hari lahirnya semalam

Semalam birthday Naim..
Dah 12 tahun umurnya..
Tak lama lagi akil baligh la dia..
Itu juga menandakan
bahawa makin tua lah ibunya..

Sehari sebelum hari lahirnya..

'Ibu.. nanti ibu beli kek ea.. Naim nak bawak ke sekolah.. nak bagi kat kawan naim.. dua lagi untuk cikgu naim'
' Ibu.. nanti ibu beli kek dok?'
' ibu, hadiah birthday naim ni boleh dok ibu hantar baiki laptop naim?'
'Ibu.. ada tambahan lagi.. boleh dok ibu baiki laptop abg Amin sekali?'

Adoiiyaaaiiii...
Lomahnyo den ghaso...

Malam sebelum hari lahirnya..
Seorang ibu yang penat balik kerja..
Menapak ke bandar..
ditemani anaknya yang excited..
Beli kek dan jajan..
Pastu sibuk membungkus kesemuanya depan tv..
Sebanyak 32 bungkus..
Rasa seperti nak menutup mata sambil membungkus..
penatnya jangan kiralah...

Yang pasti setiap kali birthday anak tiba..
Pasti poket dompet si ibu koyak rabak..
Macam-macam diminta..
TAk sampai hati nak tolak..
Tapi tak semua dapat dipenuhi..
 Setakat yang termampu 
dan selagi permintaan itu logik di akal..
hehe..
tak apalah asal dia happy..

Semoga dia sentiasa dilindungi, dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa dan cemerlang..

Dalam ketiga-tiga anak yang aku ada..
Dialah paling sihat sekali dan paling kuat menjawab.. 
Jangan berjanji dengannya..
Sekali berjanji..
dengan apa jua cara sekali pun..
dia akan pastikan orang yang berjanji penuhi janji..
hurmm..
Ikut perangai sapa agaknya tu..
hehehehehehehehehehehehe