tabahlah hati

Masa cuti sekolah dulu Amin dah mula sakit..
Demam batuk dan selsema..
Dia jarang sakit sebenarnya..
Tapi sejak dia tinggal di asrama ni..
Seakan sistem ketahanan badan dia dah tak begitu bagus..
Bila habis cuti sekolah demamnya datang dan pergi..
Sehinggalah satu hari sewaktu dia nak balik ke asrama aku bekalkan dia panadol dan ubat batuk yang aku beli kat kedai..
Keesokkan petangnya dia hantar sms katanya dia demam, mukanya bengkak dan kakinya lenguh..
Sememangnya aku terperanjat tengok mukanya sewaktu mengambilnya dari sekolah pagi berikutnya..
Aku syak dia sakit berkaitan buah pinggang..
tapi sebab mukanya aje yang bengkak doktor klinik swasta yang merawatnya kata alergi pada ubat..
Lalu ubat surut bengkak dibekalkan bersama antibiotik..
Tetapi bengkak kat muka tetap tak surut..

Tidak lama kemudian bermulalah dugaan yang tidak diduga 
sewaktu aku sedang sibuk tahap kritikal...
Pada satu malam Amin mengadu sakit pada pinggang yang teramat sangat dan sangat kerap ke tandas...
Dia tak pernah menangis kalau sakit.. 
tapi bila dia menangis sampai menonggeng tu pada naluri aku seorang ibu memang dia benar-benar sakit..
dan waktu aku menjangkakan ada sesuatu yang tak kena pada buah pinggangnya..
tapi ayahnya kata itu trick anak aku sebab mungkin dia nak mengelak dari pegi sekolah ..
Tapi aku kuat kata anak aku sakit sebab aku kenal sangat dengan anak aku...
Kalau dia tak sakit dia tak akan pernah mengelak pergi sekolah..
Hatta kalau dia demam sikit-sikit dan aku suruh dia ke sekolah ,
dia tetap pegi tanpa sebarang bantahan..

Pagi tu aku dan tebby  bawak dia ke wad kecemasan..
Dan..
Betullah jangkaan aku.. 
Ada jangkitan kuman.. ditempat yang aku duga..
Ditambah tekanan darah tinggi 
Serius..

Amin ditahan diwad..
Aku terpana untuk seketika..
Ya Allah
Kuatnya dugaan waktu aku tengah sibuk tahap kritikal ni..
Satu lagi kerana Amin sangat sihat sebelum ni...
Tiba-tiba kena sakit yang teruk..
5 hari dia dalam wad...
Dalam 5 hari tu jugalah  hidup aku kelam kabut..
Bawak kerja sekolah di hospital ..
sambil jaga anak.. 
Malam pula ayahnya yang jaga..
Sebab aku segan nak jaga malam-malam di wad lelaki.. 
Tak boleh tinggalkan Amin lama-lama..
Bimbang tetiba sakit dipinggangnya menyerang..
Setiap kali sakitnya datang dan dia menangis menahan sakit sambil mengerekot..
Maka setiap kali itulah juga terasa luluh hati aku dan hampir menitis airmata..
kalau boleh biarlah aku tanggung rasa sakitnya..
Sesekali dia mengadu.. 
Dia tak tahan duduk kat wad sebab setiap pagi nurse datang ambil darahnya..
Sakit.. 
dan aku dapat merasainya sebab aku biasa kena juga..
Ada ketika tangan tak berhenti mengurut pinggangnya..

Memang aku stress..

Hingga aku tak cakap pun pada kawan-kawan dengan keluarga tentang anak aku..
Kecuali sorang dua kawan rapat aku, mak, adik  dan abang aku yang sulung..
Sebabnya aku serius tertekan dengan kerja aku yang banyak 
dan dateline yang semakin hampir..
Bila dah settle semuanya dan aku dah rasa lega barulah aku beritau mereka..
Bila mak aku datang  melawat, Amin menangis sambil memeluk tokwannya..
Aku tau dia nak mangadu kat tokwannya yang dia sedang sakit.. 
Dan momen itu sangat menyentuh hati dan perasaan aku.. 

Amin dah keluar wad..
Dah ke sekolah pun
Alhamdulillah..
Tapi dia dah tak duduk asrama..
Aku dah buat surat mohon dia keluar asrama buat sementara..
tapi dia tak sihat sepenuhnya
Amin masih lagi on treatment..
Ubat dan makannya perlu dipantau..
Amin kena berpantang sekarang..
Air kencing perlu diuji setiap pagi..
Kalau terlalu kotor terpaksa pos dia balik ke hospital.

Menu kat rumah dah berubah..
Ada lauk khas untuk Amin
Setiap awal pagi  masak lauk..
Sebab dia dah kena bawak bekal makanan dari rumah..
Dia dah tak boleh makan di kantin lagi..
Dan aku sekarang sentiasa google internet tentang makanan yang patut dan yang tak patut untuk pesakit sepertinya..
Aku print dan ikut..
Dan sekarang aku duk mereka cipta lauk alternatif yang sesuai untuk amin..  

Doktor kata sakit niboleh sembuh..
Tapi ambil masa yang panjang..
Sebab kuman dah serang buah pinggang..
kalau tak jaga boleh sebabkan kerosakan..
Ramai tanya apa punca sakit..
tapi aku tak da jawapan ..
Selama kat rumah dia sihat..
Sebab aku jaga pemakanan kat rumah..
Junk food, jeruk dan minuman gas aku tak benarkan..
Setiap hari aku pastikan anak-anak aku bawa bekal nasi dan lauk yang aku masak setiap awal pagi ke sekolah.
Pagi sebelum pergi sekolah wajib breakfast dan aku akan paksa anak-anak aku makan.
Tambah lagi aku paksa makan minyak ikan.
Ajinomoto memang tak da dalam rumah aku...
Aku syak mungkin sebab demam yang berpanjangan..
Mungkin makanan asrama yang banyak makaji..
Mungkin juga junkfood yang anak aku beli di kantin sepanjang dia duduk asrama tanpa pengetahuan aku..
atau dari mesin air paip sejuk yang  anak aku kata dia teguk setiap hari... 

Aku sentiasa redha dengan segala dugaan dari Allah..
Ia menjadikan aku lebih tabah dan kuat..
dan sepanjang masa aku doakan anak aku sihat seperti sediakala...

Bukan senang jaga anak besar yang sakit..
dan yang culas makan ubat....
Geram jugak..
Sehinggakan aku kata pada Amin..
"Kalau Amin buat macam ni selalu... rasanya ibu yang mati cepat dan mati dulu dari amin..'
dan dia terus diam..
Selepas itu dia dah kurang buat kerenah lagi..
Ya Allah..
Sabarlah hati..
Yang penting.. 
dia sihat seperti sediakala...

Kalau nak elak sakit ni..
Jangan makan benda bergaram berlebihan.. 
Mesti banyak minum air..
Kurangkan air berkarbonat dan air dalam tin.
Makanan yang di proses macam sardin, mee segera, segala jenis sos..
dan jangan tahan bila nak buang air kecik..
kalau demam dan muka atau mana-mana bahagian badan tetiba  sembab tu..
Jangan berlengah lagi..
pergilah buat ujian darah dan air kencing kat hospital..
Cegah sebelum parah..
    

bagilah salam

Kata mytebby dia ada banyak kerja kat ofisnya..
Banyak sungguh kerjanya hingga katanya pergi dari pagi hingga lewat malam baru siap..
Katanya .. pemantau nak datang melawat..
Banyak kerjanya yang tak settle.. terutama buku rekodnya yang bersih dari muka depan sampai mukasurat tengah.. 
Tapi sebelum tu dia mengadap budak jahat , si lover tu lah sampai tengahari.. 

Padahal banyak kerja tu..
Petang pukul 5 lebih baru  dia pegi ke opisnya..
aku ikut sekali sebab.. aku pun ada kerja jugak.. 
kalau buat kat rumah pasti lambat siap sebab banyak gangguannya terutama dari TV sebab aku ni suka mengadap tv..
Sebab keduanya aku nak jenguk anak aku si Amin kat asrama yang tak boleh keluar minggu tu..
Lagipun aku selalu teman tebby buat kerja kat sekolah terutama waktu malam..
dari sekolah lama hingalah sekolah yang baru ni..

Hampir maghrib kitorang sampai kat sekolah.
YAng tinggal kat sebesar-besar sekolah tu selaen aku dan mytebby adalah sorang pak sekuriti.
Masuk waktu maghrib..
Tak mula kerja lagi tu..
padahal kerja banyak..
Lepas sembahyang maghrib...aku ngan tebby keluar makan pulak..
dan beli jajan..
Beli limau, keropok yang disira dan air..
untuk bekal buat hilang mengantuk ..
maklumlah nak berjaga sebab nak buat kerja yang banyak tu... hehe
Sampai opis barulah sambung kerja..
sebesar-besar pejabat sekolah tu dinyalakn semua lampu..
Aku buat pejabat sekolah tu aku yang punya
sekejap aku lepak kat kaunter kerani sambil marking paper..
Puas buat kerja kat kaunter.. aku pindah buat gaya buaya berjemur atas sofa..
Cuma tak masuk opis bilik pen. kanan yang laen dan pengetua je yang terletak sebelah menyebelah dengan opis tebby.

Tapi akhirnya..
aku  tetap buat kerja dalam bilik mytebby..
sebab biliknya aircond sejuk..
Kat luar opis dalam pejabat sekolah tu panas...
sesekali aku minta tebby teman ke toilet..
entah kenapa dah tua bangka pun aku tetap penakut bila bab pegi toilet malam-malam ni..
Kenapalah toilet tak da dalam pejabat.. hehehe
Gelap wei kat luar..
tebby ni sibuk dengan kerjanya..
Tapi mcam banyak tengok yutiub jer..
nampak dia salin orang punya buku rekod..
owh... copy rupanya..
Tapi banyak tu..
fail laen dalam opis berterabur lagi..

aku cakap kat tebby  tak payah susah-susah..  taip je kat komputer...
pastu print dan tepek kat buku rekod...
laen tahun dia mengajar lagi.. tak yah lah susah buat lagi.. ubah tarikh je..  hehehe
Bila dah sejuk dalam bilik ni mulalah aku berbungkus dengan telekung sembahyang sambil duduk tertonggok marking depan tebby yang sibuk siapkan buku rekod.. 
dia buat , dia tandatangan... hehehe..
amazing sungguh...
heran pulak aku tengok dia tak ada tanda-tanda kesejukan..sedangkan aku dah berbungkus pun sejuk lagi..

Sedang dia sibuk buat kerja..
tetiba dia pergi baring atas tikar yang dia buat lapik sembahyang dan tidur..
katanya kerja banyak..
boleh lagi baring..
katanya ngantuk kejap..

aku ni pulakkan..
bukan boleh lama tertonggok atas kerusi..
sakit pinggang...
Lalu aku pun golekkan diri sebelah tebby yang dah mula pejam mata walaupun katanya kerjanya banyak..
Cuma golek sebelah je.. sambil sambung marking..

Tetiba..
jeng.. jeng.. jengggg...
Aku dikejutkan suara lain dalam bilik opis tu...
Aiiyooooo... 
ngeri ..
suara sapa tu...
lalu aku bingkas bangun..dan
aku lihat paksekuriti berdiri tercegat ditepi meja...

Katanya...
"cikgu... nanti kalu cikgu nok keluor, cikgu beritahu ye.. sebab saya kunci doh pintu pagor"

Adoiyaiiiiiii... 
Poyo lah paksekuriti ni..
nak masuk opis pun bagi salam lah dulu...
Buat aku sentap je..
aku tak taulah apa dalam pikiran dia bila melihat aku lakibini tergolek tepi meja...
Nasib baik aku berbungkus dengan telekung sambil pegang pen dengan kertas..
memanglah sebab aku tengah marking dengan gaya buaya berjemur..
aku rasa dia buat surprise tercongok tiba-tiba gitu sebab dia nak check kitorang buat apa berdua dalam opis kot.. 
hewhewhew....
Lantak ler... sebab memang kitaorang buat kerja pun...
aku pulun marking test dan mytebby pulun copy buku rekod ...
dalam pukul 12.30 pagi tetiba mytebby ajak balik rumah..
katanya mata dah tak tertahan mengantuk gila..
Laaa.. 
kata banyak kerja..
nak stay up sampai awal pukul tiga ataupun hingga ke empat pagi...
Tapi bagus jugak..
sebab aku pun tak larat nak bukak mata...
bebalam-balam dah aku tengok tulisan anak murid aku..
Kalau aku teruskan boleh fail budak-budak ni..
pukul 1.30 pagi we all sampai rumah..
jauhnya tempat kerja tebby ni..
30 minit baru sampai rumah..
Sampai rumah terus pitam sampai pagi..
dan lupalah apa yang bakal berlaku esoknya..
lantak ler... 
hewhewhew..
Tapi aku tau ..
mytebby macam ada magis
Selalu ada magis
Sebab
dia kata okey je kat sekolah semasa dan selepas pemantau balik..
Tak da apa-apa yang pelik berlaku...
dia memang sentiasa bernasib baek... 
hehehehe

perkenanlah doa kami

Amin dah tinggal di asrama.
Akhirnya dia tinggal di asrama..
Kalau boleh aku tak nak dia tinggal di asrama..
Tapi apalah daya aku si manusia biasa ni..
nak lawan perancangan dari Yang Maha Esa..
amin nak ambik periksa tahun ni..
cikgunya biasa buat tuisyen kat sekolah waktu malam..
Susah nak pegi menghantar dan mengambilnya..
Setelah berbincang dengan tebby dan difikirkan semasak-masaknya..
Akhirnya terpaksa juga tinggalkan dia di asrama..
Hati mana yang tak risau memikirkan anak di asrama..
Apa yang dia makan..
Siapa kawan dia ..
Dia kena buli ke tidak atau dia yang buli orang..
yang pasti setiap kali menghantarnya balik asrama...
bersama bekalan makanan yang banyak..
bebakul-bakul peringatan yang keluar dari mulut ibunya..
Serius aku risau setiap kali dia di asrama..
Tapi dia dah janji pada aku..
Hanya dalam tahun peperiksaan ni aje..
Pastu dia akan tinggal bersama dengan aku dan berulang ke sekolah dengan tebby.
Baru-baru ini aku sekeluarga melawatnya di asrama..
Membawa bersama ayam goreng kfc untuk dimakan bersama..
Adiknya bawak bola sekali..
Nak melepaskan gian bermain bersama abangnya..
Sedang berbual kami melihat kaen rentang gambar bakal pelajar harapan sekolah..
tetiba tebby bersuara.. 

' Amin nak tak gambar dengan nama amin ada kat banner tu..?

' tak nak la.' jawab Amin sambil menggeleng kepala...

Tetiba Naim mencelah..
' tak pa amin kalau gambar amin tak ada kat situ... tapi nama amin ada kat situ... cuba tengok doa kat situ tu... akhir sekali ada nama Amin tu'

hehehe... betullah ada.. 

" Perkenankanlah doa kami.."

hewhewhew..