Abah aku masuk wad 26 Ogos yang lepas sebab demam. Abah dah tak larat nak bangun dan tak nak makan buat kami adik beradik jadi sangat risau, tambah lagi abah ada kanser pundi kencing. Bila dia demam aje memang kami akan risau kalau-kalau kuman dah merebak ke seluruh badan. Dia tak aktif.. dahi dan dada abah tegang sebab dah kekurangan air menyebabkan kami adik beradik buat keputusan untuk hantar abah ke hospital untuk masuk air dan menghadapi kemungkinan untuk abah masuk wad. Hari itu semua adik beradik aku balik dan berkumpul.. Malam tu lepas isyak, kami hantar abah ke hospital Kemaman. Seperti dijangka abah ditahan di wad. Di wad kecemasan doktor terpaksa berhempas pulas bergelut dengan abah untuk buat drip. Aku tunggu di luar hospital sebab tak sanggup. Mujur doktor tak masukkan tiub untuk masukkan makanan, kalau tak berperang besar lagilah jawabnya. Malam itu suamiku menjaga abah di hospital. Kasihan suamiku tak dapat tidur lena sebab terpaksa melayan kerenah abah yang sangat aktif nak mencabut jarum di tangannya malam itu .
Pagi esoknya kami terpaksa balik ke Dungun sebab tak sempat ambik cuti. Tugas jaga abah di wad diambilalih oleh mak dan mazidah sebab tak ada orang nak mandikan abah. Jangan haraplah nurse nak buat semua tu. Syif tengahari hingga petang diambilalih oleh kakak iparku. Malam itu aku pulak ambil alih tugas menjaga abah.. entah kenapa malam itu abah sangat baik hingga aku boleh buat kerja dan tidur dengan lena. Tapi malam itu ada seorang pesakit yang baru masuk ( dari keadaannya aku rasa dia pesakit Aids sebab sewaktu aku nak membantunya nurse tak benarkan sebab aku tak pakai glove. Lagipun nampak pelik sikitlah dia tu. Dia telah membuat drama dengan membuang air kecil atas lantai di sebelah katilnya dan selepas itu dia duduk mencangkung selama beberapa minit tanpa memakai seluar.. Adoi!!! Nasib baik agak jauh dari pandangan mata!!
Awal subuh esoknya mazidah datang bawa pembantu rumah on the way nak balik ke Seremban untuk membantu aku mandikan abah dan mengambil giliran jaga abah pulak. Perancangan aku selepas doktor melawat datang check abah dan maklumkan kondisi abah, aku akan balik ke Dungun dengan bas memandangkan aku ada kelas pukul 12.00 tengahari dan petang. jadi sempatlah aku balik dan bersiap ke tempat kerja dan datang balik selepas habis kerja. Tetapi pagi itu, tunggu punya tunggu doktor sampai pukul 10.00am baru nampak batang hidungnya. Alhamdulillah, abah dah boleh keluar wad sebab dia dah mula makan dan minum. Tengahari selepas urusan daftar keluar wad selesai, kitaorang balik ke Kijal.. sampai rumah abah dah boleh berjalan seperti biasa dan aku tertidur terlepek sebab kepenatan dan kelas terpaksa ku tunda dan ganti di hari lain. Tapi yang pasti aku tak mandi seharian... sebab aku segan nak mandi di bilik air wad lelaki... bimbang kalau-kalau tiba ada dua bijik mata terjojol bawah pintu bilik air.. Dan aku paling pasti di dalam wad itu, abah yang paling tua dan yang paling ringan sakitnya..
Selamat berpuasa dan berbaktilah kepada orang tua selagi hayat mereka ada kerana sebenarnya apa yang kita lakukan untuk mereka di usia tua mereka masih jauh dari cukup untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Fikirkanlah...
semoga abah sentiasa sihat......