Malam semalam..
Di dapur.
Semasa si ibu buat air sambil temani anak dara yang sedang makan..
'Ibu!Ibu!'
'YAti heran lah!1"
"Tak taulah kenapa dengan Yati ni!"
' Masa kat perpustakaan sekolah tadikan ramai budak darjah dua mintak YAti tandatangan autograf"
Ibunya terkedu..
Whatt?
Autograf??
Retis ke anak dara aku ni.
Setahu aku dia pengawas perpustakaan je..
Mak ayah pun kuli pecacai je..
Si ibu jadi musykil...
lalu bertanya..
" Autograf??"
'ramai ke yang mintak?'
'Ramai ibu!'
'satu kelas..'
'sorang-sorang datang mintak'
'Haisshh.. tak tau lah yati!'
Sambil menggelengkan kepala..
Si ibu bertambahlah musykil..
' Habes tu Yati tak tanya ke kat diorang kenapa minta autograf ??
'Tak sempat ibu..'
'Lepas sain diorang terus lari'
'Aisha pun ada orang minta jugak..'
'tapi tak ramai.. yati lagi ramai'
Uikss..
Biar benar anak dara aku ni..
'Kalau Aisha tu orang minta autograf ibu faham la'
'dia comel.. tapi yati ni comel ke??'
'Ibu tengok gigi macam arnab je.. '
Tetiba tiada jawapan..
Orrrkk alorrrhhhh!!
Merajuk rupanya..
Panjang muncungnya
sampai boleh ikat reben..
dan lepas itu dia terus diam..
Bila si ibu tanyakan soalan..
Dia cuma geleng kepala je..
dengan muka yang ketat..
Memang sah merajuk...
tapi macam biasa..
Memang silap lah kalu dia merajuk dengan maknya..
Memang tak di layan..
Pujuk lah diri sendiri..
Si ibu tak kuasa nak layan..
Banyak mende lagi yang si ibu kena layan..
tapi..
Musykil lah..