jomtengokwayang...

Satu hari pada petang yang sangat tenang....
Pukul 5.30  pm..
Di Tok Mat Caid..
Ada sepasang suami isteri yang terkejar-kejar kat kaunter wayang..
Si isteri beli popcorn dan dua botol air mineral sejuk..
Si suami pergi tuntut tiket yang telah dibeli secara online,,,
Macam biasa..
aku belanja makan..
Tebby belanja tiketnya..
Masa beli tiket on line tu ingat kami berdua je yang tengok wayang cerita tu..
Maklumlah cerita yang kitorang nak tengok macam dah basi..
Kitorang masuk lewat 5 minit...
Rupanya penuh lagi dalam tu..
rupanya orang ganu ni memang berahi sungguhlar tengok wayang...
Ingatkan aku lakibini jer yang kaki tengok wayang..
Kitaorang tengok cerita "orang besi"
Memang awesome cerita tu...
Dari mula cerita sehingga ke akhir..
Tak ada part pun yang membosankan...
Memang puashati tengok si Mamat ni...
Sambil mata terpaku tengok mamat tu,
 mulut tak berhenti mengunyah popcorn
 Sampai tak sedar popcorn yang  bekas siz besar tuhabis..
 Memang Excellente...
Pukul 10.30 malam barulah we all sampai rumah..
Next movie... 
Cerita 'fas en furiyes' pulak...
Baru ni kitaorang nak tengok...
 Tapi bila nak book online tak dapat ..
Sebab sentiasa fully booked..
Memang orang ganu suker tengok wayang...

pertemuan yang tak disangka



Aku jumpa keluarga ini di sebuah homestay…

Kata mereka dari Kedah…

Datang ke Dungun bertunang dengan orang sini..

TApi keluarga perempuan menetap di Kay El..

Cuma atas permintaan si nenek yang teringin melihat cucu perempuan pertama bertunang di rumahnya..


Lalu tetiba kami di ajak oleh keluarga pihak lelaki untuk join sekali…

Mula-mula tebby menolak sebab segan ..

Meraka bukan kawan apatah lagi sedara..

Tapi oleh kerana mereka bersungguh-sungguh mengajak lalu kami pun tak sampai hati nak menolak lagi..

Lebih kurang meramaikan rombongan lah..

On the way nak pergi ke  rumah pengantin perempuan kami bawa mereka lalu sepanjang jalan pantai..

Dan berhenti di kawasan pantai  berhampiran rumah dan di tempat tebby simpan botnya yang selalu dibawa pergi memancing di laut sebab mereka nak ambik gambar..


Hampir pukul 3.00  pm kami bawak sampai di rumah pengantin perempuan..

Kat rumah perempuan tu ada pelamin…

Wah.. macam nak kawin je..

Tema keluarga perempuan warna oren..

Jadi semua orang pakai baju oren..

Dan… semuanya cantik-cantik..

Kulit putih merah yang mulus…

Terutamanya  yang perempuan....

Dan pastinya bakal pengantin pun cantik juga..

Sesuailah dengan bakal pengantin lelaki yang jambu juga..

Putih dan berhidung mancung..

Majlis sangat ringkas..

Yang tiada kata putus..

Semuanya akhirnya di serahkan kepada bakal pengantin untuk buat keputusan..

Hantaran dan tarikh nikah..

Senang sungguh.. 
pihak keluarga hanya melaksanakan je..


Semuanya ok..

Makan sedap..

Cuma yang aku tak berapa berkenan bila golongan lelaki  terutama yang agak berumur sebelah perempuan itu tidak peramah…

Aku perhati je…

Bukan nak mintak layanan first class macam raja..

Kalau tak pandai bergaul dan bercakap pun sekurang-kurangnya jangan buat hal sendiri..

Ini tidak…
 Senyap je masing-masing mengadap tab..

Sedangkan tebby dan  golongan lelaki sebelah lelaki sedang sibuk berbual..

Langsung diorang tak pedulikan..

Entahlah..

Diaorang ni…

Sombong ke… tak reti bahasa ke.. atau memang tak reti nak bergaul…
Kejadian itu membuatkan 
aku lagilah tak berminat nak beli tab ni..
Dan malas nak main wassap wassap ni..
Dan aku tak akan belikan untuk anak-anak aku..

Nampak seperti mereka macam bukan orang sebarangan..

Kereta besar-besar…

Ehh!!….
Semua no plat kereta diaorang samalah dengan kereta sicukai dan sineo aku tu..

Apapun …

Aku sangat seronok..

Bila keluarga lelaki sangat happy..

Sebelum balik Mak bakal pengantin lelaki peluk aku dan bersungguh-sungguh suruh aku ke rumahnya di KL sekiranya aku ke sana..

Dan bersungguh-sungguh juga jemput kami datang ke majlis perkahwinan anaknya nanti…

Entahlah ..

Bila agaknya kami akan sampai ke tempat mereka…


tengok orang..

Setiap semester setiap tahun aku konvo...
Tak pernah jemu aku join konvokesyen..
Walau sebagai pemerhati..
Aku suka..
Tengok gelagat orang atas pentas...
dulu masa zaman batu time konvo semua orang diam je terpaku tengok tengok graduan terima skrol..
Sekarang aku tengok dioarang khusyuk gak.. tapi ngadap tab..
Parents pun sama ..
Ramai yang menunduk .. rupanya ngadap tab..
Kecuali aku yang menikmati suasana konvo..
Aku ni ortodok..
Tak da telepon canggih macam orang.
wassapp pun tak de macam orang laen..
Cuma untuk call, jawab ,hantar dan terima mesej je..
Kesimpulannya..
Kalau bagi kat kucing telepon aku pun kucing tak pandang..
Silap aribulan kalau dia boleh bercakap...
sure kucing tu akan cakap...
" Apa tuu???"
haha..
Kiranya tinggallah tukang bagi skrol tu dan graduan yang bersungguh-sungguh atas pentas..
MAcam syok sendiri pulak..
Macam--macam gelagat graduan yang terima skrol..
Fesyen baju lawa-lawa..
Tapi tersembunyi dalam jubah..
Takut aku tengok budak yang pakai kasut tinggi sampai 10 inci  naik pentas.
Bukan apa..
Bimbang dia tertonggeng je atas pentas.
Sampai aku pencen sok cerita ni masih kedengaran setiap kali konvo.
Dah tu mulalah jalan tertonggek-tonggek..
Tak ke menyusahkan tu..

Siang aku menganga tengok orang kovo.
Malam tu pulak berbekalkan popcorn mangkuk besar..
dua botol air mineral..
Aku menganga pulak ngadap startrek kat Tok Mat Caid..
Dengan tebby..
Macam biasa.. 
Dia belanja tiket..
aku belanja makan..
Pukul 1.00 pagi baru sampai rumah..

Seronoknya..
Macam tak de kerja...
Macam tak de masalah..
Padahal menimbun..
hehe

cuti tapi kerja

Aku akan ke luar negeri dari 6 Mei hingga 12 Mei ni..
Bercuti ..
Ke Putrajaya..
Seorang diri membawa diri...
Tinggalkan laki dan anak-anak..

hahaha..

Tak da maknanya membawa diri..
aku jadi pemeriksa untuk KPM.
Selama seminggu siang petang malam mengadap kertas jawapan budak..
Memang tak sempat nak berjimba..

Tebby dah beri keizinan..
aku naik bas je..
Tapi tiket bas ke sana penuh 5 hb dan 6 hb..
pilihanraya kan..
Macam orang balik beraya pulak.
Naseb baek ada bas tambahan ke Putrajaya kul 11.30 malam pada 5 hb tu..
Kalau tak menyajau jugak la aku nak ke sana..
Malas  la naik flight..
Letih lagi naik flight sebenarnya..
Dan nak jimatkan duit juga..
Sebab aku nak laburkan duit di airport kat kaunter minyak wangi.. hehehe
Kat dungung mana ada mende-mende tu semua..

Tapi yang paling penting ialah..
Breakaway untuk diri sendiri..
Dan berjumpa kawan-kawan baru dari tempat laen dan bidang yang sama...



apa cita-cita ..

Dalam perjalanan pulang dari rumah mak petang tadi..
Seorang ibu ternampak seorang yang kurang waras.. membawa buntil-buntil pakaian di tepi jalan..

Ibu : Tengok tu..  kalau anak-anak ibu malas belajar nanti jadi macam tu ..  Kita mesti ada cita-cita .Cita-cita Amin nak jadi apa?
Amin : Amin nak jadi penembak tepat..
Ibu : Uiiitt.. apa tu ? amin nak jadik pembunuh upahan ke?
Amin : dok.. 
Ibu : Nak jadi askar la tu..
Amin :  Orhhh..
Ibu : amin kan kata minat masak.. jadi chep tak nak?
amin : dah tak leh makan macam-macam sekarang macamana nak jadi chep..
Ibu : Tak pun baiki kereta..

Dan dia hanya diam...

Naim : Ibu. ibu.. naim ada 5 cita-cita...
Ibu : Uittt!! banyaknya.... Naim nak jadi apa?
Naim : Pertama, Naim nak jadi ustaz.. kedua Naim nak jadik imam..
Ibu : Bukan sama je ke.. kalau jadi ustaz boleh jadi imam... jadi imam pun ustaz jugak..
Naim : Owhhh!! Satu je lah..

Lagi tiga cita-cita tak sempat diberitahu bila Yati mencelah ..

'Ibu.. ibu ... cita-cita yati nak jadi doktor"

" Tak kisah lah nak jadi doktor ke apa ke, yang penting kena rajin belajar .. kalau malas tak nak baca buku nanti merempat bawah jambatan sebab tak de kerja.. Ibu cita-cita satu je ..nak jadi cikgu... ibu belajar rajin-rajin tau.. sebab nak jadi cikgu.. sekarang ibu dah dapat jadi cikgu.. nak beli apa pun ibu ada duit.."

Dan mereka tiga beradik diam seketika...
aku tau diorang memang lemah bila bab nasihat belajar rajin-rajin ni...
haha..
 

tiba-tiba...

" Haa... naim tau cita-cita apa yang semua orang pasti capai...

'Apa dia ?'

" Cita-cita itu adalah masuk kubur..  semua orang dapat !!'

Dan .

Semua orang terdiam ..

sekali lagi.

Termasuklah aku..

Tak terkata....

hew hew hew..