Unpredictable matters

Terlalu banyak mende yang berlaku sepanjang awal tahun ni sampai aku tak tau nak ngadu yang mana satu dulu.. citer tahun lepas pun tak masuk report lagi. Sejak dua menjak masuk mengajar ni agak sibuk la sampai aku tak sempat nak update teman setia aku sepanjang masa.
Nak mula yang mana satu dulu.. pasal jadual dan kalendar akademik. Jadual aku berubah lagi. Asal jadual aku memang menyenangkan. Kelas kul 8 abes kul 4. Dan ada hari-hari kelas kul 10 je dah abes.. Dan aku sangat happy..TApi bila mula kuliah.. masalah mula bermula bila bangunan Destini tak boleh mula lagi. Kemudian dia orang ubah pulak jadual aku hingga jadik kurang menarik. DAri abes kelas pukul 4.20 ada pulak dia tolak ke tamat pukul 6.20. Bila diorang yang berkenaan ubah jadual asal pada yang baru, timbul pulak masalah baru iaitu pelajar yang mengulang subjek yang aku ajar tak dapat ikut kelas aku sebab clash dengan subjek part 6 diaorang.. Jadik aku terpaksalah tukar jadual ke masa yang mana semua budak boleh masuk kelas dan akhirnya keluarlah jadual ke tiga yang aku tak tau bertemakan apa.. Tema kasih sayang jauh sekali.. Mungkin sesuai tema jadual tu "lembek lolli" lah kot sebab ada satu hari terpaksa buat kelas malam sebab tak jumpa satu waktu yang sesuai.. Telan je lah.. nak buat macamana lagi.. tak boleh nak pentingkan diri sendiri bab jadual ni.. mesti utamakan pelajar. Pastu ada kelas aku tu pulak mula-mula masuk kelas ada empat orang je dan aku happy giler lah sebab selamatlah tekak aku dari cakap kuat-kuat dan lagi senang nak control pelajar.. ya lah! 4 orang je kan.. tapi malangnya ramalan ku salah semuanya bila next class aku masuk aku tekejut badak sampai badak pun tak terkejut macam tu sekali bila aku tengok student aku meningkat sepuluh kali ganda.. Melaut penuh dalam kelas duk sengih-sengih kat aku.. Oomakkk!! Abahhh!! Abangggg!! Tolong den nii haa!! Itupun kelas berikutnya ada lagi muka baru masuk hingga bilangan pelajar aku hampir sampai 50 orang.. Oh My God!! Then klas macam ikan sardin.. luckily akhirnya aku dapat cari kelas lebih besar nak muatkan pelajar aku yang ramai supaya diorang selesa dan aku pun tak sakit mata. Tapi bila dah ramai, masalah aku yang utama adalah susah nak ingat nama dan susah nak panggil.. jadik jalan penyelesaian aku ialah belasah je panggil nama diaorang, En Bakar ada, Sulaiman ada, Rahim Muda ada, Rahim Maarof ada, Rashid ada, Kasim Selamat ada, Sultan Shahrulnizam pun ada. Tapi yang pasti pas abes kelas tu mesti suara aku dah lain atau tak ada.. Awal masuk suara macam Siti Nohaliza, abes kelas je suara aku dah betukar jadi macam suara katak tercekik... huhu.. boleh hilang terus.. Sabar je la...
Yang kedua entah apa malang nasib aku tetiba aku kena jadi pemantau cikgu-cikgu lain plak... Mula-mula aku tengok ada surat panggilan mesyuarat yang dihantar secara umum.. Hati mula berdebar macam orang nak jumpa boipren... Sekali bila buka tengok attached file senarai nama pemantau buat aku nak terguling macam tenggiling dalam bilik aku.. Benci!!Benci! Benci!! Adoiyaiii!! Sapalah yang tergamak meletak nama aku dalam tu.. Aku ni setakat kalau pi tengok chekgu tu ada ke tak tak apalah jugak.. Masalah den ni sebab kena masuk duduk dalam kelas cikgu tu.. kena tengok sahsiah pelajar.. ketepatan masa chekgu, pengajaran dan komunikasi dalam bahasa Inggeris.., Itu yang aku lemah sebab dia ambik masa aku tau.. Kalau sorang tak apalah.. ini sampai 5 orang .. pastu kena pantau 2 kali pulak minggu depan dengan minggu lagi satu.. Ingat aku ni mcam tak ade kerja lain ke nak pi jaga tepi kaen orang.. Uhh Mannn!! Not my type la!! TApi tengoklah macamana.. mungkin aku just duk tepi tingkap je kot.. unless suara chekgu pelahan dan tak dengar tambahan pula kelas tak ada tingkap maka barulah aku masuk.. TApi tadi masa duk yu ya yu ya discuss pasal pemantauan dengan fathycute, Rizal dan Nani kat bilik Fathy.. tetiba si Rizal cakap "kalu kak C**i ngajar.. pemantau tak payah masuk pun tak pa .. duduk selang sebelah kelas pun boleh dengar dengan jelas lagi.. Saya lalu blok tu dari jauh dah cam suara.. hahaha!!" Uitt!! Kuat benar ke suara aku??.. Mungkin betul kot sebab jiran mak aku belakang rumah tanpa datang bertandang rumah mak aku pun boleh tau cikgu Mida ada balik.. hehehe!! Kalender akademik baru tak menarik langsung dan langsung tak bertemakan kasihsayang.. Kena mengajar sepanjang tahun.. cuti langsung tak sama dengan cuti sekolah anak..hu!hu! Kenkadang.. aku rasa nak antar email je kat en khalid Nordin tu supaya rasa sekali pengalaman jadik kuli batak macam kitorang ni.. Ikut suka hati dia ubah kalender... Tapi.. siapa lah aku.. ni hanya semut kecil...
Itu tak termasuklah kes aku tertonggok sorang-sorang depan Destini sebab ingat dah mula kelas kat situ tapi bayang batang hidung orang pun tak ada. Akhirnya si Jepri gelak duk sambil duk kutuk aku kata aku patut jadi Pengarah Destini dan pegang kunci bangunan tu.. Tak pa kau Jep!!.. Nanti aku jadik Pengarah kampus aku lantik kau jadik pengarah Destini ganti aku plak .. heee!!! Sekaliarung dengan jawatan Presiden bilik rehat... hahhaaha!!
Yati cakap dengan aku dia dah tak jadi penolong ketua kelas.. Diganti orang lain.. Jawatan dilucutkan. Aku tanya sebab apa.. Dia jawab sebab dia kuat berjalan... Uittt!! Menurun sapa tu kuat berjalan masa kat sekolah? Aku ker!!! hehehe...