jalan-jalan

Tak lama baru ni aku n myhubby ke Johor ambik si Ros.. Anak-anak aku tinggalkan kat rumah mam besar kat Kijal sebab nak jimat kos satu lagi sebab tak duk lama-lama kat sana, we all nak cepat dan banyak tempat nak singgah... just like killing two birds with one stone... hehehe.. Betul kot yang aku tulis ni.. kebetulan myhubby nak ambik soklan Exam ting 5 negeri Mslaka dengan sorang cikgu yang duk kat Alor Gajah.. And then mam besar suruh we all jenguk abang dia yang sulung kat Bkt Bulat. Mak cakap atuk sedara aku dah tak ingat orang.. Jadik lepas tinggal anak-anak kat rumah mak we all terus ke Melaka dan sampai ke Pekan Alor Gajah.. sebelum ke rumah cikgu yang dikenali tapi tak pernah bersua muka tu aku dan myhubby round area bandar alor Gajah sambil mengenang nostalgia aku masa menyewa di Taman kat alor Gajah waktu mula kerja dan kahwin... rumah yang aku sewa dulu masih tak berubah walaupun rumah yang lainnya dah berubah.. Lepas round alor Gajah we all pergi rumah cikgu tu... keciknya dunia rupanya cikgu tu pernah mengajar di Terengganu selama 20 tahun even wife dia pernah mengajar kawan myhubby masa sekolah Menengah.. diorang ajak makan malam kat rumah diorang tapi we all menolak sebab ada tempat laen yang we all nak pergi.. Pas menjenguk kawan baru we all ke rumah pak Long... Lama tak jenguk dia... kiranya last melawat dia selalu masa 1998 dan paling last aku laki bini tolong anak pak long buat majlis kawin anak dia.. sempat jugaklah makan buah langsat sikit sebab tak ingat jalan... at last jumpa jugak sebab abang Dzul cakap rumah dalam pagar banyak pokok bunga... tambahan pula aku ingat rumah jiran sebelah dan rumah makcik Rahmah bertentangan dengan rumah paklong..Sampai pun dah 8.30 malam... Masa tu pak long tengah santai tengok berita.. dia nampak sihat.. 'dan aku agak pak long sure dah tak ingat langsung aku ni.. Dalam semua adik beradik aku dia cuma ingat abang Lang je.. ngan adik dia puan Sabariah.. Aku tak kecik hati pun sebab memang sangat jarang jumpa.. Tapi abang Dzul sampai nangis sebab pak long tak ingat dia masa dia ziarah pak long a week before aku jenguk pak long.. Pak long memang nampak sihat... Kalau aku cakap umur dia 97 tahun mesti orang tak percaya sebab kulit dia masih tegang berminyak lagi ... Tak ada sakit .. cuma kurang dengar sedikit dan dah tak berapa ingat orang... Macam mak aku lah .. orang tak caya umur dia sudah mencecah 76 tahun... sebab kulit masih cantik lagi.. dahlah putih melepak..






Pak Long, abang mak yang sulung..





We all pun tak lama kat rumah pak Long dan menolak untuk bermalam kat sana sebab tak nak menyusahkan tuan rumah... Dari alor Gajah we all ke bandar Melaka nak cari tempat makan... punyalah susah nak cari kedai makan yang special hinggalah akhirnya jumpa kedai makan kat JJ bandar Melaka.. Aku order asam pedas Melaka sebab teringin nak makan asam pedas Melaka... tapi rasanya kalau setakat nak makan asam pedas melaka baik aku makan yang aku masak sendiri je .. lagi sedap... heheheheh. Tapi mungkin jugak aku tak jumpa yang betul-betul sedap memenuhi citarasa tekak aku yang mengada-ngada ni.. Lepas makan we all ke Johor.. tengah malam tu we all tidur kat RnR dalam hotel Exora... percuma lagi tu.. hehehe.. tidur dalam sicukai aku je.... sangat selesa.. jatuhkan semua seat belakang.. lepas tu lambak toto .. apalagi.... henyak saja.. tidur lena tanpa gangguan.. tak pedulilah orang lalu lalang tepi sicukai... Kemudian myhubby dah berangan... dia nak beli toto yang sangat tebal bila travel tak bawak anak-anak.. tak payah tidur kat hotel.. dalam sicukai pun dah sangat selesa...



The next day we all terus ke Johor.. sementara tunggu semek tu samapai we all shopping siket kat JB dan pick up semek tu kat stulang Laut before push off balik... on the way makan malam kat Segamat... sampai rumah mak kutip anak-anak ,rehat kejap sebelum balik Dungun... sampai Dungun kul 6 pagi. pukul 8 terus pergi kerja... serius!! A very tiring day.. but i really enjoying myself... asal jalan je sure seronok..