11 tahun yang lalu...
Aku pernah bergelut selama berbelas jam untuk melahirkan dia..
Aku pernah menitiskan airmata
melihat dia hanya memakai cawat dan tubuhnya dipanggang di bawah lampu panas rapat atas dan bawah kerana kuning yang kuat sehingga gelap kemerahan kulitnya.,
sewaktu dia menangis dan meronta kerana tidak selesa kepanasan dengan mata yang ditutup topeng mata.,
sewaktu aku tak mampu mengangkat, memeluknya dan menemaninya sebab wad sedang diubahsuai..
di saat mytebby hulurkan dokumen kebenaran pemindahan darah untuk aku tandatangani..
di saat doktor mengatakan kemungkinan besar dia akan menjalani proses pemindahan darah yang menyiksakan..
di saat dia dibenarkan dan dibawa pulang ke rumah tapi pada masa yang sama aku di tahan dalam wad beberapa hari kerana demam panas yang tinggi.
Sungguh menyiksakan bila berjauhan darinya 2 minggu lebih lamanya..
Semalam..
12 Februari 2013
tepat 7.06 pm..
Genaplah usia anakku Naim 11 tahun...
Sambutan hari lahir yang sangat sederhana tetapi menyamankan..
Hanya 2 biji kek yang dinikmati sekeluarga dan tak menjemput sesiapa
dikongsi juga bersama jiran dan mertua
disimpankan sedikit untuk cikgunya..
Semoga dia sentiasa diberkati
Menjadi anak soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat..
Ameeennn.....
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG