Hari Jumaat baru ini aku,balik ke Kijal untuk berbuka puasa di rumah mak, jenguk abah dan ambil peluang untuk shopping baju raya. Oleh kerana siang tak berkesempatan untuk shopping, jadi malam itu we all ponteng tarawikh berjemaah. Aku sekeluarga berjemaah kat Kemaman Centre Point. Sampai kat sana, aku berpecah dengan suamiku. Aku, Mazidah dan Yati cari baju untuk diri sendiri manakala suamiku bawa anak-anak yang lain cari baju raya.
Round punya round, pilih punya pilih sampai mata pun naik kelabu. Tema kali ni warna maroon. Ya Allah, punyalah payah nak cari baju warna maroon tu. Cari punya cari dapatlah baju warna maroon yang glamer dan penuh dengan labuci untuk Yati.
Sampai di satu kedai, aku ternampak baju kurung warna maroon yang cantik dan glameer. Ada labuci lagi. Terkujat jugaklah bila menengokkan harganya, RM220. Tawar punya tawar dapatlah RM 160.Dah berkenan punya pasal aku pejamkan mata je. Itulah baju yang paling mahal yang pernah aku beli. Tapi kali ini memang aku berbelanja agak banyak. Tapi aku tak sempat nak cuba kain tu kat fitting room sebab dah lewat.
Sampai kat rumah, aku sangat teruja untuk mencuba baju aku yang mahal dan glamer tu .. tiba-tiba.. aku kecewa... kain tak muat kat pinggang.. kejinya!! Macamanalah boleh tak muat!!
Esok tengahari aku bawa baju yang tak muat tu untuk ditukarkan dengan baju yang lebih besar. Kecewanya aku buat kali ke dua bila fesyen tu dah tak ada stok. Bila nak pilih baju lain yang sama harga punyalah ambik masa lama sampai adik aku sempat lagi melayan pembantu kedai yang boleh tahan gatalnya. At last, aku ambik baju pattern lain dengan perasaan separuh hati dan tak happy langsung. Ikut hati nak aku pulangkan terus dan ambik balik duit aku.. Tapi aku malas nak bertekak panjang dengan taukehnya sebab yang pasti si Mamat tu memang tak nak rugi punya.
At last, bila hati sudah panas.. aku beli lagi dua pasang baju dan yang pasti sepasang darinya warna maroon mengikut tema dan sepasang baju kerja. Dan akhirnya aku telah berbelanja sebanyak RM 415. tak sedar diri!! hehe