2 hari lagi nak raya..
Tempat kerja aku dah lengang.
Kawan-kawan ramai yang dah balik cuti..
Aku masih lagi kerja..
Kerja banyak la..
Semuanya nak hantar lepas hari raya..
Dua hari lepas aku tidur dua jam je,,
Sebab nak siapkan modul kursus untuk cikgu cikgi kolej vokesyenal ni..
Ingatkan nak lepas raya..
rupanya diorang nak modul tu awal sebelum raya..
Diaorang nak balik cuti raya ..
Adoiyaiii...
BErpinar la bijik mata aku bersengkang mata menyiapkannya..
Esoknya tingtong sudah..
Lepas raya hujung bulan nanti nak kena bagi ceramah kat cikgucikgi ni....
Tak taulah apa rasanya....
Macam nervous gila je aku nanti..
Maklumkah dah lama tak beri ceramah kat orang-orang yang dah kerja ni..
paling akhir pun 10 tahun lepas..
Ngeri bila memikirkannya..
Harapnya semua berjalan lancar pada hari kejadian tersebut..
Persiapan raya macam biasa...
Tak ada tukar langsir rumah..
TAk ada tukar aksesori rumah macam orang biasa buat..
Cuma tahun ni hajatku pada raya tahun lepas ditunaikan..
Iaitu tema raya tahun ni warna hitam..
Semuanya beli kat kedai mamak di Kuantan..
Tak da tempah jahit baju..
tak sempat..
Sebab decision untuk tema selalu dibuat saat akhir..
Baju raya aku pun sepasang je..
Malas nak pikir beli banyak-banyak..
Rembat je apa yang ada masa raya selebihnya esok..
Tebby sungguh betul semangat..
Sampai 4 pasang dibelinya..
Semangat kan??
Sebenarnya tebby beli sekali untuk buat baju gi kerja pas raya.. hehe
Kuih raya pun tunjuk-tunjuk je..
Itu pun tak beli banyak..
Tebby marah la..
Katanya nanti membazir..
Cuma kek aku beli banyak sikit..
Tapi akhirnya semua bagi kat jiran dan kawan-kawan..
Tinggal satu je kek lapis nak bagi kat mak..
RAya tahun ni aku raya rumah mak..
Wiiiiii...!!
seronoknya rasa..
Sebenarnya tahun ni giliran rumah mertua..
Tapi ceritanya adik ipar aku yang belajar kat china balik raya kedua..
Aku pulak raya ke empat dah kerja..
Jadi tukarlah plan ..
raya rumah mak dulu..
RAya kali ni dengar khabarnya orang yang sombong tu nak datang raya..
Tak kisahlah...
Dia tak ada ke, ada ke..
Tak jadi masalah besar pada aku..
Cuma selepas kejadian malam tu..
Aku jadi tak ada feel nak bersalam dengan dia lagi..
Pun begitu..
Aku tak dendam..
Sebab aku bukan spesis itu...
Aku sentiasa maafkan dia..
cuma masalah aku yang paling besar..
Aku tak ada daya dan tak mampu lagi nak hulur tangan lagi kepadanya
setelah apa yang telah dilakukan pada aku tempohari..
Jahat tak aku?
Rasanya tak kan..
Sebab aku cuba mengelak dari hati jadi sakit...
Kerana,
Bila hati jadi sakit ..
bimbang nanti keadaan jadi lebih buruk..
Dan bertambah pulak dosa aku ..
YAng penting ada hati yang perlu dijaga..
Malam terakhir puasa kami kumpul ramai-ramai rumah mak..
Berbuka bersama..
Dengan menu berbuka yang banyak..
Tebby dah tempah daging rusa 2 kilo..
BEsok aku nak masak lemak cili api lah daging tu nampaknya..
Duit raya dah tukar..
Sampul raya dah beli tapi tak ingat pulak letak kat mana..
YAng pasti kalau raya pertama rumah mak ni...
Memang berkepaklah duit terbang...
Sebab ramai anak sedara..
Tak masuk cucu lagi..
Time ku dapat duit raya dah berlalu..
Sekarang time aku pulak kena beri duit raya..
Cuma yang pasti..
Duit raya ank teruna aku yang dua orang tu aku potong ..
Sebab diorang dah janji...
Nak bayar duit yang aku pinjamkan kepada diorang masa diorang beria-ia nak beli basikal tu..
Teruk tak ibu ni?
Aku rasa tak..
Sebab aku nak ajar diorang supaya diorang tahu
nak dapat sesuatu tu bukan semudah ABC..
Mintak je dapat..
Jadi bila diorang susah dapat..
Diorang akan hargai barang milik diorang tu..
Dan memang basikal tu terjaga dengan baik pun..
Akhirnya.. Selamat hari raya aidilfitri.....
Ada masa aku tulis lagi.. :-)