Mesyuarat

Petang tadi ada meeting di tempat kerja aku...
Dengan segelas milo ais yang aku beli on the way ke tempat meeting bersama sekaki payung
aku telah lambat ke tempat meeting..
Dengan santainya aku duduk ditangga ..
tak apalah.. sebab aku bukannya vvip pun..
Samada aku ada atau tidak tak memberi apa kesan pada meeting tu pun..
Ingatkan aku yang paling lambat..
Rupanya ada lagi yang lambat..
Dahlah lambat..siap join bersantai ngan aku kat tangga... ahaks..
Kesian bos aku.. dia bersungguh-sungguh bermesyuarat kat depan..
Kitorang bersungguh-sungguh bermesyuarat kat tangga..
Lagi banyak agenda mesyuarat yang we all dibincangkan..
Agenda nak jual city dan beli bold... Siap bawak pamplet bold lagi...
pastu agenda kek pulak....
selesai agenda kek sambung pulak pasal hp... katanya beli seribu lebih tapi bila nak trade in.. orang kedai nak ambik dua ratus hingget je..
Kemudian agenda tablet pulak... siap testing gambar kat tablet lagi..
Tapi itu bukan agenda aku..
Aku cuma tumpang sekaki membincangkan dan kongsi maklumat agenda yang dibawa oleh ahli mesyuarat tangga...
Sebenarnya meeting dibuat kat dua tempat sebab terlalu ramai..
Biasa meeting kat dewan besar... tapi oleh kerana ada kejadian penting keesokannya kat dewan maka terpaksa buat kat dua dewan lebih kecik.. bos kat dewan A dan aku kat kat dewan B.. sebab tulah ada mesyuarat tangga..
Lagipun,... meeting ni aku tak rasa macam meeting pun..
Sebab bos aku asyik melapor je..
tak da perbincangan pun dengan staf....
Staf kena buat tu, buat ni...buat tu buat ni...
Kalau salah buat markah penilaian prestasi rendah...
Rasa macam lagi banyak arahan yang diberi...
opss aku lupa!! Aku hanya kuli pecacai je la....Kau sapa nak bising-bising..
Kalau bising pun nanti boss cakap ' talk to my hand!!"
Jadi...jangan banyak songeh!!
Buat je la kerja tu..
Kalau tak nak.. jangan buat...!!Abes cerita.