Sambut menantu
yang hilang berganti baru
Sebabnya jam aku hilang masa kenduri kawain adik aku baru ni kat rumah mak..
Puas cari tak jumpa..
Aku ni mana boleh tak ada jam..
Terasa seperti separuh dari hidup aku hilang...
Pulak tu tak boleh maen bukak-bukak jam dari tangan ni..
Kena pakai sokmo sepanjang masa...
Kalau maen bukak-bukak ni konpem tak lama lagi hilang lah jam tu...
Dan itu lah jugak yang telah berlaku...
Kat dungun ni mana ada banyak kedai jam...
Ada 1 je... itupun aku tengok kebanyakan jam dia dah out of date dan banyak yang berabuk..
At last.. aku beli kat maidin je.. senang cerita...
Sampai kat pasaraya ni... mulalah aku bersungguh sungguh tengok jam dalam rak jam...
Tapi tak tau yang amek yang mana ... taste pulak pelik..
Memang payah nak jumpa...
Nakkan yang digital, lawa, bukan tali besi .. ada lampu pulak tu...
Memang confirm takkan ada punya..
Kesian adik jaga kaunter jam tu melayan kerenah aku...
Sampai satu tahap dia dah tak larat lalu dia mintak pulak mamat bangla ganti tempat dia...
Kesian bangla tu...
Sengih-sengih dia melayan aku...
Sedang aku duk testing jam-jam tu kat tangan aku.. tetiba dia bertanya...
" Kakak kerja kat sini ke?"
" ya adik !" sambil mata duk menilik jam kat tangan..
" kakak kerja apa?"
" Kakak mengajar!!"
" oowh..!! saya ingat kakak kerja bank!!"
" Macamana adik rasa kakak kerja bank...?"
" Sebab akak ada gaya macam kerja bank.. sebab tu saya ingat kakak kerja bank!"
hahahaha!! KErja bank? Aku ni ada gaya kerja bank ke?
tetiba aku teringat kak mekdah..
jam yang ada di tangan aku sekarang... cool bebeh!! hehehe
epilog cinta perkahwinan adik












Tema hidangan pengantin adalah seafood... ikut pengantin decide nak makan apa..... aku dan kak zu menggalas tugas tukang masak .. kak zu buat salad untuk appertizer, udang mentega.. dan puding untuk dessert.. aku kena masak 3 ekor ikan besar masak sweet sour.. telur puyuh sup bebola ikan , filamen ketam kawin ngan cendawan.. dan buah-buahan...













kena lagi..
terimakasih pakcik...
Macam besar tapi kecik lagi
Baru-baru ni anak aku balik dari bandar dengan abahnya.
Dia tersengih sambil memegang sekeping DVD yang telah dibeli bersama bapanya…
Dan DVD yang ditunjukkan menyebabkan ibunya naik angin..
"What???Kay el gangster!!! Amin taukan ibu haramkan anak-anak ibu tengok citer tu.. Meh sini DVD tu… ibu tak benarkan tengok!!"
Tak pasal-pasal tukang bayar pun kena tempiasnya… dan tukang bayar pun diam dengar bininya bising...
" Kenapa Amin tak boleh tengok??!!" Amin mula menyoal dengan nada tak puas hati sebab abahnya yang belikan tapi ibunya tak bagi tengok!!
"Tak boleh !! Ibu tak benarkan!! Cerita ni tak sesuai utk amin ngan adik-adik.. Amin taukan.. dulu lagi ibu dah cakap ibu haramkan anak-anak ibu tengok citer ni!! Amin tak tau mana yang baik dan tak elok dalam citer ni!! Tak boleh tengok..
"amin dah besar kan!! " jawab Amin menyebabkan maknya lagi hangin.
"Sapa cakap amin dah besar… MAcamana amin tau amin dah besar? amin dah 14 tahun tapi Amin masih main kereta mainan ngan lori..… tak boleh tengok.. sesapa pun tak boleh tengok..Citer tu ganas.. amin tak tau beza mana elok ngan tak elok… banyak orang ikut contoh yang tak elok"
Tiba-tiba amin nangis… anak aku nangis??? Nak gelak aku dibuatnya... Aku tau dia tak puas hati..
Tapi aku peduli apa…
Memang aku akui … sapa yang jadik anak aku mesti tensyen punyalah…
Sebab banyak perkara yang diorang nak tak dapat…
Nak hp aku tak bagi… tunggu umur 18 lepas SPM.
Senapang mainan atau sewaktu dengannya diharamkan..
Sebarang bentuk gusti tidak dibenarkan..
Air bergas diharamkan dalam rumah ,jeruk apatah lagi..
Nak tengok dvd Kay El gangstar pun tak dapat..
Tensyen kan!!
Nak lari dari rumah? Hah! Diorang cakap je… pasti aku akan tolong kemaskan baju diorang …
Tapi setiap perkara yang aku tak benarkan pasti aku berikan sebab kenapa diorang tak dapat apa yang diorang nak…
Dan akhirnya DVD Kay El gangster tu aku sorokkan dibelakang lipatan baju dalam almari aku yang aku pasti anak-anak aku tak jumpa..
Silap aribulan aku sendiri pun tak jumpa….
Dan anak aku kempunan lah tak dapat tengok cerita tu..
Satu hari tak lama selepas kejadian itu,
Aku bawa anak-anak aku bercuti kat satu resort di Balok..
Sebabnya nak spent masa ngan keluarga dan nak mandi di kolam yang sangat besar…
Memang aku gasak berendam dengan anak-anak sampai 2 jam pagi dan petang…
Siap tertelan air kolam lagi sebab terlalu excited main kolam… hehehe..
We all dapat complimentary breakfast untuk dua orang…
Tapi itulah… setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya…
Kat cashier di cafĂ© resort tu aku cakap ada 3 dewasa dan dua kanak-kanak sambil tangan aku tunjuk pada amin sebab dia dah tinggi tak rupa macam kanak-kanak…
Tetiba cashier tu tanya " Berapa umur dia kak?"
'14 tahun"
" Tak apalah kak… saya kira caj kanak-kanak la" cashier tu cakap depan Amin dan anak teruna aku terus diam sambil sengih memandang aku..
Di meja makan aku beri sepatah dua kata pada anak teruna aku..
" Tengok… amin rasa amin dah besar… tapi orang lain yang tengok Amin tak rasa amin budak besar… Cashier tadi cakap Amin kanak-kanak lagi… Kalau ikut undang-undang istilah dewasa ni bila amin cecah umur 16 tahun tau!!" Kalau 14 masih kanak-kanak lagi!! Betul tak abah?"
"Bukan 16.. 18 tahun lah"
" Owh!! Salah ek!! Tak kisah la.. yang penting Amin masih kanak-kanak… Oleh sebab itu ibu simpan citer Kay El gangster sampai amin umur 18 tahun… dah sampai umur 18 tahun barulah Amin boleh tengok!! Faham tak??"
Dan anak aku menggangguk, diam dan terus makan..
Tak taulah anak aku paham ke tidak .. boleh terima ke tidak… tapikan , kalau umur 18 tahun…. Maknanya lagi 4 tahun lah dia baru boleh tengok citer Kay el gangster tu… Agaknya time tu anak aku dah lupa dah tentang citer tu… ataupun aku pun dah lupa kot aku sorok kat mana dvd tu .. atau mungkin pelakon citer tu dah kerepot atau berkulat kot… hehe
just asking..
"Naim!!"
"Ya!!"
"Kalau ibu lipat-lipat naim pastu masukkan naim dalam perut ibu semula nak tak??"
"Tak nak!!"
"Apasal lak Naim tak nak??"
"Nanti tak da kawan!"
" Tak palah tak da kawan... naim kawanlah dengan ibu... ibu cakaplah dengan naim!!
"tak nak!! Panas!!"
"Panas?? Mana ada panas... dulu naim duk dalam perut ibu 9 bulan tak ada mengadu panas pun... maknanya tak panas lah dalam perut ibu?"
"Dulu naim kecik tak tau macamana dalam perut ibu...agipun masa tu naim tak leh cakap!!" sambil terus layan kartun kat astero....
Ok... no more stupid question .. Actually aku cuma nak test keupayaan anak aku beri respon pada soklan-soklan bodoh aku je.....Dah namapun very ridiculous question! nonsense ..ahaks.
suratsuruhmohonnaikpangkatyangdahberkurunlamanyaakutakbuat
Merujuk kepada ucapan bos besar semasa majlis Anugerah Cemerlang baru2 ini, beliau menyeru kuli-kuli yg telah lama berkhidmat untuk memohon DM52.
Sehubungan itu, nama tuan/puan telah tersenarai setelah ditapis nama kuli-kuli kita yg telah bekerja lebih dari 8 tahun & belum mendapat kenaikan ke DM52.
Saya amat berharap rakan2 semua dapat memulakan langkah....spend masa minima 1 jam sehari utk perkara ini.
Sekiranya form tiada, disertakan bersama ini. Anizah, kalau form berubah, harap dapat email yg terbaru.
**** adoiii!!! adoiiyaiii!! tertiba dapat notis dari bos plak...
itulah kisahnya pagi tadi ... bila aku dapat email dari bos ... maka riuhlah sekelian rakyat jelata di bilik rehat kat ofis bila diorang dapat tau aku antara enam orang yang masih tegar tak mohon kenaikan pangkat lagi........
" Has***** !! La!! awok dok mohon naik pangkat lagi??!!!
" hehehehe!!"
" Kalau ustaz tolong isikan borang...saya mohon la .. hehehe! kalaulah ada kaunter yang ada orang amek upah isi borang macam kat kedutaan indon tu... bayor je ustaz!!! heheh "(Sememangnya aku cukup tak gemar isi borang yang cerewet ni...)
" Hah !! buka template borang 52 tu!!"
" Adoiii ustaz!! tetiba saya rasa mcam sakit perut la ustaz!!! Kepala pun tetiba sakit ustaz! Laenkali aci dok ustaz??! hehehehe!! ( biasa lah aku bab cipta alasan ni... ahaksss)
" Bakpa la awok ni babel sangat ni...hhehe !!" (maksudnya degillah tu) hehehe
" InsyaAllah ustaz!! bila tiba masa!!" hehehehe
Bila masanya??? Entahlah... nantilah.. tunggu turun wahyu dari langit .
Kalau ikut stail cikgu cikgi ni tak leh ke??... sampai masa matang cukup haul terus dapat kenaikan pangkat... tak yah susahpayah isi borang ngan buat fail...
**** Nasib baik bukan dapat surat peringatan dan surat tunjuk sebab tak mohon kenaikan pangkat.. Kalau tak boleh meroyan aku ...heheh
sikit je upah!
"Yep!!!"
" Ibu, tadi naim tolong abah sapu. tolong abang angkut tanah... Penat naim.. tapi abah beri upah singgit je kat naim ibu!!"
" cukup lah... belanja sekolah abah bagi tiap-tiap hari tu!! Naim kira upah ke tolong abah??? Cuba Naim cakap kat ibu penah tak abah mintak upah dengan naim sebab jaga naim masa kecik... ada tak abah suruh naim bayar upah tiap-tiap kali abah hantar dan ambik naim tusyen.. ?? Tak da kan..???"
Dan anak aku yang namanya Naim itu mengangguk dan terus diam sambil makan...
*** Uitt! bertuah anak aku ni... Nasib baek tak berkira dengan aku... kalau dia cakap macam tu kat aku... mau sekarung aku senaraikan apa yang aku buat tapi tak minta upah dengan dia... hehehe!!! kalu dah besar sok dia berkira jugak dengan aku... mau aku lipat-lipat dia dan masukkan dalam perut aku balik... ahakss...