tak rancang pun

Biasa orang buat persiapan raya sebelum raya..
Tukar langsir...
Beli karpet baru..
mungkin set pinggan mangkuk baru..
semuanya dibeli sebelum raya..
Tapi aku buat persiapan semuanya lepas raya..
Langsir aku beli raya ke lima..
set pinggan mangkuk yang murah aku beli kat kedai minggu lepas..
Sebabnya..
aku tak ada masa..
Aku tak sempat..
aku balik lambat..
Dan aku dah tak larat bila sampai rumah..
Lagipun aku pening tengok orang ramai..
Minggu-minggu terakhir raya aku langsung tak masuk dalam bandar..
Malas nak beli masa orang bersesak-sesak..
Parking pun payah dapat..
Tapi aku tak kisah pun..
 Cukup apa yang ada je..
TApi karpet aku beli sebelum raya..
Selama berpuluh tahun aku hidup dan berbelas tahun aku kerja
inilah kali pertama aku beli karpet..
Asalnya aku tak ada perancangan langsung nak beli karpet..
Sebab keadaan kesihatan aku dan yati tak memungkinkan aku beli karpet..
Aku singgah kedai karpet tu pun cuma nak tengok-tengok ..
kot-kot ada tikar datang dari sarawak ke..atau tikar-tikar lain
yang aku nak letakkan kat ruang tv.
Budget aku cuma sekitar lima puluh hingget je..
TApi tu lah pasal..
Si mamat pakistan tokeh kedai tu hensem giler..
mulut manis pulak si Mamat tu..
langsung tercair maa..
dan terbeli karpet harga lima ratus hingget..
terus lari bajet ..
hhahahahaha..
TApi sebenarnya bukan sebab mamat pakistan jual karpet jual karpet yang hensem tu..
Aku tak tergoda pun tengok dia..
cuma puji dalam hati je mamat tu hensem..
Yang sebenarnya aku terberkenan kat karpet yang ada dalam kedai dia..
Cantik-cantik lah pulak designnya..
TAmbahan pula tak menyebabkan alahan pada aku dua beranak yang ada penyakit ni..
mamat pakistan tokey kedai karpet tu  cakap..
karpet yang dia recommend ni tak perangkap habuk dan senang dibersihkan
Aku pulak rasa macam match pulak karpet tu dengan kerusi di ruang tv..
dan tiba-tiba teringin pulak nak pakai karpet kat rumah..
Itulah sebabnya aku beli karpet ni..
Itupun aku tak cakap pun kat tebby....
 tiba-tiba dia tengok ada karpet terbentang dalam rumah.
Setakat ni cukuplah satu je karpet tu kat rumah aku..
Tak ada perancangan lagi nak beli yang lain..
Tapi tak taulah akan datang..
Kot-kot aku terbeli yang lain ..

Agaknya tu lah sebab tebby tak bagi aku beli karpet dengan mamat pakistan jual karpet yang naik motor secara hutang.. .. hehehehe..