Dokumen semua dah settle..
Kursus dan pergi walaupun miss 1 kelas..
BArang keperluan ada yang dah beli dan ada yang belum dicari...
BEg kat agensi belum pegi kutip lagi..
Santai je aku laki bini ni..
Macam nak balik kampung..
Padahal nak berjalan jauh.
dan berhari-hari lama pulak tu..
Itu belum tentu selamat balik atau tidak..
Tawakal je..
Memang tak sangka dapat ke tempat itu..
TAk sangka cepatnya jemputan dari Allah untuk ke sana..
Aku tidak merancang langsung..
Sekadar memasang impian..
Sebelum tu ada juga tinjau tarikh..
Tapi tak terjumpa waktu yang sesuai..
Duit pun selalu kering hujung bulan..
Tiba-tiba diawal tahun baru ni..
Tebby ajak pegi ..
Katanya kebetulan ada tarikh masa cuti sekolah..
DAn kebetulan juga masa tu aku pun tak ada sebarang komitmen..
Masalahnya mana nak cekau duit....
Saving aku tak banyak..
Ciput je..
Terasa macam tak dapat pergi lah pulak..
Tebby belanja memang tak lah..
Tapi memang rezeki nak ke sana ada..
Akhirnya cukup duitnya..
sesudah diselak merata-rata mencari duitnya..
Ikut perancangan asal 30 hb bertolak..
Tapi akhirnya agensi offer 26 hb Mei kerana kebetulan ada kekosongan..
TAk ramai yang tau kepergian kami..
Hanya kawan rapat, ahli keluarga paling dekat..
Jiran sebelah rumah pun belum dimaklumkan..
Kena beritau..
kalau tak nanti berguni-guni leteran dari jiran terutama sebelah rumah.
22 hb Mei nanti aku dah mula cuti.. untuk selesaikan apa yang patut..
Anak-anak separuh dirumah mak kat Kijal.. separuh lagi rumah mertua aku..
24 hb Mei nanti aku akan hantar anak dara aku bersama sekor kucing yang dah jadi sebahagian keluarga aku ke rumah mak dan tujuan untuk berjumpa adik beradik di sana.
25 Mei pulak berolak ke rumah mertua di Kuala Terengganu untuk hantar anak-anak lelaki ke rumah mertua..
Kitaorang tak buat kenduri kat rumah sebab tak berkesempatan.
Masing-masing sibuk di rumah..
Nak buat kat rumah mertua pulak bimbang menyusahkan dia..
Cukuplah aku bebankan dia dengan dua anak lelaki aku yang ditumpangkan ..
Tebby pun tak ada apa-apa plan pasal kenduri tu..
kira tak lah.
26 hb nanti kami akan naik kapalterbang ke Klia dari airport KT pukul 9.00 pagi..
Membayangkan kemana kami nak lepak sepanjang hari..
sebab flight ke sana adalah pada pukul 9.00 malam pada hari yang sama..
Berada di MAdinah selama 3 hari..
Dijangka bertolak ke Mekah pada 29 Mei.
InsyaAllah bertolak balik ke Malaysia dari Jeddah pada 5 Jun..
YAng pasti... sambutan hari lahir tebby di Mekah..
Untungnya dia..
Risau??
Tipulah kalau aku kata tak risau..
Risau dengan virus tu..
Dengan keadaan kesihatan aku..
Nampak sihat tapi berpenyakit sebenarnya..
Ditambah dengan cuaca kat sana yang panas dan berdebu..
Dan isu virus yang hangat kat tv
Memang aku kena bersedia dengan segala ubat yang perlu..
Doa dan tawakal semoga semuanya jalan lancar..
Selamat pergi dan balik..
Aku serahkan padaNya..
Berdebar.....