Seminggu yang lepas adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 15..
Pejam celik pejam celik
Penuh kesabaran..
Cepatnya masa berlalu...
Kali ini
Ulangtahun perkahwinan diraikan di hotel....
Dinner di tepi pantai ..
Di bawah sinaran cahaya lilin...
Angin sepoi-sepoi bahasa...
Berjalan di gigi pantai..
Lepak berdua ..
Romantikkkkk...
Lepas itu
Kami saling bertukar hadiah...
Aku dapat hadiah gelang emas..
Ia bersinar di waktu malam..
sebab gelang emas barukan
Terimakasih mytebby..
Kemudian
Kami bergambar berdua je di studio
Kenangan 15 tahun berkahwin...
Dengan gaya penuh romantik.
Sungguh menyamankan.....
Tapi sebenarnya...
Itu semua POYOO ....!!
Mana ada....
Propa semata-mata..
Angan mat jenin je...
sebab yang sebenarnya..
Tiada candle light dinner tepi pantai..
tiada diraikan dihotel..
Tiada tukar hadiah..
Tiada gelang emas..
Tiada bergambar di studio dengan gaya romantik gitew..
Aku dan mytebby sibuk
untuk meraikannya...
Mytebby balik rumah pukul 4.00 pagi hari itu selesaikan urusan sekolah..
Kebetulan ada mesyuarat ibubapa dan guru sekali dengan result Espiem yang keluar pada hari sama..
Aku pulak sibuk pada hari terakhir kelas...
Balik rumah masing-masing dah terlepek kepenatan..
Ingat nak outing keluar makan sekeluarga....
Anak-anak tunggu ibu dan abahnya keluar makan sampai tertidur...
Tapi ibu dan abah tak ada tanda-tanda nak keluar walaupun menyebut nak keluar makan..
Punyalah penat sampai tak lalu nak makan..
Akhirnya semua orang makan dalam mimpi je..