tabahlah hati

Masa cuti sekolah dulu Amin dah mula sakit..
Demam batuk dan selsema..
Dia jarang sakit sebenarnya..
Tapi sejak dia tinggal di asrama ni..
Seakan sistem ketahanan badan dia dah tak begitu bagus..
Bila habis cuti sekolah demamnya datang dan pergi..
Sehinggalah satu hari sewaktu dia nak balik ke asrama aku bekalkan dia panadol dan ubat batuk yang aku beli kat kedai..
Keesokkan petangnya dia hantar sms katanya dia demam, mukanya bengkak dan kakinya lenguh..
Sememangnya aku terperanjat tengok mukanya sewaktu mengambilnya dari sekolah pagi berikutnya..
Aku syak dia sakit berkaitan buah pinggang..
tapi sebab mukanya aje yang bengkak doktor klinik swasta yang merawatnya kata alergi pada ubat..
Lalu ubat surut bengkak dibekalkan bersama antibiotik..
Tetapi bengkak kat muka tetap tak surut..

Tidak lama kemudian bermulalah dugaan yang tidak diduga 
sewaktu aku sedang sibuk tahap kritikal...
Pada satu malam Amin mengadu sakit pada pinggang yang teramat sangat dan sangat kerap ke tandas...
Dia tak pernah menangis kalau sakit.. 
tapi bila dia menangis sampai menonggeng tu pada naluri aku seorang ibu memang dia benar-benar sakit..
dan waktu aku menjangkakan ada sesuatu yang tak kena pada buah pinggangnya..
tapi ayahnya kata itu trick anak aku sebab mungkin dia nak mengelak dari pegi sekolah ..
Tapi aku kuat kata anak aku sakit sebab aku kenal sangat dengan anak aku...
Kalau dia tak sakit dia tak akan pernah mengelak pergi sekolah..
Hatta kalau dia demam sikit-sikit dan aku suruh dia ke sekolah ,
dia tetap pegi tanpa sebarang bantahan..

Pagi tu aku dan tebby  bawak dia ke wad kecemasan..
Dan..
Betullah jangkaan aku.. 
Ada jangkitan kuman.. ditempat yang aku duga..
Ditambah tekanan darah tinggi 
Serius..

Amin ditahan diwad..
Aku terpana untuk seketika..
Ya Allah
Kuatnya dugaan waktu aku tengah sibuk tahap kritikal ni..
Satu lagi kerana Amin sangat sihat sebelum ni...
Tiba-tiba kena sakit yang teruk..
5 hari dia dalam wad...
Dalam 5 hari tu jugalah  hidup aku kelam kabut..
Bawak kerja sekolah di hospital ..
sambil jaga anak.. 
Malam pula ayahnya yang jaga..
Sebab aku segan nak jaga malam-malam di wad lelaki.. 
Tak boleh tinggalkan Amin lama-lama..
Bimbang tetiba sakit dipinggangnya menyerang..
Setiap kali sakitnya datang dan dia menangis menahan sakit sambil mengerekot..
Maka setiap kali itulah juga terasa luluh hati aku dan hampir menitis airmata..
kalau boleh biarlah aku tanggung rasa sakitnya..
Sesekali dia mengadu.. 
Dia tak tahan duduk kat wad sebab setiap pagi nurse datang ambil darahnya..
Sakit.. 
dan aku dapat merasainya sebab aku biasa kena juga..
Ada ketika tangan tak berhenti mengurut pinggangnya..

Memang aku stress..

Hingga aku tak cakap pun pada kawan-kawan dengan keluarga tentang anak aku..
Kecuali sorang dua kawan rapat aku, mak, adik  dan abang aku yang sulung..
Sebabnya aku serius tertekan dengan kerja aku yang banyak 
dan dateline yang semakin hampir..
Bila dah settle semuanya dan aku dah rasa lega barulah aku beritau mereka..
Bila mak aku datang  melawat, Amin menangis sambil memeluk tokwannya..
Aku tau dia nak mangadu kat tokwannya yang dia sedang sakit.. 
Dan momen itu sangat menyentuh hati dan perasaan aku.. 

Amin dah keluar wad..
Dah ke sekolah pun
Alhamdulillah..
Tapi dia dah tak duduk asrama..
Aku dah buat surat mohon dia keluar asrama buat sementara..
tapi dia tak sihat sepenuhnya
Amin masih lagi on treatment..
Ubat dan makannya perlu dipantau..
Amin kena berpantang sekarang..
Air kencing perlu diuji setiap pagi..
Kalau terlalu kotor terpaksa pos dia balik ke hospital.

Menu kat rumah dah berubah..
Ada lauk khas untuk Amin
Setiap awal pagi  masak lauk..
Sebab dia dah kena bawak bekal makanan dari rumah..
Dia dah tak boleh makan di kantin lagi..
Dan aku sekarang sentiasa google internet tentang makanan yang patut dan yang tak patut untuk pesakit sepertinya..
Aku print dan ikut..
Dan sekarang aku duk mereka cipta lauk alternatif yang sesuai untuk amin..  

Doktor kata sakit niboleh sembuh..
Tapi ambil masa yang panjang..
Sebab kuman dah serang buah pinggang..
kalau tak jaga boleh sebabkan kerosakan..
Ramai tanya apa punca sakit..
tapi aku tak da jawapan ..
Selama kat rumah dia sihat..
Sebab aku jaga pemakanan kat rumah..
Junk food, jeruk dan minuman gas aku tak benarkan..
Setiap hari aku pastikan anak-anak aku bawa bekal nasi dan lauk yang aku masak setiap awal pagi ke sekolah.
Pagi sebelum pergi sekolah wajib breakfast dan aku akan paksa anak-anak aku makan.
Tambah lagi aku paksa makan minyak ikan.
Ajinomoto memang tak da dalam rumah aku...
Aku syak mungkin sebab demam yang berpanjangan..
Mungkin makanan asrama yang banyak makaji..
Mungkin juga junkfood yang anak aku beli di kantin sepanjang dia duduk asrama tanpa pengetahuan aku..
atau dari mesin air paip sejuk yang  anak aku kata dia teguk setiap hari... 

Aku sentiasa redha dengan segala dugaan dari Allah..
Ia menjadikan aku lebih tabah dan kuat..
dan sepanjang masa aku doakan anak aku sihat seperti sediakala...

Bukan senang jaga anak besar yang sakit..
dan yang culas makan ubat....
Geram jugak..
Sehinggakan aku kata pada Amin..
"Kalau Amin buat macam ni selalu... rasanya ibu yang mati cepat dan mati dulu dari amin..'
dan dia terus diam..
Selepas itu dia dah kurang buat kerenah lagi..
Ya Allah..
Sabarlah hati..
Yang penting.. 
dia sihat seperti sediakala...

Kalau nak elak sakit ni..
Jangan makan benda bergaram berlebihan.. 
Mesti banyak minum air..
Kurangkan air berkarbonat dan air dalam tin.
Makanan yang di proses macam sardin, mee segera, segala jenis sos..
dan jangan tahan bila nak buang air kecik..
kalau demam dan muka atau mana-mana bahagian badan tetiba  sembab tu..
Jangan berlengah lagi..
pergilah buat ujian darah dan air kencing kat hospital..
Cegah sebelum parah..