Setelah berbelas tahun menjadi orang laut..
Barang-barang di pejabat lama dah 95 peratus dipindahkan..
Dan sudah 95% siap dikemas di pejabat baru..
Dalam kesibukan memeghiksa kertas jawapan anak-anak buah....
Aku tetap juga ada masa untuk mengemas..
Sebab aku tak boleh tengok sepah-sepah..
Boleh bernanah biji mata aku...
Jadi sebelum bernanah tu..
Baiklah aku kemas...
Ada banyak sangat bezanya jadi orang laut dengan jadi orang bukit ni..
Sebelum ni sepanjang jalan nak pergi kerja dapat tengok pemandangan pantai yang cantik..
Bila jadi orang Bukit ni.. sepanjang jalan boleh tengok bukit, hutan, ladang kelapa sawit dan tasik.
Dulu memandu 4 minit dah sampai opis..
Sekarang 40 minit baru sampai opis..
Ponek bertingkek-tingkek..
Bila sampai perkarangan opis..
aku akan menung seketika amek napas panjang-panjang..
Bila sampai rumah..
Aku rasa seperti nak baring atas katil empuk dan tidur dulu..
Baru buat kerja..
Minyak??
Jangan cakaplah...
Dulu dua ratus sebulan...
Sekarang .. hmmm...
Rasa macam si cukai tu togok je minyak petrol tu glup glup..
semangkok sekali telan..
Dulu riuh rendah dan meriah..
Sekarang sunyi sepi...
Rasa macam aku sorang je yang kerja kat situ.. huhu..
Dulu masa jadi orang laut..
Speed kereta minimum 40km/j sebab ramai orang laut tu bawak mcam siput babi..
Tapi sekarang minimum 80 km/jam..
Banyak kereta macam pelesit..
Lori treler pun laju..
Siap memotong kat double line lagi....
Ngeri dibueknyo..
Kalau dulu.. sesekali nampak gak kucing ke, ayam ke bergelimpangan tengah jalan..
Sambil memikirkan sapa yang kejam sangat meggilis binatang-binatang tu..
Sekarang kan...
Macam-macam binatang aku tengok bergelimpangan sepanjang jalan..
Bukan setakat kucing dan ayam..
KErbau, lembu ,Monyet ..
Lembu kaki pendek pun ada bergelimpangan jugak.
Dah dua hari dah aku tengok bapa lembu kaki pendek tergolek kat bahu jalan..
Sambil memikirkan siapa lah yang malang nasibnya melanggar lembu kaki pendek tu..
Dah la kena keluar duit nak baiki..
Kena samak lagi..
Dulu JePiJe jarang buat roadblock..
Tapi..
Bila laluan utama depan pejabat JePiJe..
Boley agak la ya...
Cuma ada satu je..
yang tetap sama..
Pasti takkan berubah..
Baik masa jadi orang laut ...
Maupun bila jadi orang bukit..
Iaitu...
Bila aku masuk dalam perut sicukai..
Pasti sicukai tu mengaum..
Bila sicukai tu mengaum..
Orang luar sicukai pun boleh tumpang dengar sama..
hewhewhew..
opis baru yang dah 95% siap dikemas