nor yang senasib bab OBE ni dari jiran opismu yang tingtong ni dengan ucapan .. " Hayatilah lagu ini dan tabahlah!!Haahaha!! Pas abis OBE ni kita pi SPA sekali dengan Ras ek!!












lagu ini ditujukan untuk...

RAS!!!!!!!!!!

Lagu yang bertajuk "Goyang Duyu" yang dipopularkan oleh Kumpulan Project Pop ini ditujukan untuk Ras dari officematemu yang tengah 'tingtong' marking nih dengan ucapan " Jangan tensyen tensyen especially masa tengah baca blog!! Nanti kalau sewel dan tingtong akak jugak yang susah... hahaha!!!

Lirik? Ala!! berlambak dalam internet!! Siap ada videoclip lagi!! heheh

adakah ini ...


..

Bila bengang tengok iklan bangang

Entry aku kali ini adalah mengenai iklan pulak.. Aku kalau tak ada kerjalah... ataupun dalam keadaan banyak kerja tapi buat-buat macam tak ada kerja.. aku suka duk mengadap TV tengok iklan TV. Kalau iklan TV tu best, aku tak akan jemu tengok banyak kali, tapi kalau iklan tu nampak sangat bodohnya dan tak logiknya automatically aku akan kata " Bangang punya iklan!" .
Iklan yang aku sedikit kurang gemar tengok dan elakkan diri tengok dan berdoa agar anak-anak aku tak tengok adalah iklan promo wayang kat TV... memang berpuaka betul... Latest yang buat aku lemah adalah iklan Transformer ... tak lama lagi adalah rombongan ke Kuantan tengok wayang cerita transformer dan penaja tiketnya adalah aku...
Ataupun, aku suka berjalan dalam internet dan meng'google' iklan2 di YOUTUBE. Dalam banyak -banyak iklan aku suka tengok iklan Toyota-Human Touch... A very nice advertisement.. Tapi banyak jugak iklan Toyota dan berbeza antara satu negara dan negara yang lain.. Cubalah tengok... very interesting..
Tapi dalam banyak iklan yang terbaru, aku tak boleh terima iklan air penapis Bio -Aura keluaran HaiO yang paling baru, Iklan tu pasal husband and wife yang berkereta mewah balik rumah dan mengajak maknya pergi umrah hasil jualan BioAura tu la.. Bab pelakonnya yang tak pandai berlakon tu, aku boleh terima lagi tapi aku tak boleh terima dialog terakhir salah seorang dari pelakon tu yang berkata " INIlah yang memberi rezeki kepada kami" sambil memegang penapis Bioaura tu.. Aiyooo!! Siapa yang sebenarnya memberi rezeki ni? Allah ke penapis Air tu?? Kalau impromptu, mungkin acceptable la dengan anggapan pempuan tu mungkin panik dan mungkin director dia Cina yang.. tak tau apa-apa.. Tapi kalau tukang buat skrip tu orang melayu dan directornya pun Melayu, memang diaorang ni bangang tahap mangkuk tingkat betulla.. Tak boleh rephrase ke ayat tu ? Contohnya " Saya amat bersyukur pada Allah yang memberi rezeki pada saya melalui perniagaan BioAura ini". Aku rasa ianya adalah lebih manis dan elok daripada " Inilah yang memberi rezeki kepada saya"... Guana gamok?

Happy Sunday!!

Have a happy Sunday!!
Since mood aku ok hari dan still in a mood to write.. so.. aku masukkan lagi satu entry.. Hari jumaat dan Hari Sabtu adalah hari yang paling menggembirakan aku. Aku tak pernah bosan menanti kedatangan hari Jumaat. Hari-hari itulah aku dapat meringankan kepala aku yang 'tingtong' sepanjang hari-hari bekerja. Banyaklah aktiviti aku bila tiba hari Jumaat selain dari waktu tidurku semakin panjang....
Tapi, hari Jumaat dan sabtu kali ini aku tidak ke mana-mana pun since myhubby was so busy.. Katanya dia nak bekerja secara efektif.. Jadi aku pun memerap kat rumahlah macam anak dara.. kali ini semasa cuti hari Jumaat aku telah modify lagi satu resepi.. kali ni lauk kerang pulak. Kalu biasa lauk kerang orang rebus, bakar atau sambal kerang yang telah dibuang cengkerangnya, tapi kali aku masak kerang berlada sekali dengan cengkerangnya sekali. Serious!! so delicious!! Tambah lagi kalau aku yang masak. Haa!ha!ha! Tak sedar diri!. Dasar masuk bakul angkat sendiri!! Menu ni pun senang jugak... Bahan-bahannya adalah bawang merah, bawang putih, lada merah, kalau nak pedas tambahlah cili api.. serai, garam secukup rasa... kalau boleh jangan banyak.. dan sedikit sos cili. Caranya tumbuk lah lada, bawang merah dan bawang putih... kalau malas nak tumbuk, blender je. Pastu tumis bahan yang ditumbuk tu bersama serai yang diketuk sampai pecah minyak. Pastu, bubuh garam dan masukkan kerang. Make sure kerang tu dah dibasuh dengan sebersihnya sebab kerang dimasak dengan cengkerangnya sekali. Gaul sebati dan tutup, biar untuk seketika dan tutup api bila kerang tu agak-agak dah masak.. pastu hidang.. Rasanya? memang sedap... tak perlu cicah dengan cili sos lagi sebab rasa dah sebati dengan kerang... Oleh kerana aku terlalu teruja sebab kerang berlada aku sedap sampai aku terlupa nak ambik gambar... Masa baru mengadap meja makan nak menikmati makan tengahari , anak jiran depan rumah datang dan terus ke meja makan... aku ajak dia makan sekali sebab nampak dia merenung je lauk kerang yang aku masak.. Lagipun,lauk kerang tu pun memang banyak.. tapi dia tak nak.. Pastu dia balik rumah... Tapi tak lama kemudian dia datang balik membawa mangkuk kecil.. katanya mak dia nak rasa.. tapi aku tau sebenarnya dia yang nak makan sebab dia memang suka makan kerang.. Ok!! chau cin chau! selamat mencuba resepi kerang yang aku modify ni....

Bila rindu...

Aku masih merinduinya... Ingatan pada arwah abah sejak dia pergi tidak pernah pudar.. Setiap kali aku pulang ke rumah, seakan terbayang arwah abah yang terbaring di katilnya. Rasa seperti abah masih ada, cuma mungkin dia tiada kerana dia ke bandar, ke hospital, ke kedai atau sedang menyapu di luar rumah seperti yang biasa dia lakukan waktu dia sihat dulu.. Tapi bila aku sedar abah sememangnya sudah tiada, hati aku menjadi sayu.. Rumah mak sudah semakin sunyi tanpa abah..
Sejak arwah abah tiada juga, aku tak mampu lagi menonton cerita-cerita mengenai bapa di televisyen.. aku pasti akan mengalirkan airmata dan pasti aku elakkkan diri dari menonton cerita-cerita sebegitu..
Hari ini hari bapa... Aku tak dapat meraikan hari bapa sebab abah dah tiada... Cuma doa dari anaknya yang paling nakal ini setiap hari agar abah sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan di tempatkan di Syurga yang terbaik..
Kalau Mazidah adikku mengatakan bahawa masih terngiang-ngiang di telinganya suara yang memberitahu abah sudah tiada, tapi aku hingga kini masih jelas terbayang waktu abah menghembuskan nafasnya yang terakhir di depanku meninggalkan aku pergi dengan renungan mata yang paling dalam. Bukan mudah melepaskan orang yang paling kita sayang dan sangat bermakna dalam hidup kita selamanya. Ianya amat menyakitkan dan memeritkan.
Sesungguhnya kasih bapa bawa bahagia.. kasih sayang dan pengorbanan bapa sebagai ketua keluarga tiada tolok bandingnya.. Walau dia tak pandai menzahirkannya, tapi kita tetap dapat merasainya...
" Selamat Hari Bapa buat semua bapa, yang sedang menanti saat menjadi seorang bapa dan yang bakal menjadi bapa di masa depan.." .. Semoga anda semua tabah membesarkan anak-anak dan cekal melayani kerenah mereka.. "
Berbaktilah kepada bapa selagi hayat dikandung badan, selagi mereka di depan mata.. Gembirakanlah mereka selalu kerana sebenarnya apa yang kita lakukan untuk mereka tidak cukup untuk membalas jasa dan pergorbanan mereka membesarkan kita... Bila mereka sudah tiada, semuanya tidak bermakna lagi..
Selamat hari bapa untuk suamiku....

Bila diri disapa

Semalam aku telah disapa oleh adik yang menimbang sayur sewaktu aku menunggu dia menimbang sayur yang aku beli di You Hoe.



Adik menimbang sayur : Kak, akak ada adik lelaki tak?


Aku : (Kaget seketika). Hah? Adik lelaki? owh!! akak tak ada adik lelaki. Adik perempuan akak adalah. Kenapa?


Adik menimbang sayur: Tak.. ada sorang kawan lelaki saya ada iras-iras akak...



Owh!! itu ceritanya....


Aku: Oh ya ke? kali pertama akak dengar muka akak ada iras lelaki. Kalau perempuan akak dah biasa dah dengar... Ada kata macam muka kakak angkatlah, cikgu Bm dialah ... Kiranya first time lah muka akak ada version lelaki...


Adik menimbang sayur : Dia jual burger petang sampai malam kat jalan pantai bertentangan padang bola..


Aku : Ya ke!! hehe!! ( Dalam hati: tak ada kuasanya aku nak pegi tengok)



Balik rumah, pada myhubby aku ceritakan kejadian aku disapa tadi... lalu myhubby menyambung.. " ialah!! macam-macam iras ek!! macam artis la!! macam penyanyilah!! Laluku sambung..." macam pelakonla!! Eh ada tau!!!!! " .. hehehe!! penyakit tidak sedar diri tahap cipan sudah tiba... Paangg!! Back to reality!! ( meminjam ayat Dina)



Petang itu aku mencuba masak satu resepi baru yang aku ubahsuai iaitu Sup Udang berserai. Akukan suka mempelbagaikan resepi.. Bosan jugak kalau asyik makan sambal udang je.. tiada kelainan.. lagipun resepi ni resepi sihat sebab guna kaedah merebus. Ala!! bukannya susahpun, main campak aje ... bawang besar, cili api ikut tahap kepedasan yang diingini.. serai 2,3 batang, garam, air perahan limau nipis, garam.. kalau rasa nak tambah dan modify.. bolehlah letak stok ayam sikit, tauhu atau pun taufu telur atau kedua-duanya sekali,. Udang jangan lupa... Macamana rasa sup udang yang aku buat pertama sekali semalam..? Pergh!!! Myhubby cum quality controller yang sangat jujur dan berdedikasi bila bab komen makanan ni kata sangat sedap macam makanan kat hotel menyebabkan aku rasa kembang dari semalam sampailah waktu aku menulis entry ni.. hehehe!! Tapi sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan dan memotivasikan seorang isteri setelah penat memasak bila si suami kata SEEEDAAAAAAP!






Sup udang serai yang aku buat first time semalam... bolehlah buat lain kali..

Bila resepi menipu



Aku memang sangat suka makan karamel telur. Karamel telur ni lembut je dan dibuat dari telur dan gula. Sedapnya karamal telur tu bagai nak sewel bila memakannya. Walaupun pada dasarnya karamel telur tu dimasak dengan kaedah kukusan yang mana kalau kukus tu lebih menyihatkan tapi hakikatnya memakan karamel telur itu patut dikurangkan atas beberapa sebab:


1. Meningkatkan kadar kolestrol dalam darah terutamanya LDL yang menyumbangkan kepada darah tinggi dan sakit jantung sebab kuih ni guna banyak telur.

2. Memakan karamel telur dalam julat yang sangat kerap dan banyak sampai tak sedar diri
juga menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang menyumbang kepada kencing manis
sebab kuah siraman tu dibuat dari gula..
Yang aku nak cerita pasal karamel telur dalam entry aku ni selain dari kesedapan hingga tahap sewel bila memakannya dan keburukannya kali ini adalah waktu pertama kali aku membuat karamel telur. Bila dah suka makan, maka adalah lebih afdal kiranya dapat membuat sendiri sebab akan ada lebih kepuasan dan menjimatkan kos dari beli kat luar terutama di pasar malam atau pasar ramadhan yang belum tentu lagi sahih tentang kebersihan semasa membuatnya. Jadi, rujukan aku yang utama adalah resepi dari majalah-majalah resepi yang aku beli setiap bulan.
So, bahan-bahan yang dinyatakan dalam resepi adalah 9-10 biji telur ayam yang mana tak dinyatakan telur kena dibasuh dulu, satu tin susu sejat. Gula secawan untuk kuah. Dan aku pasti resepi tu menyatakan gula dimesti dimasak dengan secawan air. Maka hari itu, dengan perasaan berkobar-kobar aku mulakan operasi membuat kuahnya seperti yang dinyatakan oleh resepi itu. Entah kenapa, gula tu tidak bertukar jadi perang seperti yang sepatutnya, ia tetap jernih walaupun dah likat. Bila aku campur air masak, dia bertukar jadi kristal jernih. Akhirnya, aku terpaksa buang satu periuk gula dan buat yang baru. Aku dah mula rasa kurang sabar sebab nak tunggu air gula tu likat dan bertukar perang tapi tak bertukar jadi perang dah dekat sejam. Myhubby dah start perli. Aku masih menahan kesabaran dan aku buat kuah gula hangus yang baru dan hasilnya sama, tetap mendukacitakan. Di mana silapnya.? Aku dah mula bengang dan nak give up tambah lagi myhubby dah sengih-sengih bila masuk dapur dan memperli sambil bertanya.." bila nak siap karamel telur?.... tok guru dah depan mata".. Aku hampir berhenti terus dari membuat karamel telur ni disebabkan aku sendiri yang kurang sabar bila tiba-tiba aku teringatkan Kak Peah (pengasuh amin masa kecik) yang expert buah kuih kek gula hangus.. aku terus mengangkat telefon dan menelefon kak peah bertanyakan cara yang betul buat kuah gula hangus... aku tekedu sekejap bila dia kata.." Laa!! Nak buat gula hangus tu kita kena panaskan gula tu dulu dalam periuk sampai gula tu bertukar jadi cair warna perang.. api tak boleh kuat .. nanti gula tu hangus jadi pahit.. pastu bila dah tukar jadi warna perang, barulah perlahan-lahan campur air.. Kalau kau campur dengan air terus, sampai tahun depan kau masak pun tak jadi perang punya!!!" Haa ambik kau!! Aku kena tipu.. Resepi tu yang tak betul ke atau aku yang bangang sama macam orang yang buat resepi tu!!




Gimme a break...

Semalam aku tersenyum kelat sewaktu sampai rumah pukul lewat petang bila aku tengok ada satu kereta yang aku tak biasa lihat tersadai di depan rumah. Bila aku masuk aku lihat muka-muka yang very familiar dengan aku dan myhubby sedang tersenyum kelat juga sambil memandang aku and i knew what in his mind at that time.... Biasa-biasa aku happy bila jumpa diaorang ni, tapi kali ini aku tak happy bila tengok diaorang dalam rumah aku bukan seperti selalu bila diorang menjengah ke rumah. Tapi gila kau nak tunjuk emosi kita yang dah sah rasa tak seronok kt diorang. Pada waktu ni emotional intelligence is very important. Walau penat dan bengang macamanapun aku, aku harus bermuka manis.... Well!!! I'm very good at it!! Aku kan the best actress!! hahaha!! Dah mula tak sedar diri tu!Paaangg!! back to reality!! ( meminjam ayat Dina).
Aku bukan jenis tak suka orang datang rumah. Aku suka aje. Lagipun orang kata orang datang rumah ni rezeki. All this while pun ramai je orang yang datang rumah dan aku tak kisah pun.... aku happy diaorang datang and i don't mind cooking for them walau setakat lauk sardin aje. Tapi.. kali ni aku memang tak seronok.... seriously semalam aku memang penat tahap cipan, tapi bila diorang datang rumah... bukan setakat fizikal, jiwa aku bertambah penat ke tahap eksponen. I knew they're not sincere enough when they came to my house yesterday. Nak lari dah tak boleh(tak guna aku ni!!!) .
To be frank, aku suka dan aku terima dengan ikhlas dan pasti layanan baikku sangat ikhlas kalau kawan-kawan datang rumah because of "genuine friendship". Tapi kalau kau tau nak datang rumah jengah aku lakibini sebab nak jual barang kau dan paksa aku lakibini beli barang kau atau nak suruh aku lakibini jadi ahli bawah kelab direct selling kau, memang aku cukup tak suka and automatically jiwa dan perbuatanku jadi tak ikhlas. Itulah yang berlaku semalam. Tup tup diorang call myhubby mengatakan dah lama we all dah tak datang rumah ever since kitaorang pergi rumah diorangmasa bini dia nak pegi haji tahun lepas. So, atas dasar kawan kitaorang pun seikhlas hatinya menziarahi diorang. Tapi bila aku sampai rumah diorang,ehh cerita lain pulak jadinya. Diaorang gasak nak cucuk aku lakibini untuk beli beli barang dan jadi ahli... bila jadi macam tu, aku ni daripada ikhlas hati jadi tak ikhlas. Aku bab mencucuk cucuk ni memang aku pantang sesungguhnya. Dari senyum manis bertukar jadi senyum bengang. Tak sempat diaorang nak cakap banyak tentang produk direct selling diorang, aku laki bini blah dengan muka manis yang penuh kepura-puraan atas alasan adik ipar datang rumah. Maka selamat aku lakibini petang itu. Sepanjang jalan on the way balik, aku laki bini asyik mengomel ajelah. Entah berapa karung dosa aku petang tu tak terkiralah agaknya.Ya Allah! Ampunkanlah dosa hambamu ini... Ingatkan cerita tamat sampai disitu.. rupanya tidak... diaorng datang buat kunjungan balas pulak dengan alasan yang sama. Memang aku jadi sangat bengang hingga aku meniadakan diri sewaktu di rumah meninggalkan myhubby sorang-sorang melayan sebab myhubby seorang tahan godaan direct selling tahap tegar. Aku tidak setegar lakiku. Selamatlah aku juga pada hari itu. Mungkin diaorang dah boleh baca helah aku lakibini bila semalam dia orang datang lewat petang secara tiba-tiba. Sebal hati aku tau sebab tak seronok jadi plastik. Masa berlalu menghampiri maghrib dan diorang tak ada tanda-tanda nak balik. Yang pempuan ni ada jugak bagi-bagi clue supaya aku excited nak tau produk diorang ni, tapi aku buat muka bodoh je. At last isu hilang begitu sahaja apabila aku selalu ubah topik perbualan supaya dia tak ada peluang langsung buka cerita pasal barang dia. Aku semakin bengang bila maghrib dah masuk, diaorang masih tak reti nak balik.. Ingatkan kalau dah sembahyang Maghrib tu kiranya boleh beransur baliklah, eeh!! sambung menyembang lagi.. Tolonglah!!! Aku dah penat weii!!! Kalau ikutkan waktu ini, aku dah rehat dengan anak-anak n myhubby. Ketidakretian diorang untuk balik berlanjutan sampai pukul 9.15 malam. Aku dah puas bagi clue dengan bahasa gerak tubuhku tapi nampaknya memang diorang tak reti bahasa. Memang senyallah diaorang ni.. Bila diorang balik aje.... myhubby merungut-rungut... "memang tak reti bahasa diaorang ni... Direct selling punya pasal.. spoil relationship". Sebab direct selling, aku dah termiss finale series yang aku plan nak tengok. !!! Kalau diorang tak suka orang datang rumah dan tak reti nak balik-balik menyebabkan diorang terganggu , sepatutnya dia faham perasaan aku lakibini. Kalau setakat nak sombong kata dapat pendapatan 3,4 ribu sebulan baik tak payah... Salah tempat!! Sebab aku pernah jumpa orang direct selling pendapatan dua tiga puluh ribu sebulan sampai berhenti kerja tetap, tapi hampeh akhirnya!! kerja ke mana, anak bini ke mana.
Moral of the story, kalau kau nak kawan dengan orang dan ingat kat orang sebab nak jual barang dan bukan sebab genuine friendship... lupakan saja... you'll spoil everything and the friendship....Kalau nak persuade orang, tengok-tengoklah audience dulu beb!

Bila naim mula melukis

WANTED!!!


Missing in action!!

MISSING!

Kucing yang aku sangat sayang dan yang aku sentiasa cari dan peluk bila balik dari kerja setiap hari dah hilang. Bila balik dari rumah mak semalam kucing tu dah tak ada. Puas aku panggil tapi tak datang-datang. Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan dia hilang. First, dia kena kejar dek kucing jantan lain dan lari jauh dari rumah aku lalu tersesat. Kalau betul, kesian kat dia kebuluran di luar sana sebab all this while aku bagi makan. Second, mungkin kena buang oleh orang lain. Ketiga: Mungkin dia dicuri orang. Tapi, tak ada maknanya kalau orang curi pun, bukan kucing mahal pun. keempat: kena telan dek ular. mana tahu, belakang pagar rumahku semak. Kot-kot ada ular sawa bertapa kat situ. kelima, merajuk sebab mak dia mengandung pulak(Not me aa!!)... Huhu!! Sedihnya!!I really miss my cat... Aku harap pasni dia akan muncul tiba-tiba..

Majlis kahwinnya sudah berakhir.......

Have a happy Sunday!!


Hari ini bermula rutin aku menghantar anak pi sekolah. Bila dah lama tak hantar anak sekolah ni mulalah liat nak hantar. Bukan dekat sekolahnya, makan 10 minit jugaklah terutamanya bila time lampu isyarat asyik warna merah je. Bukan tak ada sekolah yang dekat-dekat, tapi sekolah ni student tak ramai, bolehlah cikgu concentrate..


Cuti baru ni terisi penuh, macam biasalah bila cuti sekolah ni, kerja kawin tak abes-abes. Penutup majlis kawin adalah majlis menyambut menantu sepupuku si Mat Kili di Kijal dan abang anak muridku di Gong Pasir Dungun. Mak aku dah pesan awal-awal.. " datang awal sehari untuk tolong kat rumah Chu Nah tu.. Biarlah dah ramai saudara mara dia datang tolong pun, kurang-kurang tunjuk muka.. " . Pagi Jumaat aku dah siap nak bertolak bila ada orang datang. Hati cuak jugak tapi takkan nak halau diorang!! Aku dah lambat ni... nanti mak aku bising.. Barang semua dah siap masuk kereta. Lepas diorang balik, aku pun call mak nak beritau aku lambat..


Sekali mak aku jawab.. " Tak apalah, mak ingat tak nak pegi lagi hari ni.. mak nak pegi esok. Makdok ghok la!!

Aku : Eh!! mak!! Bukan kenduri diorang esok ke mak?

Mak: apa pulak kau ni!! mak cakap kenduri tu hari sabtula!!
Aku: laa!! Bukan hari tu mak kata kenduri Mat kili hari Jumaat ke?

Mak: Bila pulak aku kata hari Jumaat.!! mak cakap hari sabtuuu!! Kau berangan ni!! ( menidakkan!! tapi aku confirm mak cakap hari tu hari Jumaat)


Tapi, oleh kerana aku dah siap pack barang.. jalan je lah. Myhubby tak ikut sebab banyak kerja dan akan menyusul kemudian. Tengahari tu aku hantar anak-anak pegi sembahyang Jumaat kat masjid Kijal. They're excited nak pegi sembahyang tu bukan apa, sebab diaorang nak menggayakan jubah yang jiran aku bagi sewaktu balik dari umrah. Masa nak keluar rumah untuk ambik budak-budak tu dari msjid, aku nyaris nak langgar orang sebab tak nampak masa nak keluar.. tapi pak cik tu memang tak boleh nak marah sebab dia yang salah, kalau aku langgar dia sampai mati pun, aku still tak salah. Apalah bangang punya orang bawak motor menentang arus.. !! nasib baik aku tersedar, kalau tak memang si bagak aku memang sapu bersih la. Petang tu aku bawak mak pi kenduri kawin dan round kampung..

The next day, lebih kurang pukul 9.00 pagi aku sampai rumah Chu Nah untuk pi tunjuk muka dan tolong-menolong apa yang patut. So hari itu tugas aku membantu membalut meja makan.. maka jadi tukang "keletik" sampul meja la hari itu yang mana keja tu keja orang lelaki... nampak ringan,tapi mandi peluh jugak beb!!

Siapa nak sangka kita akan terjumpa dengan orang-orang yang dah lama kita tak jumpa dalam majlis-majlis seperti ni.. Hari itu aku terjumpa kak Aluwiyah, schoolmate aku masa kat sekolah menengah. Pagi-pagi aku selalu pegi kelas sama dengan dia selain dengan si hamka. Aku nampak Zalina Dalim. Masa aku kat sekolah rendah, aku selalu panggil dia Zalina Daling. Aku juga nampak cikgu Khalid, cikgu yang mengajar aku masa sekolah rendah. Anaknya si Sakinah satu kelas dengan aku.. tapi aku hanya memandang dia dari jauh sambil sengih sebab tak nak kacau dia makan dan aku telah disapa oleh cikgu Noraini, cikgu BM aku masa sekolah Menengah.. She still remember my face even my name!!! Waah!! betapa fofular dan glamernya aku masa zaman sekolah dulu!! hehe!! tak sedar diri !!! Paaanggg!!! Balik ke realiti...( Meminjam ayat Dina)


Lambatnya menantu pempuan, pukul 2.00 baru sampai.. kata mat kili jalan jamm. Kematu aku tunggu sebab nak ambik gambar. Janji dengan mazidah nak mms gambar bini mat kili. Sebaik aje jumpa pengantin perempuan dan ambik gambar, aku apa lagi.. blahla balik dengan mak.. Nak tolong basuh pinggan tu pun, tender tak dibuka sebab tuan rumah pakai polisterine semuanya.
Pukul 3.30 barulah aku balik Dungun dan terus ke rumah anak murid, nasib baik majlis tu masih berjalan dan orang belum start mengemas makanan lagi.. Lepas lepak-lepak sambil makan, sembang dengan anak-anak murid dan menikmati keindahan rumah baru itu, aku pun balik..


The bride and the groom

I'm not the bride k!!

Banyak mana sayang ibu

Suatu hari:

Soalan untuk amin,


Aku : amin sayang ibu tak?
Amin : sayang!!
Aku : Banyak ke sikit?
Amin : Banyak!!
Aku : Banyak mana Amin sayang ibu?
Amin : sampai atas langit!


Soalan yang sama untuk Naim:

Aku : Naim! Naim sayang ibu tak?
NAim: Sayang!! Naim sayang ibu!!
Aku: Naim sayang ibu banyak ke sikit?
Naim : NAim sayang ibu banyak!!
Aku: Banyak mana NAim sayang ibu?
Naim: banyak sampai Kuala Lumpur.

Bilaku tanya Yati:

Aku : Yati, Yati sayang ibu tak?
Yati : Sayang la!! yati saayang ibu!!
Aku: Yati sayang ibu banyak ke sikit?
Yati: Banyak!!
Aku : Banyak mana ?
Yati : Tiga puluh ratus lima gram!! banyak tak?


Dan hari ini aku tanya soalan yang sama pada yati on the way nak hantar dia ke tadika. Jawapannya :

Yati: Yati sayang ibu sampai dalam satu kereta ni!!
Aku: Satu kereta ni je? Tak banyak lah yati!!
Yati: Dalam bonet ada banyak lagi!!

jangan pandang belakang

"Tolong!!!" Jangan sedut lemakku" kata seorang bomoh saiznya tahap buah pomelo yang ketakutan bila diusik hantu sewaktu sedang nak menurun.
Itulah satu-satunya dialog yang aku ingat bila tengok wayang cerita " Jangan pandang belakang congkak" bersama-sama dengan my hubby dan anakku. Sebab kalau bab lemak-lemak ni memang aku sensitip betul... Apalah bangang punya orang!! Patutnya suruh hantu tu sedut lemak kau banyak-banyak sebab free kan, kalao kau nak sedut kat luar konpem makan belas -belas ribu beb!! Actually, kalau aku purposely nak tengok wayang, that movie will be my last choice to watch. Tapi, since anak-anakku yang duk excited sangat nak tengok sebab promo dalam tv tunjuk toyol naik motor membuat diaorang sangat teruja sehingga aku dan myhubby jadi mangsa. Memang tv ni ada puaka betul... But, as long as diorang happy, i don't mind!! So the day my hubby came back from Indon and after i've finished up my routine jobs, we headed to Parkson, Kuantan...
Sampai kat Parkson kat nak pukul 6.00 petang. Parking betul-betul di level paling atas berhampiran Cineplex. Oleh kerana aku kena taja tiket, aku terpaksalah beratur untuk beli, nasib baik tiket tempat duduk tengah, kalau ada baris depan je memang aku tak belilah sebab lenguh leher nak mendongak depan skrin untuk tempoh sejam setengah. Masa tengah beratur tu, aku tengok myhubby dengan anak-anak duk menilik satu iklan rawatan kecantikan yang tunjuk pelbagai jenis perut dan badan yang buruk rupanya dan selepas rawatan. Mungkin dia tengah meneka-neka dalam banyak-banyak gambar mana satu yang match dengan bininya... hehe!! Teruk betul kepala otak aku pikir yang bukan-bukan. Kesian kat myhubby, dia tak bersalah pun...
Masa baru sampai di tempat parking paling atas
Sementara menunggu cerita start, kitaorang pun turun ke level bawah nak sapedek. Tempat tuju adalah Sushi Noya... tapi kedai tu tutup.. tak taulah tutup sementara atau dah bankrap. Bila dah tutup tu kitorang masuklah ke Kenny Rogers... Masuk je Kenny rogers, tetiba Yati jatuh terduduk sebab lantai licin... Nasib baik bukan aku yang jatuh terduduk!! Memang mangkuk betul pelayan kat situ sebab bila my hubby minta tolong lap dia buat tak tau. Itu belum lagi pelayan yang mangkuk lagi satu yang lupa nak buat makanan yang kita order. Mula-mula dia lupa nak hantar soup yati, pastu dia lupa pulak nak buat air yang naim mintak.. cuak jugaklah bila tunggu-tunggu tak sampai-sampai... panas hati menunggu tak sampai2, dah tanya pun baru terkial-kial nak buat, dah lah terkial-kial, lembab pulak tu, so myhubby pun cancellah... Wayang dah nak start, takkan nak tunggu... Bila kitorang dah angkat punggung, baru nak hantar air tu... Sorrilah dik... adik minumlah air tu.. tapi kesian gak yati, nak ketawa kat dia pun ada jugak.. Duk kat Kenny Rogers adalah 3 kali dia jatuh terduduk, seliparnya licin dan lantai pun licin... tapi nasib baik bukan aku yang jatuh.... kalau dah kat Kenny Rogers makan 5 orang tu, tau-tau jelah kosnya.... Memang terpaksalah hulur duit plastik... tapi tak apalah, sekali sekala makan kat situ... Just close your eyes and pay!!



tengah sibuk pilih menu. Next time cannot let them choose anymore!! boleh gugur rambut dibuatnya



posing sebelum masuk panggung



My kids memang so excited masa nak masuk panggung.. masuk masuk cerita tu belum start lagi tapi dalam sudah gelap... Aku kalau nak mencari tempat duduk tengah gelap ni memang cukup fobialah, ibarat macam cerita apek tukang jahit kasut yang kena tutup mata dek margina dalam cerita P ramlee si Ali Baba tu. Itulah aku, my hubby si margina tu dan aku si apek tu... nasib baik aku tak tersungkur dalam panggung tu, nyaris!!! kalau tak!!!!!! Macamana cerita tu? Oklah!! Kalau moral of the story tu memang tak ada langsunglah... tapi kalau setakat nak ringankan kepala otak yang berat dan sarat serta berasap ni, memang sesuailah untuk ditonton.. Tapi aku happy, bila anak-anak aku happy... Seronok time yati terjerit-jerit terkejut, sorokkan muka di celah lengan aku dan ketawa bila time pelakon buat lawak. Tengah-tengah syiok tengok tiba-tiba perutku memulas macam washing machine dalam mode spin.... baru aku ingat masa makan aku menghabiskan Yogurt si yati. Benda tukan susu masam... memang tak lamalah untuk menunggu perut aku mengamuk.. Nasib baik warning sign suruh berjaga-jaga!! Habis wayang, kitorang singgah kedai adik iparku untuk lepak sekejap dan sembahyang. We all bertolak balik ke Dungun pukul 11.00 mlm dan sampai rumah pukul 2.00 pagi sebab my hubby banyak kali berhenti tepi jalan kerana mengantuk.

Sememangnya ada banyak cara untuk spent masa dengan anak-anak.. dan bagi aku outing sebegini, tengok wayang, makan sama-sama bukan sahaja dapat eratkan hubungan keluarga tetapi juga untuk release tension...

What a waste!!



Mercu tanda kebanggaan Terengganu. Value: RM560 million. Mercu tanda kebanggaan negeri Terengganau tetapi runtuh sebelum diserah sepenuhnya kepada kerajaan negeri. Siapa yang patut disalahkan? Kontraktor? Arkitek atau orang yang meluluskan? Semua yang terlibat orang cerdik dan berakal.. Agaknya siapa antara mereka ni letak otak kat lutut. Memalukan... What a waste!!! My hubby kata stadium tu runtuh sebab si Ultraman bergelut dengan Monster kat situ... Hmm!! Ada kemungkinan ke?

Moga berkekalan selamanya

Last Saturday i went to my students wedding ceremony which means I'm getting older and older now. Hari sebelum tu on the way ke majlis kahwin Mat Kili (my cousin), x student aku si Farid helmi masa tahun 2001 call dan menjemput aku ke rumahnya keesokan hari. Oleh kerana dia tak sempat jumpa dan bagi kad, so dia bagi peta rumahnya thru phone ajelah. So, aku pun kira okeylah since dia pun tinggal kat Dungun je. Ala kat Gong Pasir je... sebelah kampung je.. So, my planning was going to Farid Helmi's house first then to Shahrul's house at Seberang Takir.


The next day, aku bertolak pukul dari rumah pukul 10.45 am. Since my hubby was not around, I just bring along Amin and Naim. Aku tak bawa yati pegi sekali sebab dia macam nak demam je, tambahan pulak si Yatikan allergi pada santan.Kalau dia ikut, sure dia dapat makan nasi kosong dan lauk ayam je kalau ada. Before heading to, Farid's house as planned, i went to Noor's house to pick her up as i've promised with my hubby to bring my friend along with me.

Ok... Agenda pertama ke rumah Farid Helmi. Katanya di Gong Pasir, masuk lorong sebelah restoran Pattaya dekat longkang besar. Masuk lorong restoran Pattaya ok lagi, bila dah masuk jalan Gong Pasir masalahku bermula. Rumah mana satu? Bukan satu je rumah dia kat longkang besar.. berlambak rumah lain kat longkang besar. Masalah kedua ialah, ada enam majlis kahwin di jalan Gong Pasir tu.. mana aku nak mencari rumah si Farid ni.. Hampir tiga kali aku berpusing di jalan Gong Pasir mencari rumah sampai terlajak ke Kg Balai Besar sehingga aku hampir putus asa. At last, aku cakap dengan Noor ' Noor, ni last round, kita cuba, ada sebuah rumah lagi kat lorong di kedai pattaya tu.. kalau bukan jugak, memang budak tu tak ada rezeki.. kita terus ke Ktrg'. Eventually I managed to find his house.. lepas meratah lauk untuk alas perut dan jumpa pengantin kitaorang terus bertolak ke destinasi kedua.

Agenda kedua, majlis kahwin si Si Shahrul di seberang Takir. Oleh kerana dah janji dengan my hubby bawak si bagak tak lebih 90km/jam so hari ini dalam sejarahlah aku memandu tidak lebih dari 90km/jam.Dari dungun ke Trg semuanya lancar hinggalah sampai ke simpang nak masuk ke Seberang takir dan atas Jambatan Sultan Mahmud yang mana jalan dah mula sesak. Sakit kepalaku melihat kereta yang bersesak dan bergerak macam kura-kura. Nasib baik aku dah isi minyak penuh, Kalau tinggal ciput je minyak confirm meleleh air mataku sebab stuck kat atas jambatan. Akhirnya, aku sampai juga ke rumah Shahrul. Aku terkesima sekejap melihat rumah banglo yang besar tersergam di depan mata. Bukan tak biasa pergi rumah besar ni, tapi rumah yang ni agak sedikit luarbiasa besarnya dan sangat cantik dengan halaman yang besar. Seriously, it's a very nice house. Aku bila bab hadiah ni memang lembap sikit. Aku tak tau nak bagi hadiah apa kat si Shahrul n wife. Puas aku fikir tapi mentol atas kepala langsung tak menyala. End up aku decide bagi duit jelah. Nasib baik aku tak bagi hadiah kat pengantin, bukan sebab kedekut tau!! tapi aku terkejut tengok hadiah yang sangat banyak. Dekat living room tu je dah banyak, atas meja makan dah segunung tingginya dan menurut si pengantin, dah separuh dipindahkan dalam bilik. Agaknya, satu hari satu malam pun belum cukup nak buka semua hadiah tu. Memang kalau setakat pinggan mangkuk tu boleh simpan untuk kenduri terus,tak payah beli. Sama juga dengan peralatan letrik yang lain. Kalau aku nak bagi dan nampak berbeza dari hadiah lain, aku kena bagi peti ais. Tapi mana ada peti ais harga RM 50. Kalau aku bagi hadiah setakat pinggan mangkuk pasti hadiah aku akan tenggelam didalam timbunan hadiah yang lain. So, kalau lepas ni ada sesiapa yang nak kawin dan nak dapat hadiah banyak, kawinlah dengan anak datuk, anak raja ke, anak menteri ke atau anak pengarah. Confirm dapat hadiah yang banyak.
Agenda ketiga, lepas makan, jumpa pengantin dan ibubapa pengantin, aku pergi ke Stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh tu. Kalau dulu ramai orang yang datang ke situ untuk apa-apa majlis, tapi kali ramai yang datang juga untuk tengok stadium yang dah ranap tu. What a waste!!
Lepas tengok stadium ranap, aku ke Giant untuk aktiviti kegemaran aku, window shoppingla...
Lama jugaklah buat terapi minda kat situ sebelum balik Dungun. Nak makan kat Ayamas perut masih kenyang. Dalam window shopping tu, terbang jugaklah 100 hingget. Milo pun beli kat giant macam kat Dungun tak jual benda tu. On the way balik, noor dapat berita pak ciknya meninggal. Jadi, sebelum sampai rumah kitorang singgah kat stesyen bas ekspress untuk beli tiket ke Johor. Kesian kat noor, tiket dah habis, terpaksalah dia balik ikut KL.
Aku betul-betul rehat di rumah pukul 11.00 malam. What a tiring day!! But I'm happy to meet my long lost ex students and they're married now.. Agaknya siapa lagi student aku yang nak kawin lepas ni....
To Shahrul and Yushaniza, Farid Helmi and Melissa, Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal ke anak cucu. jangan banyak bergaduh k!!




With the bride....... Pengantin lelaki tak dapat nak ambik sebab dia sibuk melayan orang. Aku malas nak kacau.

A very nice house....

Musim bayar tol

Bila cuti sekolah ni, maksudnya musim bayar tol dah tiba. Maksud aku musim orang kawin la.

Berikut adalah saman-saman tol yang aku kena bayar...

1. besok.. 5 June 2009, Mat Kili (sepupu aku, actually nama sebenarnya Zulkifli kot!!) kawin.. lepas dia frust dengan adik aku.. cinta tak berbalas, dia kawin dengan orang Marang. Katanya kawan dia yang rekomen. Besok kena pegilah majlis akad nikah kat Marang... di Rusila... untung-untung dapat jumpa Hj Hadi.. tapi terbangla duit aku !


2. 6 June 2009.. x student aku si Shahrul kawin. Yang ni aku memang tak boleh elak.. kena pegi gak sebab masa dia bertunang dia dah datang personally ke opis aku beritau dia nak kawin. Pastu dia datang lagi opis aku personally menjemput sekali menghantar kad kahwin... Dia sangat bersungguh-sungguh, Lagipun aku dah ajar dia dua semester, bukan setakat itu je... adik dia pun aku ajar.. sekurang-kurangnya kalu aku pergi, bukan sahaja aku boleh jumpa pengantin, malah kawan-kawan pengantin yang merupakan x student aku jugak. Lepas makan boleh lah lepak kat kedai air buah gelas bapok (bukan pondan!!) di seberang takir. hai! terbang lagi duit aku!!

3. 7 June,2009 rumah mak de (saudara sebelah suamiku) buat kenduri kawin juga di Felda ketengah jaya. Tol lagi!!


Tak apalah, tol bukan masalah utama ... yang penting silaturrahim yang dieratkan..

Aku memang...

sangat bengang bila.....

1. Orang jadi kawan aku dan datang rumah aku, atau tiba-tiba ajak aku datang rumah dengan
alasan " lama dah tak datang rumah " sebab nak jual barang atau nak suruh jadi ahli dalam direct selling... Kalau diorang datang rumah sebab nak jual barang, awal-awal lagi aku blah.. Nak berkawan dengan aku sebab ikhlas dunia akhirat masa susah dan senang ke atau kawan sebab nak paksa beli barang?!! aku tensyen dapat kawan macam ni!!!Kau nak datang, datanglah.. tapi jangan nak menjual plak!!
2. Bila aku order makanan kat kedai berjam-jam tunggu tapi tak sampai-sampai... kemudian pelayan sampai dengan muka toyernya untuk beritau, "Maaf kak!! mee dah abis!!".. Masa tu memang ada yang nak kena terajang sampai tercampak kat bukit bauk!!
3. pemandu depan sibagak aku bawak keta 40km/j macam kura-kura di jalan yang lurus tambah lagi kalau dalam kereta tu couple yang bertepek-tepek dan tak sedar diri yang jalan tu bukan mak bapak dia yang punya.
4. aku berkenan gila dengan baju kat shopping complex tapi aku tak dapat nak beli... Bukan sebab tak ada duit, tapi tak muat... Sungguh Keji!!! Tengok baju tu macam muat je tapi tak sedar diri paha macam paha ayam kentucky!!
5. ada budak yang buat-buat menunjuk diri sangat pandai tapi sebenarnya bangang!!Kemudian cakap besar tapi hampeh!!
6. ada orang yang ada otak tapi letak otak kat lutut!!! Dah ramai aku jumpa... Sengal!!
7. aku kat simpang menunggu kereta lalu sebelum keluar tapi diorang masuk simpang tanpa bagi signal, dah lah tak bagi signal ... sengih-sengih plak macam kerang busuk kat aku... Masa tu terasa seperti kaki aku seakan panjang je keluar dari tingkap kereta nak terajang diorang tu sampai tercampak kat bukit bauk!!
8. Budak modify nama aku dalam answer booklet atay assignment diorang... contohnya... Noor hxxxxx la, asxxxdar la... haxxxxdah la kemudian tak bubuh nama bapak macam aku ni tak ada bapak.
9. budak jawab periksa macam b*b* tapi mintak nak lulus dengan aku... Sengal!!!
10. budak buat assignment macam b*b*, cut and paste pulak... pastu komplen bila aku bagi markah rendah. Nasiblah kau!!
11. budak masa jadi anak murid aku, setiap kali lepas kelas mesti terkejar-kejar nak salam tangan aku, kalau boleh jilat pun dia buat(nak bodek dan ambik berkatla kononnya) , tapi bila dah tak jadi anak murid aku tambah lagi bila dapat markah rendah terus buat tak kenal je aku... tapi aku apa peduli !! Ramai lagi anak murid yang sanggup kejar aku!!! hehe!!
12. aku tengah taip soalan ke, assignment ke atau apa-apa yang urgent ,tiba-tiba 'blackout" dan apa yang aku taip semuanya hilang... aku memang berguling-guling aksi tenggiling macam orang sasau sebab bengang...
** Sesungguhnya, sabar itu separuh dari iman...*

Ku pinggirkan lara

Aku dan keluarga ke majlis kahwin saudara sebelah arwah abah baru-baru ni. Adik Apai yang perempuan kahwin. Mak kata ayah apai tu anak saudara arwah abah. Tapi sampai ke hari ini aku tak dapat nak figure out hubungan aku dengan Apai tu apa sebab bab-bab ni aku memang lembab sikit. Yang aku tau, dia saudara terdekat aku. YAti tak ikut sebab dia baru baik dari demam. Lagipun, kesian jugak kat dia sebab dia allergi pada santan. Daripada dia makan nasi kosong, baik dia tinggal je kat rumah. kitaorang tak bermalam sebab keesokkanya my hubby ada kerja.
Pagi tu aku goreng mee untuk bekal. Planning nak bertolak awal pagi, tapi planning dah lari sebab malamnya Sheira dan Shidi sekeluarga datang ke rumah dan bermalam. We all bertolak dari rumah pukul 8.30 am, singgah Kijal ambik mak dan singgah Kemaman untuk ambil abang Zahar merangkap co driver. Sampai aje rumah abang zahar kami lihat dia dah tertonggok tunggu depan pagar sambil meracun..
We all berhenti rehat di R&R Temerloh dan sampai di Balai orang ramai di Taman Bukit Mewah lebih kurang pukul 3.30 pm. Since, aku dan husband cuma kenal Apai dan isterinya sahaja.. jadi walaupun saudara aku sedikit terasa seperti orang asing walaupun berada di kalangan saudara mara sebab lama tak jumpa. Kalau yang aku kenal pun Che Zan je sebab dia sepupu aku. Kami tak lama kat situ lagipun aku tak larat nak dengar suara entah siapa yang sengal dan sangat perasan suaranya sangat sedap menyumbangkan lagu. Kalau lama sikit je lagi, mau ada kasut high heel singgah kat dahi si mamat tu..


di RnR je kat 1 jam
Mak menung panjang fikir masalah dunia


SELaMAt Pengantin baru


apai and my hubby makan



mak dan sepupunya che zan sebelum balik .lama tak jumpa

cenderahati dari pengantin
Semasa balik, kitaorang lalu ikut Seremban dari Kajang. On the way, my hubby singgah minum air kelapa di tepi jalan. Semasa tengah minum, aku melihat madu yang bergantungan di bawah signboard nasi ayam. Aku membayangkan kalau orang yang tak pandai dan paham bahasa Melayu mesti diorang ingat botol madu yang bergantungan tu nasi ayam. Itu andaian aku je which is not impossible. Aku tanya abang Zahar," Abang, kenapa madu tu ada yang warna gelap dan cerah ek?" Abang zahar menjawab "Alaa!! macam-macam boleh buat!". My hubby mencelah ," dia letak cat" sambil gelak dan sehingga sekarang aku tak dapat jawapannya.


Nasi ayam atau madu?


Sampai Senawang, kami singgah kat rumah akak Juyah sebab nak rehat-rehat kejap sebelum meneruskan perjalanan, tapi akak belum balik dari shopping dari KL.Jadi terpakasalah rehat kejap kat Surau Lavender heights tu. Dah nama masjid orang kaya, dalam masjid pun pasang aircond, air pun bertapis.
Betapa penat dan sakit badan Tuhan sahaja yang tau, maklumlah aku duduk atas tayar si bagak aku tu, sepanjang perjalanan ibarat naik belakang kuda lah..
Perhentian yang terakhir kami dalam pulang adalah kat medan selera di Gambang. Aku order sayur campur nak alas perut (akukan on diet... hehe!!) dari budak pelayan lelaki ni. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Aku sudah naik bengang... rupanya tukang masak kedai ni tak buat pun. My hubby panggil salah seorang pelayan di situ dan membuat pertanyaan. Aku sememangnya dah tak boleh bertanya lagi sebab aku sudah bengang.. Silap haribulan ada yang nak kena terajang sampai ke Bukit Bauk kang..!! (ayat biasa!! tapi tak buat pun.. cakap je lebih!!)
my hubby: Adik, tadi saya ada order sayur campur, tapi tak sampai lagi"
pelayan kedai pempuan : abang ada order ke? siapa yang ambik order?
myhubby : adik pelayan lelaki tu ( sambil menunjuk budak pelayan lelaki yang tengah makan)
pelayan : Dia tak buat rasanya lagi.. masih nak tunggu ke?
My hubby : nak tunggu ke? (sambil memandang aku)
Aku dengan muka bengang: Tunggula kejap... lagipun lapar ni..
Selepas pelayan perempuan itu berlalu ,
Abang Zahar : Apa masalah budak pelayan lelaki ni ha!! Eh dia ni hisap dadah ke hisap dada?"
Aku: Entahlah bang!! Hisap dada kot!!! hehe!!!
Lama jugaklah melepak kat situ sebelum bertolak balik. Yang pasti, itulah kali pertama dan kali terakhir aku makan kat situ...
Perjalanan yang panjang berakhir pukul 1.oo am di rumah mak... Sampai rumah mak, semua orang tidur keletihan... Esok pagi barulah aku balik Dungun.. A very tiring journey!!


Kesian my sweet baby boy !! tidur kepenatan dalam si bagak





I'll be your best friend n you'll be my valentine

TO A VERY SPECIAL MAN IN THE FAMILY!!
TO THE SUPERHERO.
TO THE SUPERMAN,
TO A GREAT FATHER ,
A chocolate cheese cake for my dearest hubby!!


A birthday presents from the kids and the wife



HAPPY BIRTHDAY TO YOU
NI DE SHENGRI KUAILE
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU!!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!

MAY ALL YOUR DREAM COMES TRUE!!

Date : 6th June, 2009