Sampai mati aku tak akan lupa..

Memang sejarah hari ni..
Aku datang awal ke opis..
Pukul 7.15 pagi dah sampai..
Pukul 6.40 pagi tadi bertolak dari rumah..
Biasanya aku sampai lambat.
Tapi awalnya bersebab..
Hantar anak ke sekolah..
Semalam Amin sakit ..
Sakitnya sampai keluar air mata..
aku bawa dia ke klinik..
Bimbang jugalah..
Dia ada rekod masalah buah pinggang tahun lepas..
Aku bimbang berlaku lagi..
Nasib baik cuma sakit perut biasa..
Aku lupa dia pun pernah kena gastrik juga..
Balik klinik dia aku tinggalkan dirumah ..
Aku pecut semula ke tempat kerja..
Kesian tengok dia tak larat..
Sebab tu lah pagi ni awal hantar dia..
Kalau tak lambat juga..
Tapi bagus juga ..
Sebab banyak kerja aku kat opis..
Selain tiba-tiba hapdet blog aku ni..

3 minggu lepas naim sakit juga..
Jari telunjuk kirinya patah..
Kalau aku cakap puncanya mesti ramai tak caya..
Kejadian tu masa dia pergi kem dengan kawan-kawan sekolahnya..
Puncanya kawan sekelas lelakinya yang gemuk telah terduduk atas jarinya..
Kebetulan yang menghenyak jarinya adalah lututnya..
Naim kata ' Prakkk' bunyinya..
dia tengok jari telunjuknya macam terkeluar sikit..
Lalu dia betulkan ke tempat asal..
Lepas tu barulah  dia meraung bila rasa sakit..
Sesekali aku bengang juga..
Kenapa cikgu yang bertanggungjawab tak bawa anak aku ke hospital terus..
Kalau dia malas bawak ke hospital..
Dia boleh call je aku ke tebby ke..
kitaorang boleh bawak ke hospital..
cikgu-cikgu biarkan anak aku menahan sakit semalaman hingga ke petang esoknya..
Biru dan bengkak jarinya
Masa ambik anak aku tu..
cikgu dia buat selamba je...
Dia kena x-ray kat hospital..
Dan sah patah
Cuma tak tak terkeluar 
Itupun sebab naim dah tolak masuk masa dia kena tu..
Kesian anak aku..
BErbalut tangannya
DApat MC lama..
tapi dia pergi sekolah juga..
Bapaknya suruh pergi juga..
Sebab tahun ni dia nak periksa..
Kalau ikut aku..
tak payah pergilah..
aku ni tak kisah dia dapat ke tidak 5A.
Baru-baru ni jumpa doktor pakar..
Diorang sambung lagi MC dua minggu..
Tapi dia pergi sekolah juga..
Rasanya sekarang ni jarinya dah ok..
Warna lebam dah hilang..
Jarinya pun macam dah boleh gerak..
Hari Khamis ni jumpa pakar sekali lagi..
Harapnya semua berjalan dengan baik..
Mula-mula aku tak percaya juga kawan dia yang buat..
Tapi bila tengok budak tembam dan bulat dalam laptop anak aku..
Baru aku percaya..
Memang boleh patah riyok lah tulang kalau dilanyak budak tu..
kitaorang pun malas nak jumpa mak ayah dia..
Bukan budak tu sengaja pun..

 Dua hari lepas tebby aku tetiba sangat glamer.. 
Glamernya dia sampai namanya terpahat di atas jalanraya..
Di luar menuju sekolahnya dengan jelasnya tertulis dengan cat kuning
' Cikgu A**z gila kuasa ' 
Puncanya da pelajar tak puas hati dengan dia..
Tapi tebby senyum aje,..

Dia kata 'bagus'.. hehehe
Itu tandanya dia buat kerja..
Pada wassap sekolah dia.
Boleh tahan langsi budak sekolah dia ni
Kalau aku di situasi tu..
Aku akan biarkan tanda kenangan itu di situ..
Biar sampai seribu tahun lagi..
Sampai masa, budak tu akan sedar sendiri 
dan malu dengan apa yang dibuatnya..
Dan dia sendiri yang memadamnya
Itulah juga yang aku cakap pada tebby.. 
TApi semalam khabarnya tanda hati itu telah dipadamkan..
Atas arahan gurubesar baru..
Bukan tebby .
tapi orang laen..
Dugaan dia sebagai PKhem..
Biasalah bila kerja...
Bukan semua orang suka dengan kita...
Jadi aku nak sambung kerja ..
Petang ni kena bersilat pulak kat dapur masak untuk berbuka..
Sebab sekarang ni sampai rumah pun dah pukul 6.
Setiap hari selasa lagi lambat..
beli lauk kat kedai je..
Sebab aku masak nasi lepas sahur..
dan tak sempat langsung nak masak untuk berbuka..
SEmoga semuanya berjalan lancar..