Ceritanya..........

Jam menunjukkan pukul 11.00 bila kami sampai rumah mak di Kijal pada cuti awal Muharram yang lalu. Rumah mak tak jauh pun dari Dungun, lebih kurang 45 minit perjalanan je. Tapi tak selalu dapat balik jenguk mak dan abah. Bila dah bekerja dan berkeluarga, banyak komitmen yang perlu dipenuhi. Hari itu kami tak bermalam pun di rumah mak sebab amin ada tusyen pukul 8.00 malam tu. Tak ada orang di rumah melainkan mak , abah, Sani dan kucing-kucing mak yang nampaknya semakin bertambah banyak. Mak nampak tak larat sebab berpuasa. abah asyik baring aje.. sesekali dia bangun ke meja makan. Kesian tengok abah, dia semakin kurus. Kalau dulu dia kuat berleter dengan penuh semangat dan bertenaga, sekarang dia lebih banyak mendiamkan diri. Tengahari abang zahar datang ke rumah menjenguk mak dan abah. Banyak yang disembangkan dengan myhubby dan sesekali abah akan bangun dari katil, jalan berjalan ke meja dan turut serta, tapi abah lebih banyak berdiam diri sambil menikmati biskut-biskut manis kesukaannya dan sesekali terbatuk kuat. Tengahari itu entah kenapa tiba-tiba abah asyik nak sembahyang aje. Berapa kali abah tanya kat mana nak ambik air sembahyang dan dia gagahkan diri juga ke bilik air.. bertanyakan kiblat dan akhirnya dia tak dapat sembahyang sebab tak larat. Sejak dari pembedahan kepala akibat pendarahan dalam pada tahun lepas, ingatan abah banyak terjejas. Kalau dulu, dia ingat nama anak-anak dan menantu, tapi sekarang kadang-kadang dia ingat dan kadang-kadang dia lupa terus. Kalau dulu ayat kursi cair di mulut, tapi sekarang nak habiskan ayat awal pun dia tak mampu lagi. Teringat masa makcik kecik-kecik dan remaja dulu, abah payah nak pukul makcik kalau degil dan buat salah.. tapi mulutnya sangat aktif berleter marah hingga dikaitkan masa depan sekali. Tapi tidak emakku, bukan setakat mulut, dengan tangan sekali jalan. Mak sangat sangat dan sangat garang dalam mendidik anak. Istilah "psikologi' tak wujud dalam kamus hidupnya. Pernah masa makcik darjah 3 dulu makcik kena belasah dengan penyapu lidi sebab ponteng mengaji selama sebulan tanpa pengetahuan mak sampai satu badan bercorak lidi. Biasalah anak kecik yang nakal ini yang penuh dengan keinginan utuk bermain je. Hari-hari pergi mengaji berjalan kaki lepas balik sekolah. Sudahlah jauh , panas terik pulak tu.. Masa kecik dulu, time paling melemahkan sekali adalah pergi mengaji. Tapi yang pasti hati ini telah digoda oleh anak tauke kilang kayu yang duduk berdekatan dengan rumah tok guru mengaji.. Setiap kali lalu depan rumah dia, sipenggoda itu sudah sedia menanti di muka pintu, melambai-lambaikan tangan ajak masuk dan bermain dengannya.. agaknya dia tak ada kawan kot. Mula-mula masih tahan godaan, lama-lama siapa nak tahan bila ditawarkan banyak anak patung yang tak ada kat rumah.. Mulalah lupa diri.. hehe!! dah tak ingat nama budak perempuan yang setia menantiku lalu hari-hari di muka pintu untuk mengajakku bermain bersamanya dan melupakan tujuan asalku iaitu mengaji. Tapi sekarang bila semakin tua mak dah tak garang lagi, mungkin darah dah dingin.. tapi darah panasnya banyak mengalir ke badan anak-anaknya. dan mungkin sebab itu jugalah makcik tidak ditakdirkan menjadi cikgu sekolah menengah. Jika tidak, mesti keluar suratkhabar mukadepan bertajuk ' Pelajar sekolah dicampak keluar oleh guru'. He!He! Hari itu tak banyak aktiviti yang makcik buat, nak ajak mak berbual, mak nampak tak larat sebab berpuasa, anak-anak sibuk main computer games.. abah memang dah terbaring keletihan. Jadi aktiviti makcik melayan kucing-kucing mak yang banyak dengan pelbagai nama, maxis, hotlink, Celcom, Gendut dan pelbagai lagi.. kalau mak dah tak ada kelak dan tiada orang yang menjaga kucing-kucing itu, maka 'harta-harta' itu akan makcik ambil dan tugas menjaga 'harta-harta' itu akan makcik ambilalih. Satu profesion yang telah lama makcik tinggalkan sejak tahun 2000 lagi.
Petang itu makcik dah merancang nak balik awal sebab tak nak miss tengok miniseries yang
makcik ikut setiap pukul 7.30 malam yang kebetulan penamatnya pada hari itu. Bru nak bersiap keluar, tiba-tiba kak Izan datang bersama Ijah menghantar ikan dan lauk masak lemak cili api ketam. Teringin sangat nak meratah ketam masak lomak tu, tapi mengonangkan ceritoku yang nak tamat hari ni, ku pondamkan juo. Sudahnya, bertolak balik pukul 7.00 malam. Sampai jo den kat rumah, teruih den berlari bukak tv... Tapi alangkah sodihnyo den bila bukak je tV.. yang den dapek tengok iolah " selesai" . Bengangnya!!!! Lepas ni.. tak nak dah ikut miniseries lagi.. selalu je terlepas penamatnya...

Happy Sunday

Happy sunday!!Tahun 2008 ni banyak peristiwa penting yang bakal berlaku. Tahun ni, Mubin dan Husni akan ambik SPM. Hadhirah pula akan ambil PMR. Musfirah akan ambil periksa UPSR. Musa dan Muaz akan balik semula ke universiti masing-masing pada awal februari selepas buat praktikal masa cuti.. Musa belajar di University of Auckland, New Zealand dan Muaz kat University of Melbourne, Australia. Musa, Congratulations!! Congratulations because you've passed your exam with flying colours and for being among top 5% students in your faculty. I'm really proud of you and keep up the good work. Same to you Muaz!! Tak sia-sia Petronas dan Sime Darby bagi scholarship to both of you. Muhammad pula akan konvo tahun ni. He's graduated from UIA and now still searching for a job. But the most important is anak saudaraku yang kedua, Hisham akan berkahwin dengan orang Segamat pada bulan 16 Ogos.. yang seronoknya majlis sambut menantu dah ditetapkan pada 24 Ogos... Seronoknya!!! Untuk anak-anak saudaraku yang tersayang... GOOD LUCK!!

Selamat menyambut maal Hijrah

Hari ini semua tugasan audit kualiti yang membelenggu diri selesai. Lega rasanya sebaik sahaja menamatkan ayat terakhir laporan audit. Lepas ini boleh fokus pada tugas-tugas hakiki pulak. Tengahari tadi melawat RabiatulAdawiah di hospital sebab Hepatitis. Tak dapat dikesan lagi samada jenis A,B atau C. But i'm very sure it's hepatitis A. Dia tak pernah buat pemindahan darah atau terima darah dari orang lain sebelum ni. Kesian kat Bie..katanya lambat lagi boleh keluar kerana keadaan agak serius ke hospital Mata dan kuku dah semakin kuning berbanding dua hari lepas. Virus dalam badan pun beratus kali ganda tinggi dari orang normal yang lain. Petang ni umi Bie datang jemput sebab bie dapat transfer ke Hospital Kota Bharu. Di sana ramai yang boleh menjaganya dan pakar pun ada. Semoga bie cepat sembuh dan dapat teruskan pengajian seperti biasa.
By the way, selamat Menyambut maal Hijrah 1429. Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari tahun yang lepas.

happy tuesday

Happy Tuesday!! Suddenly i've lost my mood to work today..so many unexpected things happened to me.. Rasa sangat tak larat !!!... i feel like just want to go home, cari katil, bantal, tarik selimut,tidur seharian and no one disturbing me..How i wish i could do so!!! Life was so busy and hectic yesterday from 5.00 am till night sampai tertidur dengan baju kerja.. but, it's my job and my responsibility. I've chose the path and no matter how hard it is.. i've to bear with it.. life has to go on.. Kalau tak, siapa yang nak bayar hutang-hutangku yang selambak tu!! sabar jelah...

Sunat

Semasa cuti sekolah baru-baru ini, macam biasalah masuknya musim anak-anak lelaki bersunat. Baru-baru ni aiman dan shahril kena potong XXXX. Pagi hari lagi bak dah bangun buat air dan bak ikut sekali ke tok mudim. Budak-budak ni sure risau.. almaklumlah nak dipotong.. Pagi bertolak dalam pukul 9.00 ke rumah tok mudim, tengahari baru sampai rumah.. tapi salah seorang dari mereka je yang nampaknya memakai kain, yang sorang lagi nampak happy dan tak pakai kain.. Bila ditanya kenapa, bak kata sebab xxxxnya kecik... tak boleh nak potong.. bak kata kena tunggu membesar sedikit. lepas tu bak kata lagi... ' tok mudim pesan, kalau nak kasi cepat besar xxxx.. kena telan ikan sekilau"... heheH!! a very interesting statement... tak pernah dengar lagi ni.. kena telan ikan sekilau... Kalau betullah statement ikan sekilau betul-betul boleh membesarkan xxxx. Confirm!! lepas ni... ramailah orang buat bisnes jual ikan sekilau.. For me!! I'm not sure!! Agaknyalah kan, kalaulah tok mudim ke, bomoh ke kata .. kalau nak besarkan atau panjangkan ke.. telanlah anak cicak atau telanlah bapak cicak... mesti ramai yang cari cicak dan telan... Bersyukurlah dengan pembeian Tuhan... setiap yang diberikan ada kelebihannya...

Minyak masak

Sudah seminggu makcik mengalami kesukaran untuk mendapatkan minyak masak. Semua rak minyak masak kat supermarket kosong. Yang ada hanyalah minyak sayur dan jagung yang sangat mahal. Baru-baru ni makcik dapat beli minyak masak cap buruh 2 kilogram pun sebab nasib baik je. Itupun botol yang terakhir dan kebetulan ada sorang mamat yang nak ambil minyak tu sedang khusyuk bercakap telefon dan tak ada nampak tanda-tanda yang dia nak ambik minyak masak tu. Bila makcik dah ambil, barulah makcik tahu dia pun nak jugak minyak masak.. I'm so sorry dear!! In this case, ladies first!! Rasa bersalahlah pulak, tapi bila makcik fikirkan yang makcik insan yang lemah dan lebih memerlukan minyak tu... biarlah si mamat tu cari kat kedai lain.. so, makcik buat tak tau je walaupun makcik tau si mamat tu bengang. Confirm ini angkara pengedar durjana yang nak naikkan harga minyak.. Diorang ni memang tak ada akal dan hati perut.. hanya mementingkan diri dan perut sendiri.. tak pernah fikirkan kesannya pada orang-orang yang kurang berkemampuan.. Agenda mereka adalah kaya, kaya dan semakin kaya...!! Tak laratlah.. takkan nak beli minyak sampai terpaksa ke Kuantan dan Kuala Terengganu yang beratus batu jauhnya.. Pasni makcik nak buat misi mencari minyak masak banyak-banyak... oklah..got to leave now.. tapi bukan nak cari minyak masak, tapi nak selesaikan urusan kerja yang menanti... Sama-samalah kita mencari dan membeli minyak masak..

Sekolah...

Hari ini adalah hari pertama persekolahan. Amin dah masuk darjah empat. Yati dan Naim masuk ke tadika yang sama . Malas dah nak transfer ke tadika lain since Yati dan naim dah comfortable dengan suasana kat situ. Alhamdulillah,everything was ok except for keseksaan yang dialami untuk kejut bebudak mandi pagi. Sekali dua panggil dengan nada manja budak-budak ni buat tak tau je.. bila suara ibunya dah bergempa sampai jiran yang tinggal 1 kilometer dari rumah dengar barulah semuanya nak bangun. Malam semalam semua budak-budak ni kena paksa tidur awal.. 10.30 malam dah kena padam lampu. siap ugut lagi.. "kalau ibu dengar bunyi bercakap dan bermain.. semua kena tidur luar rumah.. ibu akan letak semua kat luar rumah sekali dengan tilam dan bantal. tidurlah dengan kucing " . Bermulanya persekolahan, maka bermulalah rutin sibukku seharian. Pagi hantar anak sekolah. Tengahari berkejar ambik anak yang habis sekolah pukul 2.00 sebelum masuk ofis pukul 2.20 pm. Alhamdulillah juga amin dapat naik kelas. He has improved a lot. Tak sangka dia naik kelas. Pagi tadi makcik hantar dia sampai ke kelas. As usual every year, hari pertama makcik akan hantar dia ke kelas untuk memastikan yang dia duduk di barisan depan dan mengenali kawan-kawannya yang bakal duduk di sebelahnya dan macam biasa juga bermacam pesanan yang diberikan padanya.. "amin, jangan nakal dalam kelas.. Amin, jaga buku .. jangan hilangkan.. Amin, jangan hilangkan alat tulis..' Amin, jangan kawan dengan Hamizan..' Am i too fussy? Might be!! But sometimes i have to.. dengar nama Hamizan je buat makcik jadi trauma.. U know, makcik berdoa supaya dia tak duduk sekelas dengan hamizan. If they really become a classmate once again until another two years time, i'll make sure that my son will not sit beside that boy and i'll be a mother yang sentiasa sakit dada.. silap haribulan kutukarkan ke sekolah lain. Naim dengan yati tiada masalah, nampak gembira sahaja..