Hari ini adalah hari pertama persekolahan. Amin dah masuk darjah empat. Yati dan Naim masuk ke tadika yang sama . Malas dah nak transfer ke tadika lain since Yati dan naim dah comfortable dengan suasana kat situ. Alhamdulillah,everything was ok except for keseksaan yang dialami untuk kejut bebudak mandi pagi. Sekali dua panggil dengan nada manja budak-budak ni buat tak tau je.. bila suara ibunya dah bergempa sampai jiran yang tinggal 1 kilometer dari rumah dengar barulah semuanya nak bangun. Malam semalam semua budak-budak ni kena paksa tidur awal.. 10.30 malam dah kena padam lampu. siap ugut lagi.. "kalau ibu dengar bunyi bercakap dan bermain.. semua kena tidur luar rumah.. ibu akan letak semua kat luar rumah sekali dengan tilam dan bantal. tidurlah dengan kucing " . Bermulanya persekolahan, maka bermulalah rutin sibukku seharian. Pagi hantar anak sekolah. Tengahari berkejar ambik anak yang habis sekolah pukul 2.00 sebelum masuk ofis pukul 2.20 pm. Alhamdulillah juga amin dapat naik kelas. He has improved a lot. Tak sangka dia naik kelas. Pagi tadi makcik hantar dia sampai ke kelas. As usual every year, hari pertama makcik akan hantar dia ke kelas untuk memastikan yang dia duduk di barisan depan dan mengenali kawan-kawannya yang bakal duduk di sebelahnya dan macam biasa juga bermacam pesanan yang diberikan padanya.. "amin, jangan nakal dalam kelas.. Amin, jaga buku .. jangan hilangkan.. Amin, jangan hilangkan alat tulis..' Amin, jangan kawan dengan Hamizan..' Am i too fussy? Might be!! But sometimes i have to.. dengar nama Hamizan je buat makcik jadi trauma.. U know, makcik berdoa supaya dia tak duduk sekelas dengan hamizan. If they really become a classmate once again until another two years time, i'll make sure that my son will not sit beside that boy and i'll be a mother yang sentiasa sakit dada.. silap haribulan kutukarkan ke sekolah lain. Naim dengan yati tiada masalah, nampak gembira sahaja..