Baru-baru ni anak aku balik dari bandar dengan abahnya.
Dia tersengih sambil memegang sekeping DVD yang telah dibeli bersama bapanya…
Dan DVD yang ditunjukkan menyebabkan ibunya naik angin..
"What???Kay el gangster!!! Amin taukan ibu haramkan anak-anak ibu tengok citer tu.. Meh sini DVD tu… ibu tak benarkan tengok!!"
Tak pasal-pasal tukang bayar pun kena tempiasnya… dan tukang bayar pun diam dengar bininya bising...
" Kenapa Amin tak boleh tengok??!!" Amin mula menyoal dengan nada tak puas hati sebab abahnya yang belikan tapi ibunya tak bagi tengok!!
"Tak boleh !! Ibu tak benarkan!! Cerita ni tak sesuai utk amin ngan adik-adik.. Amin taukan.. dulu lagi ibu dah cakap ibu haramkan anak-anak ibu tengok citer ni!! Amin tak tau mana yang baik dan tak elok dalam citer ni!! Tak boleh tengok..
"amin dah besar kan!! " jawab Amin menyebabkan maknya lagi hangin.
"Sapa cakap amin dah besar… MAcamana amin tau amin dah besar? amin dah 14 tahun tapi Amin masih main kereta mainan ngan lori..… tak boleh tengok.. sesapa pun tak boleh tengok..Citer tu ganas.. amin tak tau beza mana elok ngan tak elok… banyak orang ikut contoh yang tak elok"
Tiba-tiba amin nangis… anak aku nangis??? Nak gelak aku dibuatnya... Aku tau dia tak puas hati..
Tapi aku peduli apa…
Memang aku akui … sapa yang jadik anak aku mesti tensyen punyalah…
Sebab banyak perkara yang diorang nak tak dapat…
Nak hp aku tak bagi… tunggu umur 18 lepas SPM.
Senapang mainan atau sewaktu dengannya diharamkan..
Sebarang bentuk gusti tidak dibenarkan..
Air bergas diharamkan dalam rumah ,jeruk apatah lagi..
Nak tengok dvd Kay El gangstar pun tak dapat..
Tensyen kan!!
Nak lari dari rumah? Hah! Diorang cakap je… pasti aku akan tolong kemaskan baju diorang …
Tapi setiap perkara yang aku tak benarkan pasti aku berikan sebab kenapa diorang tak dapat apa yang diorang nak…
Dan akhirnya DVD Kay El gangster tu aku sorokkan dibelakang lipatan baju dalam almari aku yang aku pasti anak-anak aku tak jumpa..
Silap aribulan aku sendiri pun tak jumpa….
Dan anak aku kempunan lah tak dapat tengok cerita tu..
Satu hari tak lama selepas kejadian itu,
Aku bawa anak-anak aku bercuti kat satu resort di Balok..
Sebabnya nak spent masa ngan keluarga dan nak mandi di kolam yang sangat besar…
Memang aku gasak berendam dengan anak-anak sampai 2 jam pagi dan petang…
Siap tertelan air kolam lagi sebab terlalu excited main kolam… hehehe..
We all dapat complimentary breakfast untuk dua orang…
Tapi itulah… setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya…
Kat cashier di café resort tu aku cakap ada 3 dewasa dan dua kanak-kanak sambil tangan aku tunjuk pada amin sebab dia dah tinggi tak rupa macam kanak-kanak…
Tetiba cashier tu tanya " Berapa umur dia kak?"
'14 tahun"
" Tak apalah kak… saya kira caj kanak-kanak la" cashier tu cakap depan Amin dan anak teruna aku terus diam sambil sengih memandang aku..
Di meja makan aku beri sepatah dua kata pada anak teruna aku..
" Tengok… amin rasa amin dah besar… tapi orang lain yang tengok Amin tak rasa amin budak besar… Cashier tadi cakap Amin kanak-kanak lagi… Kalau ikut undang-undang istilah dewasa ni bila amin cecah umur 16 tahun tau!!" Kalau 14 masih kanak-kanak lagi!! Betul tak abah?"
"Bukan 16.. 18 tahun lah"
" Owh!! Salah ek!! Tak kisah la.. yang penting Amin masih kanak-kanak… Oleh sebab itu ibu simpan citer Kay El gangster sampai amin umur 18 tahun… dah sampai umur 18 tahun barulah Amin boleh tengok!! Faham tak??"
Dan anak aku menggangguk, diam dan terus makan..
Tak taulah anak aku paham ke tidak .. boleh terima ke tidak… tapikan , kalau umur 18 tahun…. Maknanya lagi 4 tahun lah dia baru boleh tengok citer Kay el gangster tu… Agaknya time tu anak aku dah lupa dah tentang citer tu… ataupun aku pun dah lupa kot aku sorok kat mana dvd tu .. atau mungkin pelakon citer tu dah kerepot atau berkulat kot… hehe