Drama majlis kahwin
Jumaat lepas aku pergi ke rumah abang Dzul.
anak saudara aku, along kawin..
Majlis sambut menantu..
aku satu keluarga tak dapat join masa majlis di pihak perempuan..
Tebby tak sihat..
Matanya tak sihat..
berair-air dan merah macam zombi..
Langsung tak boleh memandu..
dulu aku pernah cakap main-main..
buat lauk pengantin untuk along..
Ingatkan kakak ipar aku lupa..
dan tak ambik serius..
Maklumla anak beranak sebelah kakak ipar ramai..
Pasti memang ada yang nak buat lauk pengantin..
Dari aku yang tak ada asas masak formal..
apalagi seni hias lauk..
lagi lah tak da..
Cadangan aku nak jadi tukang basuh pinggan je..
Rupanya kakak ipar aku tak lupa..
Akhirnya aku jadi tukang masak lauk pengantin..
Bila tak buat persediaan dan perancangan awal..
Maka kelam kabut lah sikit..
Nasib baik tebby dan abg zahar sudi menghantar dan tunggu aku shopping barang..
Mula-mula buat hiasan buah
Tangan aku tiba-tiba menggigil..
Kalau dah nama keturunan abah..
Bila berdebar mulalah tangan gigil..
Bimbang yang dirancang tak menjadi..
Bimbang sampai masa lauk tak sempat siap..
Akhirnya siap jugak..
Tapi tak sempat buat dessert..
Sebab asalnya kakak ipar nak buat..
Tapi dia tak sempat..
Memang aku tak buatlah..
Sebab tak masuk dalam menu perancangan saat akhir aku..
Pukul 12 tengahari siap hidang ..
Dengan ada yang kurang..
Sebab pinggan hidang tak cukup..
Jadi guna mana yang ada je..
Tak lama lepas tu pengantin perempuan dan keluarga sampai..
Sebaik sahaja mak ayah pengantin perempuan duduk di meja pengantin..
Bermulalah drama yang aku tak jangkakan..
Entah macamana aku tak sempat nak lari dari meja pengantin tu..
Jadi terpaksalah aku jadi pelayan kat situ..
Dengan memakai selipar jepun yang besar dua kali ganda dari saiz kaki aku..
Belum sempat pengantin mengambil lauk..
Mak si pengantin perempuan dah mula berlagak diva..
Dan mula mengarah aku..
Katanya.. " Ambik udang ni hantar ketiga-tiga meja sana!"
Entah kenapa tiba-tiba darah aku menyirap..
Nak kata tak boleh dia tetamu..
Dan bimbang yang duduk di sebelahnya kecil hati..
Tapi memang aku bengang..
aku dah niat masa masak tu..
Udang-udang yang aku masak tu
untuk adik beradik dan anak buah aku..
Tapi tak kesampaian..
Maka sebelum udang tu berpindah ke meja lain
Aku pastikan si pengantin mengambilnya dulu..
Pastu dengan muka bengang ..
Udang tu aku hantar ke satu meja
dan hanya sepatah perkataan ' Udang'
dan aku terus lari dari situ dan masuk dalam rumah dengan perasaan yang terbakar..
Tak kuasa aku nak layan..
untuk bawak udang tu ke setiap meja..
Anak saudara aku cakap..
' Matching baju makdik dengan pengantin...Sesuai melayan kat situ..'
Jawabku..
' Haa ya la tu!! Matching sangat... tak tau hati makdik ni terbakar... cuma tak keluar api je'
Rupanya bukan aku sorang je yang terkena dengan lagak divanya..
Ramai ahli keluarga aku dan kakak ipar aku yang kena..
Kiranya aku orang terakhir lah yang merasainya..
Aku paham dia tu memang seorang pengarah kat satu bahagian di jabatan kerajaan..
Tapi tu tak bermakna dia boleh mengarah orang laen juga di luar bidang tugasnya..
Tapi tak mengapalah..
Yang penting dia bukan besan aku...
dan aku berdoa satu hari nanti aku tak dapat besan macam tu..
Dan paling penting..
Dia melayan anak saudara aku merangkap menantunya dengan baik..
Lagi anak saudara aku dah kawin..
Lepas ni sekiranya ada lagi anak saudara yang kawin..
dan aku jadi tukang masak lauk pengantin..
aku akan buat perancangan lebih awal dengan teliti lagi..
Supaya semuanya sempurna..
Kami sekeluarga puas hati..
Dari pelamin, tempat makan pengantin dan bilik tidur..
Semuanya kami lakukan sendiri anak beranak..
Tanpa mengupah orang luar..
Walaupun sederhana..
Tapi rasa sangat bermakna..
Seperti biasa, tiada hadiah dari aku dan tebby untuk anak saudara aku..
Memandangkan dia sudah bekerja
Hanya tajaan lauk pengantin ..
dan dibuat dengan penuh kasih sayang..
Dan doa ..
Semoga berbahagia selamanya..
Hingga anak cucu..