Semester ni sangat memenatkan. Aku terpaksa mengajar 26 jam kredit seminggu. Asalnya 18 jam. Entah macamana tiba-tiba tak cukup tenaga pengajar sebab ada yang tak masuk kerja dan ada yang pergi sambung belajar.. kebetulan pulak subjek yang aku ajar sekarang yang tak ada tenaga pengajarnya. Tak dapat aku menolaknya.. Terkejar-kejar jugaklah aku semester ni, tambahlagi dalam bulan ramadhan ni. Tiada istilah rehat yang cukup semester ini. Jadualku pnuh sepanjang hari hingga ke malam. Dari tak ada kelas malam, ambik kau kelas malam 2 malam berturut-turut.
Kamarudin kata kat aku, ' Hang ni memang mata duitan!!! Mata hang nampak duit je!!!" . Sadis betul!
Dua tiga orang cakap kat aku, " WAh!!! kayalah kau semester ni!!! " . Padahal diaorang tak tau seksa jiwaku.
Che Ismail Long kata kat aku." Bakpa mu bodo sangat ambik banyak!!! Berapa dia bayar? Lecture berapa diaorang bayar? bla... bla... bla!" Aku sengih aje waktu tu!! Kejam betul mulut si Mamat ni.
Yang pasti, aku bukan mata duitan sebab aku dah cuba elak pada awal untuk tak mengajar lebih masa. Sekarang duit tak penting bagi aku dan aku tak bodoh.
Tapi... kalaulah mereka tau erti persahabatan.... Kerana kawan baik kita tak akan reti untuk berkata TIDAK!!
Apapun, kerjalah dengan ikhlas!!