operasi mencari

Dua malam lepas aku baring sebelah Yati
Yang sedang nyenyak tidur...
Awalnya dia tidur...
Kepenatan katanya selepas buat homework..
Sedang melayan perasaan sambil baring di sebelahnya..
Aku tetiba rasa tergerak hati nak check kepalanya..
Tambah lagi bila aku lihat dalam lena tidurnya..
dia masih menggaru kepalanya dengan bersungguh-sungguh..

Sekali bila aku selak rambutnya..
Aku terperanjat besar...
Seakan pitam..
Terus tak jadik sambung melayan perasaan...
Bila melihat telur kutu bergantungan kat helaian rambutnya..
LAlu malam tu 'opps kutueww' pun bermula...
Kesian anak dara aku...
Terganggu tidurnya yang lena..
Bila ibunya melanyak kepalanya mengutip telur-telur kutu yang tak da hasil..
Sambil mengomel-mengomel sendirian..

'itulah!! laen kali pegi tepek kepala awak kat sepupu-sepupu awak yang ada kutu tu
" Kalau ibu jumpa banyak kutu lagi.. pasni ibu botakkan rambut terus!!"

Itu adalah antara bait-bait bebelan ibunya sambil rancak membuat operasi di tengah malam itu..
Dan anak dara aku diam je sambil membiarkan aku buat operasi mengutip telur..
Tak berani nak menjawab seperti selalu...

PEtang semalam lepas balik sekolah aku tak bagi dia keluar main..
Aku buat operasi lagi membelek rambutnya mencari kutu dan telur-telurnya..
Bertenggek atas tangga depan rumah..
Dapatlah seekor ibu penyangak yang dihukum mati..
TElur tu jangan kiralah 
banyaknya aku kutip..
kalau diganti dengan telur ayam telur kutu dan dijual..
Boleh dapat  40 hingget  hasil pendapatan jual telur kutu tu untuk dua hari...

Sedang leka mencari kutu tu anak dara aku bertanya..

" Ibu!!! Ibu kutu tu perlu suami tak nak bertelur??"

aku terkedu..
Adoiyaiii nak!!
Perlu jawab ke tidak soalan itu??

Dan jawapan aku..

" entahlah Yati... Ibu pun tak da idea lah kutu tu perlukan suami ke idak bila nak bertelur.. sebab ibu tak pernah jadi ibu kutu.. nak tanya ibu kutu tu pun dia tak boleh bercakap"

hehehehe..
Ok kot jawapan aku tu..

At last..
Malam semalam abahnya buat operasi..
Gonyoh kepala ketiga-tiga anaknya dengan syampu kutu..
Aku biarkan aje..
sebab aku tak sihat..
Tak larat pun ada juga..
Penat mencari telur kutu..

Memang banyak cabaran bila da anak perempuan yang sedang membesar ni..
Salah satunya ialah
 masalah kutu di kepala..