scary


So scary kan?? Looks like haunted house. Macam nombor berdarah je tambah lagi cat tu plak memang warna merah.Actually tak ada apa pun. Nombor menakutkan ni my mum punya keja.. Dia nak buat nombor alamat rumah di tembok pagar rumah kat Kijal yang baru siap tapi berus cat tak ada. At last dia guna ranting kayu.. dan itulah hasilnya... My mum memang kreatif pun.

My phone has gone.. huhu

Tah apa malang nasib aku tetiba hp aku hilang kena curi..

2 malam lepas aku pi shopping groceries kat Mydin.. malam tu malam jumaat... entah macamana malam itu sangat ramai orang kat situ. So hp aku letak dalam poket di tepi handbag aku sebab dah biasa buat camtu pun.. lagipun aku malas terkial-kial nak selongkar handbag aku yang banyak harta karun setiap kali hp tu berbunyi. Myhubby tak ada sebab ke Kuantan..
Malam lepas shopping aku balik rumah terus tak fikirkan hp tu.. biasanya aku mesti call laki aku nak check dia buat apa malam-malam.. tapi malam tu tak perasan lagi hinggalah esok paginya bila tetiba laki aku call adik ipar aku suruhsambung wayar talipon rumah sebab tak dapat call aku. aku jadik pelik lah pulak sebab hp aku bateri penuh dan bukan dalam mod silent. Bila aku cari hp aku barulah aku tau yang hp aku dah hilang bila dalam keta pun tak ada.
Bila hp aku hilang aku jadik blurr jap sebab tak caya hp aku hilang.. Mcamana boleh hilang.. dan mangkuk hayun mana yang tak ada hati perut nak pau barang orang ni.. Nak nangis pun ada sebab hp aku tu memang ada sentimental value pada aku.. Yang paling penting no-no hp orang dah hilang..Vavis betul orang tu! Nasib baek aku tak ada magik.. kalau tak aku sumpah orang tu jadik sesumpah..
Bila dah tak ada hp mulalah aku mati kutu sebab memang nak guna urgent. Tambah lagi nanti ada program nak kena handle ngan nak ke Shah Alam lagi.. Nak tak nak terpaksalah tengahari tu aku pi beli hp baru.. survey punya survey akhirnya aku beli hp cap Nokia 2700 yang murah.. Murah tak murah pun, lagi jugaklah bajet aku bulan ni.. Masa beli kat situ , budak cina yang jual tu tak senyum langsung.. masam je macam cencorot.. Ikut hati aku malas je nak beli kat situ, tapi dah tak ada choice sebab kedai laen tutup maka aku terpaksalah beli jugak kat situ. Bila aku suruh dia setting hp aku sket dia kata " lu bukaklah tengok, baru boleh tau" Aku cukup tak puas hati, aku paksa jugak dia setting.. Aku cakap kat cina tu " Biasa saya beli kat kedai laen boley suruh setting.. takkan you tak leh buat!!" Lantas budak tu dengan muka cencorotnya ambik hp dan settingkan.. Ala !! bukannnya susah sangat pun.. saja je dia malas. Hampehhh!! Sekarang ni pakai no laen buat sementara.. Tapi nanti akan bertukar lagi nombor tu.. no lama gone with the wind.. Nak buat macamana tak ada rezeki.. pasni aku tak nak dah letak hp kat poket handbag.. serik...

Leaving on jet plane

to KL je...... hampeh!!
the journey will be on Monday 28th June,2010. Flight pukul 4.15 pm. Jadi ke sana naik kenderaan pejabat sebab myhubby tak sempat hantar.
Destinasi ke shah alam untuk mesyuarat kursus baru Personal Development and Ethics.. aku pegi dengan kak Woh.. otai subjek ni.. sedang aku baru je nak ngajar subjek ni buka sem nanti..
aku bukan nak sangat naik flight ni.. leceh tau!! Dari KLIA nak kena naik cab pulak ke Shah Alam. Lainlah turun kapalterbang terus je masuk building tempat mesyuarat.
Asalnya aku booking kenderaan, so tak adalah pening kepala nak cari transport dari Hotel Quality tempat we all menginap ke tempat meeting.. malangnya.. bila hantar form... cik Usop kata..
" Mintak maap puan, kalau pegi dua orang kena naik flight.. kita tak sediakan kenderaan.. tapi kalau nak ke airport je boleh.. kalau tiga orang baru boleh book kenderaan"
Tapi kalau aku ngan kak woh campur pemandu... kan cukup 3 orang.. takkan tak leh consider sediakan kereta.. Tak kuasalah pulak aku nak ngadap bigboss semata-mata nak naik keta.. Bengang betullah... kata nak jimatkan kos.. aku nak tolong jimatkan kos pun tak bagi.. tak paham akulah ngan sistem ni ... ikutkan naik flight lagi mahal.. itu belum aku claim lagi tu.. dah orang suruh naik flight, pegi jelah... kalau aku sorang.. aku prefer naik bas..Tapi pegi ngan orang kan.. payahlah siket tapi sekarang aku dah gayat naik bas dua tingkat.. Apapun.. sebenarnya aku malas nak genyah...
Meeting sampai 30 Jun.. so.. 1 hb aku balik ke Ktrg naik flight lagi pukul 2.50 petang.... jadik tak adalah rushing sangat nak check out, cari teksi dan ke airport. Harap selamat dan lancar semuanya .. Amin!!!

Happy fathers day

Buat apa untuk celebrate hari bapa?

Arwah abah dah tak ada, jadik hanya al fatihah untuk arwah abah dan doa semoga dia ditempatkan dikalangan ahli syurga...
For myhubby... a happy fathers day wish for him dari aku dan anak-anak.. petang masa amik amin balik sekolah amin suruh beli kek... oleh kerana bajet dah ciput maka kek blackforest yang dibeli di kedai kek Sweden pun ciput jugaklah... Apapun ... size does not matter... yang penting ingatan dan penghargaan...
so petang yang nyaman tu , we all satu family makan kek blackforest yang ciput tu ramai-ramai celebrate hari bapa di kerusi batu belakang dapur rumah.. Dats how we celebrate fathers day.. Aku sukakan ucapan ni from si shahrizat.." Kepada bapa-bapa, jadilah seorang bapa yang terbaik dan sayangilah ibu kepada anak-anak anda. "Terima kasih

salah rumah

anak-anak cuti sekolah maka aku pun bercuti panjang juga. tapi tak ke mana-mana, just spend time dengan family dan memenuhi undangan-undangan perkahwinan. Sekarang kehidupan kembali normal seperti biasa tambahlagi bila nak buka semester.. Mulalah kalut nak prepare ngajar.. masa cuti duk lepak sakan mcam tak de tanggungjawab..
Baru ni Apai jemput kitaorang pergi ke majlis aqiqah anaknya kat rumah mertuanya dikg Bukit Kandis, Ktrg. Apai tu cucu saudara arwah abah aku. Jadi aku pun tak tau aku dengan dia apa.. yang aku tau dia panggil aku achik je... tapi walaupun aku saudara rapat dengan dia tapi dia sangat ngam ngan muhubby.
Sampai kt kg mertua tu, aku tengok rumah rapat-rapat n for sure terlalu banyak orang buat kenduri.. Sebaik sampai kat rumah mertua apai , apai dah pun tunggu. Kata apai, pempuan makan kat sebelah belakang.. lalu ikut tepi.. jadik aku ngan anak-anak menonong lah cari tempat makan... sebelah rumah apai pun ada majlis makan-makan gak... Jadik aku ngan anak-anak pun ke situ ambik makanan... Dah senduk nasik untuk naim dan yati.. aku senduk nasik untuk aku...... masa tengah cedok lauk.. tetiba aku mendengar suara perlahan dengan sopannya di sebelah menyapa aku... " achik.. dah salah rumah"
Hahhh!! Salah rumah? Aku salah rumah ke? Ha ah la.. aku dah salah rumah... Adoiii!! Malunya!!
Rupanya sebelah rumahnya ada lorong kecik untuk ke belakang tapi aku tak perasan la plak..
Tapi oleh kerana nasik dan lauk dah disenduk masuk dalam pinggan aku makan jelah sama anak-anak dengan muka yang setebal tembok besar cina..Dengar jugak orang gelak-gelak gatal kat belakang aku.. tapi aku buat tak dengar je..
Pas makan, aku jumpa tuan rumah, mintak maap sebab dah salah rumah dan bagi duit kat dia.. Nasib baik tuan rumah tu anak-beranak bini Apai...
the next day we all pegi k trg lagi memenuhi undangan kawin. kali ni rumah bini kawan baek laki aku di manir.. majlis menyambut menantu adiknya.. On the way balik, we all singgah lepak sambil minum jus jambu yang di jual ditepi jalan kat tugu peringatan di atas jambatan Sultan mahmud tu. Tak penah hayat aku lepak kat situ.. dan itulah kali pertama lepak dengan anak-anak dan myhubby sambil mengira berapa orang yang berhenti beli air jus jambu kat situ.. sesekali lepak.... best gak..



di tugu kat atas jambatan

Happy birthday wish


Still got running nose today.. hidung dah sumbat.. deria bau dah hilang... i even cannot smell my own perfume...Nak cakap dengan orang pun rasa tak comfortable..But thats not the main issue for today's entry.


Today is myhubby's birthday.. " Happy Birthday to you My Dear".. A GEmini man.



So, this morning sebelum anak-anak pergi sekolah, everyone sang and wished Happy Birthday to him..


Naim: Abah, nanti Naim beli kek untuk abah ya... Naim dah jimat duit tiga ringgit..


Jap lagi pukul 10 aku nak kuar cari hadiah ngan beli kek to myhubby. Tapi tak taulah nak beli apa... Explore dulu pastu baru buat decision nak beli apa.


to myhubby..... Happy Birthday.... You're getting older another one year.. The more the merrier ..... May Allah bless you always......

tak sihatlah

I'm not feeling very well since Sunday. Dah lama tak sakit hinggalah dua hari lepas.Masa petang ahad aku dah mula selsema. Bersin tak berhenti. Semalam aku pegi klinik.. doktor just bagi clarinese tab utk selsema, Olfen untuk sakit urat bahana sakit pinggang kes main boling baru ni dengan strepsil untuk sakit tekak. Oleh kerana masih boleh berjalan dan tak demam so doktor tak bagi MC.. tapi petang semalam aku tak pegi kursus sebab tak tahan asyik bersin je.. Suara pun seksi .. ala sengau-sengau gitu.. Kesian kat myhubby hari ni tak bawak bekal sebab aku tak larat nak buat sebab duk bersin je. Hygienity diragui.. Hari ni aku masuk keja seperti biasa bila tiba-tiba aku mula demam.. selera makan tak ada and my breakfast just 3 keping biskut oat krunch dan air susu sekotak yang memang aku dah standby kat opis. Bila dah makan ubat mulala rasa stim semacam.. itu yang terbaring jugaklah aku jap kat opis.. Keja buat setakat sempat je.. hari ni masuk sekerat hari jelah.. pas amik anak sekolah, pegi bank jap selesaikan kad kredit. pastu balik rumah terus. Selagi aku larat berjalan aku akan pegi keja melainkan dah terlepek tak boleh bangun.. Mati kutu aku duk rumah lama-lama tak kerja. Boleh sakit mental aku dibuatnya..