Hanyut

Hampir tingtong aku dibuatnya nak siapkan soalan final ni. Nasib baik kena buat satu set. Dibuatnya kena siapkan 4 set mau aku terus tingtong. Eish diorang ni!! Apasal rajin benar suruh orang buat soklan setiap semester ea? Kalau setiap cawangan bergilir buat tak aci ke? Bosan tau. Terutamanya penat-penat buat tapi tak kuar-kuar pun..Pastu tak tau apa sudah jadik pada soklan yang kita buat tu. Nak wat macamana.. buat jelah.. Tak buat kang orang cop jadik pemberontak pulak.


Setelah begitu bersungguh-sungguh, berhempas pulas, penuh khusyuk dan tawadhuk mengadap buat soklan final ni dari pukul 3.30ptg, akhirnya siaplah soklan aku pada pukul 2.30 pagi. Naik kematu punggung duk atas kerusi lama sangat. Kalaulah aku berhempas pulas begini masa phd degree dulu konpem aku dapat Anugerah Kelas Pertama lah.. Hehe!! Sayang semuanya sudah terlambat.. Actually ni pun buat kerja last minute. Tak sempat nak buat awal sebab banyak perkara yang perlu dibereskan dulu tambah pulak ada sikit unsur-unsur sindrom kemalasan melampau yang tak dapat dielakkan. Tapi aku lega sebab soklan dah siap. Alhamdulillah!!


Harap-haraplah semuanya berjalan dengan lancar masa vetting nanti..Don't want any disaster anymore and no more weird subject coming in. Kalau ada memang sah awal-awal lagi aku reject terus..Mau titon.. kepala sudah pening.

Ya Allah !! Haraplah bukit tempat aku mengasapkan diri tu nanti tenang dan nyaman.. Aminnn!!!


Chauu...

leaving on a jetplane...

Ingatkan dah selamat dari kena buat soklan exam. Aku dah hepi-hepi. Maklumlah dah 3 minggu kelas tak ada apa-apa arahan kena buat soklan lagi. Baru ni ada arahan kena buat soalan untuk degree tapi aku tak buat pun. Entah .. aku pun tak tau kenapa aku malas sangat buat dan akhirnya memang aku tak buat.. aku rasa penat sangat dan tak ada mood dan feel langsung nak buat soklan... Every sem kena buat soklan. Bayangkan 4 kali semester nanti .. maka 4 kali jugaklah kena buat exam. since aku tengok ada je orang tak buat.. so aku ambik keputusan tak buat.. Don't care anymore.. I'm just too tired... Lagipun ada lagi cawangan lain yang ajar.. bagi diaorang tunjuk skill lah pulak buat soklan...
al malang wal suweyy bila hepi aku tu tak lama... Tengah duk hepi-hepi tetiba dapat arahan kena buat soklan untuk diploma.. Nak 4 set pulak tu.. Ha amekkaww!!! Padanmuka.. dari tak buat kena buat sampai 4... Nasib baek ada 2,3 orang ajar kod ni.. Kalau tak boleh tingtong aku buat sensorang. Dah lak tu, bagi tempoh seminggu je... Bukan setakat tu kena jadi vetter pulak pi vetting kat Machang.. Bukan sehari. 3 hari pulak tu.. Adoiiyaiii!! Aku bab aktiviti mengasap kepala dan diri ni aku cukup tak suka... Benci!!! Tapi nak buat macamana.. Dah jadik resource person.. dan selama ini pun itulah keja yang aku buat selain dari ngajor.. tapi yang penting sapa lah aku ni... kuli batak je.. so.. jangan banyak songeh!!! Pegi je mengasapkan diri kat atas bukit tu.. hehhee!! Boss pun dah wish good luck kat aku.. Katanya.. " Enjoy yourself!! hehhe!! Selamat mengasap kat atas bukit.. hehhe!!
Patutnya hari ni dah kena hantar soklan lengkap kat pegawai Exam.. dan kutip semua soklan yang nak dibawak.. Tapi aku tak buat pun lagi sebab sebok ngan benda laen. Malam ni lah aku start buat kot.. So, kejap lagi nak gi ngadap pegawai exam tu lah..
We all akan bertolak ke Machang di atas bukit tu 29 hb Januari ni pukul 3 petang. Naseb baek request NAZa diperkenankan.. Kalau dibuatnya bagi van .. alamatnya keraslah badan dan kematulah punggung duk atas van tu.. Nak naik flight tak layak sebab ramai yang pegi.. Eh!! Tapi mana ada flight ke Machang melainkan kereta.. hehhee!! Nanti balik abes vetting je 1 hb tu terus chau.. Malas aku nak tunggu lama-lam akt situ.. lagipun anak-anak aku duk sekolah lagi..
Tapi Machang??Apa ada kat sana ea? Tak menarik langsung!! hehe!! Tengoklah macamana nanti..
Chauu !! nak gi ngadap pegawai HEA tu plak.....

Ada awek tak?

Aku suka bertanyakan anak teruna aku yang sulung tentang keadaan dia di sekolah barunya.. SAtu malam semasa sedang menonton TV bersama-sama Amin aku telah bertanyakan soalan padanya....



Aku : Amin!! Ada tak orang kim salm kat Amin kat sekolah?
Amin: ADa
Aku : Ramai tak?
Amin: Ramai.. ( Ramaiii??? Hensem benar ke anak aku nih??)
Aku : Amin tau tak sapa yang kimsalam kat Amin?
Amin: Dok taulah!!
Aku: Budak kelas Amin comel-comel tak?
Amin: Dok..
Aku : Ada budak tingkatan 1 laen yang comel?
Amin: ADa.. Budak 1 RK. ( Wahh!! semut luar negeri dia nampak pulak!!! hehehe!!
Aku : Amin... Amin ada awek tak kat sekolah?
Amin: Tak dok!
Aku : Betul ni tak de?
Amin: Betul!!!
Aku: Bagus!!! Kalau ada Amin cakap je.. Ibu kawinkan je terus!!!



Dan Amin terus diam je sambil tengok TV.. I don't know what in his mind... hhehe

Takut peksa!!!!

Anak dara aku memang suka bercakap. Tak taulah menurun sapa.. hehe!! Kenkadang tak terlayan sehingga ada ketika masa tengah dia duk pok pek pok pek bercakap tetiba aku cakap kat dia " Yati, boleh tak kalau ibu mintak Yati duk diam jangan bercakap sekejap..ibu pening lah!!" Dan dia akan diam.. itupun adalah dua tiga minit je.. . Esok dia nak exam. JAdi on the way balik dari hantar abang-abang dia pegi tusyen.. as usual aku melayan anak dara aku yang tak berhenti bercakap tu.


Yati: Ibu, Yati berdebar sangat.. Yati takut sangatlah sebab esok YAti peksa.

Aku: Pasal lak YAti takut.. Kalau Yati dah baca buku buat apa nak takut. Selalu orang yang tak membaca je yang rasa takut. Betul tak abah?

Abahnya: Betullll!!!

Yati: Eh tak lah!! YAti tak takut. Takut sikiiiiitttt je.


Heheheh!!! Macam conversation si Sultan dengan ahli Nujum Marang Krapu Kepunden Marang Sekeper dalam citer Seniman Bujang Lapok je.. Cuma version anak dara aku … hehehe! Tapi dalam takut-takut dia tu, balik rumah je sempat lagi tengok TV dan pastu tidur tanpa rasa bersalah pun… Buku?? Dia baca dalam mimpi je.. Tak taulah aku macamana dia jawab peksa esok..

Kedai makan Cap Ayam

Semalam aku anak beranak pergi outing dinner kat Medan Selera Ikan Bakar yang baru buka kat Kuala Dungun. Sampai sana je parking da hampir penuh bermakna orang ramai. Aku perasan kalau tempat-tempat makan baru mesti penuh tapi tak lama. Mungkin tak sedap mana kot yang menyebabkan diorang datang sekali je. Pastu tak datang-datang dah. We all masuk kat gerai no 4 berhampiran dengan playground. Yati excited gila nak main playground tapi at last dia muncung sampai boleh sangkut baldi sebab aku tak bagi dia main. Aku cakap dengan dia kalau datang makan, duk diam-diam.. datang untuk makan bukan untuk main. Kalau tak balik rumah terus. We all order nasi putih 1, nasi goreng pattaya 1, mee sup 1, ikan Anjelina Joli bakar 1, nasi goreng kampong 1 dan mee kung fu 1 selain air minuman. Aku ni biasalah kan perangai aku di tempat baru aku akan memerhati tempat tu , penyedia makanan sampailah orang-orang yang datang makan. I'm an observer kan. That's why la si Doris tu lantik aku jadi pemantau sedangkan kalau ikut kelayakan pemantau tu aku tak layak pun. Hehe! Everything went fine bila tiba-tiba aku terpandang budak-budak kecik berlegar keluar masuk kedai. Aku dah mula cuak bila salahsorang pelayan dukung budak kecik tu. Anak dia kot menyebabkan aku mula meragui kebersihannya walaupun kedai bersih. Tapi lama menunggu buat aku lagi bertambah cuak tambah lagi bila aku tengok orang yang datang kemudian dapat dulu. Salah sorang dari owner kedai tu kot bila perasan kesilapan tu mintak maaf kat kitorang je sambil kata makanan kita orang dah nak siap.. Aku ngan laki aku macam biasalah muka manis kata tak apa walaupun dalam hati bengang gila. Bila makanan kita orang sampai, aku dan myhubby terkejut bila ada makanan yang kita orang order tak sama dengan apa yang kita orang dah order. Ikan Anjelina Joli bakar tu dah betul, tapi 2 pinggan nasi putih yang keras macam batu dihantar.. Aku dan myhubby dah berpandangan sesama sendiri bila nasi pattaya yang dipesan, nasi goreng cina yang sampai. Mee sup yang dihantar dah la pedas, masam dan manis pulak rasanya. Kemudian datang nasi goreng kampong menyebabkan aku tak tau nak arrange hingga terpaksa bertukar makanan dengan anak dan laki aku. Bila aku tanya pelayan tu mee goreng kungfu dia kata aku tak order. Mak Aii!! Bengangnya aku!! Aku kungfu budak tu kang!! Tapi itu bukan yang sebenarnya berlaku. Hehe!! So mee sup aku yang pedas tu aku pass kat yati..Kesian kat yati.Satu suap mee, dua teguk air sebab tak tahan pedas. KAlau aku yang kuat pedas ni terasa pedas sampai berasap atas bawah. Inikan pulak anak aku. Aku makan nasi putih yang keras macam batu berlaukkan Anjelina Joli bakar dengan hati yang bengang. Tak happy langsung. Memang muka aku macam cencorot la waktu tu.. By the time we all nak siap makan tetiba mee kungfu sampai. Nasib baik aku tak tercekik sebab terkejut. At last aku suruh dia bungkus.. Betapa sungguh bangang cerdiknya orang kedai tu mee kungfu yang berkuah tu diletaknya dalam polisterin biasa dan bukan bungkus dalam plastik. Bayangkan apa yang berlaku.. sampai berminyaklah plastik tu sebab tumpah. Itu tak termasuk air yang diorder seketul-seketul gula yang banyak kat dasar gelas. Aku minum separuh je sebab terasa sebijik-sebijik gula dalam mulut aku..Mee kungfu tu kan keras macam lidi sebab duk dalam peti ais lama. Masa tengahsejuk keras tu diorang terus masak.,macamana nak lembut. That's the worst experience selama kita orang makan kat kedai.. Laki aku kata 'Cap Ayamm punya kedai!!".Tobat dah!! Inilah kali pertama dan terakhir aku aku anak beranak makan kat kedai tu. Baiklah aku makan kat kedai makcik kat pasar tu.. jauh lagi sedap..Hampeh!! Cap Ayam!!

Unpredictable matters

Terlalu banyak mende yang berlaku sepanjang awal tahun ni sampai aku tak tau nak ngadu yang mana satu dulu.. citer tahun lepas pun tak masuk report lagi. Sejak dua menjak masuk mengajar ni agak sibuk la sampai aku tak sempat nak update teman setia aku sepanjang masa.
Nak mula yang mana satu dulu.. pasal jadual dan kalendar akademik. Jadual aku berubah lagi. Asal jadual aku memang menyenangkan. Kelas kul 8 abes kul 4. Dan ada hari-hari kelas kul 10 je dah abes.. Dan aku sangat happy..TApi bila mula kuliah.. masalah mula bermula bila bangunan Destini tak boleh mula lagi. Kemudian dia orang ubah pulak jadual aku hingga jadik kurang menarik. DAri abes kelas pukul 4.20 ada pulak dia tolak ke tamat pukul 6.20. Bila diorang yang berkenaan ubah jadual asal pada yang baru, timbul pulak masalah baru iaitu pelajar yang mengulang subjek yang aku ajar tak dapat ikut kelas aku sebab clash dengan subjek part 6 diaorang.. Jadik aku terpaksalah tukar jadual ke masa yang mana semua budak boleh masuk kelas dan akhirnya keluarlah jadual ke tiga yang aku tak tau bertemakan apa.. Tema kasih sayang jauh sekali.. Mungkin sesuai tema jadual tu "lembek lolli" lah kot sebab ada satu hari terpaksa buat kelas malam sebab tak jumpa satu waktu yang sesuai.. Telan je lah.. nak buat macamana lagi.. tak boleh nak pentingkan diri sendiri bab jadual ni.. mesti utamakan pelajar. Pastu ada kelas aku tu pulak mula-mula masuk kelas ada empat orang je dan aku happy giler lah sebab selamatlah tekak aku dari cakap kuat-kuat dan lagi senang nak control pelajar.. ya lah! 4 orang je kan.. tapi malangnya ramalan ku salah semuanya bila next class aku masuk aku tekejut badak sampai badak pun tak terkejut macam tu sekali bila aku tengok student aku meningkat sepuluh kali ganda.. Melaut penuh dalam kelas duk sengih-sengih kat aku.. Oomakkk!! Abahhh!! Abangggg!! Tolong den nii haa!! Itupun kelas berikutnya ada lagi muka baru masuk hingga bilangan pelajar aku hampir sampai 50 orang.. Oh My God!! Then klas macam ikan sardin.. luckily akhirnya aku dapat cari kelas lebih besar nak muatkan pelajar aku yang ramai supaya diorang selesa dan aku pun tak sakit mata. Tapi bila dah ramai, masalah aku yang utama adalah susah nak ingat nama dan susah nak panggil.. jadik jalan penyelesaian aku ialah belasah je panggil nama diaorang, En Bakar ada, Sulaiman ada, Rahim Muda ada, Rahim Maarof ada, Rashid ada, Kasim Selamat ada, Sultan Shahrulnizam pun ada. Tapi yang pasti pas abes kelas tu mesti suara aku dah lain atau tak ada.. Awal masuk suara macam Siti Nohaliza, abes kelas je suara aku dah betukar jadi macam suara katak tercekik... huhu.. boleh hilang terus.. Sabar je la...
Yang kedua entah apa malang nasib aku tetiba aku kena jadi pemantau cikgu-cikgu lain plak... Mula-mula aku tengok ada surat panggilan mesyuarat yang dihantar secara umum.. Hati mula berdebar macam orang nak jumpa boipren... Sekali bila buka tengok attached file senarai nama pemantau buat aku nak terguling macam tenggiling dalam bilik aku.. Benci!!Benci! Benci!! Adoiyaiii!! Sapalah yang tergamak meletak nama aku dalam tu.. Aku ni setakat kalau pi tengok chekgu tu ada ke tak tak apalah jugak.. Masalah den ni sebab kena masuk duduk dalam kelas cikgu tu.. kena tengok sahsiah pelajar.. ketepatan masa chekgu, pengajaran dan komunikasi dalam bahasa Inggeris.., Itu yang aku lemah sebab dia ambik masa aku tau.. Kalau sorang tak apalah.. ini sampai 5 orang .. pastu kena pantau 2 kali pulak minggu depan dengan minggu lagi satu.. Ingat aku ni mcam tak ade kerja lain ke nak pi jaga tepi kaen orang.. Uhh Mannn!! Not my type la!! TApi tengoklah macamana.. mungkin aku just duk tepi tingkap je kot.. unless suara chekgu pelahan dan tak dengar tambahan pula kelas tak ada tingkap maka barulah aku masuk.. TApi tadi masa duk yu ya yu ya discuss pasal pemantauan dengan fathycute, Rizal dan Nani kat bilik Fathy.. tetiba si Rizal cakap "kalu kak C**i ngajar.. pemantau tak payah masuk pun tak pa .. duduk selang sebelah kelas pun boleh dengar dengan jelas lagi.. Saya lalu blok tu dari jauh dah cam suara.. hahaha!!" Uitt!! Kuat benar ke suara aku??.. Mungkin betul kot sebab jiran mak aku belakang rumah tanpa datang bertandang rumah mak aku pun boleh tau cikgu Mida ada balik.. hehehe!! Kalender akademik baru tak menarik langsung dan langsung tak bertemakan kasihsayang.. Kena mengajar sepanjang tahun.. cuti langsung tak sama dengan cuti sekolah anak..hu!hu! Kenkadang.. aku rasa nak antar email je kat en khalid Nordin tu supaya rasa sekali pengalaman jadik kuli batak macam kitorang ni.. Ikut suka hati dia ubah kalender... Tapi.. siapa lah aku.. ni hanya semut kecil...
Itu tak termasuklah kes aku tertonggok sorang-sorang depan Destini sebab ingat dah mula kelas kat situ tapi bayang batang hidung orang pun tak ada. Akhirnya si Jepri gelak duk sambil duk kutuk aku kata aku patut jadi Pengarah Destini dan pegang kunci bangunan tu.. Tak pa kau Jep!!.. Nanti aku jadik Pengarah kampus aku lantik kau jadik pengarah Destini ganti aku plak .. heee!!! Sekaliarung dengan jawatan Presiden bilik rehat... hahhaaha!!
Yati cakap dengan aku dia dah tak jadi penolong ketua kelas.. Diganti orang lain.. Jawatan dilucutkan. Aku tanya sebab apa.. Dia jawab sebab dia kuat berjalan... Uittt!! Menurun sapa tu kuat berjalan masa kat sekolah? Aku ker!!! hehehe...

Peti ais

Eden duk berangan nak boli poti ais kecik macam kotak yang comel dan lotak kat ofis den tu ha . ala yang macam biaso jumpo kekdalam bilik hotel tu..
Eden siap bayang-bayang dah nak lotak kek mano dalam opis den.. Plug banyak bolum guna laei tu.. ..... Bolehlah eden simpan stok air yang dingin dan nyaman atau makanan kat opis.. Den dah sorvei hargo poti ais yang macam den nak tu la.... dalam RM 300 lobih.. Uihh!!! Mak Aiii!! mahal bonar..! Tolan air liur lah den macam ni ha!! Yang harga seratuih ko, limo puluh hingget takdo ko.? Eden tongah sengkek bonar ni.. Hutang den banyak bonar ni ha! Banyak hok koluar dari masuk eih! Abang mie dan kak aishah ado poti ais kocik bersaiz normal kat opis diorang.. Sonanglah diorang husband and wife sobab duk sobilik.. Biaso eih dalam peti ais diorang banyak stok air dan makanan.. dan eden lah yang seronok bonar sobab sotiap kali den singgah lepak kat bilik abang Mie dan akak ipar den.. perkaro pertamo yang den buek iyolah bukak poti ais tu dan pau apo yang patut.. Uiii!! Seronok betul ado abang dan kakak ipar yang kojo satu tompek ngan den ni.. Makan foree jo momanjang.. heheh!Tapi den tak adolah ambik kosompatan sotiap hari.. cuma kerap lah den buek muko tak malu bukak poti ais dan pau air dan biskut dalam poti tu.. Kalau kek rumah abang den pulak biasonyo den buek muko tak malu gak bukak tudung saji dan pau lauk bawah tudung saji tu.. tapi yang ni tak lah solalu den buek ... sosokali jo...
Tengoklah macamano nanti eih .. kalau duet den cukup dan den larat nak hangkut kotak tu ke puncak mako den boli lah poti ais tu.. Atau ado sapo-sapo nak beri percumo kek den ni ha... ehehehe!!!
** Miss arwah abah so much dengan loghat negeri 9 nya..

Tingtong ke apa

Aku tengah turun tangga sambil sembang dengan jiran opis aku si Jepri apabila tiba-tiba ada sorang cekgu pempuan comel yang aku suka tengok turun sekali..
Lepas menegurnya dengan ramah dan dia telah berlalu pergi .. aku cakap kat Jepri .. " comel!" (dengan nada perlahan.. cakap siang pandang-pandang)
'Dah kawin!! jawab Jepri..
Aku: Aku tau... aku suka tengok dia... comel.. tinggi.. boleh jadik model...
Jepri : Ha ah!! boleh jadik model.. cuma perlu gemuk sikit je. sesuai!
Sunyi seketika bila tiba-tiba...
" Aku pun comel gak!! cuma tak cukup inci je!! Hahahahaha!!!"
tiba-tiba si Jepri menyorok belakang pintu kat tepi tangga sambil gelakkan aku.. terkejut badak kot dengar statement maut macam pempuan tingtong je... hahaha!
Well! Ia hanya sekadar statement kosong tanpa maksud apa-apa sebab nak hilangkan stress letih ngajor... heeee!Just wanna make life more lively and happening..

Ada tak

Aku pegi bandar Dungun ngan myhubby..

Sampai sana aku tengok ada pameran keta. Kecik je. Ada KIA,Hyundai,Nissan dan Mitsubishi..


aku tengok LIVINA tapi tak aku berkenanlah..Forte tak minatla.. Starex besar sangat.. at last aku pegi tengok kasut kat kedai kasut bertentangan tempat pameran... Lagi syiok. Hati aku lagi sayang kat sichukai..


Myhubby duk tengok Mitsbishi ASX baru sambil melayan salesman yang duk bersungguh-sungguh mengayat dia.. Myhubby sungguh bersungguh-sungguh macam ia-ia je nak beli... Kalau dia beli dia bayarlah.. aku tak mampu lagi dah nak bayar.. TApi aku tak berkenan ASX..macam keras je.. seat pun lebih kurang macam sichukai aku je... Even aku rasa features siChukai aku lebih banyak dari ASX tu dengan harga yang jauh lebih murah.. Performance? Aku rasa ASX is much more betterlah sebab 2000 cc tapi sichukai aku 140km/j kat highway maintain je bedesup peginya.. hehhe! Minyak pun ok..


Pas tengok keta we all balik... Malam tu kat rumah tiba-tiba myhubby cakap kat aku ..


Myhubby : Abang rasa Mamat jurujual yang cakap dengan abang tu ada kurap kat celah kelangkang dia lah..


Aku : Bakpa pulok!! Macamana abang tau??!!


Myhubby: Abang tengok masa dia cakap dengan abang kejap-kejap tangan dia garuk kat situ...


aku : Tak kot.. Agaknya tabiat dia suka pegang celah tu? Lagipun kalau ada kurap pun bukannya tangan dia seluk dalam seluar garuk kurap tu? kat luar je kan .. hehe!!


myhubby: Mana lah tau, kot masa orang tak dok dia nnusuk celah keta pastu tangan dia seluk seluar , ghuk ghak ghuk ghak dia garuk kurap dia tu .. pastu dia salam pulok ngan abang . Allah!! Dok leh nak bayang ... Cap ayam sungguhlah Mamat tu..


Pandai-pandai je laki aku cakap orang tu ada kurap.. But, what if it is true?? Eiii!! Tak dapek den nak bayangkan... hehhehe

Ketua kelas.Boleh ke?

Hari ketiga persekolahan...


" Ibu, orang lantik Amin jadik ketua kelas... pastu jadik AJK tingkatan 1"


Uiih!!! chicken choppp..!!!Aku terkesima... Ketua Kelas??? AJK tingkatan 1???


Biar benar...


Aku: Amin lantik diri sendiri ke?


Amin : Dok eh!! Amin nnusuk doh kat meja ngan wat senyap je. Tapi dok tau lah sapa yang sebut nama Amin.. pastu ramai pulok yang sebut..'


Aku macam tak percaya... decision by unanimity??? Aku dulu pun ada orang tak nak aku jadik ketua kelas..


Biar betul ni.. Masa sekolah rendah mana anak aku ada pegang apa-apa jawatan pun. Tiba-tiba masa sekolah menengah terus pegang dua jawatan sekaligus.. mungkin sebab abah dia kat situ kot.. tak pasal-pasal anak aku jadik mangsa..


Aku tanya myhubby.." Apa antara tugas ajk tingkatan satu?


Laki aku kata kena kutip duit semua budak tingkatan satu kalau kebetulan kena kutip la.....


What??!! Kutip duit??


Aku dah risau.. Boleh ke dia buat tugas dia .. Masa sekolah rendah pun dia kena buli orang mintak duit dengan dia .. Inikan pulak dia nak kutip duit. Aku bimbang dia kena tonyoh je dek budak tingkatan satu lain.


Aku tanya Amin.. " Amin rasa amin boleh buat ke?"


Amin kata dok taulah...


TApi aku happy juga walaupun risau.. at least dia sekurang-kurangnya dapat bina keyakinan diri dan skil berkomunikasi bila berurusan dengan cikgu dan kawan-kawan yang lain.


Tapi sebenarnya aku happy sebab aku da ada modal baru nak guna masa marah anak-anak aku bila diaorang buat salah... hehhe!!

Jadik penolong,nak jadik ketua

'Ibu, Yati jadik penolong ketua kelas!"
"iya ke?!! Baguslah anak ibu ni!! Abes tu sapa jadik ketua kelas?"
'Kamelia'..
' Yati jadik penolong cikgu yang lantik ke Yati lantik diri sendiri?'
'Ustazah hartini lah yang lantik.. cikgu kata Yati rajin... '
Dan Yati sangat gembira....
'Ibu! Ibu! Esok ibu gi sekolah Naim buleh dok?
"Kenapa pulak ibu kena pegi sekolah Naim?"
"Naim nak ibu undi Naim jadik ketua kelas...
" Mana boleh ibu pegi undi Naim!"
'Naim nak jadik ketua kelas!! Naim cakap kat cikgu ibu suruh cikgu lantik Naim jadik ketua kelas ya?'
" Eh!! Naim nak jadik ketua kelas kena cakap sendirilah dengan cikgu yang Naim nak jadik ketua kelas.. mana boleh guna nama ibu pulak!"
'Ramai kawan kelas Naim nak jadik ketua kelas.. cikgu kena pilih.. kena undi .. ibu undi untuk naim ya!!"
" Ibu tak nak lah... ibu tak cukup kaki dan tangan nak undi naim.. kawan naim ramai.. ibu sorang je!!'
Dan dia terus diam... sambil aku dan laki aku gelak kat dia..
Gila kuasakah anak aku sampai nak guna nama mak dia bagai... Confident je!! Anak-anak aku sungguh berani!! hehe!!

Hari pertama, kelas pertama

Hari pertama kelas dah suwei....


Pagi ni lepas hantar anak sekolah terus aku ke bangunan Destini dengan penuh semangat sebab kelas pertama aku kan kat situ.


Pukul 7.30 pagi aku dah sampai... semangat sungguh.. parking pun jauh sebab bimbang sesak kat situ...


Tunggu punya tunggu bayang batang hidung orang pun tak nampak..


Aku punyalah cuak.. nasib baik aku call Ruzaidah... dia cakap " kelas kat Sura lah kakak!! bangunan tu tak boleh guna lagilah!!!"


Haduiii!! Cap ayam sungguh lah!1


Tensyennya aku tau!!..Penat aku tunggu.. dah lah aku ni tak berapa sihat.. batuk je memanjang.. duk berlawan batuk dengan laki aku pulak sekarang ni..


Aku pun bergegas ke kampus Sura... bila check jadual waktu aku.. rupanya dah berubah.. hambik kau!!


Kelas aku ari ni setat pukul 8.00 abes pukul 4.00 tapi jadual baru aku kelas pukul 8.00 pagi dia tolak ke pukul 4.00 - 6.20 petang. Kelas ari rabu aku yang patut start pukul 2.30 diorang tarik pulak ke pukul 12.15-2.05 ptg. Katanya jadual sementara..


Tapi begitulah hari pertama... jarang bermula dengan baik. Sabar je lah.. Tapi kalau kelas kat bangunan Destini tu tak da aircond lagi mula kelas memang bermandi peluhlah dari kepala sampai ke kaki.. Sapa yang badan berbau tu memang bau kepam lah... hehehe!