Dialog dalam kereta

On the way balik ke Dungun dari rumah mak...


Naim : Abah! Abah! Abah tau dok P Ramlee dah meninggal?

Abahnya: Ya ke?? ( Pandai laki aku berlakon buat-buat tak tau)

Naim: P. Ramlee meninggal dah abah!

Abahnya: Bilaa??

Naim.: (Dengan penuh yakin..)... Kemaren!


Tiba-tiba laki aku bersuara.. " Sah!! Sah!! ikut genetik ibu nya.. confident je jawab.. tak kira dah betul ke salah.. jwab je!!"


hehehe! ye ke!??! ya kot!!

F&F

Semalam macam buang tabiat je aku bila tengahari tu aku ajak laki aku tengok wayang kat mesra mall. Lama dah tak tengok wayang.. tambah pula citer tengah sedap sekarang.. lagipun harini kelas dah start.. just nak tenangkan fikiran sebelum mengajar semula.. Surprisingly laki aku setuju... hehehe.. Aku cakap ngan laki aku ada dua pilihan.. samada citer Pirates of the Caribean yang 3D punya tayangan pukul 4.15 atau Fast and Furious pukul 5.15.. tiket laki aku belanja dan aku kena belanja makan.. Anak-anak tak bawak sebab cerita ganas.. tak sesuai untuk kanak-kanak..



Pukul 4 lebih bertolak.. dalam keta laki aku kata kalau tak seat tengah ngan belakang dia tak nak tengok... lalu aku cakap kalau tak nak tengak F&F kita gi East Cost Mall makan steamboat kat Johnny.. Tapi at last dapat jugak kitorang tengok Fast and furious tu. Sedang elok sampai, beli tiket, beli pop corn 1, chachos 1 dan 1 gelas coke... terus masuk pawagam. Memang best cerita tu.. kenkadang aku seakan tak bernyawa tengok citer tu..



Keluar dari pawagam terus we all balik rumah sebab abang Zahar aku singgah. Sampai rumah lebih kurang kat kul 9.00 malam. Ingat nak masak makan malam tapi abang aku nak makan kat luar di restoran yang sedap yang biasa kitorang pergi makan.. So malam tu, lepas tengok wayang we all outing beramai-ramai kat Laila tomyam tepi pantai..



Hari ni.. kelas bermula.. dan dengan sukacitanya jugak aku telah memotong 1 markah mereka yang tak datang kelas pertama hari dengan seronoknya .. Nasiblah korang!!




aktiviti sabtu yang bosan

Myhubby tetiba pergi ke laut memancing bermakna tetiba plan nak pegi berkelah bawak anak-anak ke Minda Talong hari Jumaat tu terpaksa batal... sian kat anak-anak aku.. Duk kat rumah je.. Lepas Jumaat dia bertolak ngan kawan-kawan dia dan balik rumah pas subuh.. Sian gak kat dia.. sampai muntah-muntah tapi dapat tak banyak ikan.. mungkin sebab ikan mabuk kot dengan muntah laki aku terus tak ada selera makan .. hehehe!! Memang kaw-kaw dia kena gelak dek geng-geng memancing dia yang sangat laser tu...






Pagi Sabtu semalam entah apa mimpi dia ajak aku ngan anak-anak ikut dia sekali ke kuala Terengganu sebab kebetulan dia ada perjumpaan dengan tuan pengarah pendidikan kat Wisma Daru Iman.. Program dia mula pukul 10.00 pagi.. dia dah mula nak panik sebab dia lewat. Tapi aku cakap dengan dia ' Rileks la bang.. ada lagi yang sampai lambat..." Dan dia pegi bersama pesanan isterinya .. " Kimsalam kat Tok Mat Caid ya, cakap puan cemida kimsalam.."





Lepas dia hilang dari pandangan.. aku dah berangan-angan nak round ke Giant .. tapi mengenangkan jalan kat bandaraya tu sudah berubah banyak jadik jalan sehala, maka aku takut nanti aku sesat mencari jalan balik ke Wisma Darul iman.. mungkin boleh jumpa.. tapi takes time lah.. bimbang nanti ada orang muncung sampai boleh ikat reben.. tak kuasa den nak layan kalau orang mood dah spoil.. silap aribulan dengan mood aku sekali spoil.. .. Sudahnya aku pusing cari tempat parking yang berhampiran dan lepak ngan anak-anak kat bus stop sebelah wisma sambil baca majalah... syahdu tau kalau orang tengok aku ngan anak-anak melepak kat bus stop!! Tak penah dibuat orang... Sambil-sambil lepak aku kacau laki aku hantar sms tanya lambat lagi ke dan menghasut dia keluar awal.. Tak senonoh punya bini hasut laki.. tapi laki aku besa mengulor pun... hehe!! Puas duk melangut sampai anak-anak aku siap baring lagi kat situ macam anak gelandangan.. we all lepak pulak kat Restoran Nasi Kerabu berhampiran.. Tengah-tengah lepak tetiba laki aku muncul.. wah cepatnya perjumpaan tu!! Rupanya dia chau awal...Bertuah betul laki aku ni!!











Anak-anak kat bus stop sebelah wisma darul iman.. panas!!





Aku kan kalau menunggu ni pantang jumpa pen ngan kertas, mesti keja aku nak menconteng je.. Sementara nak tunggu Naim masuk toilet , aku menconteng muka belakang buka agenda mesyuarat.. tengah-tengah syiok menconteng tetiba aku kena sergah dek laki aku.. Sian plak dia.. buku tu dia nak serah kat boss dia sedangkan aku dah conteng macam-macam kat belakang.. cuma belum lukis muka orang je lagi.. Nasib baik, lambat sket ja memang penuhlah dengan muka orang! hehehe!!




Dari restoran nasi kerabu we all ke giant.. Aku ngan anak-anak meronda dalam giant sementara laki aku tidur dalam keta sebab dia letih semalaman tak tidur sibuk memancing. Plan nak beli kasut.. tapi akhirnya aku beli roti je kat roti boy.. tak da kena mengena langsung roti dengan kasut.. Mungkin aku tak dapat fokus kerana nak tengok anak-anak aku jugak bimbang tetiba hilang. Nampak gayanya aku memang kena shopping sorang-sorang baru aman nak tilik dan pilih barang.






Makan tengahari pun macam tu jugak. myhubby sibuk nak makan mee sup perut yang sedap. Pastu sibuk tanya aku kat mana ada jual mee sup perut yang sedap macamlah aku profesor serba tau yang tinggal kat situ dan tau serba serbi tmpat makan kat sana.. hhuhu..Manalah aku tau!! At last dia bawak kita orang makan kat kedai jual nasi padang kat tepi istana Maziah. Adoiiyai!! tak da kena mengena lagsung nasi padang ngan mee sup perut. Tensyen betul aku!! Dia tau aku tak berapa nak makan kat situ,jadik dia meyakinkan aku supaya makan gak kat situ dengan mengatakan restoran tu dah beroperasi dari tahun 50 an lagi... Raja ngan kerabat-kerabat dia pun makan kat situ... Tak da kena mengena langsung ngan aku!! huhu! Tapi tak berapa nak sesuai lah ngan tekak aku.. At last makan jugak cuma tak begitu bersungguh-sungguh..






Pas makan terus balik sebab myhubby dah letih. Tak sempat nak singgah rumah mertua dan sekaligus menghampakan harapan anak-anak aku yang berkobar-kobar nak jumpa sepupu-sepapat diorang.. Masa balik aku kena drive.. dia pengsan terus sebab letih tanpa menyedari drebar pun berat mata jugak lepas makan nasi padang.. drive tengahari plak tu.. Nasib baik anak-anak kat belakang tak tidur .. tapi memang ngantuk gila lah.. At last, setelah menderita menahan ngantuk sepanjang jalan sambil memandu sampai jugak aku kat rumah dan sampai sudah jugak laki aku tak tau entah berapa ratus kali bini dia menguap macam gua niah sebab ngantuk dan memandu dengan pelbagai gaya nak ilangkan ngantuk.. sampai sudah tak dapat beli kasut.. sampai sudah tak dapat mee sup perut yang sedap sebab tak jumpa kedai yang sedap dan sampai sudah jugak kiriman salam pada tok mat caid tak tersampai sebab si Mamat tu tak da dan laki aku keluar awal sebab kena hasut dek bini ... heheh!!




Sepanjang jalan kenangan - konvo2011






Kenangan konvokesyen eg, anak saudara aku....

Venue : Aspirasi Hall, Dungun

Date: 15 Mei,2011

My role?? Menempel..... hehe... no lah.. Sekadar memenuhi jemputan dan memenuhi barisan depan untuk memeriahkan majlis...

Let the pictures do the talking....











Dengan si hizam budak baik yang jadik mc dan farah






Buat Magik!!! Member kata aura keluar dari jari.. hehe!! pasni kalu anak murid derhaka aku sumpah jadik almari dan peti ais besau dan simpan kat umah aku... heheheh




With diana dan kechik .. akhirnya grad jugak kechik. Tahniah!






























Dengan keluarga abang aku... Abang aku vogue u!!











I'm happy.... Tiba-tiba orang tanya aku .. asyik duk bawah pentas je tengok orang, bila pulok awak nak naik atas pentas kali ke 4 dan orang kat bawah tengok awak pulok??? Untuk itu...aku tiada jawapannya... Lemah aku dengan soalan itu!! soon!!!








Catatan Medan













luggage yang lambat dikutip









A





cuba baca dengan teliti menunya... hehehe!!











Justify Full

Teh botol Sosro







Orang kaya tengah kira duit..


Ni lah bilik kitorang.. besau.. selesa.. Rate semalam RM125.00 semalam termasuk breakfast.. murahkan?? Laki aku letak je beg terus tanpa membuang masa mengira duit jutaan ringgit tu... orang kaya!!! hehehe!! Lepas Asar we all pegi makan kat Restoran G@ruda.. Konsep makan macam kat Restoran mat Binjai kat KT.. Dia hidang lauk sebanyak-banyaknya... lepas tu dia hanya kira lauk yang diusik je.. That's why kalau dah usik 1 lauk.. abeskan terus lauk dalam pinggan tu sebab dia kira satu pinggan terus walaupun kita ambik sikit je.. Yang sedap kat situ banyak terutamanya ayam muda goreng, rendang jering dan gulai rawon.. Memang best!! lepas tu kitorang round-round tengok bandar Medan sebelum balik hotel..





Hari kedua (30 April 2011)







Lepas breakfast masing-masing ikut haluan masing.. Sementara menunggu pukul 10 pagi waktu Indon, Aku lepak kat Lobi hotel tengok gelagat manusia kat situ yang kebetulannya ada majlis konvokesyen yang dibuat kat hotel.. Sempatlah aku ambik beberapa keping gambar.. Memang seronok tengok diorang ni.. teruja... baik pempuan muda dan tua .. masing-masing vogue pakai baju kebaya kebangsaan Indonesia..


















Its shopping time!!! Aku ngan myhubby pergi ke pasar bersebelahan Gedung Matahari untuk window shopping dan shopping sikit-sikit.. Masuk je dalam pasar aku dan laki aku disapa oleh penjual-penjual kat situ... Dua cara sapaan yang aku dengar.... "Pak!! Masukk pak!! ".. ' Belanja ibu!! Pak!! masuk belanja pak!!!' hehe. Berada kat situ memang buat mata jadik kelabu.. kaen sangat banyak dan cantik-cantik.. Just name it!! Semua ada dan murah.. Kat situ aku tak beli bnayk.. Just beli baju batek Indonesia untuk Naim, baju gaun 1 set ngan tudung untuk Yati.. Kaen pasang corak batek indon untuk aku buat baju raya aku dan Yati.. sementara laki aku beli 2 pasang baju batik indonesia untuk dia pakai time hari Khamis tu.. Lepas tu.. kitorang pergi ke pasar Ikan iaitu pasar lama kat medan.. ingatkan pasar tu jual ikan rupanya tak.. kat situ lagi banyak jual kaen.. dan memang sangat banyak sampai jadik buta mata terus.. hehehe!! Memang barang kat situ banyak.. tapi mental torture lagi banyak kat situ. Kitorang kan tak dapat beli ngan aman langsung.. ada je orang ikut dan suruh beli itu-ini.. Diorang macam kenal orang Malaysia.. agaknya kat dahi memang tertulis orang Malaysia kot.. Tapikan sebenarnya .. dalam selautan manusia kat Pasar tu.. aku sorang je yang pakai baju kurung.. hehehe!! At last kat pasar ikan tu aku cuma beli baju batek Amin dan kaen sembahyang je.. Balek ke hotel kitorang naik beto (beca motor).. malam pun kitorang pi window shopping dan akhirnya aku beli 2 helai blouse dengan jumlah harga RM42.. kira murahlah sebab kat Malaysia tak dapat harga tu dengan material kain yang elok dan tebal..












Catatan yang tak dilupa:





* Makan kat sana agak susah... Sepanjang 3 hari kat sana aku asyik makan kat Geruda je.. bosan!! tapi nak wat macamana! Tak berani nak makan merata-rata.. ikut hati nak makan bakso tapi sudahnya makan bakso kat Dungun... Kat sana.. restoran yang 'Halal' itu maksudnya restoran itu berdaftar dan ada lesen perniagaan yang sah'. Tapi ayam tebuk.. huhu!!





* Kat medan orang bebas merokok... kat hotel zon tidak merokok kecik je berbanding zon bebas merokok dalam floor yang sama pulak tu... so kalau duduk kat zon tak merokok tu sama je duk dalam zon bebas merokok.. Orang selamba badak je merokok kat lobi hotel.. siap ada ashtray lagi...





* Bandar Medan macet (jammed)... tiada peraturan yang khusus.. sistem lalu lintas berterabur.. boleh masuk dari semua arah.. simpang sangat banyak tapi traffic light ada sangat sikit.. tak macam Dungun.. sampai berpuluh trafik light.. Sebesar-besar bandar Medan aku tak nampak langsung polis... apatah lagi polis trafik... Kat Medan jalur putih atas jalan tidak memberi erti apa-apa.. kereta rapat-rapat.. tapi ironinya tak de pulak keta yang accident dan calar balar... "






* Kat Malaysia kalau penumpang depan tak pakai seat belt kena saman RM300.. tapi kat Medan bila pakai tali pinggang keledar kan, pemandu teksi kata tak payah.. hehe!! Kat sini kalau terlebih tekan 'hon' alamatnya kena makilah.. tapi kalau kat medan.. tekan hon bising-bising tu seni... heheh!! takpa,.. tekan lah hon sesuka hati.. tak kena marah punya..





* Pencemaran Udara sangat tinggi kat medan.. habuk banyak... jadik tak sesuai bawak anak kecik terutamanya kalau anak ada penyakit semput.. konpem anak akan semput..





* Pempuan Malaysia tak boleh jalan sorang-sorang.. bahaya.. silap aribulan dilarikan...





* Penipuan di mana-mana... 'stereotyping"nya orang kat Medan kuat menipu.... Mula-mula jejak kaki di airport tu memang dah kena berjaga-jaga sebab kebarangkalian kena tipu tu sangat tinggi. We all cuba elak ditipu.. tetapi akhirnya we all tertipu jugak masa nak balik.. tersilap membiarkan luggage diangkat dan diletak atas troli oleh orang kat situ je... dan we all mula ditipu.. Bayangkan mereka sanggup manjadi 'barua' hanya untuk tolak troli dari pintu hingga kat kaunter tiket yang jaraknya macam dari opis aku sampai kat pintu jamban kat level aku dan uruskan tiket kitorang kat kaunter tiket , diorang mintak kitorang bayar RM400. Bukan RM 400rupiah tau.. At last kitorang bayar 100 hingget je... Teruk kena pau sampai duit aku tinggal 10 rupiah je.... Diorang mencari peluang untuk menipu... Pengajaran.. jangan biar orang indon angkat beg letak atas troli.. kalau boleh jangan sentuh pun troli tu ... angkat barang sendiri dan uruskan sendiri..







* Shopping kat sana memang maen kalkulator dan sipir je.. Aku cukup lemah ilmu hisab ni.. Asyek tonyoh calculator kat hp je sebab nak kira duit ringgit bila convert dari rupiah.. hehehe!! Nampak sangat orang malaysia yang macam mengong gitu .. tu yang kena tipu tu..









* kak Wan terlupa nak letak minyak wangi mahal dia dalam luggage.. memang nasib tak baik minyak wangi dia tak lepas.. sebab memang dalam kapalterbang tak boleh bawak apa jua bentuk cecair.. Dia dah panik sebab minyak wangi mahal... Surprisingly... akhirnya lepas boleh wat masuk dalam kapalterbang bila kitorang hulur seratus ribu rupiah. (lebih kurang 35 hingget duit kita). Magik kan? Kalau kat KLIA hulur duit memang confirm kena dakwa kat mahkamah... hehe!!






* Bila jejak kaki je kat Airport Subang.. aku rasa nak buat sujud syukur je.. sebab rasa sangat aman dan selamat... tak da orang kacau-kacau.. semua buat sendiri.. orang imigresen kat kaunter imigresen kita manis-manis dan ramah... tak macam kat Polonia tu.. harap muka je hensem.. tapi hampeh.. masamnya muka macam ayam berak kapur... buat keja sambil lewa je.. tengok kita yang comel ni pun macam nak tak nak je... Dan akhirnya aku sedar aku tak selitkan duit di celah pasport aku.. patutlah slow je dan muka macam ayam berak kapur je...


* Bila berjalan dengan orang tua dan agak skima kan... tak best sangatlah.. rasa macam diri kita tua je dan tak boleh nak berpoya-poya lebih-lebih.. Semua kena skima.. huhu!! Kemudian kalau nak berjalan next time.. carilah geng-geng yang sekepala... ni kepala laen-laen.. kepala angin lain-lain.. pastu dia nak kena ikut kepala dia plak.. memang tak best.... itulah sebab akhirnya masing-masing ikut haluan masing-masing masa kat sana....






* sebenarnya seronok ke sana walaupun adakala rasa sakit hati... Nanti nak pegi lagi............. hehe!!



senario exam part 2

Kenangan sebelum exam bermula.......




Tukar

Adoiyaii!!! Bila masa pulak nama aku bertukar jadi Wan Has**da ngan Noor Has**da... ni.. binti Ahmad pulak tu.... Budak-budak ni!! sesuka hati kepala otak diorang je tulis nama aku.. Nasib baek dorang tak tulis nama bapak aku Abu Bakar.. kalau tak memang aku bakar skrip jawapan diorang jadik abu... hehehe!! Brutal!!!

senario exam!!






30 soalan.







1009 jenis bentuk jawapan....






137 skrip jawapan berserta beberapa 'coretan beli jiwa'






dan






137 jenis tulisan











AAAA!!! MALLAAASSSSSS NYE!!!!!!!











' Namun begitu... aku tetap tabah terkiyal -kiyal membaca dan me'rait' jawapan anak-anak aku walaupun aku kenkadang jadik sewel hampir tergolek membaca jawapan-jawapan anak murid aku.....!"











Amazing huh??!!! hehe!!






' Wahai anak-anak murid kesayanganku, tidak kah dirimu kesian pada diriku. Kenapa lah dirimu menggagalkan dirimu dengan cemerlangnya hingga menyebabkan diriku terpaksa membuat laporan untuk di hantar ke menteri kabinet kenapa dirimu ramai sangat yang gagal dan menebalkan muka diriku 10 kali ganda lebih tebal dari tembok besar China apabila namaku ter'tebeng' dengan jelasnya di skrin layar dalam senarai calon penerima anugerah pelajar gagal melebihi had... huhu!! '