YAng sebenarnya,..

Seminggu yang lepas adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 15..
Pejam celik pejam celik 
Penuh kesabaran..
Cepatnya masa berlalu...

 Kali ini
Ulangtahun perkahwinan diraikan di hotel....
Dinner  di tepi pantai ..
Di bawah sinaran cahaya lilin...
Angin sepoi-sepoi bahasa...
Berjalan di gigi pantai..
Lepak berdua ..
Romantikkkkk...

Lepas itu 
Kami saling bertukar hadiah...
Aku dapat hadiah gelang emas..
Ia bersinar di waktu malam.. 
sebab gelang emas barukan
Terimakasih mytebby..
 
Kemudian
Kami bergambar berdua je di studio
Kenangan 15 tahun berkahwin...
Dengan gaya penuh romantik.
Sungguh menyamankan.....


Tapi sebenarnya...
Itu semua POYOO ....!!
Mana ada....
Propa semata-mata..
Angan mat jenin je...
sebab yang sebenarnya..
Tiada candle light dinner tepi pantai..
tiada diraikan dihotel..
Tiada tukar hadiah..
Tiada gelang emas..
Tiada bergambar di studio dengan gaya romantik gitew..  
Aku dan mytebby sibuk
untuk meraikannya...
Mytebby balik rumah pukul 4.00 pagi hari itu selesaikan urusan sekolah..
Kebetulan ada mesyuarat ibubapa dan guru sekali dengan result Espiem yang keluar pada hari sama..
Aku pulak sibuk pada hari terakhir kelas...
Balik rumah masing-masing dah terlepek kepenatan..
Ingat nak outing keluar makan sekeluarga....
 Anak-anak tunggu ibu dan abahnya keluar makan sampai tertidur...
Tapi ibu dan abah tak ada tanda-tanda nak keluar walaupun menyebut nak keluar makan..
Punyalah penat sampai tak lalu nak makan..
Akhirnya semua orang makan dalam mimpi je..

siapakah aku dihatimu 2

Tajuk tak ada kena mengena dengan entri..
 
Malam semalam aku balik ke rumah mertua sekejap..
Tak planning langsung nak balik
Semuanya terjadi secara tetiba
Nasib baek rumah mertua tak jauh sangat ..
aku kerja.. my tebby pun sibuk
Aku ni bukan macam cikgu..
Bila pelajar cuti dapat cuti..
Kenkadang dah mohon cuti pun kena panggil balik kerja
Sebab tetiba cuti dibekukan..
Tapi setakat ni aku tak kena lagi macam tu..
Sebab aku jarang bercuti..
Baki cuti aku punyalah banyak
Selalu sampai  berbelas hari bila time akhir tahun..
Kenkadang cuti tu lupus macam tu je.
Sebab dah lebih had untuk bawak ke pencen dan ke tahun depan..
Kalau boleh jual aku jual je cuti tu..
Sebab ramai kawan-kawan yang nak cuti banyak
Terutama yang kerjanya weekend wife ni...
Jadi mytebby kena rancang cuti elok-elok supaya aku boleh mohon cuti..
Lama tak balik rumah mertua..
Akhirnya we all balik juga semalam..
Sesekali balik rumah mertua ni pasti aku dan tebby bawak mertua outing makan kat luar..
Dan semalam seperti biasa kitorang outing kat luar berempat..
Sampai di satu kedai makan
Kami duduk di sebelah meja yang diduduki satu couple anak sorang..
Baiknya suami dia membantu mengalih kerusi bersebelahannya di saat aku dan mertua terkial-kial mengalih kerusi sebab kerusi kat situ padat sangat sampai susah nak duduk..
Manakala isterinya buat tak tau je sambil melayang jari di hp canggihnya..
Aku perati je couple tanpa berkata apa-apa..
Aku tengok suaminya terkial-kial melayan anak perempuan keciknya
Dan isterinya tetap juga melayangkan jarinya pada hp canggihnya tu ..
Selepas itu suaminya membawa anaknya ke luar 
Dan isterinya tetap juga tercongok di situ tak mempedulikan keliling sambil melayangkan tangannya di hp canggihnya itu sementara menunggu makanan sampai..
Tak lama selepas makanan aku di meja aku sampai,makanan dia pun sampai..

Semasa sedang menikmati makanan 
Tetiba mytebby bersuara....
" Benganglah tengok orang sebelah ni.. dia buat tak tau je kat anak dia..!!"

Owh!! 
Ingatkan aku sorang je yang duk perati
Rupanya mytebby dan mertua aku pun perati juga..
Gelagat perempuan kekwat tu
Anak orang tu merengek sambil baring atas kerusi..
tapi mak dia buat tak tau je sambil makan..
Lakinya pulak tiada di situ..
mungkin basuh tangan..
Lauk pauknya banyak..
tapi semua rapat ke pinggannya..
Kesian pulak aku tengok lakinya..
Nak ambik lauk terpaksa membongkokkam badan hulurkan tangan..
Bininya boleh buat tak tau je..
Adoiyaii pempuan ni..
kau sayang laki kau ke tak ha?

Mytebby sesekali membebel-bebel sambil makan..
Geramkan perempuan yang disebelah meja..
Paling dia geram bila pempuan tu buat tatau je  kat anaknya yang langsung tak makan ...
At least pujuk la anak dia makan..
Ataupun angkat anak tu letak kat tepi suapkan makan...
Ini tak..
Punggung dia tetap melekat kat situ sambil makan.. 

Aku cakap kat mytebby.. " Anak tiri dia kot!! " hehehe" sambil meneruskan makan..
Malas nak peduli..
Walaupun mata aku bernanah tengok pempuan tu..

Tak lama kemudian bapa mertua aku bersuara..
" Tak reti bahasa pempeuan.ni... bakpe buat ke laki dia gitu'
Dan disahut oleh mytebby.. " Kalau jadik bini kita.. memang kena tinggal lah!!"

Aku diam je sambil makan..
Sememangnya aku akui suaminya baik..
Dan aku bengang juga lihat cara dia layan suaminya..
Dia buat tak tau je..
seolah-olah suami dan anaknya tak wujud di situ..

Pelbagai soalan bermain di mulut kami berempat..
Aku assume budak pempuan tu anak tiri dia..
Mak mertua kata anak dia sebab muka ada iras..
Bapak mertua kata laki tu kuli dia agaknya...
Ke kena bomoh sampai jadi bodo gitu seme..
Astagfirullahalazzim... 
mytebby kata hempuk je ngan pinggan gok sekali...

hehehe..
Sampai dalam  budak jahat pun isu tu masih disebut..
Sehingga aku terpanggil untuk berfikir..
Untungnya perempuan tu dapat suami yang baik seperti itu...
Sepatutnya dia jaga suaminya elok-elok dan hormati suaminya...
bukan buat suaminya seperti bibik...
Kalau tak nak laki kau tu meh sini bagi kat aku..
Biar aku jaga laki kau..
hehehe..
Uitt.. tak boleh.. sebab aku dah ada laki..
hehehehe.. 

Nama pun manusia ..
Kita berbeza..
Banyak madah dan kerenah...
Tapi yang pasti...
aku tak benarkan hp canggih dimainkan di meja makan...
sebab...
Sebab hp canggih la
Hilang komunikasi..
Hilang kemesraan...

jom masuk hutan

Ini cerita minggu lepas...
Cerita masuk hutan
aku, tebby, anak-anak dan abg aku yang sulung suami isteri,
 Selama 2 hari satu malam..
Perjalanan dua jam setengah..
Menaiki 2 buah budak jahat...
Merentas hutan..
Melintasi sungai..
Dengan bekalan makanan yang banyak..
Sebab bimbang kalau sangkut dalam hutan sekurang-kurangnya ada makanan..
Dilengkapi peralatan memasak..
Khemah, tilam dan bantal...
 Masing-masing ada tugas sendiri..
aku dan kakak ipar tukang masak..
Anak-anak aku pasang khemah..
Tapi sambil pasang bergaduh...
Masing-masing nak tunjuk pandai..
Mytebby pulak beria-ria menjala ikan dengan tekniknya yang tersendiri..
Tapi daun kering yang bentuknya seperti ikan yang melekat..
Aku tidur berbumbungkan langit dan bulan bintang..
ditemani agas dan nyamuk yang sangat ramah berkenalan dengan orang baru...
Ingatkan nak thrill lah tidur dalam hutan .. sunyi sepi..
Tapi tetiba ada juga orang berkhemah dan terang benderang di hujung sungai...
Sesekali nampak orang menyuluh di tengah malam..
Agaknya nak berburu...
Betullah diaorang berburu bila dengar orang menembak..
Bimbang kan keselamatan diri yang sedang melepak di kerusi malas di tepi sungai disangkakan rusa nanti..
Bimbang tak pasal-pasal terkena peluru ditengah malam..
 memang kes naya 
lalu mytebby pun letupkan sebiji dua mercun bola yang dirampas dari anak muridnya sebelum cuti raya cina ari tu..
Tapi part yang paling best adalah part mandi sungai...
Memang besssstttt,...
Air sejuk gila.....
Berendam setengah hari...
Barulah berkemas untuk balik..
Rasa malas nak balik pun ada...
Seronok juga duduk dalam hutan tu.. 
Pukul 11.30 kitaorang bertolak balik keluar dari hutan.. 
Keluar je dari hutan

Kami singgah lagi di satu sungai di tempat yang lain..
Bukak dapur gas portable..
Masak maggi...
Abang aku pengsan tidur keletihan..
Anak aku terjerit-jerit maen terjun dari jambatan..
Selaen dari Yati yang menjerit gelikan lintah...
Lintah tu tak sempat gigit pun.. dia jerit sampai satu hutan bergema..
Dan abangnya si Naim jadi mangsa gigitannya...
Mytebby seperti biasa bila melihat ikan yang banyak terus teruja nak menebarkan jalanya...
Semua orang disuruh senyap seketika...
Bersungguh-sungguh dia menebarkan jalanya..
Tapi akhirnya yang dia dapat adalah daun-daun kering yang bentuknya seperti ikan juga...
hehhe.. dia heran kenapa ikan tak lekat di jala sedangkan ikan berlambak-lambak dalam sungai masa dia sampai kat situ..
Lepas makan.. rehat kejap dan solat kitorang terus balik rumah..
Penat jangan kira...
Kerja memang banyak..
Tapi tak sentuhpun ..
Sebab mata dan jiwa nampak katil je...
Tapi tetap tak serik..
Ada masa .. ada peluang..
Akan pergi lagi..
Bawak budak jahat masuk hutan dan redah sungai..  

macamla tak mampu..

Hari itu aku jalan-jalan ke Kay El..
Mangiring anak-anak..
Tengok menara berkembar ittew ..
Sambil tu cuci-cuci mata..
Kat shopping complex di sitew.
Biasalah aku kan...
Bila gi shopping complex yang besar ni..
Memanglah aku suka pegi kaunter minyak wangi..
Aku kan peminat minyak wangi tegar..
Di hati berhajat lagi nak beli minyak wangi..
Walaupun kat rumah dah ada 8 botol... 
hehe..
Tak sedar diri lettew..
Tapi tak boleh tahan la sama panahan  minyak wangi ni.
TApi perangai aku..
Sebelum buat keputusan membeli..
aku kenalah buat survey dulu..
Jadi hari itu aku survey lah kat satu  kaunter minyak wangi jenama mahal..
entah kenapa..
Tetiba minyak wangi tu terlepas dari tangan,,,
Lalu jatuh ke bawah..
Walau bagaimana pun aku sempat tahan dengan kaki sebelum botol tu cecah lantai..
nasib baik tak pecah .. 
Panik jugak seketika..
Masa aku kutip botol tu..
Promoter cina tu sampai..

Kataku..
' sorry .. terlepas.."

Katanya ..
"U kena pegang botol.. tak boleh pegang penutup'
 Nadanya sinis dengan pandangan yang sinis juga..

Katanya lagi.. dengan sinis..
" Harga perfume ni RM465"

entah mengapa... aku tak terbalas dengan sinis juga..

Patutnya aku kata .. Kasut saya harga dua ratus hingget..
Atau mungkin aku patut cakap perfume saya harga seribu lebih..( itupun campur semua harga perfume lah)
Ni pun saya nak tambah lagi perfume saya..

Mungkin aku panik waktu tu..
Jadi tak terjawab dengan sinisnya juga..

Mungkin dia ingat aku tak mampu beli lertieww.
Ya lah.. Kat shopping komplex tempat orang kaya kan..
Aku pulak selebet.. tak macam mak datin...

Ikut hati  nak jer aku beli perfume tu bayar cash terus..
Biar promoter cina tu senyap terus..
Masalahnya aku tak berkenan bau perfume yang jatuh tu... 
Bimbang menyesal nanti..
Terus tak jadi beli perfume jenama jadah tu..
aku nak survey lagi...