Biasa orang buat persiapan raya sebelum raya..
Tukar langsir...
Beli karpet baru..
mungkin set pinggan mangkuk baru..
semuanya dibeli sebelum raya..
Tapi aku buat persiapan semuanya lepas raya..
Langsir aku beli raya ke lima..
set pinggan mangkuk yang murah aku beli kat kedai minggu lepas..
Sebabnya..
aku tak ada masa..
Aku tak sempat..
aku balik lambat..
Dan aku dah tak larat bila sampai rumah..
Lagipun aku pening tengok orang ramai..
Minggu-minggu terakhir raya aku langsung tak masuk dalam bandar..
Malas nak beli masa orang bersesak-sesak..
Parking pun payah dapat..
Tapi aku tak kisah pun..
Cukup apa yang ada je..
TApi karpet aku beli sebelum raya..
Selama berpuluh tahun aku hidup dan berbelas tahun aku kerja
inilah kali pertama aku beli karpet..
Asalnya aku tak ada perancangan langsung nak beli karpet..
Sebab keadaan kesihatan aku dan yati tak memungkinkan aku beli karpet..
Aku singgah kedai karpet tu pun cuma nak tengok-tengok ..
kot-kot ada tikar datang dari sarawak ke..atau tikar-tikar lain
yang aku nak letakkan kat ruang tv.
Budget aku cuma sekitar lima puluh hingget je..
TApi tu lah pasal..
Si mamat pakistan tokeh kedai tu hensem giler..
mulut manis pulak si Mamat tu..
langsung tercair maa..
dan terbeli karpet harga lima ratus hingget..
terus lari bajet ..
hhahahahaha..
TApi sebenarnya bukan sebab mamat pakistan jual karpet jual karpet yang hensem tu..
Aku tak tergoda pun tengok dia..
cuma puji dalam hati je mamat tu hensem..
Yang sebenarnya aku terberkenan kat karpet yang ada dalam kedai dia..
Cantik-cantik lah pulak designnya..
TAmbahan pula tak menyebabkan alahan pada aku dua beranak yang ada penyakit ni..
mamat pakistan tokey kedai karpet tu cakap..
karpet yang dia recommend ni tak perangkap habuk dan senang dibersihkan
Aku pulak rasa macam match pulak karpet tu dengan kerusi di ruang tv..
dan tiba-tiba teringin pulak nak pakai karpet kat rumah..
Itulah sebabnya aku beli karpet ni..
Itupun aku tak cakap pun kat tebby....
tiba-tiba dia tengok ada karpet terbentang dalam rumah.
Setakat ni cukuplah satu je karpet tu kat rumah aku..
Tak ada perancangan lagi nak beli yang lain..
Tapi tak taulah akan datang..
Kot-kot aku terbeli yang lain ..
Agaknya tu lah sebab tebby tak bagi aku beli karpet dengan mamat pakistan jual karpet yang naik motor secara hutang.. .. hehehehe..
Raya tahun ini
Pejam celik dah nak abis syawal..
Kuih raya kat rumah pun dah nak abis..
Tapi bukan sebab orang datang rumah..
Sebab aku dan anak-anak yang makan..
Cerita raya aku tiada yang menarik..
Kali ni raya di rumah mertua..
Warna tema baju raya kitorang adalah 'budak jahat'
Tebby kata sempat siap projek tukar kaler budak jahat tu..
Walaupun aku rasa macam tak siap je...
dengan banyak kekangan sepanjang projek tu..
Dengan angin yang kencang..
Itu tak termasuk faktor manusia yang kencang juga mengacau tebby..
adakala sampai lewat malam..
Rupanya siap juga..
Sehari sebelum raya siap kerja mengecat semuanya..
dan operasi bersihkan ruang depan rumah yang macam tongkang pecah.
Lewat 12.00 am siap pasang semua anggota dalaman budak tu..
Pukul 1.30 am sebelum hari raya kitorang bertolak balik ke rumah mertua..
Tengah jalan siap berhenti makan mee segera kat petronas sebab kelaparan..
haha.. Macam jauh duk KL pulak ..
Pukul 4.00 pagi sampai rumah mertua..
Kesian kat mertua aku sebab aku tak sempat tolong masak untuk raya...
aku cuma sempat makan je..
Tahun ni aku tak bergambar raya...
Memang tak..
Jadi kalau tengok kaler budak jahat tu, boleh agak la warna baju kitorang..
Sebenarnya projek mengecat tu baru 90 peratus siap..
Tebby nak solek lagi budak tu..
TApi, tercapai jugalah tebby nak beraya dengan budak jahat berwajah baru tu.
Sehari sebelum raya.. tebby sangat bersungguh-sungguh
Sentuhan terakhir dan akhirnya .. siap sebelum raya
Raya kedua aku balik rumah mak di Kijal..
Mak kata orang yang sombong tu ada datang..
Tak sempat berjumpa dengan aku..
TAk apa... aku tak kisah pun..
Aku tak ada apa masalah ..
Dan aku tak ada buat salah kat dia..
Aku pun tak ada simpan dendam kat dia..
aku sentiasa doakan kesejahteraan dia sekeluarga
Terutamanya suaminya yang sedang tak sihat sekarang ni..
cuma aku dah jadi fobia..
Rasanya aku dan tebby tak ada kekuatan diri untuk jumpa dia lagi.
Lepas apa yang dia dah buat pada aku sebelum ini..
aku rasa yang paling baik aku buat ..
ialah mengelak dari berjumpa dengan dia sekeluarga..
Kalau terjumpa..
aku akan buat macam biasa..
Cuma waktu itu mulut aku tidak lagi pandai mengeluarkan kata-kata
walaupun sepatah dua kata..
Lebih baik berdiam diri..
Dari berkata-kata..
Bimbang ada yang menyakitkan hati..
Sememangnya aku begitu..
Aku sorang yang ramah..
Tapi bila orang sakitkan hati..
Aku jadi tak reti nak ramah dengan dia lagi..
dan aku lebih banyak diam diri..
JAdi buat masa ini..
Perkara terbaik yang aku buat adalah diam dan mengelakkan diri..
'Selamat Hari RAya'
Subscribe to:
Posts (Atom)