mesti teruskan...

Ingatkan bila pindah tempat baru ni..
Dekat sikit dengan tebby..
senang bila dekat ni..
paling penting jimat duit..
Boleh pauu dia memanjang-manjang..
TAmbah lagi musim tengkujuh..
Tak da risau nak redah jalan yang naik air..

Tapi sapa lah aku nak  menidakkan takdir..
PerancanganNya lain....
Di tengah keseronokan aku bekerja dalam kampung yang sama dengan tebby..
Tetiba tebby ditukarkan ke sekolah lain..
Yang lebih jauh dari tempat kerja aku..
Dekat sedikit dengan rumah..
Kali ni kat paka pulak.

Alorrrhhh...
Tak sampai tiga tahun..
Tebby kena pindah lagi..
Khabarnya dia naik pangkat lagi...
Dulu jaga kokurikulum .. 
sekarang jaga tepi kain anak murid pulak..
Dan dihantar ke sekolah yang bermasalah..
Untuk membantu menyelesaikan masalah..
Sekolah tu tak da pengetua...
yang jaga kokurikulum adalah orang veteran yang tak ambik kisah..
Yang jaga pentadbiran pulak ada masalah konflik dalaman diri iaitu tak da keyakinan diri..
YAng mana pada aku lah kan..
Memang tambah masalah..
Boleh sakit kepala laki aku dibuatnya..

Aku tanya tebby..
" Kalau tolak .. tak boleh ke??"
Tebby kata tak boleh.. 'Arahan'
Tapi tebby sentiasa berfikiran positif..
Katanya ada hikmah dia bertukar ke sekolah baru..
Dia dapat belajar sesuatu yang baru..
Suasana baru..
Dengan pelbagai kerenah manusia yang baru..

Itulah hadiah ulangtahun perkahwinan aku baru ni..
Arahan surat berpindah..
Short notice.. 
seminggu je tempohnya dari tarikh bertugas di tempat baru

Implikasinya..
Tinggallah aku sorang disini....
Berulang alik seorang diri ..
Makan sorang diri..
Sampailah aku pencen..
dan aku dah mula rasa stress..
Adoiyyyaii..
Lemohnya waseanng...

Tebby dah pun mulakan tugas di tempat baru..
Katanya hari ni 30 mac adalah hari pertama dia kena berucap..
Esok dia kena mempengerusikan mesyuarat makbapakdancikgu kat tempat baru..
Sebab orang yang jaga pentadbiran dah standby nak ambik mc.. 
Katanya cabaran di tempat baru..
Aku bimbang nanti dia dikata gila kuasa..
BAru sehari dua kerja.. 
Dah nak tunjuk pandai..
Tapi rasanya tak kot..

Ironinya..
akulah yang meletakkan gambar tebby pada poket senarai carta organisasi sekolah pada hari pertama tebby mula bertugas..
Dan aku jugalah yang keluarkan gambar tebby dari poket carta organisasi pada hari terakhir aku tolong tebby hantar dokumen terakhir tebby yang tertinggal di sekolah tu..

Life goes on...

Sepah-sepah lah lagi

Pagi tadi Naim buat drama..
Menyebabkan ibunya menyirap darah satu badan di pagi-pagi buta..
Dia tanya pasal kertas yang memanglah ibunya tatau macamana rupanya..
Ibunya tanya..
'Letak kat mana??'
Katanya'
'Atas lantai berhampiran begnya'
Apa??
Atas lantai..?!!!
Hahhh! Bagussss!!!!
Kalau atas lantai memang selamatlah kertas tu..
dalam tong sampah jawabnya..
Dan itula jawapan ibunya.." Ibu dah buang.."
TAk lama kemudian terdengarlah bunyi radio hilang siaran..
Makin lama makin kuat bunyinya
Ngong.. ngong...ngong.. ngongg...
Lebih kurang begitu la bunyinya...
Menangis rupanya... 
Orrkkk allorrrhh... 
Dah bersunat pun boleh menangis lagi..
Dan
Siaran radio tergendala itu telah menyebabkan ibunya sakit telinga dan menyirap darahnya..
'Siapa suruh letak merata-rata'
'Dah taukan ibu pantang tengok sepah-sepah..'
'Kalau ibu kemas..'
'Yang ada atas lantai ibu kira sampah..'
'Haa memanglah ibu buang..'
'Tak payah nak cari kat situ..'
'Memang tak da lahh..'
'Pergi selongkar tong sampah kat depan tu.'.

'Dah salah sendirikan'
'jangan nak menangis..'
'Jangan menangis kat ibu..'
'Pergi menangis kat cikgu..'
'Lepas ni sepah-sepahkan lagi kertas dan barang awak merata-rata..'

Dan siaran radio ngong-ngong-ngong terus berterusan..
Bukan setakat itu sembail berbunyi ngong-ngong-ngong dia sempat memprotes..
Bekal yang ibunya letak dalam begnya dia keluarkan...
Wahhh..
Merajuk kononnya..
Tak nak bawak bekal..
Hah bagus ...
Lagilah kuat suara ibunya...
Sambil menyumbat semula bekal tu  dalam beg anaknya..

Nak gelak ada .. geram pun ada..
Semput jantung ibunya pagi tadi..
Sambil mencari ngong-ngong-ngong bunyinya...
Sambil pakai stokin .. ngong-ngong-ngong bunyinya..
sambil pakai kasut pun ngong-ngong-ngong bunyinya..
Agaknya nanti dalam van pun masih berbunyi ngong-ngong-ngong..

Ayahnya tak campur dalam episod kemarahan ibunya..
Agak-agaknya pasti anaknya kena rotan oleh cikgunya..
Biarkan dia rasa..
Biar dia belajar...
Jangan nak harapkan ibunya yang nak kemas untuknya sentiasa..
BElajar bertanggungjawab
Supaya lepas ni dia akan jaga barang-barangnya sendiri..

Sejak ditempat baru



Sejak dua menjak aku kerja kat BB ni kan..
Aku dah pandai memecut tauu..
80 ,110 , 120 kalau bawak sicukai..
80, 120, 140 kalau sesekali bawak si neo..
Adakalanya kat selekoh tak tekan brek langsung..
Betul kawan aku cakap..
Practice makes perfect.. hehe
Cuma bila pecut tu disulam juga lah dengan mengucap sepanjang jalan..
Tebby dah ajar cara bawak kat selekoh..
Katanya lagi kalau ada binatang melintas masa tengah laju tu jangan brek..
Belasah je langgar binatang tu..
Dan nyaris jugalah aku melenyek monyet remaja yang sedang bergurau senda tepi jalan..
Nasib baik tiada kereta dari arah bertentangan..
Dapatlah aku mengelak..

Kalau tak ,jadi pembunuh lah aku melenyek monyet tu..
Tapi selaju laju aku memecutkan..
Tak boleh lawan si Mamat sorang ni..
Tebby aku lar tu..
anak aku kata setiap pagi pergi sekolah dia pecut 140,160 dan adakala 180..
Jalan tu macam dia sorang yang punya hehe..
fuhhhh..
Nasib baik aku tak berulang setiap hari dengan dia..
Kalau tak hari-hari jantung aku luruh dibuatnya
 
Sejak dua menjak kerja kat BB juga jadual aku berubah..
Bangun seawal 4.30 pagi..
Tengah malam sidai baju..
adakala awal pagi.. 
Kerja yang tak pernah dibuat orang
Sekarang hari-hari berkejar ke tempat kerja ..
Dan sampai rumah lebih kurang pukul 6 lebih..
Setiap pagi kerja akan lalui jalan berkabus..
Pergi kerja rasa cepat seakan terbang..
Dah namapun pecut laju kan..
Tapi bila balik seakan lambat rasanya..
Walaupun aku memecut juga..
Sebab badan aku dah letih sangat waktu tu..
Kadang-kadang macam mamai bawak kereta..
Mata nampak katil dan bantal je..
Dan waktu itu jugaklah lagi kuat mengaum dalam kereta tu..

Sejak kerja kat BB ni.
Ada budak kata aku garang..
Dia ngadu kat anak sedara aku..
Katanya  'mak sedara awak garang la'
jawab anak sedara aku ' dia memang macam tu"
Anak saudara aku pandai betul buat propa..
HAhahahhahahaa
Biarkan begitu..
Diorang tak tau aku ni dalam hati ada taman..
Tengok cerita Korea berderai-derai air mata..
Kucing mati pun bercucuran air mata aku keluar.. 
Tapi memang baru ni aku ada marah budak satu kelas..
Datang lambat.. 
Memang patut pun kena marah..
Rasanya kan macam semester depan ni kan..
Ada je budak yang aku akan kejar kat bilik asrama..
Aku dah cakap dengan diorang..
' Lambatlah banyak kali.. jangan terperanjatlah kalau saya pergi kejut awak kat bilik asrama.. tak kira lah awak tengah t*******g pon.."
Dan diorang pun diam..
Rasanya aku buat tak????
hahaha..
Tak mustahil..
Mungkin..
Tengoklah nanti..
Sejauh mana diorang uji kesabaran aku..
Bila sampai masa kelak..
Memang aku panjat lah asrama diorang tu..
Biar 7 generasi sampai aku dah pencen..
memang konpem diorang akan ingat.. hehehe

Makan kat sini murah tau..
Tapi tak banyak pilihan..
ada ketika aku cuma belanja RM4 je sehari utk makan.
Hehe..
Bunyi macam kedekut kan..
Tak laaaa .. manada.. hehe
Tak sempat nak keluar makan dua tiga kali..
Kalau breakfast kira brunch terus..
Adakalanya aku makan dengan anak saudara aku..
Adakalanya dengan tebby..
Kalau makan dengan tebby lagi jimat..
Sebab duit dari poket dia keluar..
Tapi selalunya aku banyak makan sorang diri..
Perangai lone ranger dari zaman belajar sampai sekarang tak hilang-hilang..
Aku tak tunggu orang laen lapar untuk keluar makan sama kalau aku lapar..

Aku sedang menyesuaikan diri juga kerja kat sini..
Sistem kat tempat kerja aku masih berterabur lagi..
Banyak yang kurang..

Entahlah..
Tak tau mampukah aku bertahan kerja kat situ sampai pencen..
Have to love my job and workplace to stay and live longer.. 
Harapnya begitu lah sampai bila-bila..



Drama majlis kahwin









Jumaat lepas aku pergi ke rumah abang Dzul.
anak saudara aku, along kawin..
Majlis sambut menantu..
aku satu keluarga tak dapat join masa majlis di pihak perempuan..
Tebby tak sihat..
Matanya tak sihat..
berair-air dan merah macam zombi..
Langsung tak boleh memandu..

dulu aku pernah cakap main-main..
buat lauk pengantin untuk along..
Ingatkan kakak ipar aku lupa..
dan tak ambik serius..
Maklumla anak beranak sebelah kakak ipar ramai..
Pasti memang ada yang nak buat lauk pengantin..
Dari aku yang tak ada asas masak formal..
apalagi seni hias lauk..
lagi lah tak da..
Cadangan aku nak jadi tukang basuh pinggan je..
Rupanya kakak ipar aku tak lupa..
Akhirnya aku jadi tukang masak lauk pengantin..
Bila tak buat persediaan dan perancangan awal..
Maka kelam kabut lah sikit.. 
Nasib baik tebby dan abg zahar sudi menghantar dan tunggu aku shopping barang..

Mula-mula buat hiasan buah
Tangan aku tiba-tiba menggigil..
Kalau dah nama keturunan abah..
Bila berdebar mulalah tangan gigil..
Bimbang yang dirancang tak menjadi..
Bimbang sampai masa lauk tak sempat siap..
Akhirnya siap jugak..
Tapi tak sempat buat dessert.. 
Sebab asalnya kakak ipar nak buat..
Tapi dia tak sempat..
Memang aku tak buatlah..
Sebab tak masuk dalam menu perancangan saat akhir aku..

Pukul 12 tengahari siap hidang ..
Dengan ada yang kurang..
Sebab pinggan hidang tak cukup..
Jadi guna mana yang ada je..
Tak lama lepas tu pengantin perempuan dan keluarga sampai..
Sebaik sahaja mak ayah pengantin perempuan duduk di meja pengantin..
Bermulalah drama yang aku tak jangkakan..
Entah macamana aku tak sempat nak lari dari meja pengantin tu..
Jadi terpaksalah aku jadi pelayan kat situ..
Dengan memakai selipar jepun yang besar dua kali ganda dari saiz kaki aku..
Belum sempat pengantin mengambil lauk..
Mak si pengantin perempuan dah mula berlagak diva..
Dan mula mengarah aku..
Katanya..  " Ambik udang ni hantar ketiga-tiga meja sana!"
Entah kenapa tiba-tiba darah aku menyirap..
Nak kata tak boleh dia tetamu..
Dan bimbang yang duduk di sebelahnya kecil hati..
Tapi memang aku bengang..
aku dah niat masa masak tu..
Udang-udang yang aku masak tu 
untuk adik beradik dan anak buah aku..
Tapi tak kesampaian..
Maka sebelum udang tu berpindah ke meja lain
Aku pastikan si pengantin mengambilnya dulu..
Pastu dengan muka bengang ..
Udang tu aku hantar ke satu meja 
dan hanya sepatah perkataan ' Udang'
dan aku terus lari dari situ dan masuk dalam rumah dengan perasaan yang terbakar..
Tak kuasa aku nak layan..
untuk bawak udang tu ke setiap meja..

Anak saudara aku cakap..
' Matching baju makdik dengan pengantin...Sesuai melayan kat situ..'
Jawabku..
' Haa ya la tu!! Matching sangat... tak tau hati makdik ni terbakar... cuma tak keluar api je'

Rupanya bukan aku sorang je yang terkena dengan lagak divanya..
Ramai ahli keluarga aku dan kakak ipar aku yang kena..
Kiranya aku orang terakhir lah yang merasainya..
Aku paham dia tu memang seorang pengarah kat satu bahagian di jabatan kerajaan..

Tapi tu tak bermakna dia boleh mengarah orang laen juga di luar bidang tugasnya..

Tapi tak mengapalah..
Yang penting dia bukan besan aku...
dan aku berdoa satu hari nanti aku tak dapat besan macam tu..
Dan paling penting..
Dia melayan anak saudara aku merangkap menantunya dengan baik..

Lagi anak saudara aku dah kawin..
Lepas ni sekiranya ada lagi anak saudara yang kawin..
dan aku jadi tukang masak lauk pengantin..
aku akan buat perancangan lebih awal dengan teliti lagi..
Supaya semuanya sempurna..
Kami sekeluarga puas hati..
Dari pelamin, tempat makan pengantin  dan bilik tidur..
Semuanya kami lakukan sendiri anak beranak..
Tanpa  mengupah orang luar..
Walaupun sederhana..
Tapi rasa sangat bermakna..

Seperti biasa, tiada hadiah dari aku dan tebby untuk anak saudara aku..
Memandangkan dia sudah bekerja 
Hanya tajaan lauk pengantin ..
dan dibuat dengan penuh kasih sayang..
Dan doa ..
Semoga berbahagia selamanya..
Hingga anak cucu..

 
 
 

my all time favorite