Sesekali bengang juga..

Aku paling bengang dan sakit hati..
bila..
Pen drive yang ada semua file kerja aku hilang...
Barang-barang yang bila time aku nak dan perlu tetiba tak da..
Tapi bila tak perlu tetiba dia muncul depan mata..
Orang kedai yang kata kedai tutup pukul 5..
Tetapi bila aku pergi nak ambik barang yang aku fotostat tetiba kedai tu tutup... 
lambat pulak nak beroperasi semula ..
Hangen betul aku..
Nak mencarut pun ada jugak..
Sebab aku datang awal..
Nampaknya sebahagian kerja aku tertangguh sehingga lepas raya..
Lepas raya ni boleh tingtong pulak aku sekali lagi nak menyiapkannya..

Aku sakit hati juga bila anak murid aku tak reti-reti  nak memahami arahan aku..
Kalau aku kata kelas habis pukul 4.10 maka waktu tu lah tamat..
Bengang jugaklah bila dia asyik request nak balik lebih awal..
Berulang kali aku cakap pukul 4.10..
Tak reti-reti juga..
Nak aku cakap bahasa tamil ke?
Tapi entahlah bila dah semakin bertambah umur ni..
Macam darah panas tu makin menurun suhunya..
Mungkin dalam perpustakaan..
Tak boleh nak besar suara..
Sebab bila aku marah...
Sampai luar perpustakaan pun boleh dengar gamaknya..
Dah azali suara kuat..
Kalau lelaki yang suka perempuan lemah lembut memang tak nak pandang aku ni jadi bininya..
TApi tak apa..
Dah ada laki pun..
Cuma tebby punya taste nak perempuan yang lemah lembut..
Tapi laen yang didapatnya..
Dah jodohkan.. 

BEngang juga bila anak murid mintak cancel kelas..
HAdoii....
tapi aku penuhi jugak akhirnya..
Dengan syarat..
Kalau masa kelas ganti tak datang ..
Aku potong 2 markah dari markah test diaorang..
Jahat tak aku..
Jahat dalam baik kan..
hehehehehe..

Tukar bab cerita bengang...
Entah apa mimpi tetiba tebby ajak gi umrah..
Katanya hujung tahun..
Aku kedu jap..
So sudden..
Aku tak kisah..
Tapi biarlah beritau awal..
Supaya aku lebih bersedia..
Nak cari duit..
Lagipun kalau bulan 12 aku dah mengajar semula..
Confirm tak boleh cuti..
Lalu tebby dalam mood nak pegi tu pun google lah pakej yang ditawarkan..
Hatiku gundahgulana..
Sebab aku tau kalau hujung tahun pasti tak dapat pergi..
Naseb baek tak da...
Lalu selepas kami berbincang,..
Tukar plan..
Pegi tahun depan, masa cuti sekolah bulan Mei 
Sebab pada masa itu aku bercuti juga..
Moga-moga dapat bertandang ke sana..
Aminnn
..