Tajuk tak ada kena mengena dengan entri..
Malam semalam aku balik ke rumah mertua sekejap..
Tak planning langsung nak balik
Semuanya terjadi secara tetiba
Nasib baek rumah mertua tak jauh sangat ..
aku kerja.. my tebby pun sibuk
Aku ni bukan macam cikgu..
Bila pelajar cuti dapat cuti..
Kenkadang dah mohon cuti pun kena panggil balik kerja
Sebab tetiba cuti dibekukan..
Tapi setakat ni aku tak kena lagi macam tu..
Sebab aku jarang bercuti..
Baki cuti aku punyalah banyak
Selalu sampai berbelas hari bila time akhir tahun..
Kenkadang cuti tu lupus macam tu je.
Sebab dah lebih had untuk bawak ke pencen dan ke tahun depan..
Kalau boleh jual aku jual je cuti tu..
Sebab ramai kawan-kawan yang nak cuti banyak
Terutama yang kerjanya weekend wife ni...
Jadi mytebby kena rancang cuti elok-elok supaya aku boleh mohon cuti..
Lama tak balik rumah mertua..
Akhirnya we all balik juga semalam..
Sesekali balik rumah mertua ni pasti aku dan tebby bawak mertua outing makan kat luar..
Dan semalam seperti biasa kitorang outing kat luar berempat..
Sampai di satu kedai makan
Kami duduk di sebelah meja yang diduduki satu couple anak sorang..
Baiknya suami dia membantu mengalih kerusi bersebelahannya di saat aku dan mertua terkial-kial mengalih kerusi sebab kerusi kat situ padat sangat sampai susah nak duduk..
Manakala isterinya buat tak tau je sambil melayang jari di hp canggihnya..
Aku perati je couple tanpa berkata apa-apa..
Aku tengok suaminya terkial-kial melayan anak perempuan keciknya
Dan isterinya tetap juga melayangkan jarinya pada hp canggihnya tu ..
Selepas itu suaminya membawa anaknya ke luar
Dan isterinya tetap juga tercongok di situ tak mempedulikan keliling sambil melayangkan tangannya di hp canggihnya itu sementara menunggu makanan sampai..
Tak lama selepas makanan aku di meja aku sampai,makanan dia pun sampai..
Semasa sedang menikmati makanan
Tetiba mytebby bersuara....
" Benganglah tengok orang sebelah ni.. dia buat tak tau je kat anak dia..!!"
Owh!!
Ingatkan aku sorang je yang duk perati
Rupanya mytebby dan mertua aku pun perati juga..
Gelagat perempuan kekwat tu
Anak orang tu merengek sambil baring atas kerusi..
tapi mak dia buat tak tau je sambil makan..
Lakinya pulak tiada di situ..
mungkin basuh tangan..
Lauk pauknya banyak..
tapi semua rapat ke pinggannya..
Kesian pulak aku tengok lakinya..
Nak ambik lauk terpaksa membongkokkam badan hulurkan tangan..
Bininya boleh buat tak tau je..
Adoiyaii pempuan ni..
kau sayang laki kau ke tak ha?
Mytebby sesekali membebel-bebel sambil makan..
Geramkan perempuan yang disebelah meja..
Paling dia geram bila pempuan tu buat tatau je kat anaknya yang langsung tak makan ...
At least pujuk la anak dia makan..
Ataupun angkat anak tu letak kat tepi suapkan makan...
Ini tak..
Punggung dia tetap melekat kat situ sambil makan..
Aku cakap kat mytebby.. " Anak tiri dia kot!! " hehehe" sambil meneruskan makan..
Malas nak peduli..
Walaupun mata aku bernanah tengok pempuan tu..
Tak lama kemudian bapa mertua aku bersuara..
" Tak reti bahasa pempeuan.ni... bakpe buat ke laki dia gitu'
Dan disahut oleh mytebby.. " Kalau jadik bini kita.. memang kena tinggal lah!!"
Aku diam je sambil makan..
Sememangnya aku akui suaminya baik..
Dan aku bengang juga lihat cara dia layan suaminya..
Dia buat tak tau je..
seolah-olah suami dan anaknya tak wujud di situ..
Pelbagai soalan bermain di mulut kami berempat..
Aku assume budak pempuan tu anak tiri dia..
Mak mertua kata anak dia sebab muka ada iras..
Bapak mertua kata laki tu kuli dia agaknya...
Ke kena bomoh sampai jadi bodo gitu seme..
Astagfirullahalazzim...
mytebby kata hempuk je ngan pinggan gok sekali...
hehehe..
Sampai dalam budak jahat pun isu tu masih disebut..
Sehingga aku terpanggil untuk berfikir..
Untungnya perempuan tu dapat suami yang baik seperti itu...
Sepatutnya dia jaga suaminya elok-elok dan hormati suaminya...
bukan buat suaminya seperti bibik...
Kalau tak nak laki kau tu meh sini bagi kat aku..
Biar aku jaga laki kau..
hehehe..
Uitt.. tak boleh.. sebab aku dah ada laki..
hehehehe..
Nama pun manusia ..
Kita berbeza..
Banyak madah dan kerenah...
Tapi yang pasti...
aku tak benarkan hp canggih dimainkan di meja makan...
sebab...
Sebab hp canggih la
Hilang komunikasi..
Hilang kemesraan...