Tempatmu bukan disini

Dah banyak kali dia diberi peluang..

Banyak kali kesilapan yang dilakukan...

Kenkadang dia buat orang bengang...

Dia tipu orang bulat-bulat..

alasan diberi tak munasabah langsung

Macam orang ni bangang sangat..

Tapi orang-orang yang diperbangangkan dah tahu..

cuma orang yang dia dah perbangangkan itu baek-baek semuanya...

Tapi sampai bila nak perbangangkan orang...

Kerana masa itu pasti tiba..

dan akhirnya saat itu telah tiba...

Bila dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal secara paksa kepada kami semua disini termasuklah orang-orang yang telah dibangangkannya..

Lalu gembiralah hati orang-orang yang telah dibangangkannya....

Tapi dia tetap tak nak ucapkan selamat tinggal kepada kami...

dia tetap berusaha nak kekal ditempat ini...

Adoiyaiiii!!! Kenapalah kau masih nak berada disini.... pergilah tempat laen yang lebih nyaman dan dingin.. Kat sini tepi laut... panas terik dan nanti menghitamkan... silap ari bulan menggelupas kulit hidung.. nanti jadik tak comel...

Dia tak puashati .. tetap jugak nak hirup udara panas terik pantai Dungun..

Lalu seorang hero dicari untuk membantunya..

Tapi hero itu terlalu sibuk diluar sana

Kerana akhirnya hero itu mencampakkan juga ceritanya ke sini untuk dipertimbangkan...

Lalu adalah seorang polan telah menjadi mangsa dalam cerita tersebut..

Si polan itu telah diminta memberi ulasan permohonan dia yang terpaksa ucap selamat tinggal tetapi tetap berdegil......

Lalu sipolan itu telah digelakkan bagai oleh bosnya...

"Kau ni macam jilat balik ludah yang kau buang ke langit....!!! Hari tu kau yang bangkang.. sekarang kau pulak nak beri ulasan sokongan... hahahahahha!!'

Dan si polan itu telah berdukacita dan rawan hatinya......

akhirnya .... dengan rasa rendah diri dan penuh berhati-hati,

si polan itu telah menulis kepada ahli mesyuarat yang akan bersidang mengenai nasib dia yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal tetapi degil ni...


Assalamualaikum..

Merujuk perkara di atas..

Saya agak berat hati untuk menyokong permohonan pelajar ini untuk terus meneruskan pengajian di sini.

Berikut adalah antara sebabnya:

1. Pencapaian CGPA beliau adalah 1.** yang mana syarat yang membolehkan pelajar dibenarkan meneruskan pengajian apabila gagal dengan status D4 adalah 2.00.

2. Pelajar ini mempunyai baki * subjek lagi yang perlu dihabiskan untuk tamat.

3. Pelajar ini langsung tidak melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ko kurikulum anjuran kelab fakulti ini.

4. Pelajar ini juga bermasalah dari segi kedatangan ke kelas terutamanya pada awal pengajian tetapi tidak diambil tindakan kerana pensyarah masih ingin memberi peluang kepadanya. Beliau juga pernah menipu MC semasa kelas ****** yang diajar oleh ******** tetapi pensyarah tersebut tidak mahu melaporkan untuk tindakan tatatertib kerana masih mahu memberi peluang kepada pelajar tersebut.

5. Bagi subjek ****** yang beliau telah gagal sebanyak 3 kali. Beliau gagal kali pertama dengan mendapat (F), gagal kali kedua (F) dan kali ketiga (E). Pada pandapat saya kalau pelajar yang lemah sekalipun, sekiranya dia berusaha dan rajin menemui pensyarah sekiranya mengalami masalah dia pasti tetap akan lulus semasa mengambilnya kali kedua.

Kesimpulannya ,saya agak berat hati untuk menyokong permohonan pelajar untuk meneruskan pengajian ini memandangkan peluang banyak telah diberikan oleh pensyarah dan nasihat banyak sudah saya berikan padanya setiap kali dia datang pada saat akhir sebelum tarikh pendaftaran kursus tamat untuk menyelesaikan masalah pendaftaran kursus beliau. Walaubagaimanapun, saya menyerahkan segala keputusan di tangan pihak tuan dan puan yang arif dan saya hormati.


Sememangnya tempat kamu mungkin di luar sana dan bukan disini... Ada hikmah dibalik semua yang berlaku.. Mungkin ditempat baru hidupmu akan bermula dengan baek dan dirimu akan berjaya diluar sana......... all the best....



*** Siapakah sidia, orang yang dibangangkan, si hero dan si polan dalam cerita ini?? Biarlah rahsia..