Sentiasa diingatan




Gambar ni adalah gambar yang diambil berbelas tahun yang lalu waktu aku menyertai program Khidmat Bakti Siswa dan aku menjadi anak angkat pada keluarga ni. Aku catatkan dalam diari maya aku kerana aku tak mahu hilang kenangan mengenai kedua-dua arwah yang aku sayang dan anggap seperti ibu bapa aku sendiri. Inilah keluarga yang paling rapat dengan aku saat aku jauh dari keluarga aku. Mereka yang aku panggil pak dan mak adalah ibu bapa angkat aku yang pertama dan akhir. Anak-anak aku panggil diaorang atuk dan nenek. Hubungan silaturrahim yang terjalin selepas program terus akrab dan mesra hingga ke akhir hayat. Rumah mereka kat Baling adalah rumah kedua aku selama aku belajar di Kedah. Selalu cuti hujung minggu aku habiskan di rumah sana. Memang buat macam rumah sendiri dah.. Bila aku balik pasti anak dia yang duk kat Butterworth mesti balik berkumpul.. Cuma bila aku dah bekerja dan berkeluarga aku sudah jarang menjenguk mereka. Tapi kalau setiap kali travel ikut lebuh raya Timur Barat pasti aku dan family akan singgah rumah mereka..




Sekarang diorang dah tak ada lagi... Tapi aku syukur sangat-sangat sebab dalam keterbatasan aku nak mengunjungi diaorang seperti dulu.. aku masih diberi peluang untuk berjumpa kali akhir sebelum diorang pergi. Mak yang pergi dulu dari pak. Sebulan sebelum dia pergi aku sekeluarga pergi melawat mereka dan bermalam di sana. Tapi mak banyak diam dan pandang je aku dan tak ramah seperti dulu.. . Aku ajak dia datang rumah aku kat Dungun tapi dia kata jauh.. Dan macam biasa aku seperti dulu-dulu jugak aku sentiasa ingatkan dia supaya berhenti hisap rokok daun sebab dia dah tak sihat.. tapikan dia diam je... dia tetap gulung rokok daun jugak... heheh ... Sebulan lepas aku melawat aku dapat call mak dah tak ada sebab sakit jantung..






Pak pergi selepas setahun lebih mak meninggal.. Lepas mak meninggal dia kawin baru dengan sepupunya . Khabarnya dia sangat sunyi dan perlu orang yang menemani dan jaga makan minumnya..aku sempat jumpa dengan wife baru dia sekali.. Cantik orangnya.. putih melepak walaupun di usia emasnya.. Ceritanya aku jadik anak angkat dia sekeluarga sebab nama arwah abah aku sama dengan nama ayah pak.. jadik diorang matchkan aku dengan keluarga tu.. Arwah pak meninggal dua minggu selepas aku melawatnya waktu majlis perkahwinan Finah.. anak perempuannya yang bongsu. Finah cakap arwah pak bersungguh-sungguh tunggu aku balik.. banyak kali pak tanya dia aku jadik balik ke tidak.. siap suruh Finah call aku.. Tapi bila aku balik, dia pun banyak diam dan menung.. Malam sebelum aku balik , aku betul-betul spent masa sembang dengan pak. Dia cakap dia pening sebab makan daging kambing tambah lagi dia penat sebab malam tu majlis khatam Quran. Dia pulak ada darah tinggi.. Dan macam biasa sebelum balik aku pesan jugak dengan dia jaga kesihatan.. Rupanya itulah kali terakhir aku anak beranak berjumpa dengan pak. Sedihnya sebab tak dapat balik melawat kebetulan ada urusan penting yang perlu diselesaikan.. Tak lama lepas pak tak ada aku datang sekali lagi melawat pak dan mak yang dikebumikan bersebelahan dan rumah tu sunyi dan sepi..Hingga akhir hayat bersama. I really miss all those moments with them especially time arwah pak gunting rambut anak aku si Amin sambil melayan aku yang duk tertonggok menunggu dengan mulut yang tak berhenti bercakap...... Sekarang dah tak ada sebab lagi untuk aku singgah di Mukim Tiak Baling.. Kalau pergi suasana tak akan jadi seperti dulu lagi.. Mereka akan sentiasa ada dalam ingatan....