A


Teh botol Sosro
Ni lah bilik kitorang.. besau.. selesa.. Rate semalam RM125.00 semalam termasuk breakfast.. murahkan?? Laki aku letak je beg terus tanpa membuang masa mengira duit jutaan ringgit tu... orang kaya!!! hehehe!! Lepas Asar we all pegi makan kat Restoran G@ruda.. Konsep makan macam kat Restoran mat Binjai kat KT.. Dia hidang lauk sebanyak-banyaknya... lepas tu dia hanya kira lauk yang diusik je.. That's why kalau dah usik 1 lauk.. abeskan terus lauk dalam pinggan tu sebab dia kira satu pinggan terus walaupun kita ambik sikit je.. Yang sedap kat situ banyak terutamanya ayam muda goreng, rendang jering dan gulai rawon.. Memang best!! lepas tu kitorang round-round tengok bandar Medan sebelum balik hotel..
Hari kedua (30 April 2011)
Lepas breakfast masing-masing ikut haluan masing.. Sementara menunggu pukul 10 pagi waktu Indon, Aku lepak kat Lobi hotel tengok gelagat manusia kat situ yang kebetulannya ada majlis konvokesyen yang dibuat kat hotel.. Sempatlah aku ambik beberapa keping gambar.. Memang seronok tengok diorang ni.. teruja... baik pempuan muda dan tua .. masing-masing vogue pakai baju kebaya kebangsaan Indonesia..


Its shopping time!!! Aku ngan myhubby pergi ke pasar bersebelahan Gedung Matahari untuk window shopping dan shopping sikit-sikit.. Masuk je dalam pasar aku dan laki aku disapa oleh penjual-penjual kat situ... Dua cara sapaan yang aku dengar.... "Pak!! Masukk pak!! ".. ' Belanja ibu!! Pak!! masuk belanja pak!!!' hehe. Berada kat situ memang buat mata jadik kelabu.. kaen sangat banyak dan cantik-cantik.. Just name it!! Semua ada dan murah.. Kat situ aku tak beli bnayk.. Just beli baju batek Indonesia untuk Naim, baju gaun 1 set ngan tudung untuk Yati.. Kaen pasang corak batek indon untuk aku buat baju raya aku dan Yati.. sementara laki aku beli 2 pasang baju batik indonesia untuk dia pakai time hari Khamis tu.. Lepas tu.. kitorang pergi ke pasar Ikan iaitu pasar lama kat medan.. ingatkan pasar tu jual ikan rupanya tak.. kat situ lagi banyak jual kaen.. dan memang sangat banyak sampai jadik buta mata terus.. hehehe!! Memang barang kat situ banyak.. tapi mental torture lagi banyak kat situ. Kitorang kan tak dapat beli ngan aman langsung.. ada je orang ikut dan suruh beli itu-ini.. Diorang macam kenal orang Malaysia.. agaknya kat dahi memang tertulis orang Malaysia kot.. Tapikan sebenarnya .. dalam selautan manusia kat Pasar tu.. aku sorang je yang pakai baju kurung.. hehehe!! At last kat pasar ikan tu aku cuma beli baju batek Amin dan kaen sembahyang je.. Balek ke hotel kitorang naik beto (beca motor).. malam pun kitorang pi window shopping dan akhirnya aku beli 2 helai blouse dengan jumlah harga RM42.. kira murahlah sebab kat Malaysia tak dapat harga tu dengan material kain yang elok dan tebal..
Catatan yang tak dilupa:
* Makan kat sana agak susah... Sepanjang 3 hari kat sana aku asyik makan kat Geruda je.. bosan!! tapi nak wat macamana! Tak berani nak makan merata-rata.. ikut hati nak makan bakso tapi sudahnya makan bakso kat Dungun... Kat sana.. restoran yang 'Halal' itu maksudnya restoran itu berdaftar dan ada lesen perniagaan yang sah'. Tapi ayam tebuk.. huhu!!
* Kat medan orang bebas merokok... kat hotel zon tidak merokok kecik je berbanding zon bebas merokok dalam floor yang sama pulak tu... so kalau duduk kat zon tak merokok tu sama je duk dalam zon bebas merokok.. Orang selamba badak je merokok kat lobi hotel.. siap ada ashtray lagi...
* Bandar Medan macet (jammed)... tiada peraturan yang khusus.. sistem lalu lintas berterabur.. boleh masuk dari semua arah.. simpang sangat banyak tapi traffic light ada sangat sikit.. tak macam Dungun.. sampai berpuluh trafik light.. Sebesar-besar bandar Medan aku tak nampak langsung polis... apatah lagi polis trafik... Kat Medan jalur putih atas jalan tidak memberi erti apa-apa.. kereta rapat-rapat.. tapi ironinya tak de pulak keta yang accident dan calar balar... "
* Kat Malaysia kalau penumpang depan tak pakai seat belt kena saman RM300.. tapi kat Medan bila pakai tali pinggang keledar kan, pemandu teksi kata tak payah.. hehe!! Kat sini kalau terlebih tekan 'hon' alamatnya kena makilah.. tapi kalau kat medan.. tekan hon bising-bising tu seni... heheh!! takpa,.. tekan lah hon sesuka hati.. tak kena marah punya..
* Pencemaran Udara sangat tinggi kat medan.. habuk banyak... jadik tak sesuai bawak anak kecik terutamanya kalau anak ada penyakit semput.. konpem anak akan semput..
* Pempuan Malaysia tak boleh jalan sorang-sorang.. bahaya.. silap aribulan dilarikan...
* Penipuan di mana-mana... 'stereotyping"nya orang kat Medan kuat menipu.... Mula-mula jejak kaki di airport tu memang dah kena berjaga-jaga sebab kebarangkalian kena tipu tu sangat tinggi. We all cuba elak ditipu.. tetapi akhirnya we all tertipu jugak masa nak balik.. tersilap membiarkan luggage diangkat dan diletak atas troli oleh orang kat situ je... dan we all mula ditipu.. Bayangkan mereka sanggup manjadi 'barua' hanya untuk tolak troli dari pintu hingga kat kaunter tiket yang jaraknya macam dari opis aku sampai kat pintu jamban kat level aku dan uruskan tiket kitorang kat kaunter tiket , diorang mintak kitorang bayar RM400. Bukan RM 400rupiah tau.. At last kitorang bayar 100 hingget je... Teruk kena pau sampai duit aku tinggal 10 rupiah je.... Diorang mencari peluang untuk menipu... Pengajaran.. jangan biar orang indon angkat beg letak atas troli.. kalau boleh jangan sentuh pun troli tu ... angkat barang sendiri dan uruskan sendiri..
* Shopping kat sana memang maen kalkulator dan sipir je.. Aku cukup lemah ilmu hisab ni.. Asyek tonyoh calculator kat hp je sebab nak kira duit ringgit bila convert dari rupiah.. hehehe!! Nampak sangat orang malaysia yang macam mengong gitu .. tu yang kena tipu tu..
* kak Wan terlupa nak letak minyak wangi mahal dia dalam luggage.. memang nasib tak baik minyak wangi dia tak lepas.. sebab memang dalam kapalterbang tak boleh bawak apa jua bentuk cecair.. Dia dah panik sebab minyak wangi mahal... Surprisingly... akhirnya lepas boleh wat masuk dalam kapalterbang bila kitorang hulur seratus ribu rupiah. (lebih kurang 35 hingget duit kita). Magik kan? Kalau kat KLIA hulur duit memang confirm kena dakwa kat mahkamah... hehe!!
* Bila jejak kaki je kat Airport Subang.. aku rasa nak buat sujud syukur je.. sebab rasa sangat aman dan selamat... tak da orang kacau-kacau.. semua buat sendiri.. orang imigresen kat kaunter imigresen kita manis-manis dan ramah... tak macam kat Polonia tu.. harap muka je hensem.. tapi hampeh.. masamnya muka macam ayam berak kapur... buat keja sambil lewa je.. tengok kita yang comel ni pun macam nak tak nak je... Dan akhirnya aku sedar aku tak selitkan duit di celah pasport aku.. patutlah slow je dan muka macam ayam berak kapur je...
* Bila berjalan dengan orang tua dan agak skima kan... tak best sangatlah.. rasa macam diri kita tua je dan tak boleh nak berpoya-poya lebih-lebih.. Semua kena skima.. huhu!! Kemudian kalau nak berjalan next time.. carilah geng-geng yang sekepala... ni kepala laen-laen.. kepala angin lain-lain.. pastu dia nak kena ikut kepala dia plak.. memang tak best.... itulah sebab akhirnya masing-masing ikut haluan masing-masing masa kat sana....
* Bila berjalan dengan orang tua dan agak skima kan... tak best sangatlah.. rasa macam diri kita tua je dan tak boleh nak berpoya-poya lebih-lebih.. Semua kena skima.. huhu!! Kemudian kalau nak berjalan next time.. carilah geng-geng yang sekepala... ni kepala laen-laen.. kepala angin lain-lain.. pastu dia nak kena ikut kepala dia plak.. memang tak best.... itulah sebab akhirnya masing-masing ikut haluan masing-masing masa kat sana....
* sebenarnya seronok ke sana walaupun adakala rasa sakit hati... Nanti nak pegi lagi............. hehe!!