mesti teruskan...

Ingatkan bila pindah tempat baru ni..
Dekat sikit dengan tebby..
senang bila dekat ni..
paling penting jimat duit..
Boleh pauu dia memanjang-manjang..
TAmbah lagi musim tengkujuh..
Tak da risau nak redah jalan yang naik air..

Tapi sapa lah aku nak  menidakkan takdir..
PerancanganNya lain....
Di tengah keseronokan aku bekerja dalam kampung yang sama dengan tebby..
Tetiba tebby ditukarkan ke sekolah lain..
Yang lebih jauh dari tempat kerja aku..
Dekat sedikit dengan rumah..
Kali ni kat paka pulak.

Alorrrhhh...
Tak sampai tiga tahun..
Tebby kena pindah lagi..
Khabarnya dia naik pangkat lagi...
Dulu jaga kokurikulum .. 
sekarang jaga tepi kain anak murid pulak..
Dan dihantar ke sekolah yang bermasalah..
Untuk membantu menyelesaikan masalah..
Sekolah tu tak da pengetua...
yang jaga kokurikulum adalah orang veteran yang tak ambik kisah..
Yang jaga pentadbiran pulak ada masalah konflik dalaman diri iaitu tak da keyakinan diri..
YAng mana pada aku lah kan..
Memang tambah masalah..
Boleh sakit kepala laki aku dibuatnya..

Aku tanya tebby..
" Kalau tolak .. tak boleh ke??"
Tebby kata tak boleh.. 'Arahan'
Tapi tebby sentiasa berfikiran positif..
Katanya ada hikmah dia bertukar ke sekolah baru..
Dia dapat belajar sesuatu yang baru..
Suasana baru..
Dengan pelbagai kerenah manusia yang baru..

Itulah hadiah ulangtahun perkahwinan aku baru ni..
Arahan surat berpindah..
Short notice.. 
seminggu je tempohnya dari tarikh bertugas di tempat baru

Implikasinya..
Tinggallah aku sorang disini....
Berulang alik seorang diri ..
Makan sorang diri..
Sampailah aku pencen..
dan aku dah mula rasa stress..
Adoiyyyaii..
Lemohnya waseanng...

Tebby dah pun mulakan tugas di tempat baru..
Katanya hari ni 30 mac adalah hari pertama dia kena berucap..
Esok dia kena mempengerusikan mesyuarat makbapakdancikgu kat tempat baru..
Sebab orang yang jaga pentadbiran dah standby nak ambik mc.. 
Katanya cabaran di tempat baru..
Aku bimbang nanti dia dikata gila kuasa..
BAru sehari dua kerja.. 
Dah nak tunjuk pandai..
Tapi rasanya tak kot..

Ironinya..
akulah yang meletakkan gambar tebby pada poket senarai carta organisasi sekolah pada hari pertama tebby mula bertugas..
Dan aku jugalah yang keluarkan gambar tebby dari poket carta organisasi pada hari terakhir aku tolong tebby hantar dokumen terakhir tebby yang tertinggal di sekolah tu..

Life goes on...