Cuti paling dekat


Hari Sabtu kami anak beranak pegi Kuantan… Myhubby hantar sicukai servis.. Nanti kena pegi sekali lagi sebab nak tukar system ABS yang tak function..


Nasib baek warranty lagi..
Aku ngan anak-anak merendek kat Eis Kous Mall…
ibu,ibu, kita makan sushi…tu ada kedai sushi…
Anak aku ni.. kecik-kecik dah pandai demand makan sushi..
Dalam kedai masing-masing menung tengok sushi yang duk bergerak macam keretapi sebab tak tau nak amik mana satu.. tapi dalam tak tau tu terbang jugaklah 50 hingget…
Abahnya cakap.. ibu belanja hotel, abah belanja makan sampai balik….
Terbang lagi 200 hingget sebab sedekah kat grand Kontinental Kuantan..
Anak-anak mandi kolam…
Ramai orang dalam kolam tu.. 1 Malaysia ada dalam kolam yang tak besar mana.. yang bersunat dan tak besunat semua ada menyebabkan myhubby rasa macam geli nak mandi… tapi tak anak-anak aku .. diorang tetap seronok mandi di celah-celah orang yang pelbagai rupa dan saiz…
Aku terlepek demam… tak best betul time nak seronok bercuti ngan anak anak ni kena demam ngan selsema..
Malam pegi makan kat Tjg Lumpur..
Ya Allah ramainya umat Muhammad kat kedai tu sampai kena berdiri tunggu meja kosong..
Menu kitorang ikan bakar petai.. lokan masak cili.. kangkung belacan.. dan tomyam campur..
Tapi gambar takde.. Tak leh nak ambek gambar ..
Kalau kejap ambek gambar, kejap ambek gambar nnti kejap lagi kena panggg… baek tak yah ambek.. hehe
Myhubby bising sebab tak leh makan dan menikmati makanan ngan tenang.. dahlah kena share meja ngan couple apek kat sebelah kanan.. sebelah kiri meja pulak ada satu grup yang duk berkumpul duk tenung kitorang makan sebab nak chop meja kitorang.. Memang aku naik rimas lah dibuatnya.. Tapi dalam tak tenang tu anak aku tetap makan sampai 3 pinggan..
Esoknya anak aku sambung mandi kolam lagi.. Aku tak mandi sebab tak ada feel nak mandi kolam.
Lepas check out kitorang singgah rumah kak jurai sebab aku sudah rindu sama Fatimah…
Lama tak jumpa , dah besar anak dara tu..
Tak lama lepas aku sampai adik aku si semek tu sampai..
Dan we all lepak, ngumpat hal isu semasa sambil makan goreng pisang..
Memang best bila dapat berkumpul bersama..
Bila balik rumah myhubby pulak demam…
Sian larling i…
Itulah citer aku hujung minggu baru ni…
Setelah sekian lama aku tak tulis diari maya aku sebab sibuk bebenor lately nih..

Tak sangka dia beli

Malam baru ni aku ngan myhubby keluar ke Bandar..

Sebelum balik dia tinggalkan aku dalam kereta..

Nak cari barang katanya…

Cakap sekejap je tapi rasanya macam sedekad aku tunggu dalam kereta..

Tak lama lepas tu dia masuk bersama-sama beg plastik kecik..

' ayang beli gelang mas untuk bini ayang ke? Lama tunggu ni!!" .. (maen-maen agak je)

'taklah.. abang beli CD je!!"

Meh sini bini abang nak tengok… abang beli citer apa?

Tengah duk belek dvd tetiba ada DVD citer melayu lah!!

Aaa!!?? Bedah tong Gas????

'Abang ni buang tebiat ke apa? tetiba beli citer melayu ni?? Abang kan tak suka tengok citer melayu.!!

'abang beli 3, dapat percuma 1. Tak tau nak pilih citer apa.. tetiba tengok orang kat situ duk gelak-gelak tengok DVd.. abang tanya citer apa.. pastu abang pun ameklah..'

pulok dah!!!

Nasib baek citer tu sedap.. anak aku ulang tengok sampai 3 kali….

Kena gigit.

Yati digigit cengkenit semalam..

ala yang orang panggil kutu babi tu lah macam dalam citer p ramli..

Kesian kat dia sebab binatang tu masuk dalam telinga..

aku jangka si suspek adalah binatang itu bila Yati kata ada bunyi-bunyi dalam telinga..

Malam semalam terus bawak ke klinik jumpa doktor..

Confirm binatang tu sebab doktor nampak ada hitam-hitam dalam telinga..

Jadik terpaksa keluarkan segera..

Malam tu aku jadik pembantu doktor ..

Aku kena pegang dan tarik telinga anak aku..

Mula-mula doktor kata nak bersihkan taik binatang tu dan taik telinga sikit..

Sekali yang keluar seketul taik telinga yang dah keras... itu taik telinga yang dah berusia 8 tahun tu..

Mula-mula Yati ok siap bercakap-cakap lagi..

Sekali bila doktor masukkan penyepit besi panjang masa nak tarik binatang tu dia mula meraung... 'Saaaaaaaaaaaaakit!!!!!!!!!!!!!!!!' dengan sekuat hati dan begitu nyaring sekali sampai bingit dan berdesing telinga aku...

Bergempa dalam bilik doktor tu... eheheh..

Bila dah selesai dia duk nangis lagi... memang sakit la.. tapi aku tak tau rasa macamana sakitnya sebab tak pernah kena gigit binatang tu dalam telinga..

Bila keluar je dari pintu bilik patient yang sedang menuggu kat luar semua pandang kita orang...ehehehe....

Entah kat semak mana anak aku pegi main ni sampai kena gigit dek binatang tu..

Tapi nasib baik bintang tu tak menginap jauh dalam telinga.. kalau tak kena refer hospital lah..


cukai yg malang

Kesian sicukai aku..

Akhir-akhir ini agak malang nasibnya..

dua hari lepas kena cabul lagi...

Dan myhubby jadik si tukang cabul..

Ter'over' dan terlebih power sepak bola..

sampai kena bodi belakang sicukai ....

"kang!!! Kuat bunyinya sampai terkejut aku..

Bila aku jenguk luar rumah aku terkesima 5 minit...

I'm speechless bila tengok belakang sicukai yang kemek sikit..

Memang tak banyak.. tapi tak cantik dimata lah..

'Ibu!! Abah yang buat ibu!!! " Anak aku terus bersuara untuk menyelamatkan dirinya..

Nak kata apa lagi.. lopong je lah..

Tak pasal-pasal terbang pulak dua tiga ratus hingget lagi nak caj rawatan ketuk bodi..

Dah lah tiga empat hari lagi road tax ngan insurans sicukai yang nak mati.. Nak renew bukan singgit dua... Main ribu riban jugak lah..

Itu tak termasuk lagi kos nak servis maintenance sicukai dah terlebih limit 5000 km.. pitih jugak lagi..

Tapi nak wat macamana lagi.... dah nasib tetiba nak rugi... gigil-gigil nyawa dan tangan pun ... bayor je lah..


Kenangan manis-manis

Pada 1 hb Disember baru-baru ni aku dan anak buah aku pergi ke agro di Setiu instead of ke tpg .. Actually, aku rasa kecewa sangat sebab program ke sana terpaksa dibatalkan saat akhir setelah beberapa kali anak buah aku mengadap orang yang berkenaan untuk dapatkan kelulusan tapi ditolak dengan alasan yang tak munasabah langsung.. Yang ke Agro tu last minute punya plan sebab anak buah aku dah panik bila aku bagi kata dua kat diorang.. samada buat contigency plan or do nothing and end up get nothing... So .. diorang usahakan proposal yang baru.. Yang aku pelik nya lulus pulak sedangkan budget lebih kurang sama je dengan program yang direject tu walaupun pengisian dalam previous proposal was much more better than the latest proposal.. Entahlah diorang ni .. aku tak pahamlah.. kata nak berjimat cermat,.. tapi tak bertempat..

So kat Setiu tu kitaorang menginap selama 3 hari 2 malam.. dan jadual padat dengan aktiviti yang agak lasak. Mula-mula cadangan penginapan di asrama.. tapi budak-budak ni save bugdet dan nak rasai cabarannya lalu diorang sewa khemah kat tapak perkhemahan.. Dan buat jiwa aku lemah sebab maknanya aku kena tidur dalam khemah.. Takkan lah aku nak tinggalkan anak-anak aku terkial-kial kat khemah sedangkan aku berseronok duk dalam chalet.. Aku rasa lemah sebab aku bimbang hujan lebat dan ribut petir... aku tak boleh tak tidur.. silap aribulan aku jadik zombie... ehehehe.. Tapi at last tidur dalam khemah jugak.. tapi kurang selesalah lah sikit sebab khemah mbasah sikit sebab baru pas hujan.. pastu tanah tak rata... sudah jugak lah nak tidur.. pastu ssakit badan.. Yang budak lelaki lagi kesian.. air dalam khemah paras buku lali.. terpaksalah diorang tidur dalam surau..

Malam pertama sampai kat resort tu we all buat aktiviti night walk.. sepatutnya mula pukul 9 tapi akhirnya mula pukul 12.00 malam sebab we all sampai lambat.. Bayangkan buat aktiviti jalan sorang-sorang dalam hutan di tengah malam Jumaat.. Walaupun trek tak lah jauh sangat.. tapi malam gelap kan... Dahlah password yang kena sebut untuk diselamatkan kalau tak jumpa jalan tu " Hantu Pontianak" .. kecut budak-budak tu.. maka banyaklah yang berlaku malam tu... Ditengah pekat malam dalam hutan tu tetiba kedengaran suara anak buah lelaki aku yang takut... " Sapa Tuhan kamu??" .. " Sapa nabi kamu?" " Nombor!! Nombor!! ' .. . Memang lawak budak-budak ni.. eheheh..

Pagi esoknya we all buat aktiviti jungle trekking di hutan simpan Gunung Tebu.. naik bukit, turn bukit, redah anak sungai.. merangkak dan mengiring dalam 3 gua dan tengok pokok besar tempat beruang bersarang.. Mula-mula aku rasa macam aku tak mampu nak abeskan hingga ke akhir sebab mula-mula masuk hutan je dah lenguh kaki.. lagipun aku dah agak lama tak exercise dan aku rasa macam tak fit je nak masuk hutan.. Tapi tak sangka aku sempat abeskan.. tapi,lenguhnya badan aku tidak terkira..

Petang lepas jumaat we all kena buat aktiviti flying fox dan rafting.. hehe.. Mula-mula sampai kat tempat flying fox aku rasa terkejut hampir nak pitam tengok menara yang sangat tinggi dan tali yang panjang merentasi tasik yang luas... Dari excited nak maen terus kedu... kensel!! Tak jadik!! aku ngeri dengan ketinggian.. Tambah lagi aku bimbang kalau-kalau bila turn aku tetiba tali putus ke.. atau tetiba tersangkut kat tengah-tengah... boleh meraung aku dibuatnya.. Jurulatih pulak asyik duk mengusik sampai ramai budak-budak terjerit-jerit terkejut... lagilah aku cuak.. Tapi bila tengok ramai je yang rileks siap boleh buat aksi superman lagi... buat aku rasa macam nak cuba je.. Masa tiba turn aku mula-mula ok lagi .. tapi bila dah sampai ke tengah menara aku dah mula ketar lutut.. sampai ke anak tangga terakhir paling atas aku merangkak naik tangga sebab menggigil... sampai atas aku peluk tiang.. waktu tu aku rasa macam nak turun balik je... Gayat aku duk kat atas tu.. Masa jurulatih nak lepaskan aku, aku dah panik sebab nampak kat bawah kecik je.. kemudian terasa angin kuat.. dari mula bergerak sampai ke penghujung aku punya perut macam nak terkeluar.. jantung seakan mengecil dan aku tak berhenti mengucap sampai jejak kaki ke tanah.. dah jejak kaki atas tanah pun kaki aku duk menggeletar lagi.. That would be the first and the last... rasanya tak sanggup lagi dah nak maen benda tu lagi.. Nasib baek si jurulatih tu tak provoke dan menakut-nakutkan aku masa nak berlepas... kalau idak confirm aku akan tarik si mamat jurulatih tu sekali turun sama dengan aku.. Tapi ada sorang anak murid aku dari mula orang pakaikan safety equipment dia menangis sampailah naik atas dan selamat sampai ke bawah.. Kiranya aku ok sikit lah sebab takut-takut aku pun tak dalah sampai melalak... eheheh... Macam-macam perangai.. Nak tergelak pun ada tengok perangai diorang ni..

Lepas tu we all berkayak pulak di tasik yang luas.. oleh kerana aku tak pandai berkayak dan nak elakkan kayak aku berpusing-pusing setempat 360 darjah lalu aku berpasangan dengan anak buah aku yang ada experience berkayak.. tapi dia sangatlah terrer sampai aku yang lambat ni tak terkejar dan kayak tetap jugak tak balance... mulalah aku terjerit-jerit panik bila kayak termasuk dan langgar tiang bawah restoran yang terapung dan langgar tiang jeti tepi tasik.. mujur tak sampai berkayak atas darat.. ehehe... cukuplah dua round je... bagai nak roboh bahu aku pegang pendayung tu.. pastu aku join anak buah merentas tasik yang dalam tu guna tali...gaya macam itik serati ada, dugong pun ada.. ahaks.. memang best berndam dalam air.... tak naik ke darat pun tak apa... Malam BBQ ayam dan ikan sambil lepak-lepak... tapi memang penat satu badan lah..

Last day hari Sabtu we all check out dan terus ke masjid kg ank ikan buat aktiviti khidmat masyarakat.. we all tolong bersihkan masjid dan kubur.. tengah hari dapat makan percuma .. Ibu Maddin yang jamu we all makan..Pas lepak we all pegi main air kat kawasan air terjun berhampiran rumah Maddin... Memang best.. kebetulan pulak cuaca elok.. sangat seronok

Pukul 8.00 malam baru aku sampai. Masuk je rumah terus aku silentkan hp aku sebab aku sangat penat.... esok baru jenguk balik dan balas semua text message yang masuk.. heheh... tak larat la nak balas...

kes tertinggal

Letihnya aku pada bulan dan hari ini...

Nasib aku tak baik sebab bulan ni kena bercakap 20 jam seminggu untuk 4 subjek yang berlainan..

Paling memenatkan hari Khamis sebab kena bercakap 6 jam untuk 3 subjek berbeza..

Bagai nak mengong kepala otak aku nak twist dari satu subjek ke subjek laen dalam tempoh masa yang singkat..

Itu yang kenkadang tersasul-sasul masa bercakap..

Tambah lagi time musim sejuk kat Dungun ni.. menyebabkan otak aku bertambah beku dan lembap.

Baru ni aku dah cakap kat kawan-kawan aku silap ari bulan boleh silap pakai kasut laen sebelah pegi kerja...

Hari kena bercakap dari pukul 8.00-10.00am dan dari 10.00 am- 12.00 pm..

Artis pun tak mampu kot bercakap 4 jam macam aku ni...

Dahlah 2 subjek berbeza.. dari hujung dunia ke hujung dunia pulak tu kena pergi.. Sesi pertama kat Antartika.. sessi kedua berkejar pulak kat Artik.

Habis sesi bercakap biasalah aku dikerumuni penonton yang sangat setia bertanya soalan dan meluahkan masalah...

Lepas semua penonton balik, aku dengan seronoknya berlenggang mak limah bawak buku sebijik di tangan masuk dalam perut sicukai... seronok sebab beban 4 jam dah settle...

Tetiba aku rasa macam ada sesuatu yang kurang... apa agaknya ya?

Puas aku memikirkan apakah kekurangannya sehingga berkedut seribu dahiku yang tegang ni... ehehe.. Tadi pegi kelas macam berat je... tapi apasal masa abes kelas ringan je?

Hinggalah aku teringat...

OMG!!OMG!!OMG!! Aku dah tertinggal handbag dan beg kerja aku dalam kelas....

Lalu aku terus buka pintu kereta dan terus berlari di dalam hujan .. Sentap kejap mak nak!!

Nasib baek beg-beg ku itu masih ada tertonggok di atas kerusi...

Kalaulah begku itu boleh bersuara.. mesti dia akan cakap ..'Bangang!! CapAyam!!"

Adoiyaii!! Teruknya aku hari ni... Macamana boleh tak fokus ni!!

Baru seminggu aku cakap pasal silap aribulan boleh pakai kasut laen sebelah pegi kerja..

Arini aku dah tertinggal beg ..

Agaknya apa lagi yang tetinggal pulak lepas ni..

Harap-haraplah aku tak terlupa pakai kaen pegi kerja especially hari Khamis.... ahaks

Mengong!!!


cari dan jumpa

aku google kat internet cari resepi .. dan aku jumpa resepi untuk masak ikan kerapu ni... heheheh

Description:
yang seneng sama ikan?? coba resep ini deh

Ingredients:
ikan kakap 1 kg
jeruk nipis 5 buah,ambil airnya
cabe merah 2 buah, belah 2
cabe rawit hijau 10 buah, belah dua
bawang merah 3 siung
tomat muda 4 buah
daun kunyit 1 lembar, diikat
daun kemangi 5 batang. ambil daunnya
serai 1 batang, memarkan
Daun jeruk 2 lembar
Daun bwang 1 batang, potong
Daun seledri 1 batang, potong
Royco rasa sapi 1 bungkus
Garam secukupnya
air 1000 ml




Directions:
Bersihkan ikan, kemudian lumuri dengan air jeruk nipis dan garam, diamkan selama kurang lebih 15 menit.

Rebus air sampai mendidih, setelah itu masukkan ikan, batang serai, daun kunyit, daun jeruk, bawang merah, cabe rawit, cabe merah.

Setelah ikan matang,masukkan kemangi, seledri, daun bwang, royco.

Terakhir masukkan air jeruk nipis lalu angkat (tambahkan garam jika kurang)

** translate la sendiri ya.. aku udah fenin... ahaks.. Nor ngan ras boleh lah cuba.. pastu antor ke jalan melati sikit ya.. :D



tak berkait

Sejak akhir-akhir ini Yunnam herker ngan slimwol ni sangat kerap kedengaran dalam rumah aku ..


Yati : Ibu .. ibu masak sedaplah ( macam biasa bab maen kipas-kipas mak nih)
Naim : Ibu masuklah masterchep..
Aku : tanya abah..
Naim : Abah .. abah bagi dok ibu masuk masterchep?
Abahnya hanya mengangguk.. ya ke idak tu?
Aku : Ibu tak nak lah .. ibu tak nak masak dalam tekanan... lagipun nanti ibu jadik glemer susah... hehehhe
Amin : Tak pun ibu masuk slimwol... abah masuk yunnam herker!! Nak tak abah?

Dan tiada respon diberikan ...

ibu ngan aboh tak dok pitih!!
Apa kena mengena makan dengan slimwol dan Yunnam herker ni...? ahaks..

persepsi..

Baru-baru ni masa singgah rehat seketika di banjaran Titiwangsa ada 3 keluarga yang baru sampai untuk berehat dan bergambar. Mereka parked kereta betul-betul bersebelahan sicukai.. aku yang duk melangut melepak hanya memerhatikan gelagat mereka yang sibuk bergambar..

Tetiba-tiba anak aku bersuara tatkala melihat budak pempuan ni yang pakai baju ketat macam pembalut nangka" " Dia ni pakai baju ketat-ketat.. entah beriman ke tak!!"

Adoiyaii.. sentap aku jap.. Ampunkanlah mulut anak aku yang tak ada insurans ni...

Nasib baik empunya badan tak dengar... Lalu anak aku ditegur...

" Amin.. tak baik cakap macam tu.. Iman orang tak terletak pada baju yang dipakai... ada orang pakai jubah labuh sampai sapu lantai pun belum tentu lagi beriman ke tidak.. Allah je yang tau dan berhak menilai" Dan Amin terus diam..

Tapi itulah manusia yang suka buat persepsi pada apa yang dilihat pada mata kasar dan bukannya pada realiti yang sebenarnya... Itulah menyebabkan manusia sentiasa membuat persepsi yang salah pada orang laen.. Jangan menilai seseorang dari luaran sahaja.. Sekadar mengingatkan diri sendiri agar jangan membuat persepsi membuta tuli dan mesti sentiasa berprasangka baik pada orang lain...



** Take care always.. Good luck and all the best to you my dear friend..

AKU


perlukan peti ubat kecemasan...

pantau lagi

Pemantauan pengajaran bahasa Inggeris tiba lagi yang pada aku sangat menyusahkan.. .. macam tak percaya pulak pada staff sendiri.. Aku memang tak berapa seronok sebab yang junior kena pantau yang senior... patutnya yang senior pantau senior dan junior.. barulah betul dan adil...aku pun kena gak... kena memantau.. ni yang buat aku lemah sebab aku akan bermasalah kalau kena pantau kawan baek aku sendiri.. susah kalau tetiba ada yang tak kena... susah hati aku dibuatnya nak tulis laporan... dan aku malas sebab kena tunggu lama.. tak boleh tunggu lima minit je.. pastu kena bezakan pulak mana tazkirah.. mana yang bebel-bebel dan mana yang betul mengajar... eheheh!! rimaslah.. Tapi nak buat macamana.. aku ni kuli pecacai je kan... ikut jelah arahan orang atas.. Hopefully jangan nanti ada yang panik sampai bawak ke tidur.. silap aribulan ada orang mengigau cakap omputeh masa tidur.. ehehheh .. don't worry my dear... aku baek hati punyalah.. itu pun kalau uolls tak mengajar seratus peratus dalam bahasa malaysia.

saya akan ingat..

Hari Jumaat baru ni aku pegi ke Sungai Petani Kedah sebab saudara aku paling dekat kawin.. oleh kerana payah nak dapat cuti so hari Sabtu lepas nikah terpaksa balik terus.
Tak ramai yang pergi sebab jauh dan ada antara ahli keluarga aku yang ada komitmen kerja yang laen.. termasuklah myhubby yang terpaksa ke Kota Bharu sebab kena attend seminar sampai 22 nov ni..

Yang pergi hanyalah aku dan anak-anak, mam besar, kak juyah and hubby serta ajie anaknya sekeluarga, paklang sekeluarga, eg dan kawan baeknya..

Mam besar mula-mula nak pegi ngan aku naik exora.. tapi bila alphard ajak gi sekali terus dia nak gi ngan alphard.. hhehehe..

Oleh kerana myhubby tak ada maka abang aku jadik drebar.. dia sangat cekap tapi pada yang sama suka menge'pon'.. heheheh.. Sekejap dia pon kat motor yang lembap duk tengah jalan.. nanti dia pon pulak kat kereta yang lembap di tengah jalan jugak..hehehe. Uiii!! Penat betul perjalanan ke Sungai Petani... tambahlah penatnya bila terpaksa melawat kebun buah langsat yang beratus hektar luasnya..

Kesian kat GPS... puas dia bebel cakap... turn right, turn left tapi tak dipedulikan hingga akhirnya dia senyap sendiri sebab dah bosan. Ini disebabkan dalam arahan dalam text message cakap 'dari tol SP utara dalam 6 km akan jumpa homestay sebelah kiri.. Dari tol SP selatan terus jugak dalam 7 km jumpa homestay sebelah kanan'.. so abang aku tetap masuk highway jugak dan akhirnya kitaorang terlajak sampai ke Butterworth..

Bila sudah kenyang makan buah langsat dan sangat penat sebab journey dari kul 8.00 pagi tapi dah hampir malam we all tak sampai jugak lagi..... lalu abang aku sudah stress dan naik angin.. maka sicukai dilanda ribut taufan Katrina....Sentap mak nak!!

" Aku dah bengang ni.. aku kalau dah tak sabar aku balik je terus ke Kemaman ni kang... aku kuat lagi ni .. Aku tak kira"...

Uitt!! abang aku.. jangan bang.. penat je.. cipta rekod nanti pegi sungai petani balik hari... aku dah mula risau.. lalu aku pun berusaha temgok-tengokkan signboard sebab bimbang tak sampai-sampai dan silap aribulan sampai kemaman terus.. uhuu... Yang kelakarnya we all dah sampai kat kg dimana homestay tu berada tapi tak tau kat mana... kakak ipar aku nak call tuan rumah kot-kot tuan rumah boleh fetch kitorang kat mana.. tapi abang aku "jangan.. nanti nak cakap landmark apa??"

Bila tak jumpa jugak lagi.. maka aku call anak saudara aku cakap aku kat stesyen minyak... tapi aku bengang jugak sebab dia masih beri arahan ikut jalan mana macam we all expert sangat jalan kat situ... Bila aku naik bengang sebab aku dah penat sangat round kebun langsat dan makan buah langsat lalu aku cakap dengan anak saudara aku tu " Dah!! Makdik ada kat stesyen minyak Petghonas.. datang ambik makdik kat sini!! " .. sebab aku tau kalau abang aku terpksa mencari lagi dan tak jumpa jugak memang we all pusing balik terus balik ke Kemaman.. Kalau myhubby ada pun aku rasa myhubby akan buat perkara yang sama... Bengang! Aku pun bukan excited sangat nak pegi.. letih tau sebab jauh sangat.. hari sampai esok dah nak balik.. nasib baik akad nikah pinda ke pagi.. kalau diorang buat petang ke, malam ke .. memang terlepek la aku.. kalau tak kerana mak ayah dia je aku pegi ... kalau tak memang aku takkan pegi punyalah.. At last sampai jugak dan ribut katrina dalam sicukai pun redalah...

Pukul 9.00 pagi keesokan paginya we all berkonvoi beramai-ramai ke masjid di SP tu.. aku tak masuk masa majlis bermula sebab tak ada feel lah nak masuk.. lagipun diaorang pakai microphone so semua orang kat luar masjid boleh dengar.. aku duk ngan kak Zu, eg dan lihin.. Tak lama lepas tu abg Dzul keluar dari masjid .. masa nampak dia keluar dari masjid aku ngan kakzu dah bantai gelak sebab tau dia dah boring duk dalam masjid tu.. majlis akad nikah je... tapi sebelum akad nikah ceramah sampai 1 jam.. kira baguslah imam ni tambah ilmu pengetahuan.. sebelum dia gi akad nikah dia dah siap google dulu dungun kat mana.. siap mention dungun tu kat kerteh.. tak lama kemudian akak juyah pulak keluar amik gambar we all yang duk kat kerusi batu luar masjid.. akak cakap" ni aku ambik orang-orang yang ingkar ni... nanti aku tag dalam fesbuk...' pastu dia masuk balik.. Kemuncaknya bila abang zahar keluar dari masjid... we all gelak lagi sebab kalau abang aku zahar aku keluar maknanya memang dia dah bosan gila lah tu.. sebab dia tak akan pernah keluar dari sebarang majlis akad nikah anak beranak yang dihadirinya .

Bila selesai akad nikah.. adik beradik join we all lepak kejap kat kerusi batu bergambar..

Tetiba akak tanya aku.. " mana laki kau?"

" dia pegi kb kursus.. selasa baru balik" jawabku..

Akak ; cakap ngan laki kau .. ranking dia jadik menantu kesayangan dari no 1 jatuh ke no 9 sebab tak datang ... hehehe !! Ari tu abang bakar kau no 1.. itupun sebab abah ada.. bila abah dah tak de terus jatuh no 4.. heheh"

Lalu abg bakar mencelah : " Sebab tu lah aku selalu nangis kat kubur arwah abah ... hahhhaa!Lepas selamat akad nikah.. we all pegi rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera dan berlepas balik... Sebelum balik we all lepak kat TESCO jap ramai-ramai... seronok bila berkumpul ramai-ramai... meriah.. Dan aku sampai rumah awal pagi semalam... penatnya..

Sebenarnya banyak yang aku rasa nak cerita tapi aku tak tulis sebab aku rasa tak perlu.. cuma aku nak cakap aku tak bergambar langsung dengan pengantin sebab aku tak ada feel langsung.. tak teruja langsung nak bergambar dan entah kenapa aku tetiba tak berkenan dengan pengantin perempuan itu...











Kami berkonvoi ke majlis akad nikah..





ijau dan biru

Baru-baru ni aku pakai baju biru bila ustad W***iri tegur aku...
" Has****!! Pakai baju biru pulok! Baru ni pakai baju hijau doh!!"
" Saya ikut tema ustaz.. ari tu hari ijau sedunia.. hari ni hari tenang sedunia sebab tu pakai baju biru ... hehehe" Jawabku..
" Ni Has**** .. cer awok pakai baju ijau kaen biru pulok.. mesti nampak harmoni.. ehehhe!!"
"owh!! Ustad kena tunjuk demo dulu.. ustad pakai baju biru seluar ijau.. kalau nampak harmoni nanti saya pakai ... macamana ustad? Ok? ' eheheh" .. macam biasalah aku seperti laki aku cakap sentiasa ada jawapan... heheh
dan ustad terus gelak tanpa sebarang jawapan..

Hmm... ijau campur biru? Harmoni tak? eheheh.. well!! its complicated...

Kita kongsi

Cerita pertama :

Do you think english is easy????

1) The bandage was wound around the wound.
2) The farm was used to produce produce.
3) The dump was so full that it had to refuse more refuse.
4) We must polish the Polish furniture..
5) He was reading as the train sped through Reading
6) The soldier decided to desert his dessert in the desert..
7) Since there is no time like the present, he thought it was time to present the present.
8) A bass was painted on the head of the bass drum.
9) When shot at, the dove dove into the bushes.
10) I did not object to the object.
11) The insurance was invalid for the invalid.
12) There was a row among the oarsmen about how to row.
13) They were too close to the door to close it.
14) The buck does funny things when the does are present.
15) A seamstress and a sewer fell down into a sewer line.
16) To help with planting, the farmer taught his sow to sow.
17) The wind was too strong to wind the sail.
18) Upon seeing the tear in the painting I shed a tear..
19) I had to subject the subject to a series of tests.
20) How can I intimate this to my most intimate friend?
21) If the lead weight was removed the lead would be lighter


Cerita kedua



Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh
bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!




*** Tak mengapa kalau tak suka .. tapi tolong jangan terlalu sinis hingga menyakitkan.. kerana saya juga ada perasaan..

sibuk dah

Pagi tadi myhubby pecah rekod pegi keja pukul 4.00 pagi..


Tak penah hayat dia datang kerja awal..


Perdana Menteri pun tak gi keja seawal tu..


Biasa dia pegi kerja tambahan waktu malam aku ngan anak-anak temankan kat sekolah..


dia buat keja dia , aku buat homework aku, anak-anak main game.. bosan maen diorang gaduh pulak..


Semalam dia tak nak ajak semua orang temankan sebab nanti kacau dia buat kerja jadik dia tak jadik kerja.. padahal anak-anak dah excited nak pasang khemah sementara tunggu abah diorang buat keja..


Tapi semalam ada orang kacau dia kat rumah sampai dia tensyen sebab tak leh gi sekolah buat kerja..


lalu semalam dia tidur awal lepas orang tu balik dan bangun sewal 3.00 pagi..


sian myhubby.. sejak dua menjak dia jadik pk ni luarbiasa seboknya...


Dahi pun dah semakin luas dan lately ni bertambah banyak rambut putih yang kuar macam cendawan yang tumbuh lepas ujan..


Anak dah tegur.. 'Abah!! pegilah kat YunNam Herker!! ' hehehe

Mana kaya??



Malam semalam semasa melayan channel 104 tetiba myhubby bertanyakan soalan ilmiah..


'Biniku, syarikat mana lebih kaya? Petghonas ke selkom?'


'Tak taulah bang… tak ada idea lah.. kan Petghonas ngan selkom tu industri berbeza.. mana boleh banding..'


'Abang rasa selkom lagi kaya'


'Ya ke? Mana abang tau selkom lagi kaya?'


'Ce tengok iklan selkom ngan petghonas tu.. kalau tengok iklan petghonas dia tunjuk beri duit syiling je… tapi kalau iklan selkom kan aritu dia beri duit kertas banyak-banyak kemudian latest call je dia beri peti ais besar…. Ahaks'




???? Tak tercapai akalku la bang… :-)

Benci!Benci!Benci!!

Semalam aku tengok citer industan kat Zee..
Seronoknya macam tak ada kerja..
Melangut sampai hampir tiga jam..
Semuanya bahana si Sah Ruk Kan la…
Dari banyak kerja tetiba jadik tak da keja la pulak..
Syiok sungguh tiga beranak melingkor atas katil tengok si Mamat ni..
Cerita industan tu memang best..
Asal si Sah Ruk Kan belakon mesti best punya… ehehehe…
Masa tengah khusyuk dan tawadhok tengok cerita yang hampir ke kemuncak penamatnya…
Tetiba…..

‘ Service currently not available’

1. This may be a temporary condition due to rain..
2 Check cable connection.
3 If this condition persists, press Info for information on contacting Astero customer service…

Membuatkan aku tiga beranak terkebil-kebil tak tau penamatnya..
Penat aku tunggu..

“Arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh’

*#@&$T !!!!!!! Aku menci kau ASTERO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jom masak


Semalam aku masak menu yang sangat sihat iaitu lauk sayur pucuk kayu paku pakis rebus dipadankan dengan ikan panggang, cicah budu tempoyak berulamkan petai dan jering menyebabkan myhubby sangat marah hingga dia makan dengan baanyakknya…. Eehehehe..


Jom kita main masak-masak nak…


Baru-baru ni aku masak resepi baru yang aku namakan lauk 'telur jiwa kacau'. Menarikkan bunyinya..?? ehehe.. Rasa pun menarik juga.. Biasa orang meng'google' resepi kat internet tapi aku dapat resepi yang aku tukar nama ni setelah menggeledah majalah masakan yang beratus buah kat rumah aku..


Senang je caranya nak buat lauk 'telur jiwa kacau' ni.. kombinasi renih, goreng dan gulai. Bahan yang perlu ada ialah telur ayam, bayam, bawang merah, bawang putih, cili api, asam gelugur, santan, kunyit hidup, garam dan cuka. Mula-mula pecahkan telur ayam dalam air yang dicampurkan sedikit cuka dan renihkan sampai masak.. angkat dan toskan. Pastu kena goreng bayam.. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih yang dah dihancurkan, masukkan bayam dan perasakan garam. Bila masak angakt dan masukkan dalam pinggan yang dalam. Tak kisah apa bentuk pun asalkan dalam.. Lupa lak.. bayam tu seeloknya bayam pasir.. tapi kalau tak da bayam hijau pun berguna juga..


Kemudian sediakan gulai lemak cili api. Caranya bawang merah, cili api kunyit hidup ditumbuk halus atau dikisar.. kalau rasa nak pedas menyengat bubuhlah cili api sekilo.. Pastu masukkan dalam santan dalam periuk.. campakkan asam gelugur , perasakan dengan garam dan masak hingga santan masak.. dah siap angkat..


Ok.. finale… telur yang dah direnihkan tadi diletakkan atas sayur bayam yang dah digoreng dalam pinggan.. pastu curahkan masak lemak cili api tadi disekeliling sayur bayam tadi.. rupanya ibarat pulau ditengah lautan.. ehehe.. kalau ada lebih kuah lemak tu jangan dibuang.. simpan dalam freezer.. laen kali boleh pecahkan telur itik ke telur ayam dalam tu ataupun sardin.. sedap!!


Rasanya… orang laen aku tak tau.. belum try belum tau.. tapi aku yang dah try .. yummy!!! Familiku suka….


cubalah buat lauk telur jiwa kacau aku ni…. ahaks

Kenangan mengusik jiwa..

Hari ini aku mcam terlebih rajin pulak tulis kat diari maya aku...

Sebenarnya aku bosan.. lagipun lately banyak benar interesting story happened ..

Just don't want to forget it..

Kerja hakiki aku bertambun.. tapi aku tangguhkan sekejap..

Aku ni kan suka keja conteng-conteng dan lukis-lukis..

Walaupun tidak sehebat pelukis propesional..

Memang hobi aku..

Time tak de keja ke atau bosan time meeting atau kursus ke..

kerja aku pasti main sms kacau orang ataupun conteng kertas minute mesyuarat ataupun handout orang bagi.... agaknya kalau diorang mintak balik.. mesti diorang tekejut sebab handout tu tak da rupa handout lagi dah.. ehehehehe..

Dulu masa kecik-kecik aku selalu conteng dinding rumah...

Masa belajar aku kerap conteng kat pokok.. ' C**i was here" .. hehehe..

Tapi aku tak pernah terpikir akan menconteng dinding sekolah...

hinggalah pada satu hari pada 3 nov yang lepas bila aku dan anak-anak buah aku buat aktiviti khidmat masyarakat kat sek ren Rasau .. di Kerteh..

Pihak sekolah mintak we all bersihkan surau, bersih longkang kantin dan buat mural kat dinding sekolah diorang..

Mula-mula aku tolong anak buah bersih longkang.. boring basuh longkang terus aku tinggalkan dan tinjau anak buah aku yang laen yang sibuk tertonggeng-tonggeng kat dinding.. Kesian tengok diorang terkial-kial kat dinding lalu aku ikut serta menonggeng kat situ..

We all kena tulis ayat-ayat motivasi dalam bahasa inggeris di situ..

Mula-mula aku cuba-cuba conteng satu dinding..

tapi akhirnya aku conteng 3 dari 6 dinding sekolah..

Macam-macam gayalah menconteng hingga akhirnya duk bersila terus atas lantai..

Bab cat mengecat anak buah aku yang baut sebab aku ni gigil-gigil sikit..Nanti mesti huruf tu ada macam gaya gigil-gigil sikit.. eheheh

Kenkadang aku kacau budak-budak darjah 2 dalam kelas yang duk tepi tingkap..

Sesekali aku jenguk kepala sambil sengih tanpa suara kat diorang.. sesekali aku pinjam pembaris.. sesekali aku jenguk lagi pinjam pemadam dan sharpener... tak senonoh betul.. hehehe.. nak buat macamana.. dalam beg aku ada liptip je.. ehehehe

Sambil duk menconteng tu jugak aku dan anak-anak buah lain dengar sorang ustaz ni marah student.. Aku rasa dia ustaz kot sebab dia pakai kopiah dan ada janggut.. ehehehe!! tak leh pakai teori aku ni..

Kesian pulak aku kat budak-budak tu sebab ustaz tu marah budak-budak tu not in a proper way lah..

Ala bang ustaz niii!! Janganlah marah sebegitu sekali! Chill bang ustad!! budak2 tu baru darjah dua.. sunat pun belum lagi..!!

Aku syak mesti dia gaduh ngan bini dia kat rumah... sebab tu mood tak bagus lalu bebudak tu jadik mangsa.. ehehehehe.. ishhh!! tak baik betul aku ni berprasangka sebegitu....






Kesian budak-budak sekolah tu yang kena tipu kaw-kaw ngan si Mariah Karey yang sibuk nak ambek gambar diorang.... mula-mula diorang malu-malu nak ambik gambar tapi bila si Mariah ni cakap masuk TV3 diaorang siap posing.. tak cukup dengan itu berduyun pulak yang datang nak bergambar.. Sian budak-budak ni.. Aku bimbang dari tarikh 3 nov hingga sepanjang cuti sekolah ni budak-budak ni duk je ngadap TV dan tak pegi maen dan tak buat kerja laen sebab nak tunggu muka diorang masuk dalam tv.. adoiyai!!!


Setelah berhempas pulas dari pukul 10 .15 am sampai 2.00 pm tanpa henti sampai menggigil-gigil kelaparan.. akhirnya siap juga.. Oleh kerana mural itu untuk tatapan budak sekolah rendah sahaja maka tulisannya pun ala - ala keanak-anakan juga..


Rasanya ini kali pertama dan kali terakhir jugalah aku dinding conteng sekolah.. Penat maa!! Tapi aku puas.. hasil kerja aku ada kat dinding sekolah rendah...



Apa rasanya?? Happy... Indescribable













Stop tu anak buah yang tulis.. bawah tu aku yang buat... heheh! Mesti budak-budak tu akan berdiri lama kat situ untuk menyebutnya dan memikirkan maknanya dalam BM..




** Aku cuba recall kenangan manis aku semasa darjah dua tetapi tiada melainkan cikgu yang kata aku bodo kat kakak aku, kena tampar ngan cikgu sebab tanya jawapan masa buat crossword puzzle ngan melalak tepi jalan sebab kena tinggal bas masa balik sekolah... ehehehe.... Aku tak bodoh.. terimakasih cikgu



manis sungguh air ini





Myhubby selalu marah aku minum air batu.... tapi air jagung ini sangat sedap... i just can't resist it.. tak pa bang ...ubat kan ada... ehehehe

Sakit???

Lately ni myhubby selalu kena serangan macam electric shock kat dada sebelah kiri.

Aku tak dapat rasa .. so tak dapat nak describe more detail pasal tu..

Tetapi dia tak pulak berpeluh dan rasa kebas kat sebelah kiri walaupun kerap terjadi.

And it makes me so worry....

Baru--baru ni dia kena serangan sentap sekali lagi.

Dia tak pernah mintak aku hantar dia ke hospital..

Hinggalah masa raya kedua masa duk sibuk keluarkan beg dari keta..

Tetiba dia minta aku bawak dia ke bahagian kecemasan hospital.

Katanya dada sakit tetiba macam kena electric shock lagi..

Dia buat aku sangat panik sampai nak menggigil masa bawak kereta...

Sampai kat traffic light tetiba ada sorang mamat bawak motor yang bangang langgar lampu merah masa aku nak masuk simpang..

Terpaksalah aku slowkan sichukai sebab kena bagi laluan plak kat dia yang bangang buat jallan macam bapak dia punya.

Sebab kalau tak aku akan rembat dia plak..

Tetiba myhubby turunkan cermin tingkap lalu menjerit " HOIIII" kat si mamat bangang tu menyebabkan sentap mak nak mcam kena electric shock juga.. !!! Mujurlah aku tak ada sakit jantung..

Sebab silap aribulan pesakit plak yang bawak drebar gi hospital ..

Adoiyaii bang!! Dalam pada sakit cam electric shock pun sempat jerit sampai hujung jalan melati boleh dengar.. eheheh

Dah 13 tahun lebih kawin tak pernah aku dengar dia jerit sebegitu kuat sekali..

Kalau dia jerit kat aku dengan volume sekuat itu comfirm aku pitam terus..

Sampai kat kecemasan terus doktor panggil masuk..

Doktor check tapi tak dapat kesan..

Doktor cuma kata muscle je sakit.. jadik doktor tu bagi ubat tahan sakit..

Hingga kini ubat tahan sakit tu masih ada dalam sicukai.. agaknya nak bagi sicukai makan kot..

Alhamdulillah tak ada apa buat masa ni....

Tapi tetap kena jumpa doktor pakar.

You'll never know what will happen to u in the future..

Ajal maut di tangan Allah..

Silap aribulan orang yang tak sakit macam kena electric shock yang mati dulu..


Bila anak berangan

Baru-baru ni masa amek anak-anak dari sekolah naem sibuk mengira lalu bertanya..
'Ibu!! Ibu!! 200 darab 50 berapa?
Jawab ibunya ..' ha kira lah!! campurkan semua kosong yang ada .. ha.. berapa jumlah kosong? pastu darablah 2 ngan 5 tu.. pastu letak jumlah kosong kat belakang... berapa?"
Macam cikgu plak maknya... ehehe!! padahal mengong ilmu hisab ni.. masa cikgu ajar aku tidur dengan beraninya walaupun duk depan sekali mengadap cikgu ngan pintu.. hehehe..
pastu dia mencongak lagi .. dan aku terus memegang stereng..
" Ibu!I kalau 200 darab 80?? '
"Naim kiralah.. 2 darab 8 berapa..? pastu tambah semua kosong kat jwapan..
Agak-agaknya cikgu dia ada ajar tak macam aku ajar ni... ehehe!! Betul ke aku ajar ni?
Anak aku mencongak lagi menggunakan jarinya dan akhirnya dia bersuara.. ' Tak sempat! tak sempat!!'
aku curious suda lalu bertanya ' apa yang tak sempat ni!! Naim kira duit ke? Naim nak beli apa??'
'Naim nak beli keta!!'
"Kereta? Kereta apa Naim nak beli? Keta mainan ke?
' Dok! Naim nak beli kereta Wira..'Naim kira cukup dok duit raya naim beli"

kedu! Adoiyai anak aku ni!! dah berangan nak beli keta. belanja sekolah pun abah duk supply lagi...

The moment

Hari Jumaat malam Sabtu baru ni aku tengok anugerah skrin ramai-ramai ngan Sham, ijah n famili sambil makan choki-choki dan bergossip... =

Gossip tak abes-abes... ehehe..

Seronoknya macam tak de kerja je..

Tapi tak larat lah tengok artis ni asyik berkemban je macam tak cukup kaen.

Diorang tak sejuk ke duk dalam aircon?

Aku pakai baju butterfly pun tak larat nak sejuk bawah kipas.. heheh

Tak puas ati betul aku!! Apasal plak si Mat Bangla ni boleh menang aktor lelaki terbaik? Sedap sangat ke dia berlakon?

Paling aku tak puas hati bila citer yang aku haramkan anak-anak aku tengok tiap-tiap malam isnin tu boleh menang drama raintaian terbaik.. Macamana cerita lebih banyak ajar moral tak baik dari yang baik tu boleh menang!! Agaknya banyak bergocoh kot dalam tu.. dan juri-juri smua suka adegan gocoh-gocoh kot lalu cerita tu boleh menang....

Ijah cakap : Makdik!! ce tengok si *** pakai baju kemban.. tak lawa lah.. nak tunjuk titik sangat.. tapi titik dia kecik ... tak sesuwai lah...

dia buta pesyen tu ijah.... yang penting dia nak tunjuk titiknya... lagipun dia tak bimbang sebab dia tau titiknya takkan terkeluar punya lah ...hehehehe


Hari Sabtu aku, myhubby, anak-anak dan adik aku pergi MM kat Kerteh..

Planning nak main boling ngan beli barang yang mam besar pesan..

Janji nak main ngan ijah n cukcuknya... tapi diaorang bangun lambat..

Jadik terpaksa lah cancel...

At last cuci mata ngan beli barang mam pesan je..

masa kat kaunter bayaran aku terpegang troli orang dengan sangat konfidennya sebab ingat troli sendiri..

until i realize i dah tersaloh pegang bila empunya badan pandang i sambil senyum-senyum dan bila tertengok ada kotak sepentot lelaki di dalamnya.. he eh!! eh eh! mam besar mana ada suruh beli sepentot ni!!

uiii!!

aku dah salah troli lahhh...

OMG!! OMG!! OMG!!

Malunya!! Malunya!! Malunya!!

Nak buat apa lagi... buat bodo je lah...

Naim belanja tok wannya kek pelangi..

guna duit upah tolong tok wan jual mangga pagi tadi..

alahaii!! so touching!!!

Balik rumah ayam dah ready kat sinki..

Terlupa aku kena masak ayam lemak cili api jadi kenalah sambung masak..

Penatnya!! tapi berbaloi bila omak den kata masak lomak den sodap.. Eheheh!! otai kan yang ajar..

Malam tu sembahyang magrib dan isyak berimam.. pastu takbir ramai-ramai..

Seronoknya raya kat rumah mak...

Meriahnya raya kat rumah mak walaupun kurang 2 keluarga....

tapi malam tu berangan lagi si ijah ngan adik aku nak pi main boling..

siap cari no telefon tempat boling kat MM sebab nak tanya tempat boling tutup pukul bape...semangat sungguh !! tapi sampai sudah tak dapat !! ehehe

at last tak pegi jugak..

sebab ramai orang kat rumah berkumpul.. jadik tak sedap nak ilang begitu saja..

lagipun esokkan raya..

takkan boling bukak sampai tengah malam... hehe

Laen kalilah..




salam ..





To my dear friend...


Wishing you a joyful Eid Ul Adha

and happiness throughout your life..

Gain more sustenance...

and blessed by Allah

All the best to you

and...

take care...



konvo lagi

2 hari lepas aku pergi konvo kat tempat kerja aku..
saja menempel merai anak-anak buah yang tamat belajar
Yang seronoknya bab melaram pakai jubah konvo..
Orang laen paling maksimum 6 kali setahun pakai jubah termasuk konvo masa tamat tadika..
Tapi aku merasa pakai 2 kali setiap tahun sampai pencen.... pencenkan 60 tahun hehehe.

yang tak best jubah tu tak meriah langsung...
Macam baju orang berkabung time kematian..
Letak lah labuci ke.. kilau-kilau ke ..
barulah glamer..
hehhe.. melampau betul.. bagi pinjam percuma banyak songeh pulak ..
Kesian pulak aku tengok tukang bagi skroll ni..
Dah tua.. tak larat dah.. khabarnya dah 80 tahun..

Masa bagi ucapan pun slow je..
Sayu hati aku nengokkannya..
Tukang buat teks ucapan pun macam tak reti-reti ..
Buat teks ucapan panjang berjela-jela..
kesian orang tua tu kau aniaya
Aku rasa seperti nak naik je atas pentas..
cakap kat pakcik tu .. " Meh sini pakcik teks ucapan tu, saya tolong bacakan.. cepat abes"..
Eh macam terkena sindrom gila glamer pulak.. hiiiii
Pakcik, Bawak berehatlah pakcik...
Boleh je wakilkan..
Saya pun boleh jadik wakil bagi skroll tu... heheh
Saya suka je..
Suka tengok gelagat budak-budak yang terima skrol..
Geli hati bila ada yang tersesat tak jumpa jalan kebenaran ke tempat duduk lepas turun pentas..
aku suka duk hujung melambai-lambai kat anak murid yang turun dari pentas..
Itupun kalau dia pandang aku lah..
Tetiba ramai orang tepuk tangan dan bising bila si Hizamudeen budak baik terima skrol..
Tetiba glemer pulak dia...
Aku syak orang tepuk tangan sebab dia anak Hang Tuah...
Pada masa yang sama aku ngeri tengok kasut budak pempuan yang duk naik atas pentas..
Sangat tinggi kasut mereka sampai 4 inci pun ada..
Mereka sangat berani..
Aku tak ada keberanian seperti itu...
Bimbang tertonggeng atas pentas..
Waktu tu mana nak sorok muka..?? dalam kaen? hehehe

penat

Kadang -kadang penat jugak...
kalau asyik nak kena jaga perasaan orang jer...
Orang laen tak rasa apa aku rasa...
Kenkadang rasa nak meletop dalam dada ni..

Mungkin aku tak cukup bagus..
Mungkin aku tersalah..
Ahh!! Malas la nak pikir...

Nanti jiwa jadi kacau...
Biarkan je lah..

Apa kes lak tu?
takyah la tanya.
aku taknak jawab.
saja nak luahkan perasaan.

Dialog 18sx

di rumah mam besar kat Kijal waktu 'gharib' semasa berkumpul beramai-ramai adik beradik baru-baru ni..



Watak utama : abang aku...

Lokasi : Meja makan kat dapur



dialog bermula bila Uni anak sedara aku salam semua orang sebab nak pegi kerja...


Aku : Uni keja kat mana?

Uni : kat kedai tudung..

Aku: Apa dia? ( dah nama pekak badak dan suara anak sedara pulak slow)

Uni : Kedai Tudung kat Nirwana..

Abang aku : Aku ingatkan kedai jual kondom...

KZu kakak iparku : Ha Ah!! aku dengar pun macam tu jugak... hahahaha...

Aku : Jual tudung la pa'lang.. hehehe.. apalah pa'lang ni.. ke situ plak.. hahahah

Abang aku : Ok apa kalau jual kondom.. jangan jual yang biasa.. jual yang bergegar-gegar tu.. pakai je terus gegar-gegar..mesti laku punya.. heheh

Aku : mana ada jual yang macam tu .. pa'lang ni.. hahahaha
KZu kakak iparku : Dia dah start dah!! start dah!!!

Abang aku : Inovasi lah... tak pun jual yang pelbagai perisa.. perisa buah ..rasa durian ke.. strawberi ke...tak pun perisa coklat ... confirm laku jugak.. hehehe

KZu kakak iparku : Macam-macam la kau ni hahahahahah...

Aku : Pa'lang ni.. ada ke jual yang macam tu.. ?? hahahah

Abang aku : Kau Jual lah... tak pun jual kondom yang ada cahaya.. terang benderang.. bila tutup lampu, pakai je trus dia terang kuar cahaya dalam gelap ... Jimat letrik.. tak yah bukak lampu ..heheheh

Aku : Tak kuasa lah pa'lang nak jadik jutawan kondom... Adoiyaii pa'lang!! hahahah

Kzu kakak ipar ku : hahaha!! adoi!! sakit perut aku!! hahahah

Abang aku : Tak pun, jual yang jenis 'fit for all, all for one'... kalau kecik pakai yang besar silap aribulan tertinggal.... hahhah ( Adoiyaii abg aku ni)

Kzu kakak iparku : hahahha!! tak larat aku layan kau ni !! mcam-macam la !! Ada je kau ni!! hahahah

Abang aku : TAk pon kau jual yang jenis keluar lagu...pakai je terus dia nyanyi lagu " Tonightttt.. i celebrate my love for youuuuu" ... mesti customer suka... hot sale!! Jadik jutawan kao!! kalau orang tanya jutawan apa? jutawan kondom!.. masuk suratkhabar.. heheheh

Aku : hahhahah Dah lah pa'lang!! hahahha!! tak larat! la! tak larat nak dengar pa'lang mengarut!! hahah ( tapi masalahnya duk dengar jugak)


Tengah duk gelak besar beramaian kat meja tu tetiba mam besar terpacul kat tangga dapur dan me'nyound' anak-anak, cucu dan menantu yang dah tua bangka tak sedar diri time tu tengah gharib...




'Oiiit!!! Maghrib dah nak abes ni!!! Pegi semayang!! Orang sibuk nak semayang korang duk melekat kat meja tu!!!!'



Hehehe!! Mem besar sudah bising!! suma orang diam kejap!! Maka dengan itu dialog berkenaan inovasi produk baru ditangguhkan heheheh.. itupun sempat menghabiskan gelak yang tak habes abes lagi..





**** Keluarga mam Sabariah dan hj Mat Noor sememangnya penuh warna warni dan meriah.... Sesiapa yang suci bersih pasti samada stress ataupun akhirnya sama naik kalau join keluarga kami... heheheh.. Abang aku otak business... pantang jumpul kat meja... ada je agendanya hehehe


Angan yang dimusnahkan

Akhirnya angan-angan cuti hari Ahad sebab Terengganu menang musnah. Tapi bukan aku yang berangan nak cuti.. sebab it does not make any difference to me.. cuti ke idak ke aku tetap kena datang tempat keja sebab kejadian konvo..


Ada orang siap mimpi Terengganu cuti .. hehehehe.. tapi mimpi dimusnahkan oleh si Sarbini yang dok ghok chetong tu.. Mamat ni kan selalu je hilang fokus... kuat berangan..


Termasuklah sorang ni dah excited kata Tengganu cuti macam confident je Terengganu menang.. padahalkan bini dia rasa peluang 50-50 je sebab kalau tengok skor Negeri 9 masa lawan Tteam tu banyak berbanding Tengganu.. lalu berkatalah bininya pada lakinya 'jangan confident sangat sebab belum tentu menang .. kalau menang pun belum tentu lagi tok MAt Caid nak bagi cuti..!!' Dan akhirnya dia kecewa lalu si Sarbini jadi mangsa... sian pulak si Sarbini sekarung kena kutuk.. hehehe... nasib baik tak ada buat pertaruhan dengan bininya.. kalau tak mesti bini untung bosar... eheheheheh .. walaupun bertaruh itu salah .. tapi antara lakibini ok je ..


Bila dah kalah tu macam-macamlah alasan yang kuar.. padang hampeh lah.. pengadil banganglah.. Jurulath letihlah... Sarbini mengong lah...player Ganu kena santau lah.. padahal mereka lupa satu perkara.. dah Takdir.. Takdirnya kalah.. kalahlah.. lagipun buat apa nak tamak-tamak sangat.. Terengganu kan dah hebat..GAnu nelang kan!! semua no 1.. Memang sesuai motto tu.. Kos sarahidup paling mahal pun Terengganulah dapat kat Dungun .. orang cerdik paling ramai pun Terengganulah .. sampai penagih dadah paling ramai pun Terengganu yang rembat no 1.. Apalagi nak??...Kira oklah tu.. eheheh...




Naseb baek Tengganu kalah... sebab kalau idak aku pulak yang bermasalah.. Si Tok Mat Caid tak isytihar cuti anak murid aku pulak memandai-mandai isytihar cuti...









*** Kalau diorang memandai-mandai isytihar cuti... maka aku pun memandai-mandai jugak potong markah diorang.. e

merajuk kot...

Sicukai buat lawak biawak Komodo kat tuan dia pagi semalam sehingga tuannya rasa nak sakit jantung sebab panik gila sampai tahap eksponen..


Aku on the way pergi kerja dalam hujan lebat bila wiper sicukai tetiba terhenti tercacak tegak kat cermin dan tak bergerak langsung selepas itu... Aku punya panik lah sebab hujan lebat gila waktu tu.. aku tak nampak apapun.. Kemudian aku berhenti di tepi jalan, keluar dan turunkan tangan si cukai yang tersalah urat tu.. matikan enjin dan cuba idupkan balik.. sayangnya tangan sicukai tu tetap jammed.. Cuma kedengaran bunyi hikk.. hikk.. macam orang semput je..


Maka terpaksalah aku menung kejap dalam sicukai sambil berharap hujan sedikit reda dan teruslan perjalanan perlahan-lahan hingga sampai ke tempat kerja.. Nasib baik dia tak buat perangai masa aku ada kat lane laju on the way hantar anak aku sekolah pagi tu... kalau tak samada aku redah orang ataupun orang redah aku sebab tak nampak... Dahlah empunya sicukai ni dah macam-macam benda diredahnya.. cukup lengkap.. motor dah redah.. tiang iklan aku dah redah.. keta orang pun dah redah .. cuma tak redah punggung bas je lagi.. Adoiyaii...!!! lemah semangat aku kejap kerana lawak komodo sicukai ni... Entahlah sebab apa.. mungkin sicukai merajuk kot ngan aku sebab lately ni myhubby ngan anak-anak duk berangan dan menyebut nak beli keta mekcedes depan dia lalu aku jadik mangsa.. Aku tak bersalah lah.. Lagipun manalah we all ada duit nak beli mekcedes tu... setakat berangan mat jenin je... semua boleh beli..

Kenapa susah sangat?

Aku stress kejap...

Proposal anak buah aku nak buat program ke sebelah utara kena reject mentah-mentah dengan alasan yang tak munasabah langsung.. Kesian anak-anak buah aku.. they were so excited with the program..

Kata mereka:


1. anak murid aku budak baru. Peluang program ke luar hanya diberikan pada budak tahun akhir.. - dia tak tau yang anak-anak aku ni bukan budak pelancongan yang sentiasa keluar.. anak -anak aku budak akaun yang kerja dia ngadap akaun dan tak banyak aktiviti luar..


2. Boleh tak kalau buat dalam Terengganu je..? kalau paling jauh ke Kelantan.. - Adoiyai!! nak ke mana kalau ke Kelantan? I cannot figure out the most suitable place for our program.. Takkan nak ke Pengkalan Kubur kot? Kalau pengkalan Kubur baek we all lepak sehari suntuk kat EC Mall.. TAmbah lagi we all dah dapat tempat penginapan, dah dapat persetujuan dari Seri Iskandar dan rasanya rumah orang tua pun dah approve... Eii!! Just too tired to do it all over again. Mana nak cari tempat lagi.. nak buat proposal baru lagi.. urusan surat menyurat lagi macam lah anak murid aku tak ada kerja laen..


3. Kos tinggi especially bab nak kena bayar elaun drebar bas - Budak-budak akaun punya duit dalam tabung amanah banyak lagikan.. tak banyak yang diguna pun.. kenapa tak leh nak lepas? Lagipun anak-anak aku dah cuba ambek langkah berjimat cermat. Apa salahnya kalau diorang nak guna duit diorang? Kenapa nak kedekut sangat?



Kesimpulannya : SENGAL!!!! SENGAL!! SENGAL!!!So frustrating!!!!



Tapi anak-anak aku nak jugak buat as planned.. try sekali lagi mengadap dan ubah suai strategi.. Kalau diaorang kedekut tak dapat provide bas masa kat sana sebab kupik nak bayar elaun drebar.. maka diorang akan usahakan jugak untuk sewa transport kat sana guna biaya sendiri..




Hopefully our second attempt will success... AMINNNN!!

Jalan-jalan Jumaat dan Sabtu

Bila berjalan sangat seronok.. tapi time balik rumah kenkadang lemah rasanya.. sebab bila sampai pintu pagar dah terbayang-bayang kerja yang melambak menunggu depan mata.. Hari Jumaat baru ni aku pergi Kuantan.. Agenda utama nak cuci mata nagan anak-anak kat shopping complex.. pastu nak melawat kawan aku yang kena tahan wad kat KMC sebab uri kat bawah.. dan yang paling penting nak jengah adik aku juga si Mek Bunga yang dah bertukar kerja kat KMc.. Dia dah kerja kat situ hampir sebulan selepas berhenti kat hospital lama sebab tak tahan dibuli Matron India dan management yang dengki kat dia. Kebetulan myhubby kena kursus kat sana maka aku pun tumpang sekaki lah. Perancangan perjalanan adalah sampai Kuantan, singgah makan malam, jenguk kawan aku sekaligus tunggu adik aku abes kerja pukul 9.00 malam.. Kesian adik aku... banyak tul kerja dia sampai tak sempat nak keluar makan.. tambah pulak dia sorang je Bidan bertauliah kat situ... apapun aku happy ngan adik aku si mek bunga ni,.. keputusan dia berhijrah kerja kat Kuantan adalah tepat.. nampak dia happy kat sana.. diakan peramah dan cekap buat kerja.. jadik doktor yang paling kerek tak bercakap dengan nurse pun boleh tegur dan bercakap dengan dia.. so its a good sign.. Tapi si adik aku cakap budaya kerja kat sana sangat berbezalah dengan tempat kerja lama dia.. Kat sana semua urusan dalam bahasa Inggeris dan lebih teratur.. kat sini sempoi je.. So aku cakap bawak je budaya baru ke sana.. nanti pasti yang baik tu akan ada orang yang ikut tambah lagi kat hosptital hanya dia je yang ada experience kerja yang sangat lama berbanding nurse lain kat situ. Mak aku pun happy anak dia dah tinggal berdekatan.. Taklah dia risau anak dara bujang dia duk jauh.. .. Cuma sekarang ni adik aku susah hati sebab selalu sengkek. Dia baru beli rumah kat Seremban.. dah start bayar pun jadik dia terpaksa bayar untuk dua rumah.. Masalh akan selesai bila dia jual rumah kat Seremban.




Adik aku susah hati aku ngan anak-anak nak tidur rumah dia. Satu sebab dia cakap bilik dia kecik. Bimbang aku tak selesa.. so dia prefer pakat tidur ramai-ramai rumah kak Jurai. Tapi aku malas sebab tak nak kacau kakak aku lakibini.. lagipun dia tidur awal.. nanti aku, adik aku ngan anak-anak duk menganga kat rumah dia.. takkan nak sembang ngan abang ipar aku pulak malam-malam buta.. so aku insist jugak nak tidur rumah dia.. tak kisahlah kalau aku anak beranak tidur melambak atas lantai pun.. lagipun anak-anak aku bukannya cerewet.. At last barulah aku tau adik aku tak berapa nak ajak aku tidur rumah dia sebab housemate suka bawak masuk jantan dalam rumah.. laen-laen wajah pulak tu.. Adik aku tak bagi aku citer kat mam besar bimbang mam besar bising.. Aku ok je.. tapi tak taulah anak-anak aku yang peramah tu... heheh . Adik aku pun tak pernah bercakap dengan diorang sebab meluat dengan perangai budak-budak tu.. jadik adik aku berkurung dalam bilik je.. Betullah cakap adik aku sebab malam tu aku nampak ada jantan yang tengah tengok TV kat ruang tamu masa aku masuk rumah adik aku.. Nak cakap apa lagi.. nak tegur kang takut kena pelangkung.. aku ni pempuan.. anak-anak aku kecik-kecik lagi.. Dan malam tu aku berkurung jugak ngan anak-anak aku dan tidur melambak dalam bilik adik aku tu.. Aku cuba berprasangka baik dengan beranggapan mungkin abang dia yang datang melepak kat situ.. Tapi tak apalah .. tak lama pun adik aku duk kat situ... hujung bulan ni dia nak pindah ke rumah laen. Esoknya aku, adik aku ngan anak-anak lepak kat EC Mall. Planningnya tengahari nanti myhubby akan fetch kitaorang kat situ dan hantar kitorang balik di Stesyen bas sebab adik aku tak mahir jalan kat Kuantan. Malangnya tiket bas semua dah abes maka terpaksalah myhubby hantar we all balik.. Jadik sementara tunggu myhubby abes kursus petang tu, we all lepak pulak kat Megamall sampai kul 4.45 pm.. Bila dah bawak anak-anak ni maka duit lajulah keluar.. ikutkan diorang nak tengok wayang.. tapi naseb baek tak da cerita yang sesuai dengan umur diorang... Selamat!! hehehe!! Tapi kesian myhubby jugaklah sebab kena hantar kitaorang balik.. awal pagi tadi dia kena bertolak balik ke Kuantan sebab tak abes kursus lagi... takpa bang.. sekali sekala.. :D

Sentiasa diingatan




Gambar ni adalah gambar yang diambil berbelas tahun yang lalu waktu aku menyertai program Khidmat Bakti Siswa dan aku menjadi anak angkat pada keluarga ni. Aku catatkan dalam diari maya aku kerana aku tak mahu hilang kenangan mengenai kedua-dua arwah yang aku sayang dan anggap seperti ibu bapa aku sendiri. Inilah keluarga yang paling rapat dengan aku saat aku jauh dari keluarga aku. Mereka yang aku panggil pak dan mak adalah ibu bapa angkat aku yang pertama dan akhir. Anak-anak aku panggil diaorang atuk dan nenek. Hubungan silaturrahim yang terjalin selepas program terus akrab dan mesra hingga ke akhir hayat. Rumah mereka kat Baling adalah rumah kedua aku selama aku belajar di Kedah. Selalu cuti hujung minggu aku habiskan di rumah sana. Memang buat macam rumah sendiri dah.. Bila aku balik pasti anak dia yang duk kat Butterworth mesti balik berkumpul.. Cuma bila aku dah bekerja dan berkeluarga aku sudah jarang menjenguk mereka. Tapi kalau setiap kali travel ikut lebuh raya Timur Barat pasti aku dan family akan singgah rumah mereka..




Sekarang diorang dah tak ada lagi... Tapi aku syukur sangat-sangat sebab dalam keterbatasan aku nak mengunjungi diaorang seperti dulu.. aku masih diberi peluang untuk berjumpa kali akhir sebelum diorang pergi. Mak yang pergi dulu dari pak. Sebulan sebelum dia pergi aku sekeluarga pergi melawat mereka dan bermalam di sana. Tapi mak banyak diam dan pandang je aku dan tak ramah seperti dulu.. . Aku ajak dia datang rumah aku kat Dungun tapi dia kata jauh.. Dan macam biasa aku seperti dulu-dulu jugak aku sentiasa ingatkan dia supaya berhenti hisap rokok daun sebab dia dah tak sihat.. tapikan dia diam je... dia tetap gulung rokok daun jugak... heheh ... Sebulan lepas aku melawat aku dapat call mak dah tak ada sebab sakit jantung..






Pak pergi selepas setahun lebih mak meninggal.. Lepas mak meninggal dia kawin baru dengan sepupunya . Khabarnya dia sangat sunyi dan perlu orang yang menemani dan jaga makan minumnya..aku sempat jumpa dengan wife baru dia sekali.. Cantik orangnya.. putih melepak walaupun di usia emasnya.. Ceritanya aku jadik anak angkat dia sekeluarga sebab nama arwah abah aku sama dengan nama ayah pak.. jadik diorang matchkan aku dengan keluarga tu.. Arwah pak meninggal dua minggu selepas aku melawatnya waktu majlis perkahwinan Finah.. anak perempuannya yang bongsu. Finah cakap arwah pak bersungguh-sungguh tunggu aku balik.. banyak kali pak tanya dia aku jadik balik ke tidak.. siap suruh Finah call aku.. Tapi bila aku balik, dia pun banyak diam dan menung.. Malam sebelum aku balik , aku betul-betul spent masa sembang dengan pak. Dia cakap dia pening sebab makan daging kambing tambah lagi dia penat sebab malam tu majlis khatam Quran. Dia pulak ada darah tinggi.. Dan macam biasa sebelum balik aku pesan jugak dengan dia jaga kesihatan.. Rupanya itulah kali terakhir aku anak beranak berjumpa dengan pak. Sedihnya sebab tak dapat balik melawat kebetulan ada urusan penting yang perlu diselesaikan.. Tak lama lepas pak tak ada aku datang sekali lagi melawat pak dan mak yang dikebumikan bersebelahan dan rumah tu sunyi dan sepi..Hingga akhir hayat bersama. I really miss all those moments with them especially time arwah pak gunting rambut anak aku si Amin sambil melayan aku yang duk tertonggok menunggu dengan mulut yang tak berhenti bercakap...... Sekarang dah tak ada sebab lagi untuk aku singgah di Mukim Tiak Baling.. Kalau pergi suasana tak akan jadi seperti dulu lagi.. Mereka akan sentiasa ada dalam ingatan....

Risau lah

Baru pas abes meeting exam bila terjumpa member yang tengah duk sembang pasal anak sakit kat common room... Lalu aku tumpang sekaki..


Yang sorang anak istimewanya ada leukimia .. yang sorang lagi talassemia.. anak aku pulak lelah.. Itulah... bahagian masing-masing kan , sakit berbeza cuma yang sama ialah masing-masing kerap berkunjung ke hospital.. Rupanya anak kawan aku yang kena talasemia tu puncanya kawan aku dan isterinya pembawa talasemia... tak sedar jadi carrier.. Maklumlah masa nak kawin dulu mana ada kena check talasemia ni.. cuma kena check HIV je.. Sekarang ni je dah kena check sebelum kahwin..


Mendengar cerita dari kawan-kawan aku buat aku sangat risau.. sebab aku adalah penerima darah orang laen yang banyak sebelum ni... entah berapa banyak darah dari sesiapa yang aku terima.. Yang pasti darah tu tak sure clear ke tidak.. Manalah tau kot-kot ada gen pembawa talasemia ke, hepatitis ke atau penyakit laen yang bercampur aduk dalam darah orang yang masuk ke dalam badan aku nih.. Uiii!! Takutnya aku.. Memang aku kena buat detail medical check up lepas ni.




Marking Time

It's marking time...... !! Ku catat sebagai kenangan ... saat manis membaca jawapan terutamanya bila budak menulis dengan kaki ni dan bukan dengan tangan.....


Soalan : Explain purposes of Employment Act.

Jawapan :

The purpose of Employment Act are entertitlement, agressiveness, impatient and direct..

Entertitlement is why they cannot speed. If no reason they can not speed.



*** Macam biasa.. nak pitam. Adoiyai... apalah yang kau merepek ni nak oii!!