Aku jumpa keluarga ini di sebuah homestay…
Kata mereka dari Kedah…
Datang ke Dungun bertunang dengan orang sini..
TApi keluarga perempuan menetap di Kay El..
Cuma atas permintaan si nenek yang teringin melihat cucu
perempuan pertama bertunang di rumahnya..
Lalu tetiba kami di ajak oleh keluarga pihak lelaki untuk
join sekali…
Mula-mula tebby menolak sebab segan ..
Meraka bukan kawan apatah lagi sedara..
Tapi oleh kerana mereka bersungguh-sungguh mengajak lalu
kami pun tak sampai hati nak menolak lagi..
Lebih kurang meramaikan rombongan lah..
On the way nak pergi ke
rumah pengantin perempuan kami bawa mereka lalu sepanjang jalan pantai..
Dan berhenti di kawasan pantai berhampiran rumah dan di tempat tebby simpan
botnya yang selalu dibawa pergi memancing di laut sebab mereka nak ambik
gambar..
Hampir pukul 3.00 pm
kami bawak sampai di rumah pengantin perempuan..
Kat rumah perempuan tu ada pelamin…
Wah.. macam nak kawin je..
Tema keluarga perempuan warna
oren..
Jadi semua orang pakai baju oren..
Dan… semuanya cantik-cantik..
Kulit putih merah yang mulus…
Terutamanya yang perempuan....
Dan pastinya bakal pengantin pun cantik juga..
Sesuailah dengan bakal pengantin lelaki yang jambu juga..
Putih dan berhidung mancung..
Majlis sangat ringkas..
Yang tiada kata putus..
Semuanya akhirnya di serahkan kepada bakal pengantin untuk
buat keputusan..
Hantaran dan tarikh nikah..
Senang sungguh..
pihak keluarga hanya melaksanakan je..
Semuanya ok..
Makan sedap..
Cuma yang aku tak berapa berkenan bila golongan lelaki terutama yang agak berumur sebelah perempuan itu
tidak peramah…
Aku perhati je…
Bukan nak mintak layanan first class macam raja..
Kalau tak pandai bergaul dan bercakap pun sekurang-kurangnya
jangan buat hal sendiri..
Ini tidak…
Senyap je masing-masing mengadap tab..
Sedangkan tebby dan
golongan lelaki sebelah lelaki sedang sibuk berbual..
Langsung diorang tak pedulikan..
Entahlah..
Diaorang ni…
Sombong ke… tak reti bahasa ke.. atau memang tak reti nak
bergaul…
Kejadian itu membuatkan
Kejadian itu membuatkan
aku lagilah tak berminat nak beli tab ni..
Dan malas nak main wassap wassap ni..
Dan aku tak akan belikan untuk anak-anak aku..
Nampak seperti mereka macam bukan orang sebarangan..
Kereta besar-besar…
Ehh!!….
Semua no plat kereta diaorang samalah dengan kereta sicukai dan
sineo aku tu..
Apapun …
Aku sangat seronok..
Bila keluarga lelaki sangat happy..
Sebelum balik Mak bakal pengantin lelaki peluk aku dan
bersungguh-sungguh suruh aku ke rumahnya di KL sekiranya aku ke sana..
Dan bersungguh-sungguh juga jemput kami datang ke majlis
perkahwinan anaknya nanti…
Entahlah ..
Bila agaknya kami akan sampai ke tempat mereka…