Jangan bebel kat sini

Pagi Jumaat baru ni aku buat test..

Sebabnya kan tak ada tarikh lain yang sesuai..

Lagipun aku ni jenis yang suka buat test lambat dari orang laen..

Jadi anak-anak aku aku tak boleh bagi alasan bahawa test dengan orang laen rapat sangat dengan test yang aku anjurkan bila diorang tak boleh jawab test itu..

Lebih kurang pukul 9.30 pagi tetiba datanglah sorang mamat yang memegang walkie talkie...

Dia tanya aku kenapa buat test kat sini...

aku jawablah yang aku dah booking awal... bukan maen belasah je masuk...

Entah kenapa dia bebel-bebel suda kat aku...

antaranya .. kenapalah orang bagi orang guna dewan.. orang nak susun kerusi meja untuk peksa.. tengahari kang ada orang pej pendidikan nak datang checkla... kita dah kabo dah dan bla- bla bla...

Menyebabkan kepala aku jadik kembang...

"So what!! Adoiyaii mamat yang pegang walkie talkie ni...

Kau bebel salah tempat lah....

Jangan bebel kat sini... pegi bebel tempat laen la..

Korang tak boleh kemas ke tempat laen dulu?

aku punya test abes kul 10.30 pagi..

Sedangkan orang nak check tengahari....

Sempat apa nak kemas..

Apasal nak bising-bising kat aku la!! "

Tapi itu bukan apa yang aku cakap pada si mamat yang pegang walkie talkie tu..

sebab yang sebenarnya berlaku ialah aku hanya tersengih-sengih dengar mamat yang pegang walkie talkie tu bebel-bebel... pastu aku siap minta maap lagi...

Adoiyaiiii... aku tak bersalah...!!

Pastu dia pun pergi dan aku terus sambung kerja jaga test..

Tidak lama kemudian..

lebih kurang pukul 10.00 pagi.. ada pulak sorang si mamat polis bantuan yang pegang walkie talkie datang..

Dia panggil aku keluar dan cakap benda yang sama...

Hantar polis bantuan???? Ni kira melampau ni... aku jadik bengang suda..

Lalu tak sempat si polis bantuan yang pegang walkie talkie tu cakap banyak aku terus cakap kat dia..

"saya tak tau dewan ni tak boleh guna .. sebab saya dah booking dan memang tak ada masalah.. Takkan saya nak halau anak-anak saya buat test kat tempat lain... Lagipun dah tak lama... saya buat test pun kejap je.. 10.30 nanti abes.. setengah jam lagi. Keadaan meja pun dah sedia tersusun.. bukan berselerak.. memang sempat kemas !!"

Pastu si polis bantuan tu pun pergi..

berani dia nak halau aku yang gunakan dewan tersebut secara sah...

Panas betul hati aku..

Ikut hati aku yang panas ni mau je aku suruh anak-anak aku lambakkan meja tu biar padan muka diorang susun balik..

Tapi itu hanyalah idea jahat dalam kepala otak aku je... sebab akhirnya meja tu tetap tesrsusun dengan kemas masa we all keluar...



nota kaki ***** setiap masalah .. cuba cari penyelesaian dengan berhemah dan rasional.. jangan bebel sana-sini dan jadikan orang yang tak bersalah seperti aku sebagai mangsa....