Hari ini semua tugasan audit kualiti yang membelenggu diri selesai. Lega rasanya sebaik sahaja menamatkan ayat terakhir laporan audit. Lepas ini boleh fokus pada tugas-tugas hakiki pulak. Tengahari tadi melawat RabiatulAdawiah di hospital sebab Hepatitis. Tak dapat dikesan lagi samada jenis A,B atau C. But i'm very sure it's hepatitis A. Dia tak pernah buat pemindahan darah atau terima darah dari orang lain sebelum ni. Kesian kat Bie..katanya lambat lagi boleh keluar kerana keadaan agak serius ke hospital Mata dan kuku dah semakin kuning berbanding dua hari lepas. Virus dalam badan pun beratus kali ganda tinggi dari orang normal yang lain. Petang ni umi Bie datang jemput sebab bie dapat transfer ke Hospital Kota Bharu. Di sana ramai yang boleh menjaganya dan pakar pun ada. Semoga bie cepat sembuh dan dapat teruskan pengajian seperti biasa.
By the way, selamat Menyambut maal Hijrah 1429. Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari tahun yang lepas.