Aku memang cukup benci

dengan dia. Terlalu benci sehinggakan kalau mendengar namanya disebut, telingaku seakan terkena jangkitan dan bernanah. Benci yang meluap-luap padanya hinggakan aku mengelak terus dari bercakap dengannya.. memandangnya pun aku tak hingin. Menyampah dan antinya aku pada dia hinggakan kawan-kawan dia pun musuh aku dan aku ugut class rep yang aku akan kelar tayar motor dia hingga hancur kalau dia meletakkan nama aku dengan si polan ni dalam satu grup satiap kali buat group assignment masa belajar.. Melihat dia bersembang dengan ramah mesra dengan kawan sekelas perempuan buat aku meluat dengan nak muntah. Bukan aku jeles, tapi memang aku menyampah...Bencinya pada dia jugaklah aku tidak berminat untuk tukar-tukar alamat dan tak terpikir langsung untuk terus contact pas abes belajar.. Betapa bencinya aku kat si polan ni. Bencinya aku pada dia, samalah bencinya sipolan itu pada aku... dia benci aku sebab dia kata aku pempuan terengganu murtad tak sedor diri orang terengganu tapi cakap luar yang mengada-ngada nak glemer... sadis betul!! Apalah salah aku yang cakap luar nih!!Disebabkan atas alasan dia benci aku yang tak munasabah tambahlah dia ngan kawan-kawan dia penah kenakan aku, maka aku jadi sangat benci kat dia...
Disebabkan aku benci jugaklah pernah kawan aku kata "kalau si Has kawin dengan si polan ni, aku kerat jari kelingking aku'..
Dalam aku sangat benci padanya akhirnya...
l
v
l
v
l
v
l
v
l
v
l
v
l
v
Pempuan trengganu murtad yang mengada-ngada nak glemer ni lah yang jadik partner dia selama 12 tahun..

Pengantin baru... oopss da lama


Bukan setakat itu,





dia telah menjadi partner pempuan trengganu murtad yang mengada-ngada nak glemer dengan 3 anak..... Amin, Naim dan Yati..






Bila aku menjemput kawan-kawan aku ke majlis perkahwinan aku, semua orang terperanjat badak.. hingga sekarang seakan tak percaya dia menjadi partner aku termasuklah kawan aku yang bersungguh-sungguh nak kerat jari kelingking.. Aku tak pernah terfikirpun orang yang aku benci tu akhirnya jodoh aku. Even, hingga sekarang aku sendiri rasa mcam tak percaya aku kawin dengan dia sampai ada 3 anak..



Tapi, itulah hakikatnya... dia somiku... Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah lebih rapi.. Kalau dah tertulis jodohku dengan somiku... pusing ikut mana sekalipun, dia tetap jadi somiku akhirnya.. cuma lambat atau cepat sahaja..
Hidup ibarat novel yang hanya Allah sahaja yang tahu penamatnya. TApi yang pasti hingga sekarang drama kawan aku nak mengerat jari kelingkingnya masih belum jadi nyata... Somiku aka abang N.. hehehe!!.. Happy anniversary yang ke 12......




Nota kaki bling-bling : Jangan membenci orang terlalu-lalu... hehe