Myhubby tetiba pergi ke laut memancing bermakna tetiba plan nak pegi berkelah bawak anak-anak ke Minda Talong hari Jumaat tu terpaksa batal... sian kat anak-anak aku.. Duk kat rumah je.. Lepas Jumaat dia bertolak ngan kawan-kawan dia dan balik rumah pas subuh.. Sian gak kat dia.. sampai muntah-muntah tapi dapat tak banyak ikan.. mungkin sebab ikan mabuk kot dengan muntah laki aku terus tak ada selera makan .. hehehe!! Memang kaw-kaw dia kena gelak dek geng-geng memancing dia yang sangat laser tu...
Pagi Sabtu semalam entah apa mimpi dia ajak aku ngan anak-anak ikut dia sekali ke kuala Terengganu sebab kebetulan dia ada perjumpaan dengan tuan pengarah pendidikan kat Wisma Daru Iman.. Program dia mula pukul 10.00 pagi.. dia dah mula nak panik sebab dia lewat. Tapi aku cakap dengan dia ' Rileks la bang.. ada lagi yang sampai lambat..." Dan dia pegi bersama pesanan isterinya .. " Kimsalam kat Tok Mat Caid ya, cakap puan cemida kimsalam.."
Lepas dia hilang dari pandangan.. aku dah berangan-angan nak round ke Giant .. tapi mengenangkan jalan kat bandaraya tu sudah berubah banyak jadik jalan sehala, maka aku takut nanti aku sesat mencari jalan balik ke Wisma Darul iman.. mungkin boleh jumpa.. tapi takes time lah.. bimbang nanti ada orang muncung sampai boleh ikat reben.. tak kuasa den nak layan kalau orang mood dah spoil.. silap aribulan dengan mood aku sekali spoil.. .. Sudahnya aku pusing cari tempat parking yang berhampiran dan lepak ngan anak-anak kat bus stop sebelah wisma sambil baca majalah... syahdu tau kalau orang tengok aku ngan anak-anak melepak kat bus stop!! Tak penah dibuat orang... Sambil-sambil lepak aku kacau laki aku hantar sms tanya lambat lagi ke dan menghasut dia keluar awal.. Tak senonoh punya bini hasut laki.. tapi laki aku besa mengulor pun... hehe!! Puas duk melangut sampai anak-anak aku siap baring lagi kat situ macam anak gelandangan.. we all lepak pulak kat Restoran Nasi Kerabu berhampiran.. Tengah-tengah lepak tetiba laki aku muncul.. wah cepatnya perjumpaan tu!! Rupanya dia chau awal...Bertuah betul laki aku ni!!

Anak-anak kat bus stop sebelah wisma darul iman.. panas!!
Aku kan kalau menunggu ni pantang jumpa pen ngan kertas, mesti keja aku nak menconteng je.. Sementara nak tunggu Naim masuk toilet , aku menconteng muka belakang buka agenda mesyuarat.. tengah-tengah syiok menconteng tetiba aku kena sergah dek laki aku.. Sian plak dia.. buku tu dia nak serah kat boss dia sedangkan aku dah conteng macam-macam kat belakang.. cuma belum lukis muka orang je lagi.. Nasib baik, lambat sket ja memang penuhlah dengan muka orang! hehehe!!
Dari restoran nasi kerabu we all ke giant.. Aku ngan anak-anak meronda dalam giant sementara laki aku tidur dalam keta sebab dia letih semalaman tak tidur sibuk memancing. Plan nak beli kasut.. tapi akhirnya aku beli roti je kat roti boy.. tak da kena mengena langsung roti dengan kasut.. Mungkin aku tak dapat fokus kerana nak tengok anak-anak aku jugak bimbang tetiba hilang. Nampak gayanya aku memang kena shopping sorang-sorang baru aman nak tilik dan pilih barang.
Makan tengahari pun macam tu jugak. myhubby sibuk nak makan mee sup perut yang sedap. Pastu sibuk tanya aku kat mana ada jual mee sup perut yang sedap macamlah aku profesor serba tau yang tinggal kat situ dan tau serba serbi tmpat makan kat sana.. hhuhu..Manalah aku tau!! At last dia bawak kita orang makan kat kedai jual nasi padang kat tepi istana Maziah. Adoiiyai!! tak da kena mengena lagsung nasi padang ngan mee sup perut. Tensyen betul aku!! Dia tau aku tak berapa nak makan kat situ,jadik dia meyakinkan aku supaya makan gak kat situ dengan mengatakan restoran tu dah beroperasi dari tahun 50 an lagi... Raja ngan kerabat-kerabat dia pun makan kat situ... Tak da kena mengena langsung ngan aku!! huhu! Tapi tak berapa nak sesuai lah ngan tekak aku.. At last makan jugak cuma tak begitu bersungguh-sungguh..
Pas makan terus balik sebab myhubby dah letih. Tak sempat nak singgah rumah mertua dan sekaligus menghampakan harapan anak-anak aku yang berkobar-kobar nak jumpa sepupu-sepapat diorang.. Masa balik aku kena drive.. dia pengsan terus sebab letih tanpa menyedari drebar pun berat mata jugak lepas makan nasi padang.. drive tengahari plak tu.. Nasib baik anak-anak kat belakang tak tidur .. tapi memang ngantuk gila lah.. At last, setelah menderita menahan ngantuk sepanjang jalan sambil memandu sampai jugak aku kat rumah dan sampai sudah jugak laki aku tak tau entah berapa ratus kali bini dia menguap macam gua niah sebab ngantuk dan memandu dengan pelbagai gaya nak ilangkan ngantuk.. sampai sudah tak dapat beli kasut.. sampai sudah tak dapat mee sup perut yang sedap sebab tak jumpa kedai yang sedap dan sampai sudah jugak kiriman salam pada tok mat caid tak tersampai sebab si Mamat tu tak da dan laki aku keluar awal sebab kena hasut dek bini ... heheh!!