Esok anak aku nak periksa PMR..
Awal pagi semalam dia call abahnya kata dia demam..
Siapa yang tak cuak dan risau..
Malam semalam abahnya bawa dia keluar dari asrama dan bawak ke klinik.
Pagi ni demamnya dan kebah..
Dia tetap ke sekolah..
Andai dia sakit juga esok..
Aku redha je lah..
Apa dan berapa pun dia dapat dalam keputusan peperiksaan kelak.
dan aku tak mengharapkan sesuatu yang ajaib tentang keputusannya..
Cukuplah dia dapat teruskan sekolah ..
Dan selagi dia minat dan bersemangat ke sekolah..
Kalau bukan hari ini mungkin akan datang dia akn jadi lebih baik..
Sebelum tu aku yang sakit..
Lepas aku update post cerita tentang aku sakit tu..
Sakit aku bertambah serius..
Dan aku telah jangkakan..
Bila aku selsema dan batuk je
Sakit yang bernama Asma pun menyapa juga..
Bermula petang khamis aku asyik melawat wad kecemasan..
untuk rawatan nebulizer..
Petang Jumaat aku ke K Trg menghadiri konferensi pun masih sakit lagi.
Pada lewat malam sabtu itu aku pergi lagi..
Sekali treatment, tak hilang..
Kali kedua pun tak hilang juga..
Doktor dah suruh aku ditahan di wad..
Katanya senang dia nak monitor
dan untuk rawatan sekali
Adoiyaiii..
Aku lemah lah bab masuk wad ni ..
Aku tengah sibuk tahap gaban ni..
Aci dok kalo tak masuk wad ni..
Lalu aku menolak dengan alasan aku sibuk..
lagipun esok aku kena jaga periksa lah..
Dan upah sebab menolak untuk aku ialah..
Satu kali cucuk masuk ubat kat tangan..
Pastu sekali lagi nebulizer..
Dia bekalkan pulak ubat untuk paru-paru katanya yang perlu ditelan 6 bijik sekali makan..
Nasib baik saiz kecik-kecik je..
Tapi pahit ya amat..
Ubat selsema dan ubat batuk..
Kata orang kat farmasi..
Dua-duanya menyebabkan mengantuk kakak...
Pukul 2.30 pagi aku sampai kat rumah..
Agak-agaknya kan..
Apa kah yang telah terjadi pada kedua-dua ubat batuk dan selsema tu?
Yang pasti..
Dua-dua ubat tu banyak ada kat rumah dan ditangga kedua selepas ubat demam..
sapa nak?
aku nak bagi percuma..
Tapi yang lebih pasti ..
aku hanya minum sekali je..
Pastu aku simpan kat almari di dapur..
Bersusun-susun ubat batuk cap hospital di almari tu..
Di saat sibuk tahap gaban ni..
Aku tak mahu ambil risiko..
Nanti kerja aku tertangguh..
Tak siap,..
Dan akhirnya aku pulak yang stress
Tambah lagi aku nak drive jauh pergi kerja..
nantilah lepas abes marking ni..
Bila dah selesai semuanya..
Aku sambung minum ubat batuk tu balik..
Itupun kalau aku batuk lagi lah..
Bila aku fikirkan balik ..
Sebenarnya aku ni tak ada banyak beza dengan penagih dadah yang diluar sana..
Aku ni pengguna dadah tegar..
HAri-hari aku hisap dan makan steroid..
Cuma yang membezakan adalah kuantiti dan tujuannyanya sahaja..