Pas abes marking meeting exam pulak. A very boring one...!! Tambah lagi kalau duduk sebelah orang yang banyak mulut. pok pekpek... pastu cakap sesedap mulut je tak pikir perasaan orang laen.. So, kalau pegi meeting elakkan dari duduk dari orang-orang spesies itu kerana akibatnya nanti telinga kita boleh bernanah dan berdarah bila mendengar spesis-spesis tak sayang molot ni bercakap tambah ngan malu bila silap aribulan kita dianggap bersekongkol dengan spesis tak sayng molot ni hanya kerana kita duduk sebelah dia..
Aku bengang lagi masa meeting. luckily masa meeting exam baru ni aku memang mengelak dari duduk sebelah spesis-spesis tak sayang molot ni.. Ditakdirkan Allah juga semester ini satu paper aku peratusan kegagalan ramai. aku dah expect pun dari awal... actually jumlah yang gagal tu kurang dari ramalan aku.. Itupun aku dah tolong banyak kat carrymark anak murid aku dan memang lenient giler la masa marking.. salah jawab pun aku bagi markah lagi. So untuk paper tu 7 orang gagal dari 32 orang yang mana peratusan lulus hanyalah 78.3%. Inilah kali pertama jugak untuk paper ni performance student paling teruk. Dan paper aku ni antara 4 paper orang lein yang mana peratusan kegagalan banyak dan aku kena buat ulasan sebab apa tak mencapai objektif.. Yang pasti pelajar tak boleh dipersalahkan menyebabkan aku sedikit bengang jugaklah...
Entah macamana tiba-tiba semasa sesi menbuat ulasan bermula, adalah sorang Mamat spesis tak sayang molot ni bersuara.... " Saya mencadangkan supaya orang yang tak hadir msyuarat exam ni.. bla..bla bla.... dan saya jugak mencadangkan mana-mana yang mana tidak mencapai objektif 80% lulus mesti diberikan penilaian yang rendah dalam SKT. Student aya lulus sokmo capai objektif pung SKT rendoh jugok..orang hok student ramai fail tu dapat cemerlang pulok..!!" ( dan dia berkata dengan nada ala angkuhnya membuat aku rasa nak muntah kat situ jugak)
Dan tiba-tiba ada pulak sorang Minah yang menyokong... "Saya setuju tu!!" Bla,.. bla'.. bla!!! Dengan cara yang macam dia bagus sangat dan orang laen bangang sangat tak pandai mengajar menyebabkan telinga aku macam nak bernanah kat situ jugak.. Aku memang bengang gila hanya Allah saja yang tau...
Bila time aku beri ulasan apa yang aku cakap dulu dalam mesyuarat ialah aku tak setuju kalau orang yang mengajar yang mana pelajar ramai yang gagal diberikan markah yang rendah dalam penilaian prestasi sebab semua orang akan berusaha yang terbaik untuk mengajar dan kadang-kadang student gagal adalah diluar kawalan. Kawan aku lagi kesian, siap buat xtra classes lagi nak tolong anak murid aku tapi student dia tetap jugak ramai fail. Dan kelas itu jugaklah adalah kelas sama yang aku ajar. Kalau budak fail ramai dan ngan orang laen pun diorang dapat rendah, takkan nak salahkan orang yang mengajar lagi? Ada banyak faktor lain lagi la yang mesti dipertimbangkan sebelum nak meletakkan kesalahan pada orang yang mengajar semata-mata..
Aku bengang sebab macamlah sebelum ni dia tak pernah ada pelajar yang gagal lebih 20%.. Dan waktu itu aku masih ingat dia menyalahkan student dan jugak katanya soklan tu bodo dan orang yang buat soklan tu bangang .. Cuma biasalah.. manusia mudah lupa... Aku tensyen tau.. mentang-mentanglah dia dah nak pencen sesuka hati mulut dia je cakap macam tu... Nasib dia baek sebab nak pencen.. kalau dia tak pencen lagi dan ditakdirkan dapt budak-budak yang sangat lemah.. baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.. Yang sorang lagi pun satu.. sama je.. mentang-mentang nak tukar kampus laen.. sesedap rasa je cakap... Naseb dia baek jugak sebab semester depan dia dah tak ada.. Kalau dia ada lagi konpem dia jumpa anak murid yang aku ajar sekarang ni.. dan dia tak boleh mendongak langit lagi sebab langit tu betul-betul atas batang hidung dia waktu itu.... Dan dia pasti rasa seperti mana yang aku rasa masa mengajar bebudak ni.. Malangnya... next sem dia dah tak ada...
Dan naseb baek jugak aku tak duduk sebelah dia.. sebab kalau aku duduk sebelah dia aku tak tau apa yang akan aku buat.. I could not imagine . agaknya masa dia bercakap macam tu aku rasa aku akan terus bangun blahh duduk kat laen..
Nak buat macamana.. aku sorang tak cemerlang sebab tak pandai mengajar ..
Kalau cadangan bodoh dia tu diterima pakai aku rasa ramailah orang yang akan menipu masa marking nanti.. student jawab salah pun bagi markah penuh dan kualiti pelajar akan hancur... Capayam!!
Laila dah warning budak semester depan yang aku akan ajar lagi mencabar.. Tengoklah macamana nanti aku handle budak-budak ni..