memori sepi..

Sesekali berjalan ke Taiping sorang diri ..
Mengiring pelajar seramai 38 orang..
Aktiviti macam biasa-biasa je..
Tapi banyak maksud tersirat disebaliknya..
Bukan hanya pergi berseronok..
Hari pertama sampai ke Zoo Taiping..
Objektif bukannya nak tengok binatang sangat pun..
Tapi nak tau jugak macamana diorang uruskan muzium..
Dan macamana diorang promosi muzium supaya lebih ramai orang datang..
Terutamanya waktu bukan cuti sekolah..
Zoo tu lengang..
Tapi diaorang tak layan..
Macam-macam alasan diberi..
Hari tu masa kitaorang request nak dengar taklimat diorang kata ok jer..
Patutnya letaklah dalam kalendar dan arahkan pegawai berkaitan untuk entertain kitorang..
Bukan mintak layan macam raja..
Cuma nak dengar penerangan jer..
Tapi at last..
Taklimat yang diberi..
" Di sebelah kiri anda buaya tembaga ya!!"
Hampeh!!!

Hari kedua naik bukit Larut..
Pukul 7 am tepat mesti ada dalam bas..
7.30 am boleh mula naik bukit..
Tapi dah 7.30am tu bas tak penuh pun lagi..
Menyebabkan darah menyirap satu badan..
Bila semua dah ada dalam bas..
Arahan diberi kepada driver
Driver tutup pintu bas dan berdiri diluar..
Maka mak ghimau pun mengaum dalam bas..
Ikut hati nak denda diorang berdiri jer di perkarangan bukit larut..
Pandang jer bukit larut sampai 2 jam..
Tapi dah nama mak ghimau yang dalam hati ada taman..
Bagi peluang jugak naik diiring dengan syarat..
Pukul 10.05 mesti ada dalam bas..
Lambat tinggal...
Semua orang bergegas panjat bukit larut..
Khabarnya ada yang berlari..
aku naik santai je..
tak sampai suku bukit aku dah turun..
Siap boleh makan nasi lemak lagi..
Teruk betul..
Tapi aku tak suka naik dalam keadaan tergesa-gesa..
aku tensyen..
Baiklah tak yah naik..
Lagipun aku pun bukannya muda lagi... walaupun jiwa macam muda..
akhirnya 12 orang balik jalan kaki ke hotel..
Lambat lettieww..
Bukan salah aku,..
Lemau kaki diorang berjalan sejam lebih dari bukit tu sampai ke hotel..
Pengajaran dan pengalaman buat diorang..
Petang di muzium..
Dengar taklimat sambil round..
Oleh kerana tukang bagi taklimat suara slow ..
akhirnya dua tiga orang yang dengar..
Orang laen semua sibuk ambek gambar dalam muzium..
Ikut dendaan sebab lambat , habis je program di muzium kena balik terus..
Pukul 5 petang je memang terus bertolak balik..
Tak da peluang pada diorang nak berjalan sekitar tasik..
Tapi oleh kerana program kat muzium taiping habis sejam awal..
Dapat juga diaorang naik basikal air..
Tapi masing-masing tak berani nak pergi maen jauh-jauh..
Bimbang kena tinggal kalau lewat.
Bila diorang dah balik..
Tinggallah aku sensorang kat sana..
Sebabnya aku kena ke KL dari Taiping....
ada majlis pertunangan anak saudara aku..
DAn aku terkebil-kebil disitu
Tak tau nak buat apa lah di sini..
Nak duduk dalam bilik memang boleh mati kutu aku dibuatnya..
Lalu aku naik teksi dan jamu mata kat shopping complex..
WAktu tu terdetik di fikiran aku..
Alangkah seronoknya..
Kalau terserempak dengan kawan-kawan..
Manalah tau kalau ada kawan aku di situ..
Bolehlah lepak-lepak, sembang-sembang  sambil minum air
Kat stabak ke, kenni rojes ke..
Tapi akhirnya aku tetap seorang diri..
di tempat yang asing dari tempat aku sendiri..
Sampai hotel aku berlegar-legar lagi di perkarangan hotel..
Boleh tahan lama jugaklah aku exercise kat situ
Dalam fikiran aku..
Mana lah tau ..
Kalau ada kawan-kawan aku lalu kawasan situ
Terserempak pulak dengan kawan-kawan ke..
boleh lepak sembang  sambil minum air kat kfc berdekatan...
Takde la sunyi dan boring sangat...
Tapi akhirnya ...
aku tetap sorang diri kat situ..
Alorrhh.. !!1
lupa ler..
Itu bukan dungun maa ..
itu taiping lorhhh..
Apalah aku ni..
Khoya je lebeyy..
Keesokan harinya..
Seawal 7.30 pagi..
Aku naik teksi dari hotel ke hentian bas ekspress..
Tawakal saja pada Allah..
Berdoa agar tidak dilarikan drebar teksi..
Alhamdulillah.. 
Semuanya selamat hinggalah mytebby kutip aku di Puduraya..
** Memori sepi di taiping... 
terimakasih ...